Wednesday 21 November 2018

PULAU TIOMAN 2018


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Hai semua!

Pada 27hb Okt 2018 hingga 29hb Okt 2018 yang lepas, (pehh! Skemanya ayat! Hahha!) aku & family buat trip ke Pulau Tioman. Yeahh, that pulau ok! Sekarang ni, anak dah besar-besar, so family vacation kena yang adventurous sikit! Baru best!

Sebenarnya, nak blog pasal itinerary ke Tioman tu untuk uols out there yang sedang berangan-angan atau tengah plan nak ke Pulau Tioman. Boleh la jadikan panduan, betul tak?! J

Memang sebelum pergi, ko kena buat planning dan budget terlebih dahulu, survey2 aktiviti apa yang ada di sana, and all that. Sebab kalau setakat nak sightseeing je, takyah gi Pulai Tioman, ok! Faham? Hihihi, up to you sebenarnya. J

Ok! First sekali, of course ko kena booking dulu tempat mana ko nak menginap. Yang ni, pandai-pandai uols ye! As for me, aku stayed at Selesa Tioman Apartment, booking through Agoda. Cari yang murah & ada pool. Sebab apa nak ada pool? Sebab kalau hujan & tak dapat mandi laut, boleh mandi swimming pool! Yeahh, that’s me!

#SelesaTiomanApartment hanya RM155.00 untuk 1 malam, selesa sangat untuk aku 5 beranak sebab ada 2 bilik which consist 1 queen & 1 single bedding. Aku bawa siap-siap sleeping bag in case nak guna. J

Setel pasal tempat berteduh. Tapi, kena fikir jugak transport dari jeti untuk ke hotel tempat menginap, ok! Yang ni, aku arranged siap-siap dengan pihak hotel, suruh dia booking transport untuk aku dari jeti.

Dekat Tioman ni, transport which they called taxi, ada 2 jenis je tau. Kembara (RM25/=) & 4WD (Fortuner kalau tak silap) RM45/= sekali perjalanan.

Ok. Jeti untuk ke Tioman ni ada 2. Satu dari Mersing dan 1 lagi dari Tg. Gemok, Rompin. Harga tiket feri dari Jeti Tg. Gemok ke Pulau Tioman ni RM70/= untuk dewasa dan RM40/= untuk kanak-kanak (11 tahun ke bawah) pergi dan balik. Guys, tahun 2018 tau masa aku pergi ni! Kalau korang pergi dah tahun 2020, I dunno the recent price! Hihihi!

Sebab apa aku naik dari Jeti Rompin? Sebab aku dari KL, lagi dekat rasanya. Bertolak dari rumah pukul 5.00 pagi camtu, sampai Jeti Rompin around 11 pagi. Feri bertolak jam 11.30 pagi. Tiket feri ni pun aku suruh pihak hotel yang booking, sampai jeti terus gi kaunter & bayar. Bukan apa, sebelum aku ke Tioman pun, aku ada survey2 blog mereka2 yang pernah ke sini. Ada yang menyatakan tiket feri ke Tioman perlu booking awal, supaya ko takdelah dok melangut menunggu feri. Kena prepare awal-awal sebelum pergi, ok!

Ok! To be continue!

Kat bawah ni aku share sikit gambar-gambar di sekitar Selesa Tioman Apartment!


Selesa Tioman Apartment


Dari balkoni apartment
Si bujang sulung 😍

Perjalanan yang panjang..aku buka google maps utk ke Jeti Tg. Gemok, Rompin..kalau dah sampai simpang ni, korang dah dekat dah 😉

Dalam feri sebelum mabuk laut! Senyum lagi! Heh heh!


#Salam kasih sayang!