Friday, 18 August 2017

Teruskan Perjuangan! :)


REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!

Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum! Hai!

Last weekend, aku dan family berjalan-jalan ke Cameron Highlands. Wahhh, what a very breathtakingly views there!! Saaangattttt cantik! ‘Hatiku tertinggal di sini’!
Seriously, sangat cantik, macam kat luar negara. Nanti aku upload gambar-gambar
eii.

Kasi teaser sikit! Oucchhh! 😏

My angels 😍

So, how’s my diet? Diet ke? Pemakanan sihat J. Hihihi. Masih diteruskan. Makan nasi, sekali sehari. Kurangkan minum air manis. Masih dapat dikawal.

Kalau baru start 2 minggu, mana ada Nampak perubahan, kan?! Unkown peoples or even relatives yang jarang-jarang jumpa, kalau terjumpa beramah-mesra sikit-sikit, they probably will ask nicely with sweetest smile, “dah berapa bulan?” Pfttt. And I will make a joke’s laugh (whatever it is) and said, “dah 14 bulan lebih dah, tak mau keluar-keluar” or sometimes nicely said, “ eh, taklah, tak mengandung pun,” and they will covered their shame by, well, you know how people act if they’ve wrongedly made up that statement. Hihihi. I don’t blame them after all. Pfttt. Kena sabar.  Hahaa!
Takpe takpe. Kuatkan semangat, teruskan perjuangan walaupun macam sikit punya hal je!

Bye, babes!


#Salam kasih sayang!

Thursday, 17 August 2017

HARGA MINYAK MALAYSIA (17.08.2017)


Okeyyhh!  Seperti yang dijanjikan minggu lepas, here’s the updates ‘bout harga petrol di negara Malaysia yang tercinta ini.

Khamis, 17hb Ogos 2017

Ron 95 à RM 2.15 (naik RM 0.03) =/
Ron 97 à RM 2.43 (naik RM 0.04) hashtag à redho
Diesel  à RM 2.04 (which is turun RM 0.02) 

So, that’s it! Dunno what to say. Kalau next week naik lagi, hmm, kite cerita panjang sikit naaaa.

Ok bye!


Tuesday, 15 August 2017

~~~LA LA LA~~~

Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum! Hai!
Dia dah mula dah nak skip blogging! J J Hahaha!
Macam-macam alasan dah,, nak mai balik dalam mood diaaa!
Haisshhhhhhh!
Cuba konsisten, macam Vivy tuhh! Hishh!

Hahahaha!
Babai, guys!


#Salam kasih sayang!

Saturday, 12 August 2017

Pemakanan Sihat - (1)

Teks   :    Azaliza binti Salmin


REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!

Actually, entri-entri tentang makanan sihat ni sesaje je aku share untuk tatapan bersama. Aku bukan pakar pemakanan tau! Aku cuma kongsikan apa yang aku tahu tentang pemakanan sihat dan betul. Should be the title is “Pemakanan Sihat”, kan?! Ok! I’ll correct it after this.

Aku bukan doktor, or any kind of them. My weight also above my BMI should be. Senang cerita, obes! Tapi, jauh di sudut hati ini naakkkkk sangat jaga pemakanan mengikut yang sepatutnya. Bukan susah pun. Tapi, sebab nak ubah kebiasaan yang dari dulu kita amalkan, tu yang rasa macam payah nauu! Maybe, through entri-entri dari diri aku sendiri, boleh ubah cara pemakanan aku yang biasa dari dulu tu, kepada yang sepatutnya. Motivated by myself lah kononya! Ehem!

Aku mengikuti sebenarnya, JK1M by Kevin Zahri, jenguk-jenguk juga ilmu tentang Atkins, errm, sape lagi? Rasanya tu je lah yang sentiasa aku follow tentang bab-bab diet & pemakanan sihat ni.

Dan daripada diorang-diorang ni yang aku dapat rumuskan, JAUHI GULA adalah perkara paling asas untuk gaya hidup sihat. Iya! Trust me! Segala makanan yang bergula, adalah sangat perlu dielakkan daripada mengambil dalam kuantiti yang lebih dari sepatutnya. Aku nak ceritakan pun tak berapa gheti ayat-ayat kesihatan ni. Hmm, macam ni. Tenaga diproses melalui gula yang kita makan. 

Apabila gula yang kita makan diambil secara berlebihan, gula yang tidak diproses akan tersimpan di dalam badan yang lama-kelamaan jadi makin banyak jika kita tidak berhenti mengambil gula daripada yang sepatutnya. Ia akan disimpan dan bertukar jadi lemak sebab dah terlebih. Faham tak? Gula diproses berdasarkan keperluan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Kalau ko seharian kerja dok kat meja je, jadinya, kuranglah tenaga yang diperlukan, so, badan proses sikit je la gula yang ada dalam badan. Dah kalau pagi ko minum teh tarik, tengahari ko minum teh’o ais limau, malam ko minum kopi, gula akan berlebih-lebih dalam badan sebab tenaga yang ko perlukan tidaklah banyak mana. Kan?

Kalau mengikut Atkins pula, gula memang dilarang sebabnya lebih kurang macam yang aku terangkan tadi. Atkins melarang pengambilan gula 100%. Dalam setiap makanan yang disarankan oleh Atkins dalam proses Induksi, gula diperoleh dari protein dan lain-lain. Karbo hanya diambil sebanyak 10gm sahaja sehari sepanjang tempoh induksi. Tempoh induksi ni dalam Atkins kira macam tempoh untuk turunkan berat badan sehingga mencapaikan berat badan ideal. Badan akan memproses tenaga daripada karbohidrat dan gula yang ada dalam badan. Apabila karbo dan gula dah takde dalam badan, badan akan mencari sumber lain untuk memproses tenaga. Haa, tu yang boleh cepat kurus tu kalau diet Atkins nih! Sepanjang proses ni, badan akan memberi tindakbalas contohnya seperti ‘ketosis’  iaitu mulut akan jadi berbau sikit. Jadi, kena minum air banyak.

Itu sedikit sebanyak info yang aku pelajari dari Atkins. Tak taulah sampai ke tidak cara penyampaian aku tu! Harap korang faham, sebab penerangan aku tu mengikut apa yang aku faham. Hihihi.


Macam program JK1M tu, best sebenarnya. Ramai yang dah berjaya melalui program ni (Atkins pun ramai yang dah berjaya! Yang kuat semangat!). Ia bukan sahaja mengajar kita tentang jumlah kalori yang patut diambil oleh kita setiap hari mengikut apa yang badan kita lakukan seharian, ia mengajak kita untuk bersenam sekali! Buat yang ringan-ringan je. Dan senaman yang paling ringan dan mudah yang aku buat (tu pun malas memanjang! Pfftt!), à squat!
this is squat!

Senang je, tapi ikut mood je kalau nak buat! Tu la, lagi satu yang perlu dalam diri aku ni ialah KONSISTENSI! Huh!

Aku bukan taknak daftar program JK1M, tapi, tu la. Program ni dibuat dalam group tau. So, bila group masing-masing ni ade buat gathering ke ape, bab nak pi tu yang cam payah sikit. Ye! Aku tau, ada yang gemar dengan cara hidup bersosial dengan dunia luar sekali-sekala. But for me, I got heart to be taken care first. You know what I mean, right. Ya, ya! I know. Dah kalau my other half tak berapa gemar hidup-hidup sosial ni selain sosial dengan family sendiri, aku tak boleh buat apa-apa. Kang kalau melawan kang, Allah tak redha, then mesti tak kurus-kurus! Hahaha! Whatever!

So, if you guys out there ada sikit lebih kurang macam aku ke, don’t worry. Jom kita buat secara slow but steady! Please, my own! Perlahan-lahan takpe asalkan buat dan amalkan, daripada takde langsung!

Ok! Next time, kita cerita lagi pasal satu lagi benda asas iaitu BANYAKKAN MINUM AIR MASAK!

Till then!


#Salam kasih sayang!

Thursday, 10 August 2017

HARGA MINYAK MALAYSIA :-


 Okeyyhh!  Mulai hari ni, aku akan update untuk korang harga minyak di Malaysia yang akan berubah setiap hari Khamis. Kan, kan?!! Pffttt.

Khamis, 10hb Ogos 2017

Ron 95 à RM 2.12 (naik RM 0.05) Pffttt.
Ron 97 à RM 2.39 (naik RM 0.07) Pffttt.

Diesel  à naik RM 0.01 tapi aku tak tau berapa RM seliter skang nih sebab tadi Kool.fm, dak AG ngan Haiza #koolkanada tak beritahu harga dia. But, still naik jugak even RM 0.01. Pffttt.

Minggu lepas pun naik. Pffttt.


Ok bye!


Makan-makan :)

Teks   :    Azaliza binti Salmin


REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!

Assalammualaikum! Hi, guys!

Ok! Hari ni nak throwback pasal makan-makan kat ofis aku on last Friday! Kitorang memang sangat rajin kalau bab bawa potluck sorang sikit nih! J

Mulanya nak buat nasi lemak untuk sarapan pagi, untuk semua staf yang ada. So, sorang bawa sedikit bahagian-bahagiannya. Maksud aku, sorang bawa telur, sorang  bawa kacang, timun, dan semua-semua menu la dalam nasi lemak.

Dan akhirnya, pada hari kejadian, penuh satu meja dengan lauk-lauk tambahan dari semua staf unit kami! Hihihi! So bagus kitorang ni!

Haisshhh! Jangan jadikan ini semua alasan untuk menjaga pemakanan! Kikiki! Boleh je kalau ko amik setiap lauk tu dalam posyen yang sedikit. Lepas tu, tengahari sampai malam cover la perut dengan makanan lain selain nasi! Bihun ke, spageti ke, or even roti! Boleh, insyaAllah! Set dalam minda, mesti boleh punya!

Tapi, actually, last Friday aku belum mulakan hari pemakanan sihat aku! Kikiki! Banyak alasan kan!!!?! Hahaha!

So, keep fit and healthy, guys!
#Salam kasih sayang!


😉

Wednesday, 9 August 2017

FEEDJIT

Teks       :       Azaliza binti Salmin

Actually, dari minggu lepas aku dok godek blog aku ni, aku tambah aplikasi Feedjit(?? or what they call it?). Tapi till today, takde keluar pun menatang tu! Huhu!

Ke, aku yang salah buat? Rasanya cam dah follow step yang diberi. Hihihi.

Let it lah! Kalau ade, ade lah! Sesaje je nak mewarnai blog aku ni! Peace yo!

Tuesday, 8 August 2017

Makanan Sihat - intro

Teks   :    Azaliza binti Salmin


REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!


Sebenarnya, (how to start, huh), errmm, bab-bab healthy food ni, apa yang boleh dan yang tak boleh dimakan, aku mula titikberatkan sejak mengenali Atkins, Shaklee, & so on. Bukan maksud aku aku tak tahu langsung pasal kalori, lemak, dan yang sewaktu dengannya tu! Tapi, ermm, boleh dikatakan sedikit ‘kureng’ la. Hihihi.

Tapi, frankly speaking, sepanjang tumbesaran aku since remaja masuk dewasa, aku main bedal je semuanya. Even aku pernah terfikir, kenyang ke makan nasi seciput je (yang ni refer to kakak aku mase sekolah dulu, time cuti Sabtu Ahad kan makan sama2 sekeluarga..). Betul & aku ingat lagi! As for me that time, tak sah kalau makan tak bertambah! Lagi pula my dearest mom tu will asked, “tambah nasi,der?” dan aku tidak menolak. Hihihi, yelah, mak kan?! Rasanya every mom pun akan suka bila melihat anaknya makan bertambah lauk yang dimasaknya. Kita yang dah jadi mak ni pun seronok kalau nengok anak suka masakan kita, kan?!! J Sampailah ke hari ini, dah besar panjang ni, kalau balik kampung! Hmm, hihihi!

Oh! By the way, ‘der’ dalam dialog mak aku tu ialah singkatan kepada panggilan nama aku dalam keluarga à ‘uder’ ß which is ‘ude’ sebenarnya tapi aku make it glam sikit dengan menambah huruf R dibelakangnya. Hahaha. Bukan dialog budak-budak sekarang ye, yang short form dari ‘brader’ tu, hokeh!


Back to our main topic. Ha, iye memang aku start take a lil’ deep care since around 2013-2014. Maybe sebab kawan-kawan sekeliling mula ambil berat tentang diri mereka, dan aku pun turut terinspirasi sama. Hmm, yup! When they started their Atkins, aku pun terikut. When they started taking supplement, aku pun turut terjebak. Dalam pada terjebak tu lah, kita tau apa yang patut di ambil, apa yang patut dijauhi, seiring dengan peningkatan usia.

Guys, kalau korang sama macam aku, over 85kg weight, jom sama-sama kita share pengalaman nak dapatkan berat badan ideal. For the time being, aku baru je nak start diet. Tapi, diet cara aku la. Aku tak nak pressure, kang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran plak! Aku nak start diet yang santai2 je. Macam entri aku sebelum ni, mulakan dengan jauhi minuman dan makanan manis, serta makan nasi sekali sehari sahaja. Yuk!

Moga perjalanan menuju perubahan ini dilakukan dengan konsisten oleh AKU! Bukan orang lain ye, my very own dearie!

Till then!

#Salam kasih sayang!

Sunday, 6 August 2017

WHY?

Teks   :           Azaliza binti Salmin


REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!! PLEASE, DON’T!!



Hmm, setiap kali entri, I’m gonna put this word above all! Please, please, my own!!

Agak-agak korang yang tahu tentang ‘Big Why’ ni, korang akan faham. Hihihi. Untuk yang tak tahu, nanti korang akan tahu juga. Alah, dah viral juga dah sekarang ni tentang ‘Big Why’. Ia macam secebis kata-kata semangat untuk diri sendiri when u're doing something good especially when it comes to make a changes to yourself for a good or even better future.

Ok lah, aku share ngan korang apekebende yang aku nak buat. Peringatan untuk diri sendiri jugak!

1st à   TOLONGLAH, my own! TOLONG BERHENTI MAKAN / MINUM BENDA-BENDA MANIS! Nope! Ko mulakan dulu dengan berhenti minum air manis! Please, please! Kalau tak boleh nak buat serta-merta, do it one by one! So, first things above all, SILA MINUM AIR MASAK SAHAJA! Boleh??! I know you can, because you’ve did it once! Remember? Atkins?! Haa! Kan!

2nd à  MAKAN NASI ONCE A DAY! Please, please! Even husband ko bawak balik lauk best-best and you did masak nasi for your husband and child, ko just ratah je lauk-lauk, please! Nasi kalau ko dah makan tengahari, takyah makan lagi dah, ok!! Please, please! You can do it! Kang kalau nak stop karbo serta-merta, there’ll come your excuses! So, mulakan perlahan-lahan, PLEASE!!!

3rd à   ……….ermmm,..?? Buat yang dua ni je dulu! Make sure konsisten! Please! Jangan lupa put that ‘Big Why’ in every entries after this! Please, my own dearie!!

Semoga kuat! Berjuang untuk diri sendiri! Chaiyok!

Bye!


#Salam kasih sayang!
please be BIG my WHY ~~~😓

Saturday, 5 August 2017

Love Vivy

Teks   :        Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, sahabat-sahabar surfers!

Aku sekarang ni rajin melayari blog Vivy (haa! Ada yang tak kenal Vivy?) J. Dia seorang wanita yang mencipta nama bermula dengan blogging, lepas tu membuat jualan fesyen secara online, lalu sangat berkembang sehingga hari ini! Dia adalah ikon fesyen yang sangat disegani di Malaysia. àFashion Valetß

Aku pulak start follow blog dia (Proudduck.com) lepas tengok siri in person ‘bout her à Love Vivy ß J Tapi aku tonton dah time Series 2! Hihihi!

Best! Siri tu menceritakan lepas dia jadi terkenal dengan Fashion Valet, about her life, her works, & her blogs! That’s why aku surfed blog dia, then jatuh cinta pulak nak menyelusuri bagaimana dia bermula sebelum famous gila!

She started blogging in 2008, masa tu dia masih study kat London (LSE-London School of Economics & Political Science). She took Law ok, not fashioned! But she’s really into fashioned when she started her blog. No wonder la, bagaimana dia boleh jadi ikon fesyen sekarang ni!

Sekarang ni aku dah baca sehingga tahun 2010. Rasa macam sayang nak skipped even one of her entries walaupun tahun 2010! Aku saje je nak tau tentang dia dan kehidupannya serta bila kejayaannya bermula through Fashion Valet.

Kadang-kadang, kita sendiri bole ter’inspirasi dengan kejayaan seseorang melalui pembacaan. J

Have fun, guys!


#Salam kasih sayang!

Thursday, 3 August 2017

BULI

Teks   :        Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum, hi guys!

Sekarang ni, trend atau kes buli sangat-sangat hot. Dah macam musim pulak. Kalau buang bayi, memanjang dengar berita tentang kes buang bayi. Kalau buli, berderet-deret kes buli, video buli, yang tular kat media sosial. Bermusim, kan?!

Terbaru, kes buli yang melibatkan pelajar perempuan di Kunak, Sabah. Hmm, speechless. Tak tau nak kate ape. Budak-budak nak membesar, nak tunjuk hero sikit.

Tapi, buli ni perlu disiasat dari akar umbi, maksud aku, punca pergaduhan tersebut. Kadang-kadang, yang memukul ni bukan yang memulakan. Ok, aku bagi contoh, si B ni budak biasa, pendiam dan berkawan seadanya. Si A pula, kuat main, sakitkan hati orang, tapi tidaklah memukul. A hanya gemar menggunakan mulut untuk menyakitkan hati. So, bila si B ni dah sampai tahap geram dan takleh nak sabar dah, B pukul si A ni! Geram sebab asyik dipermain-mainkan! Haa! Bila lebam tangan si A ni, orang akan lihat si B sebagai pembuli. Tetapi, hakikatnya si A yang buat si B pukul! Make sense tak?! Kan?!
That’s why benda-benda macam ni orang tak boleh terus jump into conclusion bila tengok kes buli. Hihi. Aku bukan ape, benda-benda macam ni kadang ter’crossed in my mind jugak.

Tapi, dalam kes buli pelajar perempuan di Kunak tu, atau mana-mana kes buli yang tular nowadays, kebanyakannya berpunca dari kes cemburu, kot. Ada juga kes buli yang macam nak tunjuk hero atau samseng. Hmm, tak taulah budak-budak sekarang ni.

Harapnya, dijauhilah gejala-gejala seperti ini dikalangan anak-anak kita.

Macam anak-anak aku, diorang terlalu minat dengan filem-filem Samsul Yusof. Aku yang tak berapa gemar. Yelah, KL Gangster, cerita taiko-taiko gangster, ah! Memang aku tak suka! Tapi anak-anak aku suka! Apa yang boleh aku lakukan, nasihat dalam bercerita tentang keganasan-keganasan yang macam ala-ala ‘bajet gerek’ je cerita-cerita gangster tu (??? what’s ‘m bubbling nih?!!)

Tapi, filem-filem seram Samsul Yusof aku boleh terima lagi. Hihihi.

Till then!


#Salam kasih sayang!

Wednesday, 2 August 2017

MY NEW BABY

Teks       :       Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum!

Haa! My new baby! Hihihi. Takdelah, sebenarnya bukan baby ape pun! Just tukar si Kancil aku tu je, kepada kembar die abad 21 nih! 😍😍😃

Yup, Kancilku got lots of probs & recently, it always happened & goshhh, my money also flew. Hihihi. So, lebih baik aku rehatkan Kancil aku tu & convert new. Tutup cerita.

Lumrah kehidupan. Baru akan bertukar lama, muda akan menjadi  tua, dan berbagai-bagai lagi la roda kehidupan ini.

Till then! 

#Salam kasih sayang!

Monday, 31 July 2017

Psstt! soalan BITK 2017 !

Teks   :        Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, hi guys!

Ok! Seperti yang dijanjikan sebelum ni (actually, it’s not a promise! J just wanna share!), aku kongsikan sedikit soalan BITK (Bayaran Insentif Tugas Kewangan) yang dapat aku rekod/ingat-ingat lupa/catat/etc, on the exam day aritu. Real soalan BITK tahun 2017 tau! Hihihi.

Oh ya! Sebelum tu, aku just nak bagitau, tujuan aku kongsikan di sini adalah untuk memberi gambaran sedikit sebanyak mengenai corak @ gaya soalan BITK yang tiap-tiap tahun aku amik! Haha! Memang sebelum ni, aku tak pernah nak cuba catat balik soalan-soalan BITK sebab kertas soalan takleh bawak keluar, beb! Tu dia, tahun ni, cheq cuba-cuba catat right after abih exam!

So, voila! Good luck!

Ya, ya i know! You are welcome! J

         Jeng jeng jeng !!!
Ehh! Lupa nak beritahu, aku kongsikan soalan-soalan sahaja tau! Jawapan sila cari sendiri sebab aku pun tak cari@semak lagi jawapan sebenarnya!! Hihihi!


1)      Pegawai Pengawal diberi kuasa untuk melakukan pindah peruntukan Perbelanjaan Mengurus bagi perkara-perkara berikut KECUALI :-
(a)    Program
(b)   Dasar Baru atau One-Off
(c)    Aktiviti di dalam program yang sama
(d)   Objek am di dalam aktiviti yang sama

2)      Pelaksanaan Perakaunan Akruan akan menyebabkan Akaun Hasil Disatukan ditutup dan dihantar ke :-
(a)    Penyata Perubahan Aset Bersih / Ekuiti
(b)   Penyata Kedudukan Kewangan
(c)    Penyata Prestasi Kewangan
(d)   Penyata Aliran Tunai

3)      Baucar Jurnal hendaklah mengandungi dokumen-dokumen berikut KECUALI :-
(a)    Salinan baucar asal
(b)   Baki peruntukan mencukupi bagi tahun perbelanjaan itu dibuat
(c)    Surat kelulusan Perbendaharaan / Pegawai Kewangan Negeri disertakan
(d)   Nama Kementerian / Jabatan yang menyediakan baucar jurnal tersebut berserta nombor kepala dan pecahan kepala Jabatan

4)      Pilih urusniaga yang TEPAT mengenai Akaun Amanah :-
(a)    Kutipan tiket didebitkan ke Akaun Amanah
(b)   Pembelian mesin rumput dikreditkan ke Akaun Amanah
(c)    Bayaran penyelenggaraan mengurangkan baki Akaun Amanah
(d)   Pelaburan Simpanan Tetap Akaun Amanah direkodkan sebagai perbelanjaan


5)      Akaun Amanah hendaklah ditutup apabila :-
(a)    Telah mencapai maksud penubuhannya
(b)   Mencapai baki debit di Buku Akaun Amanah
(c)    Telah mencukupi tempoh hayat yang ditetapkan dalam Arahan Akaun Amanah

(d)   Tidak aktif lagi untuk tempoh setahun