Tuesday 23 April 2024

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

💖

Penangan harga turun hari ni 😊

Come on you guys out there! Bila lagi nak mula kumpul emas?

Tak kena bayar apa pun aihh once korang sign up PG. Beli emas teruih, emas korang la tu yang korang akan dapat. Komisen aku? Public Gold yang bayar, tak amik sesen pun aihh duit angpa 😊

Think wise, think positive, act one step ahead.

Something to share with 😉 👇

 


Public Gold GAP

RM 100 = 0.2564 gram

RM 390 = 1.0000 gram

 

Harga GAP 🔽 RM 9

 

Terendah: RM 329 (4 Jan 2024)

Tertinggi: RM 399 (16 Apr 2024)

 

Dikemaskini: 23 Apr 2024

 

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang!

Saturday 20 April 2024

TABUNGAN EMAS


 

𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐄𝐌𝐀𝐒

 

Kalau kita berminat nak simpan emas, kena bermula dan dalam masa sama belajar ilmu emas serta kewangan.

 

Jika kita tidak bertindak dan menunda-nunda, harga emas pun makin naik! Akhirnya kita termenung.

 

Duit yang patutnya beli emas pun habis. Emasnya pulak dah naik harga. Selang 5 tahun kita rasa menyesal kerana tidak beli emas dulu.

 

Duit ditukar kepada emas lebih bertahan lama, kalau tidak asyik habis sahaja. Duit tak habis, harta pun bertambah. Contoh macam 1 Dinar Emas ini, besar syiling 10sen je tapi nilainya hari ini lebih +/-RM1500.

 

Kalaulah RM1500 ini nampak di dalam akaun bank, silap-silap malam ini juga habis entah ke mana. Item 1 Dinar ini ialah item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi di mana kita boleh keluarkan dari akaun emas GAP.

 

Kita tak perlukan RM1500 untuk dapatkan 1 Dinar ini. Cuma menabung sikit-sikit di Akaun Emas GAP, minimum serendah RM100 dah boleh mula simpan emas. Cukup je gram terus boleh fizikalkan 1 Dinar ini. Sangat mudah dan  fleksibel sebenarnya nak menabung emas di Akaun GAP ini. Rugi sebenarnya siapa yang dah tahu tapi tak mula-mula.

 

Menabung memang kena sabar. Kita tak kan cari salah orang bila dah berjaya ada tabungan. Biar ada simpanan di #AkaunEmasGAP #publicgold. Duit kekal ada dalam bentuk tabungan dari kita simpanan dalam bentuk tunai tapi simpanan makin tipis.

 

Jika anda berminat nak dapatkan bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya di www.wasap.my/60165151421/AkaunEmasGAP

Saya bantu sebaiknya.

 

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Kredit : NotaEmasSB

 

Till then!

Salam kasih sayang!

Thursday 18 April 2024

Sejarah Harga 1 Kilogram Emas


                                             

 Sejarah harga 1 kilo aku kongsikan buat tatapan semua.

 

Tahun 2000 : RM  35,000

Tahun 2008 : RM  95,000

Tahun 2012 : RM 180,000

Tahun 2020 : RM 292,000

Tahun 2023 : RM 324,000

Tahun 2024 : RM 394,000

 

Bagi yang tak faham mana datangnya harga emas, jom aku kongsikan.

 

Harga emas bergantung kepada harga emas semasa dan sentiasa berubah setiap masa.

 

Apa perlu kita buat cuma beli dan 'peram', lepas 2 tahun ke atas, harganya auto naik lebih tinggi.

 

Masa tu, kita jual dan dapat pulangan lebih tinggi kerana harga semasa dah makin tinggi.

 

Mudah!

 

Kata pakar kewangan, kalau nak simpan kekayaan untuk jangka masa panjang, tukar duit tu jadi aset seperti hartanah, emas dan perak. Sebab aset ini mampu kekalkan kuasa belinya, bukan sekadar nombor.

 

Kredit   :    FB Norhafizah Abdullah

 

Jangan lupa! Daftar percuma sahaja tau 😊

 

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang!


Tuesday 16 April 2024

Harga Emas Hari Ini

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum WBT ..

Hai, korang!

Nah! Aku nak kongsi di sini harga tertinggi setakat hari ini dalam tahun 2024 😊

😮😱

Nak cecah RM400 dah untuk 1 gram.

Masih berkira-kira untuk memulakan simpanan emas ke, kawan-kawan? Public Gold menyediakan platform yang mudah untuk kita semua mengumpul emas 999.9 berketulenan 24k, hanya dengan RM100 sahaja!

RM100 kita tukarkan kepada emas setiap bulan, konsisten menyimpan, insyaAllah pasti membukit jua.

Tinggi bukit takkan terjadi tanpa timbunan pasir sedikit demi sedikit.

Agitewwww hahaha!

Jom korang, mulakan sekarang sebelum terlewat lagi.

 

💪💪💪


~ pesan Mentor 😉

Jangan lupa! Daftar percuma Sahaja 😊

Klik >>>  https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang!

Saturday 13 April 2024

MUDAHNYA DI PUBLIC GOLD


 

Teks    :           Azaliza Salmin

Kredit :           Norhasmizar Mokhtar / aidimanz

 

Assalammualaikum WBT ..

Jom aku kongsikan cara mudah memiliki emas di Public Gold 😊

 

KAEDAH MEMILIKI EMAS

 

Secara ringkasnya:

 

1️ OUTRIGHT (FULLPAYMENT)

* Sesuai jika ada bajet sekurang-kurangnya RM 1000

* Boleh mula dengan 1 dinar (4.25g) full payment

 

2️ OUTRIGHT (SEPP)

* Sesuai jika ada bajet bulanan sekitar RM 200

* Boleh mula dengan 1 dinar (4.25g) bayar 6x selama 6 bulan

 

3️ AKAUN EMAS GAP

* Sesuai jika tak suka terikat dengan komitmen

* Bajet kecil hingga bajet besar pun boleh.

* Boleh mulakan serendah RM100.

* Tiada upah simpan dan tiada had simpanan

* Boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri

 

4️ GAP AUTODEBIT (TERBARU)

* Konsep sama seperti GAP

* Sesuai untuk mereka yang ingin disiplinkan diri menyimpan setiap bulan

* Minimum RM 100 dan tiada had maksimum

 

Nota penting:

* Transaksi adalah secara terus ke akaun Rasmi Public Gold.

* Semua kaedah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors, diketuai Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang juga pengerusi majlis penasihat syariah Bank Negara Malaysia.

 

https://publicgold.me/azalizasalmin/cara-bermula

 

Till then!

Salam kasih sayang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday 10 April 2024

KAYUHAN HAJI 2024

 


Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum WBT ..

Dalam kemeriahan kita berhari raya ni, misi Kayuhan Haji 2024 tetap diteruskan oleh Tn. Ahmad bin Isa, isteri dan seorang lagi peserta kayuhan. Semoga Allah melindungi mereka dan memudahkan urusan mereka bertiga.

Oh ya. Kalau korang memang mengikut entri aku, sebelum ni aku ceritakan ada 4 orang dalam misi ini. Tapi kalau tak silap aku di India kot, seorang peserta dinasihati untuk tidak meneruskan misi atas faktor Kesihatan dan usia beliau. Jadinya, tinggallah 3 orang.

Ok! Mereka sedang buka tempahan poskad Arab Saudi sebab diorang dah sampai pun di bumi Arab tu. Poskad tak banyak, ada 300 je. So kalau korang rase nak menyumbang untuk misi kayuhan diorang, boleh la klik link di bawah, ok!

https://ahmadbmi.my/order/form/158

Semoga hasrat mereka dirahmati Allah, dan semoga sumbangan dari kita semua ni juga diberkati oleh Allah. Aamiin aamiin YRA.

 

Till then!

Salam kasih sayang!

 

sekiranya link tempahan dah tak boleh nak klik, maksudnya tempahan telah penuh atau pun telah ditutup 😊



Tuesday 9 April 2024

AKAUN GAP JUNIOR PUBLIC GOLD

 

   P/S > aku tak tau kenapa asyik error je bila nak insert image :(


Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum WBT ..

“SELAMAT HARI RAYA” buat semua pembaca 😊

Semoga lebaran kali ini membawa seribu kebahagiaan buat semua. Semoga anugerah Syawal kali ini seindah Ramadhan yang baru berlalu. Aamiin.

Jangan lupa buat para ibu bapa semua, ‘emas’kan sebahagian duit raya anak-anak anda. Simpan di akaun Junior GAP (Gold Accumulation Program), melewati masa-masa sepanjang pembesaran diorang, pasti bertambah-tambah nilainya nanti.

Ha, lain macam ayat aku tu hahahaa.

Emas, dua tiga minggu kebelakangan ni, dah hampir mencecah ke angka RM400 untuk 1 gram. Tapi belum lagi la, as for today (09.04.2024) 1 gram = RM386.00. Kalau korang ada RM100 pun dah boleh mula simpan emas. Meaning, korang akan ada 0.2591 gram emas dengan RM100 yang korang tukarkan di akaun GAP Public Gold.

Emas ni sangat bernilai. Kalau tak mula sekarang, bila lagi? Public Gold telah menyediakan satu platform yang ‘ter’paling mudah dan mampu untuk marhaen macam aku ni memiliki emas.

Marhaen macam aku ni yang tak mampu nak beli emas selepuk macam tu. 😊 Marhaen macam aku ni yang mampu untuk kumpul emas sedikit demi sedikit di akaun GAP. Cukup gram untuk ditukarkan, aku tukar.

Samalah juga dengan akaun GAP Junior, kawan-kawan. Simpan & tukarkan je duit raya anak-anak di situ, cukup 6 gram (contoh), keluarkan goldbar 5 gram. Kemudian kumpul lagi dan lagi.

Itulah fungsi akaun Gold Accumulation Programme (GAP). Tiada unsur riba’ sebab kita beli emas mengikut harga pada hari yang kita beli tu.

Suka aku nak beritahu lagi sekali, harga emas di Public Gold berubah setiap hari, mengikut harga emas semasa, harga emas dunia.

Kalau korang simpan hari ini, belum tentu sama harga emas pada minggu hadapan, atau bulan depan, dan seterusnya. Hari ni korang dapat 0.2591 gram dengan harga RM100. Mungkin bulan depan korang topap lagi RM100, mungkin pada Ketika itu harga 1 gram emas = RM390 (contoh).

RM390 = 1 gram

RM100 = 0.2564 gram

Jadinya, korang dah ada 0.2591g  (beli pada 09.04.2024) + 0.2564g (beli sebulan kemudian, contoh) = 0.5155 gram.

Keep saving. Jangan berhenti. Beli lagi dan lagi. Ada rezeki lebih, simpan lebih sikit. Insya Allah, percayalah. Usaha takkan mengkhianati hasil. 😊

 

https://publicgold.me/azalizasalmin

 

Till then!

Salam kasih sayang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday 31 January 2024

ZIKIR AMALAN

 Teks    :           Azaliza Salmin

 Assalammualaikum WBT ..

It’s almost 1st of February this year.. Alhamdulillah, ya Rabb. Terima kasih di atas segala  kurniaan Mu 😊

Kawan-kawan, kita WAJIB teruskan kehidupan ini dengan berlapang dada, bersyukur dengan segala yang ada, jangan sesekali memperlekehkan orang lain, mempersenda orang lain, kekal sucikan hati kita dengan amalan-amalan soleh demi mencari keredhaan Allah Ta’ala.

Di awal tahun baru ni (walaupun nak masuk bulan 2 dah hahhaa), jom aku nak kongsikan dan nak mengajak korang untuk amalkan zikrullah ini setiap pagi. Cuba tau! Jadikan kebiasaan agar lama-kelamaan menjadi rutin kita setiap pagi.

 

1.    Subhanallahhiwabihamdihi subhanallahil’azim (100 kali)

2.    Allahummasolli’ala sayyidina Muhammad wa’ala ali sayyidina Muhammad (50 kali)

3.    Astaghfirullahal’azim, Allazila’ilaha’illa huwalhoiyyul qayyum wa’atubu’ilaih (100 kali)

 

We can do it! 😊

Till then!

Salam kasih sayang!

InsyaAllah, kita semua mampu! 💖 



Tak rugi jika diamalkan 😍