Wednesday 10 September 2014

~~OFF TO MALACCA~~


Tajuk       :       KURSUS DI MELAKA 10hb-12hb SEPTEMBER 2014
Gambar   :       My Arkib!

      Hari ini, aku akan berkursus ke Melaka selama tiga hari. Kursus Gaji, Elaun dan Kemudahan Lain untuk Penjawat Awam anjuran Unit Latihan, JPWPKL. Hmm, selama aku berkerja di bawah Kementerian Pendidikan dan selama aku diberikan tugas menguruskan gaji, aku tidak pernah dipanggil untuk berkursus walaupun itu adalah amat kuharap-harapkan. Sampaikan pernah aku terfikir, mereka ni lupakah pada pejabat pendidikan di bawah ini. Maklumlah, sebelum ini, Jabatan Pendidikan W.P.Kuala Lumpur berdiri sendiri. Sehinggalah pada tahun 2006, barulah pejabat pendidikan ditubuhkan di W.P. Kuala Lumpur.

     Kali ini, saat aku dijemput untuk menjadi peserta kursus anjuran mereka, aku sudah tidak lagi ditugaskan untuk menguruskan bab gaji. Sudah 're'shuffle tugas dengan kawan-kawanku yang lain di Unit Kewangan & Akaun, PPW Bangsar & Pudu. Yelah, sudah hampir lima tahun aku menguruskan gaji, biarlah orang lain pula menimba pengalaman dan aku juga mencari pengalaman lain pula menguruskan peruntukan-peruntukan semasa.

       Gambar di atas tu, gambar aku ke Melaka pada tahun 2008. Retreat kali pertama anjuran PPW Bangsar & Pudu (dulu masih dipanggil PPD Kuala Lumpur kerana belum dipecahkan mengikut zon). Berlatarbelakangkan bekas tinggalan sejarah, Kota A Famosa.

       Ya! Kali ini, aku akan ke situ lagi. Walaupun kadang-kadang bosan asyik ke Melaka. Kalau bukan ke Melaka, pasti Port Dickson. Memang itu sahaja kawasan-kawasan di dalam pakej yang dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi kami yang di kawasan Kuala Lumpur. Dasar penjimatan.

       Oklah! Sebelum ke sana, banyak benda yang perlu diuruskan terlebih dahulu!

# Salam kasih sayang!

1 comment:

  1. Sepatutnya kat atas tu tulis :

    Teks : Azaliza Salmin
    Gambar : Arkibku

    ReplyDelete