Friday 15 May 2020

AIDILFITRI 2020




Teks : AZALIZA BINTI SALMIN
Foto : Carian Google

Assalammualaikum. Ramadhan ke-22, cuaca pagi redup, tengahari panas membahang hingga ke petang, dan pasti disulami dengan hujan yang lebat di sesetengah tempat, renyai-renyai di Kawasan tempat tinggalku.

Huishh, bukan ceritera yang ingin aku tuliskan. Hihihi. Entah tidak tau kapan akan terbit ceritera ciptaanku yang selalu aku angankan, tapi tak pernah termulakan. Mungkin idea telah kekeringan, kreativiti dan ketandusan.

Aidilfitri 2020. Tak boleh pulang beraya ke kampung halaman sementelah arahan TIDAK boleh merentas negeri telah diumukan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, our lovely PM. Hanya rentas daerah sahaja.

Maknanya, aku beraya di KL sahaja. Dengan keluarga asas tercinta. Dengan keluarga kembangan, tidak tahu bila rentas negeri dibenarkan. Kesian pada emak. Nasib baik abangah dan adikku, Noa boleh balik menjenguk emak di kampung.

Apa nak buat. Dalam sejarah, kan. Sesekali, kita perlu akur dengan segala yang telah terjadi. Telah tersurat, pada zaman kita lalui sekarang, terjadinya wabak yang kecil tapi mampu melumpuhkan segala usaha jika tidak dibendung dengan disiplin kendiri penduduk dunia. Jalani dengan hati yang redha.

Sektor awam dah mula ke tempat kerja, sekurang-kurangnya 70% keberadaan penjawat awam di tempat kerja. Bermakna, penggiliran sehingga 4 hari dalam seminggu untuk aku berada di pejabat bermula minggu depan, 21hb Mei 2020. Akur. Bukankah penjawat awam itu “SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH”? Wajib menunaikan amanah yang dipikul, barulah setara dengan segala kemudahan yang telah diberikan oleh PM kita kepada semua penjawat awam. Kan..?!!

Sekolah masih belum dibuka. Akur juga. Tapi…..haa, ada tapi nya!

Menguruskan anak-anak bukanlah semudah yang disangka. Sistem pembelajaran online diperkenalkan tatkala wabak melanda, perlu berkurung di rumah, penjarakan sosial dan sebagainya. Ya, faham.

Tapi nak menyertai kelas online tu yang agak sukar. Benar, kemudahan seperti Skype ada. Tapi bukan semua orang ada! Huhh, banyak tapi nya. Alasan! Tapi, ia benar! 😊

Hendak seribu daya. Sambung sendiri ya!

Sampai sini dulu.

#Salam kasih sayang!




Thursday 7 May 2020

PKPB


Teks      :              Azaliza binti Salmin  

Assalammualaikum!

Salam 14 Ramadhan, uols!

Hari ini hari ke..48 or 49 kot, MCO..& kita sedang melalui fasa ke-4 PKP yang dah bertukar menjadi PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).

Dalam fasa PKPB ni, beberapa perniagaan/sektor ekonomi telah dibuka dan dibenarkan beroperasi. Mungkin, untuk maintain sumber ekonomi negara kot, takleh la lama-lama shut down. Syarikat-syarikat pun nak rolling duit mereka.

Hihi, my 2 cents ya! Kalau salah, maafin saja dehh! Aku bukan terer sangat bab-bab ni. Hihihi.
Tahun ni juga, PM kita dah umumkan ‘tidak boleh pulang beraya ke kampung’. Hmm, 1st time ever, kan!

Aku ok je. Lagipun, mak ku sekarang duduk bersama kaklong ku di Port Dickson. Nasib baik dia nak ikut saranan anak-anak. Kalau tak, sensorang je dia di kampung. LL (tetiba teringat pada arwah ayah…al-Fatihah)

Buat mak mertua aku pula, dia pun sensorang juga. Tapi, ada kakak ipar ku yang berdua itu duduk di Taiping juga. Boleh la mereka tengok-tengokkan.

Tapi, you know, suamiku kan anak jantan nan seorang. Kesian juga tengok suamiku tu. Dok teringat kat mak dia ja. Yelah, pergerakan rentas negeri pun tak dibenarkan. Tapi, dalam perancangannya untuk ke balai berhampiran bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri.

Kita tak boleh halang ye, sebab itu adalah kewajipan seorang anak lelaki terhadap ibunya. Bear in mind!

Kerja di pejabat masih seperti biasa. Sekarang ni, semua penjawat awam dah kena bekerja mengikut jadual penggiliran yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan. Kerja pun tak boleh la bertangguh lama-lama. J

Semoga, segala yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah. Kita tak perlu mengeluh, sebab Allah Ta’ala tak akan uji hambaNya di luar kemampuan mereka.

So, Malaysia boleh!! (walaupun lepas PM umumkan kedai-kedai boleh beroperasi seperti biasa, orang-orang Malaysia ni macam lupa SOP yang kerajaan dah tetapkan! Depa tak ingat kot Covid-19 belum hilang sepenuhnya!) pfftttt…

Till then.

#Salam kasih sayang!