Wednesday, 27 November 2024

Anda simpan di mana?

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum, sahabat siber 😊



 *Tentang simpanan*

Baru sahaja seorang sahabat Whatsapp bertanya tentang simpanan TH, ASB dan emas. Beliau sekarang menyimpan di ASB dan Tabung Haji.

Jawapan saya ringkas.

ASB bagus. TH juga bagus. Tetapi tambahkan simpanan emas. Apa yang tak bagus adalah tiada simpanan langsung.

Di sini saya kongsikan kenapa saya sarankan untuk tambah portfolio emas dalam simpanan.

 

📌 Secara umumnya, jika dikira keuntungan simpanan di TH, dividen di ASB dan kenaikan harga emas, *kenaikan harga emas adalah paling tinggi*

📌 Setelah ditolak Zakat sebanyak 2.5% (kecuali TH), emas masih lagi mendahului

📌 Jika mengambil kira inflasi sebanyak 1.8%, peratus kenaikan harga emas masih lagi berada di puncak

 

Maka, pelbagaikan. Jangan tinggalkan emas sebagai salah satu portfolio simpanan kita.

Semoga bermanfaat 😊

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang ~

Friday, 22 November 2024

DON DUKUN ~ dari kaca mata aku

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum, sahabat siber 😊

‘DON DUKUN’

Haaaaa…korang dah tengok lom? Lakonan Zul Arifin, Ropie Cecupak, Yusof Haslam dan beberapa pelakon lain yang aku kompem semua orang kenal, aku je tak tau nama depa hahahaa.

Kenapa aku nak tengok filem ni? 


Firstly, sebab masa tu memang tengah family time, semua anak-anak aku ada bersama aku dan suami, lepas tu memang unplanned stuff yang kitorang nak buat bersama selain makan à tengok wayang.

Bila unplanned, makanya memang tak tau filem apa yang sedang ditayangkan. Nak tengok Venom, macam tak nak tengok cerita-cerita yang heavy. Jadinya, kami pilih cerita santai-santai, Don Dukun jadi pilihan.

Apa yang bestnya cerita ni, pelakon dia ada Ropie yang aku suka. Aku suka dengan lawak-lawak Ropie ni. Zul Arifin, of course la kegemaran ramai & dia membawakan watak ber’genre lain dari sebelum-sebelum ni. Watak lucu.

Tapi bagi aku, takde lah lucu sangat pun. Ropie pun sama, kelucuan yang aku harapkan tu tak dapat dalam filem ni. Hahahaa. Rating aku bagi untuk filem Don Dukun ni, 6/10. 😉

Filem ni memang agak bodo-bodo. Aku mengharapkan ada sedikit cerdik di separuh pertama atau di pertengahan cerita. Tapi, nope. #downsekejap

Mungkin generasi baru gemar cerita bodo-bodo macam ni kot. Bagi aku macam tak puas. Bagi la satu point, atau misi, atau apa-apa la yang menjadi pokok cerita filem ini, yang ada ke’serius’an dia sikit. Hidup ni memang la tak boleh serius sangat, tapi lawak memanjang macam ’ngek’ juga rasanya. Hihihiii.

Aku membayangkan filem ’Pontianak Menjerit’. Filem awal tahun 2000, aku tak ingat tahun bila.


Filem ni lawak juga. Tapi ada misi di permulaan cerita hingga membawa ke penyelesaian terakhir. In between tu, ada lawak, ada serius. Bagi aku jalan cerita macam ni yang aku harap ada dalam Don Dukun. ~ nada ~ (mexican spanish) 😊

Tapi takpe lah, mungkin sebab aku dah makin tua kot. Ini bukan lagi genre aku. Hahahaa.

Lagi satu cerita Netflix yang tengah viral sekarang ni.

’Ipar Adalah Maut’. Haaaaaaaaa .......

Nanti-nanti lah nak ulas, hihiii.

 

Till then!

Salam kasih sayang ~

Thursday, 21 November 2024

Coret

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum, hai korang!

Aku tak tau siapa yang membaca rencana di blog ku ini. Tapi ku lihat, graf bilangan pembaca menaik walaupun sedikit cuma. Alhamdulillah.

Lama sungguh rasanya tak menulis dari hati sendiri. Seriously memang aku rasa macam tak punya masa untuk bersantai. Even time rehat pun nak tengok Youtube tak sempat! Hahahaaa!

Pada yang terlupa, aku dah bertukar tempat kerja sejak Julai 2024 yang lalu. 😊 Mencari pengalaman baru di sekolah. Memang agak hectic ku rasakan dok sekolah ni, hihiihi.

Apapun, I know I can do it. Kawan-kawan yang ditukarkan ke sekolah sebelum aku pun boleh buat, insyaAllah aku pun mampu. Cuma mungkin di awal-awal kemasukan ni, rasa macam heavy jugak la kerja-kerja kewangan di sekolah. Bagaikan ‘semua di batu jemala patik’, hahahaa. Oppsss!

Ehh?! Aku sebenarnya nak bercerita atau lebih kepada nak mengulas tentang satu filem yang baru ditayangkan di pawagam, yang baru je aku tonton bersama suami dan anak-anakku pada hari Sabtu lepas (16.11.2024).

Tapi panjang pulak mukadimah aku di atas tu, hahahaa! Nampak sangat rindu nak menaip. Ada juga idea-idea yang keluar. Yelah, dah lama peram dihati, ecewahh!

Jadinya, next post lah aku up pasal movie yang aku tonton tu. Alahh, kira macam sekadar ulasan dan komen dari kaca mata penonton je, yang sebelum-sebelum ni pernah aku buat (refer label Ulasan Drama/Filem).

barisan pentadbir ku ~ fantasy ~ sempena sambutan Hari Kanak-Kanak


my colleagues here 

suka-suki kami 💓


Till then!

Salam kasih sayang ~

Wednesday, 20 November 2024

5 ILMU ASAS TENTANG EMAS (part II)

 

Teks    :           Azaliza Salmin (PG1M Copywriting)


Harini saya nak sambung tentang ILMU ASAS TENTANG EMAS semalam.

 Semalam saya dah kongsi 5, hari ini saya nak kongsi lagi 5 asas tentang emas kepada anda.

 

Haa. Ini sambungannya :

 

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas confirm akan merosot dari tahun ke tahun. Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun.

 

2. Simpan emas bermaksud simpan duit. Beli emas duit tak habis. Bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak sahaja bila-bila masa.

 

3. Waktu terbaik BELI emas ialah bila ada duit untuk simpanan jangka panjang, bukan tunggu harga rendah. Beli dulu dengan bajet kecil sebagai benchmark, barulah akan faham harga tinggi atau rendah.

 

5. Waktu terbaik JUAL emas ialah bila (a) ada hal kecemasan, (b) ada peluang untuk tukar kepada aset yang lebih menguntungkan e.g. beli rumah di bawah harga pasaran atau rolling bisnes, dan (c) sudah capai target simpanan e.g. menunaikan haji atau umrah, pendidikan anak.

 

Menarik kan! Apa kata anda? 😉

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

#PG1M

Till then!

Salam kasih sayang ~

Tuesday, 19 November 2024

5 ILMU ASAS TENTANG EMAS

 

Teks    :           Azaliza Salmin (PG1M Copywriting)


Hari ini saya nak kongsi 5 ILMU ASAS TENTANG EMAS, sebelum anda memulakan simpanan emas :

 

1. Beli emas mesti boleh dapat emas (fizikal), sama macam beli emas di kedai-kedai emas. Emas tu boleh simpan sendiri.


2. Simpanan emas tiada pendapatan bulanan atau tahunan seperti dividen ASB atau Tabung Haji. Yang ada cuma, beli harga rendah dan jual harga tinggi untuk dapat untung.


3. Emas sesuai untuk simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. Ia tak sesuai dibeli dengan duit yang nak digunakan pada waktu terdekat.


4. Simpan emas sikit-sikit hingga capai target 200g, boleh guna untuk deposit rumah 5 tahun akan datang.


5. Simpan hingga cukup 10 Dinar, dua tahun lagi boleh guna untuk pergi umrah (bagi yang muslim).

 Jom mula! 😊

https://publicgold.me/azalizasalmin

 #PG1M

Till then!

Salam kasih sayang ~

Monday, 18 November 2024

KETAHUI SPREAD EMAS / SUSUTNILAI DI PUBLIC GOLD

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 5 TIPS EMAS UNTUK PELABUR BARU



 1. Ilmu SPREAD ialah ilmu pelaburan emas paling penting yang membezakan kita dengan pelabur-pelabur emas yang lain.

 

2. Pelabur yang tidak memahami SPREAD bakal terlepas peluang untung mengaut untung maksimum dalam pelaburan.

 

3. Lebih teruk lagi, pelabur tersebut mudah ditipu oleh penjual emas.

 

4. SPREAD merujuk kepada peratus perbezaan harga jualan emas (sell) dan harga belian semula (buyback).

 

5. Nilai SPREAD inilah yang menentukan berapa banyak untung yang kita dapat hasilkan bila kita jual balik emas.

 

Public Gold International Bhd. adalah syarikat pengeluar emas berSPREAD rendah. Hanya sekitar 6% - 9% sahaja.

 

#PG1M

https://pgbo.net/PG00059465/

 Till then!

Salam kasih sayang ~

Friday, 15 November 2024

TAK MULA TAK TAHU

 



Bahagia dapat 2...

"Kalau minta cawan kita akan dapat cawan. Tetapi kalau kita minta air, kita akan dapat cawan dan air."

Sama lah jugak,

"Kita kumpul duit, kita dapat duit.

Kita kumpul emas, kita dapat emas dan juga duit."

Sahabat saya pernah pesan, hidup ini kita 'enjoy'. Dalam erti kata nikmati hidup ini sebaiknya. Bila kita berpeluang untuk dapat semua, ambik je. Bukan tamak tapi peluang. Cuma setiap peluang itu jalani dengan penuh adab dan berilmu.

Hari ini jangan lepas peluang untuk simpan emas. Walau dengan RM100 😉

 https://publicgold.me/azalizasalmin

#PG1M

 


Till then!

Salam kasih sayang ~