Saturday 13 October 2018

~~ aSRaMA (part III) ~~



Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Hihihi. Again, tentang kehidupan di asrama.

Yeap! Kalau kita kenang semula zaman-zaman ketika kita di asrama, lepas tu, insiden-insiden menyedihkan zaman sekarang ni juga tentang kehidupan di asrama, pelbagai perasaan dan pemikiran menular dalam kepala kita. Ada gembira (mostly zaman-zaman kita la), dan sangat menakutkan (zaman sekarang ni) untuk dibayangkan apatah lagi kalau kita adalah parents yang tergolong dalam golongan yang nak hantar anak berdikari duduk di asrama. Kan?!!

Kes-kes buli, terutama untuk budak lelaki, sampai ada yang meragut nyawa, huiishh, na’uzubillahhiminzalik! Minta dijauhkan, ya Allah!

Terapkan dalam jiwa anak-anak tentang kehidupan atau tujuan sebenar duduk di asrama, konsep atau apa yang patut dan perlu dilakukan kalau ada unsur-unsur buli dalam pergaulan bersama rakan-rakan ketika di asrama mahupun sekolah, itu adalah benda atau perkara yang paling utama kita sebagai ibu bapa patut asuh dalam diri anak-anak kita, terutamanya anak lelaki. Selebihnya, berserah dan tawakkal pada Allah Ta’ala.

Aku mendoakan agar anak-anak aku yang bertiga tu serta anak-anak korang semua mempunyai jati diri, semangat, dan keyakinan yang tinggi dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar di kala ini. Tidak gentar dengan sesuatu yang bisa ditangani dengan ketajaman akal fikiran, serta meletakkan iman mendahului segala-galanya. Aamiin aamiin insyaAllah.

#Salam kasih sayang!

Thursday 11 October 2018

~~aSRaMA (part II) ~~


Teks   :    Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum!

Salam Khamis, uols!

Well, maaf la untuk entri sebelum ni. It was just my opinion to some people out there. Yela kan, masing-masing mempunyai pendapat masing-masing.

As for me, sebenarnya bagi aku, aku rasa by sending our child to boarding school, dapat mendidik mereka untuk menjadi lebih berdikari, belajar untuk menguruskan diri sendiri, well maybe I can say, to build up their confidence in managing their own lives.

Bukan maksud aku kalau tak duduk asrama, tak boleh buat semua-semua tu, tak boleh uruskan diri sendiri. Bukan. Tapi, kalau ko ada anak lelaki, ada ko suruh dia basuh baju sendiri? Kemas katil, iron baju?

Or maybe, aku sorang je kot yang tak suruh anak jantan aku buat semua tu. Maybe. Hihi.
Apepun, yang paling utama sebenarnya, masa belajar diorang yang duduk asrama ni lebih teratur. Prep, and all that, bukan semua tu berlaku kalau diorang dok rumah! Well, untuk anak aku la. Anak orang lain semua scheduable!

TETAPI, kalau ada rezeki anak aku dok asrama, ada la. Kalau takde, tak dok asrama la. As simple as that cos’ Allah Ta’ala sebaik-baik pengatur kejadian. Kita hanya merancang je. Kan!!?
Till then!


 #Salam kasih sayang!