Friday 3 May 2019

#SHARING Afnan Rosli - II


Teks   :    Azaliza binti Salmin



Assalammualaikum!

Again! Kredit to Tuan Afnan Rosli.J

Kredit : FB #AfnanRosli

1.     Sambungan status semalam. Di mana saya jelaskan tentang Abundance. Allah dah jadikan Kekayaan & Kecukupan semua ada di sekeliling kita. Tak ada kemiskinan, tak ada kekurangan dan tak ada yang tak cukup. Boleh baca disini :
2.     Jadi sekarang kita dah tahu semua kecukupan, Kekayaan, kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, abundance semua ada sekeliling kita, dan ia wujud dalam bentuk electromagnetic waves.
3.     Kalau sekarang semua orang faham benda ni, dah tak perlu rasa dengki, iri hati, rasa tamak. Dah tak perlu perang, dah tak perlu khianat, tak perlu tikam belakang, tak perlu gaduh, sihir dan sebagainya. Sebab Rezeki cukup untuk semua orang dan semua orang boleh dapat apa saja yang mereka nak tanpa ganggu hak orang lain pun. Semua Kecukupan dah ada sekeliling kita. Ambil sebanyak mana pun takkan habis.
- Alright, sekarang kita nak belajar Macamana Kecukupan yang wujud ni nak di manifestasi kan ke dimensi fizikal yang kita wujud ni.
4.     Cara nya, kita kena selarikan electromagnetic frequency kita dengan Frequency abundance yang kita nak manifest itu. Tak kira lah, ia nya kereta, rumah, cinta, Experience, potentials, talent dan sebagainya. Semuanya ada Frequency tersendiri.
5.     Macam kita mencari Frequency radio. Bila dah kena tepat Frequency nya, maka kita boleh dengar jelas lagu-lagu yang di putarkan oleh stesen tersebut.
6.     Thoughts atau fikiran kita ialah electric, dan feelings atau perasaan kita ialah magnetic. Bila kita Berjaya selarikan dan kahwinkan,thoughts yang jelas dengan feelings yang pada Vibrations tinggi (elevated Emotions) maka waktu tu, kita sedang broadcasts a powerful electromagnetic signature pada alam.
7.     Bila electromagnetic signatures sekeliling tubuh kita match the Frequency dengan abundance yang kita nak tadi. Waktu tu, apa yang kita nak akan mula wujud dan di terjemahkan kea lam fizikal.
8.     Ini 4 components untuk manifestations berlaku :

i-                   CLEAR INTENTIONS.
- jelas dengan apa yang kita nak. Jelas se jelas-jelas nya.

          ii-       FEELINGS/ELEVATED EMOTIONS.
- Perlu ada emotions. Kerana Emotions adalah energy in motions. Tanpa Emotions, intention tadi tidak bergerak. Perlu letak Emotions pada High Frequency.

          iii-      TRUST.
- Perlu serahkan kedua-dua nya pada kuasa yang lebih besar. Allah. Betul lah Allah kata dalam surah Ali Imran yang bermaksud ;
“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah”
Menarik nya di sini, Allah kata, bila bulat tekad, terus Tawakkal (Trust 100%) pada Allah. Bukan Allah suruh usaha dulu baru Tawakkal.  (hmmm, make sense..kena go through balik semula nih!)

          iv-      FLOW.
- Lastly, all these Energy must flow smoothly. Baru senang nak manifest. Most people ada banyak blockage dalam energy fields dia. Ada banyak sangkut-sangkut pada chakra-chakra dia. Antara blockage paling banyak orang pegang ialah dendam dan fear / ketakutan.

Belajar sesuatu?
Nanti kita sambung lagi InsyaAllah.

#Share Moga Bermanfaat.
Jemput follow Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.

                   - Afnan Rosli –
          Exclusive Calligraphy Artist

Best kan!?? Benda ni kena belajar perlahan-lahan, sebab nak fahamkan dan nak mendalami subjek cenggini bagi aku kena dalam keadaan tenang, fikiran kena tak bercelaru, baru boleh senang tangkap. Bagi aku lerr, yang tak berapa nak pandai ni..hihihi..

Haa, korang dah jenguk-jenguk lom FB Tuan Afnan Rosli ni? Aku pasti, kalau korang jenis yang tertarik dengan subjek/perkara macam yang aku kongsikan di dalam blog aku, mesti korang terus search FB Afnan Rosli. Sebab nak tahu lagi banyak, kan.

By the way, Tuan Afnan Rosli ni dah beberapa kali buat #Metamorphosis tau. Macam bagi talk camtu. Pesertanya haa, sama ramainya dengan penonton hari pertama cerita Avengers #Endgame ditayangkan di pawagam. Jangan tak caye!

Gerek beb! J J

Ok lah! Sampai sini dulu k!

#Salam kasih sayang!

Wednesday 1 May 2019

#Sharing Afnan Rosli - I


Teks   :    Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum, semua!

Terlebih dahulu, kredit diberikan kepada Tuan Afnan Rosli sebab apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah nukilan dan perkongsian dari Tuan Afnan Rosli itu sendiri di muka buku miliknya. J

Kredit : FB #AfnanRosli

Cuba sambung ayat saya ni ya :
1       .     Allah menjadikan tertawa dan …….
2       .     Allah itu mematikan dan ……
3       .     Allah menciptakan lelaki dan …….
4       .     Allah memberi kekayaan dan …….

Majoriti manusia akan jawap seperti ini :

1       .     Allah menjadikan tertawa dan menangis
2       .     Allah itu mematikan dan menghidupkan
3       .     Allah menciptakan lelaki dan perempuan

Tapi macamana yang no. 4 ni? Betul ke jawapan dia kemiskinan?

Mari kita tengok Quran kata apa?

“……. dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan, dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan…” (QS 53–An–Najm : 43-45)

“…….dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan.: (QS 53–An–Najm : 48)

Ternyata dalam Al Quran Allah sebut Allah memberi Kekayaan dan Kecukupan. 

Bukan kemiskinan. Dalam sesi Meditation #Metamorphosis saya bagitau. Sebenarnya, semua potentials, semua Rezeki, semua knowledge, semua Experience, benda yang kita nak dah wujud di sekeliling kita di alam quantum. Memang semua cukup. Duk tengah ada di sekeliling saya, dan sekeliling anda saat ni.

Begitu adil Allah, semua orang ada peluang dan kecukupan yang sama di sekeliling kita. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Seperti phone kita ni. Kita semua seluruh dunia ada access pada all the informations sekeliling kita. Kita boleh google apa saja yang kita nak. Semua orang boleh google.

Begitu lah diri kita. Diri kita juga ada that capacity untuk manifest any potentials yang ada sekeliling kita ke dunia fizikal.

All potentials, wujud di dimensi Quantum dalam bentuk Electromagnetic waves.
So, tugas kita untuk dapatkan these potentials dan wujudkan mereka ke dalam hidup kita di dimensi fizikal ialah dengan sama kan electromagnetic frequency kita dengan Frequency potentials, Experience atau apa saja yang jita nak manifest tersebut.

Once kita pandai buat itu, there’s no limits to what we can Experience in this fizikal life.
Itu lah rahsia alam. The secret to a good life. We can hava what ever we want. (Dengan izin Allah) Ia dah sunnatullah yang Allah dah letak pada Alam ni.

So, macamana nak samakan Frequency? Macamana nak wujudkan electromagnetic fields sekeliling body kita? InsyaAllah nanti saya kongsikan dalam sharing akan datang.

Nak belajar lagi?

#Share sebagai rujukan. Kita nak masuk deep dah ni.

Jemput follow Afnan Rosli. Saya menulis tentang Motivasi dan Pembangunan Diri setiap hari.
                   -Afnan Rosli-
          Exclusive Calligraphy Artist
 
Sir Afnan Rosli

Haaa,…..

Best kan!?

Korang cepat-cepat la follow FB Afnan Rosli ni. Memang best apa yang dikongsikan. Aku nak cerita lebih-lebih pasal Tuan Afnan ni pun takleh gak, sebab aku pun baru 4-5 minggu lepas stalked & follow FB dia. Tu pun adik aku yang perkenalkan.

Dia more to meditation, ermm, macam mencungkil kebolehan kita dari dalam. Mengenali diri kita sendiri dari dalam. Lebih kurang camtu lah kot.

Sebab apa yang dia sharing, bukan paksaan untuk kita ikut. Dia ajar cara-cara, melalui apa yang pernah dia lalui. Ko nak, buat. Tak nak, sudah. He just taught what he’d experienced for everybody’s goods.

Go go, stalk and follow his FB. J

Next time aku share lagi his writing.

Till then.

#Salam kasih sayang!