Friday 10 March 2023

Ustazah Basikal 2023

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum WBT 😊 Hai, korang!

Ha! Mesti korang dah kenal dengan Ustazah Basikal, kan? Maklum la, penulis novel tu sekarang ni sedang berjinak-jinak dengan TikTok, dan khabarnya sekejap je dah dapat follower berjuta! Alhamdulillah! Tumpang gembira dengan perkhabaran ini dari FB Tuan Ahmad bin Isa sendiri =)

Korang, kalau nak dapatkan novel travelog pengembaraan yang hebat ni, dapatkannya melalui link affiliate aku ni, ok. Sebab buku ni takde kalau korang cari kat MPH ke, atau mana-mana kedai buku kat shopping mall tu. Kecuali kalau kat Pesta Buku Antarabangsa, ha yang tu ada. Sebab depa ni buka booth di situ. Depa yang ku maksudkan tu ialah team Jiwa Kembara 😊




Ni link untuk oder direct terus dari Tuan Ahmad Isa & Ustazah Adilah!

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikalahmadnov2022/KMHSisAza

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikalahmadnov2022/364

Ok korang!

Tak rugi membaca, tapi rugi kalau tak memiliki duo novel hebat ini! 😉

Till then!

Salam kasih sayang!



Thursday 9 March 2023

Akaun GAP Public Gold

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum WBT 😊

Korang dah start tukar sebahagian @ sedikit RM korang kepada emas 999.9 di Public Gold ke belum?

Wahhh, tahniah pada yang dah bermula. Untuk yang masih ragu-ragu nak memulakan, mehh aku nak tanya sikit..hihihiiii

Korang takut kena scam ehh? Ke, korang takut emas tu tak boleh dijual balik? Ke, sebab rase takde duit?

Jangan macam tu, kawan-kawan. Di Public Gold, individu yang diisytiharkan muflis pun boleh menabung emas, serendah RM100 je korang dah boleh dapat emas 999.9, 24karat.

Kalau korang nak kata, RM100 tu pun tinggi, then aku tak tau nak cakap camner la 😊

Ye, benar. Bagi aku pun RM100 tu banyak oooo! Tapi, aku jugak nak ada satu aset untuk lindungi aku di masa hadapan. Aku belum ada rumah, belum dapat lagi financial freedom yang aku impi-impikan. Jadinya, setiap kali gaji, aku WAJIBkan potong RM100 untuk ditukar kepada emas! SIMPANAN PAKSA namanya ni! #blinkeyes



Kenapa aku suka cerita pasal akaun GAP?

Sebab simpan di GAP ni mudah sangat, kawan-kawan! Ramai suka akaun GAP ni sebab dia sangat 'powerful'. Asal ada bajet je laju tangan nak top up. Sedar-sedar dah banyak gram. Selain tu, meh aku senaraikan kat sini :

1. Boleh mula menabung serendah RM100

2. Tiada komitmen bulanan. Top up anytime ikut bajet masing-masing

3. Patuh syariah

4. Tiada upah simpan

5. Tiada had simpanan

6. Transaction online 24hours

7. Boleh buka untuk anak kecil sejak lahir sehingga umur bawah 18 tahun

 


Ha, best sangat kan. Yang paling best kalau buat auto-debit. Sedar-sedar je RM1200 kita dah jadi emas!

Kepada korang yang baru tau pasal Public Gold ni, sedarlah bahawa Public Gold ni syarikat emas Malaysia yang dah lama bertapak di Malaysia, dah nak buka cawangan ketiga di Indonesia dah. This is a wake up call, gaiss! 😊

Aku sentiasa berlapang dada dan hati untuk membantu korang, dari mula sampai la korang dapat merasa pegang emas fizikal samada dinar atau goldbar. Whatsapp je aku di 016-5151421 atau daftar sendiri di sini >>>  https://publicgold.me/azalizasalmin

Aku tak pasti kenapa ada entri di blog aku ni, yang link nya tak boleh nak di klik. So kalau link-link yang aku share di entri-entri aku sebelum ni korang takleh nak klik, make sure korang copy pastu paste kat google, ok! 😉

 

Ada 3 kaedah belian emas di Public Gold 👆😊


Till then!

Salam kasih sayang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday 8 March 2023

Salam Nisfu Sya'aban 1444H

 


Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera, sahabat-sahabat maya😊

Salam Nisfu Sya’aban.

Mesti ada di antara korang yang sedang berpuasa hari ini. Mungkin juga ada yang telah berpuasa sejak Isnin yang lepas, dengan niat puasa sunat Hari Putih di bulan Sya’aban.

Alhamdulillah, tahun ni aku bersyukur sebab dapat merealisasikan hasrat terpendam aku. In my wishlist, aku ade berniat untuk berpuasa sunat pada 10 hari di bulan Rejab, Sya’aban, dan puasa 6 hari berturut di bulan Syawal. Walau sekali dalam hidup aku, aku nak cuba.

Bukan aku tak pernah berpuasa sunat pada bulan-bulan yang aku sebutkan tu ya hahaaa =)

Maksudku, wishlist aku di bulan Rejab, aku nak puasa 01 hingga 10 Rejab berturutan, dan bulan Syawal pula, aku nak cuba puasa dari 02 Syawal hingga 07 Syawal berturut-turut. Ha, boleh ke? Sebab bulan Syawal kan….tu yang aku nak cabar diri aku tu. Hihihiii

Alhamdulillah, tahun ni aku punya kekuatan masa bulan Rejab lepas. Aku berjaya puasa berturutan dari 01 hingga 05 Rejab, kemudian berselang-seli 😊

Ok lah tu kan! InsyaAllah, istiqomah untuk perbaiki diri hari demi hari. Mana tau tahun depan Allah izinkan aku hidup lagi, dan aku berjaya realisasikan impian aku tu. Haaaaa, we’ll wait next year 😉

& di bulan Sya’aban ni, alhamdulillah juga, aku berjaya puasa sejak Isnin lepas berderet hingga hari ini (meaning, 13 ,14 & 15 Sya’aban). Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Kenapa aku happy sangat? Puasa je pun?

Hahaha. That was my wish in life, walaupun mungkin seciput je bagi korang, tapi besar bagiku. Hihihii. Sebab nak puasa berturut-turut di bulan selain Ramadhan, bagi aku, mencabar tau! 😊😊😊

Takpe, takpe. Semoga kita menjalani hari ini dan hari-hari seterusnya dengan penuh iltizam untuk menjadi lebih baik, lebih beriman dan bertaqwa pada Allah Ta’ala. Aamiin aamiin insyaAllah.

Doakan aku ya 😉

Oklah! Sampai sini dulu 😉

 

Till then!

Salam kasih sayang.