Wednesday 27 December 2023

Pilihan di tangan kita

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum WBT ..

Mode cuti still on! Tapi, apabila anak-anak dah meningkat dewasa ni apatah lagi yang sulungku tu dah berkerja, nak bercuti bersama-sama tu agak sukar dah 😊

Yelah, waktu berkerja kami tak sama. Dia cuti seminggu satu hari je. Biasalah tu, kalau kerja swasta. Just cherish, asalkan tak duduk goyang kaki je di rumah. Anak bujang, kan!

Ok! Berkaitan entri-entri aku yang sebelum ni, tentang kegelapan, solar storm dan sebagainya, aku berpendirian untuk bersedia dari segi persiapan. Bukan aku nak meng’iyakan semua tu, ada kemungkinan benda tu tak akan terjadi, wallahu’alam. Tetapi, bersedia  semampu kita juga tak salah. Kalau kejadian tu tak terjadi, alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Things and stuff yang kita dah prepared tu, kita guna je dalam kehidupan harian kita.

Bersedia kemudian tawakkal kepada Allah.

Frankly speaking, disebabkan perkongsian dari Tuan Abdul Khalid Abdul Aziz tu yang sedikit sebanyak mengubah aku, menyedarkan aku tentang akhir zaman ni. Aku tak kata aku percaya 100%, tidak! Tapi disebabkan perkongsian beliau, buat aku anxiety beberapa ketika. Aku jadi takut, cuak dan macam-macam perasaan lagi. Dari situ, aku mula perbaiki diri aku sendiri. Pernah terlintas di hati aku, ‘betul ke aku akan lalui akhir zaman ni?’ ‘Bersedia ke aku andai Allah tarik nyawa aku sekarang? Asbab tak nak melalui dahsyatnya fitnah akhir zaman?’

Kadang-kadang, ada benda yang menjadi titik punca kita berubah, walaupun sedikit cuma. Aku amat bersyukur pada Allah Ta’ala untuk itu.

Pilihan semua di tangan kita, samada nak mempercayai atau tidak, nak bersedia atau tidak, there’s Choice between Birth and Death. Betul tak?

Bagi aku, apa yang paling penting ialah hati. Kalau kita tak nak percaya sekalipun, usahlah kita memburuk-burukkan orang lain. Sekiranya kita nak percaya, janganlah terlalu taksub kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang akan terjadi nanti.

Yang penting, keimanan dalam hati perlu kita jaga. Perbaiki diri demi kebahagiaan di akhirat nanti. InsyaAllah.

 

Till then!

Salam kasih sayang!

Tuesday 12 December 2023

Dah boleh start pakai mask

 


Teks       :     Azaliza Salmin


Assalammualaikum, korang!

Jom, biasakan diri untuk pakai pelitup muka apabila keluar rumah 😊

Kes kobid dah makin meningkat akhir-akhir ni. Anggap sebagai salah satu usaha untuk jaga diri kita sendiri.


#Salam kasih sayang!

Friday 24 November 2023

Tuesday 21 November 2023

CARA MEMBUKTIKAN KEGELAPAN 17 HARI

 

Kredit             :      Abdul Khalid Abdul Aziz

Sumber         :      FB Abdul Khalid Abdul Aziz

 

CARA MEMBUKTIKAN KEGELAPAN 17 HARI

 

Selepas kegelapan berakhir, ahli-ahli falak adalah antara golongan yang paling awal akan perasan bulan di langit telah berubah bentuk dengan ketara. Pada waktu itu mereka akan membuat cerapan bulan untuk menghitung berapa lama masa telah berlalu sejak kegelapan bermula.

 

Jika mereka sepakat 17 hari telah berlalu dan hari keluarnya cahaya adalah hari ke 18 sepertimana yang saya sampaikan dalam tulisan-tulisan yang lepas maka mereka dengan mudah boleh mengetahui hari keluarnya cahaya itu hari apa. Dan dengan itu solat Jumaat tidak perlu ditangguhkan dan boleh terus dilaksanakan seperti biasa.

 

Tetapi jika mereka berselisih pendapat, walaupun sehari, maka solat Jumaat mungkin terpaksa ditangguhkan sehingga kata putus dicapai.

Jika perselisihan berlaku, maka mereka mungkin menggunakan kaedah kedua iaitu mencerap kedudukan bintang di langit. Kaedah ini pun belum tentu dapat menyelasaikan perselisihan pendapat 1 hari itu secara yakin.

 

Maka pada waktu itu mereka akan menggunakan kaedah ketiga iaitu dengan menyemak sudut terbitnya matahari. Meskipun matahari sentiasa terbit dari arah timur tetapi ia tidak terbit di sudut yang sama setiap hari. Ahli falak mahir dalam perkara ini. Tetapi itu juga tidak mudah untuk menyelesaikan masalah perselisihan pendapat yang berlaku.

 

Kaedah keempat yang boleh digunakan ialah dengan menunggu tarikh Istiwa A'dzam. Tahun 2024 adalah tahun lompat, peristiwa Istiwa A'dzam akan berlaku pada 27 Mei 2024 dan 15 Julai 2024. Pergilah semula ke tiang yang pernah digunakan untuk melihat arah bayang-bayang kiblat. Lihat semula pada bayang-bayang tiang tersebut. Apabila bayang-bayang itu selari seperti sebelumnya, pada waktu matahari tepat di atas Kota Suci Mekah maka di situ boleh diketahui tarikh sebenar keluarnya cahaya. Kaedah ini Insya ALLAH dapat menyelesaikan masalah perselisihan pendapat yang berlaku itu.

 

Jika kaedah keempat itu pun masih tak dapat menyelesaikan perselisihan pendapat yang berlaku, gunakanlah kaedah ke 5 iaitu dengan menunggu peristiwa Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan. Apabila berlaku gerhana maka tarikhnya sudah dapat diketahui secara mutlak tanpa sebarang keraguan lagi.

 

Kesimpulannya peristiwa gerhana adalah pembuktian yang tidak ada syak sama sekali. Tarikhnya 100% benar, Insya ALLAH ia akan menyelesaikan perselisihan umat waktu itu kecuali bagi orang-orang yang masih berdegil tidak mahu menerima pembuktian falak.

 

Itulah antara hikmat penciptaan bintang-bintang di langit termasuk Matahari dan Bulan sebagaimana firman ALLAH dalam AL QURAN :-

 

DIA lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan DIA lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. ALLAH tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. ALLAH menjelaskan ayat-ayatNYA (tanda-tanda kebesaranNYA) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNYA).

(Surah Yunus ayat 5)

 

Insya ALLAH ada banyak lagi perkara penting yang akan saya jelaskan dalam tulisan seterusnya. Teruskan membaca, share dan print untuk rujukan di masa akan datang. Terima kasih. WALLAHU a'lam, Wassalam.

 

Monday 20 November 2023

Survival Family ~ movie berdasarkan fakta sains

 

Entri di FB pada 16.11.2023


Kredit           :      Abdul Khalid Abdul Aziz

Sumber         :      FB Abdul Khalid Abdul Aziz

 

KAEDAH SAYA DALAM MENGKAJI TARIKH PERISTIWA YANG MUNGKIN BERLAKU DI MASA HADAPAN.

 

Insya ALLAH selepas habis membaca tulisan penting ini para pembaca akan tahu serba sedikit bagaimana dengan izin ALLAH saya dapat mengetahui tarikh peristiwa tertentu yang akan berlaku di masa akan datang. Jemputlah baca hingga habis. Saya sangat sayangkan tulisan ini.

 

Deklarasi Balfor telah dibuat pada tahun 1917

50 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1967 Israel melancarkan perang 6 hari menawan Baitulmaqdis yang diketuai oleh Moshe Dayan, seorang lelaki yahudi yang buta sebelah matanya. Dia adalah pembawa tanda dajjal kecil. Boleh cari di internet gambarnya.

 

50 tahun selepas 1967 iaitu pada Disember 2017, seorang lagi pembawa tanda dajjal kecil iaitu Donald Trump telah mencemarai Masjidil Aqsa apabila dia mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Tanda dajjal kecil pada dirinya ada pada tarikh penting dalam hidupnya. Insya ALLAH sampai pada masanya saya akan jelaskan jika ada keperluan.

 

70 bulan selepas Disember 2017 ialah Oktober 2023, pada tarikh itulah peperangan besar Al Aqsa bermula yang masih berlarutan hingga sekarang.

Peperangan Al Aqsa Oktober 2023 adalah bersamaan 50 tahun selepas Yom Kippur war yang berlaku pada Oktober 1973.

 

Peperangan yang berlaku pada Oktober 2023 ini adalah berpunca daripada Al Aqsa storm (serangan Al Aqsa) yang dibuat oleh orang-orang Yahudii dalam perayaan Sukkot pada hujung bulan September 2023.

 

Itulah punca sebenar serangan besar-besaran Hamas dilancarkan pada Oktober 2023. Ia berpunca daripada serangan ke atas Masjidil Aqsa oleh Yahudi semasa perayaan Sukot yang disambut pada hujung bulan September 2023.

 

Hamas dah nyatakan peperangan ini sebab itu tapi malangnya masih ramai umat Islam yang tak faham dan masih beranggapan Hamas yang mulakan dulu. Sebenarnya ia bermula pada 29 malam 30 September 2023 iaitu serangan orang Yahudi ke atas Masjidil Aqsa untuk meraikan perayaan Sukot selama 7 hari hingga 6 Oktober 2023.

 

Peristiwa 29 malam 30 September 2023 bersamaan 15 Tishrie kalendar Hebrew itu bersamaan 23 tahun selepas intifada kedua yang berlaku pada 28 September 2000.

Pada 28 September 2000, Ariel Sharon seorang lagi pembawa tanda dajjal kecil telah mencemari Masjidil Aqsa dengan mencerobohinya. Peristiwa itulah yang telah menjadi punca kepada kebangkitan Al Aqsa kedua pada 28 September tahun 2000.

Ariel Sharon adalah antara pemimpin Israel yang banyak tanda dajjal pada dirinya. Insya ALLAH yang ini juga akan saya jelaskan bila sampai pada masanya jika perlu.

Masih lagi berkisar tarikh hujung bulan September. British mula mendapat mandat ke atas Palestin pada hujung bulan September juga iaitu pada 29 September 1923. Hujung bulan September 2023 genaplah 100 tahun mandat British ke atas Palestin.

Jadi saya percaya mereka akan melakukan sesuatu yang besar ke atas bumi Palestin memandangkan begitu banyak peristiwa besar menjurus ke arah tarikh itu.

Peristiwa besar apa pula akan berlaku pada tarikh itu ? Untuk jawab soalan ini, saya perlu melihat pula situasi politik di Palestin dan rancangan-rancangan yahudi di sana.

 

Setelah mengambil kira semua itu maka saya berpendapat mungkin mereka akan berusaha untuk mencetuskan ketegangan semasa perayaan Sukkot pada 29 malam 30 September 2023 di Masjidil Aqsa sekaligus membangkitkan kemarahan Hamas dan menjadikan serangan Hamas sebagai alasan untuk pertahankan diri lalu mereka akan membuat serangan penghapusan etnik Palestin di bumi Palestin. Jika ini berlaku maka ia akan membangkitkan kemarahan besar Lebanon dan Syra dan beberapa lagi negara serantau yang merupakan rakan baik Palestin. Ini bermakna perang ini akan merebak. Perang ini akan menjadi perang yang besar.

Setelah benar-benar yakin dengan tanda-tanda di atas maka saya menulis secara ringkasnya jangkaan saya itu dalam tulisan bertarikh 17 Julai 2023 di Facebook saya. Akhirnya kajian yang bertahun-tahun itu benar-benar menjadi kenyataan dengan izin ALLAH.

 

Hari ini saya telah mendedahkan dengan lebih banyak lagi bagaimana saya tahu mengenai perkara ini. Saya harap umat Islam ambillah pengajaran di sini dan hentikanlah perkataan yang salah terhadap ALLAH kononnya ALLAH tidak akan membimbing sesiapapun untuk mengetahui tarikh sesuatu peristiwa yang akan berlaku.

 

ALLAH telah membuktikan kepada semua dengan cahaya petunjukNYA, tak mustahil untuk seseorang mengetahui tarikh sesuatu peristiwa yang akan berlaku untuk persiapan dan keselamatan umat.

 

Ya benar ALLAH merahsiakan tarikh tertentu tetapi bukan semuanya. Yang dirahsiakan adalah tarikh perkara ghaib besar seperti tarikh kiamat, tarikh kematian dan tarikh terbitnya matahari dari arah barat dan tarikh yang bersangkutan dengan nasib seseorang. Setakat itulah penjelasan saya untuk kali ini.

Insya ALLAH kita akan bersambung dalam tulisan yang lain di masa akan datang. Teruskan membaca. Tolong share untuk manfaat orang lain juga dan tolong print untuk rujukan di masa akan datang. Terima kasih. WALLAHU a'lam, Wassalam.

 

Entri FB pada 17.11.2023

Kayuhan Haji 2024 ~ JIWA KEMBARA

 



Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum WBT ..

Korang masih ingat tak Ustazah Basikal?

Kali ni, diorang akan berkayuh sekali lagi ke Mekah untuk misi Haji 2024. Hebat kan diorang ni!

Kayuhan Haji 2024 kali ini bukan hanya mereka suami isteri sahaja, tetapi ada tambahan dua orang pengayuh yang akan turut serta bersama mereka.

Ha! Mereka berempat ni akan memulakan kayuhan dalam masa 3 hari je lagi! Dan mereka juga masih menjual buku novel & komik Jiwa Kembara untuk menampung perbelanjaan sepanjang misi Kayuhan Haji 2024 ni. Korang kalau berminat nak menyumbang dengan cara membeli, boleh klik link di bawah ni ;

https://ezy.la/bukukembara2023

 


Apa yang menakjubkan lagi, bagi aku la, ialah salah seorang peserta kayuhan kali ini berumur 73 tahun! Gempak wehh!

Korang boleh follow FB Ahmad Isa ni untuk mengikuti kembara Kayuhan Haji 2024.

3 more days before the mission started!

Jom kita doakan semoga dilancarkan & dipermudahkan segala urusan sepanjang kayuhan mereka ni. Nak menyumbang? Beli buku-buku mereka, sebab diorang ada bagitau, mereka bukan taknak terima sumbangan, tetapi mereka tidak daftar bawah NGO, jadinya mereka lebih suka sekiranya kita semua support mereka dengan cara membeli buku Ustazah Basikal. Ada komik jugak tau, Jiwa Kembara! Yang ni aku baru je oder! Sebab anak aku suka baca yang bergambar!

 


Till then!

Salam kasih sayang!

 

 


Thursday 16 November 2023

BAGAIMANA HENDAK MENGERJAKAN SOLAT JIKA JAM ELEKTRONIK/BATERI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI ?

 

Kredit             :      Abdul Khalid Abdul Aziz

Sumber         :      FB Abdul Khalid Abdul Aziz

 

BAGAIMANA HENDAK MENGERJAKAN SOLAT JIKA JAM ELEKTRONIK/BATERI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI ?

 ALHAMDULILLAH dan terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya soalan ni, beruntunglah sesiapa yang menjaga solat 17 rakaat 5 waktu sehari semalam. Insya ALLAH golongan ini akan selamat jika kegelapan 17 hari benar-benar berlaku suatu hari nanti.

ALHAMDULILLAH, di Malaysia banyak masjid-masjid yang mempunyai jam pendulum iaitu sejenis jam yang tidak menggunakan elektrik dan tidak juga menggunakan bateri. Jam ini adalah jam mekanikal yang perlu dilaraskan rantai dan pemberatnya dari semasa ke semasa agar pendulumnya terus bergerak. Biasanya siak masjid yang akan melakukan kerja ni. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut bolehlah belajar dengan siak atau ajk masjid cara pengendalian jam pendulum ni.



Jika dalam tempoh kegelapan 17 hari itu atau selepas kegelapan itu semua peralatan elektronik terhenti dan terputusnya bekalaan elektrik, maka jam pendulum masih boleh terus digunakan untuk mengetahui waktu solat.

Selain daripada jam pendulum, jam tangan mekanikal juga boleh digunakan kerana jam itu juga tidak menggunakan bateri atau elektrik. Jam tangan mekanikal ni agak mahal daripada jam biasa, paling murah yang pernah saya jumpa adalah dalam lingkungan lebih 3 ratus ringgit. Pembaca boleh check sendiri di kedai jam.

Jam tangan mekanikal ini boleh digunakan untuk kegunaan peribadi dan kegunaan anggota keluarga kita di rumah. Jika ditakdirkan kita ditidurkan selama 17 hari semasa tempoh kegelapan itu dan kita dapati jam terhenti selepas bangun, kita cuma perlu gerak-gerakan semula jam tangan itu untuk membolehkannya bergerak semula. Selepas itu kita cuma perlu selaraskan jarum jam agar sama dengan waktu terbit matahari. Caranya tak susah, kita cuma perlu tunggu waktu terbitnya fajar, apabila kita melihat matahari sudah mulai terbit maka kita set jam tangan mekanikal agar selari dengan takwim yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Begitu juga dengan jam pendulum di masjid yang telah terhenti disebabkan tertidur lama. Ini bermakna setiap rumah perlu ada takwim waktu solat yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

Sebaliknya jika dalam tempoh kegelapan 17 hari itu kita dalam keadaan jaga, maka kita boleh terus menghitung waktu menggunakan jam tersebut seperti biasa. Begitulah serba sedikit perkongsian saya berhubung kaedah menggunakan jam pendulum dan jam tangan mekanikal dalam menentukan waktu solat. Semoga penjelasan ini memberi manfaat untuk umat Islam terutamanya jika berlakunya kegelapan atau solar storm satu hari nanti. Tolong share dan print untuk rujukan di masa akan datang. Terima kasih. WALLAHU a’lam, Wassalam.

 

Wednesday 15 November 2023

APAKAH PUNCA KEGELAPAN 17 HARI DAN KESANNYA KEPADA UMAT ISLAM ?

 

Kredit             :      Abdul Khalid Abdul Aziz

Sumber         :      Facebook Abdul Khalid Abdul Aziz         

           

APAKAH PUNCA KEGELAPAN 17 HARI DAN KESANNYA KEPADA UMAT ISLAM ?

 

Ia boleh berpunca daripada asap nuklear menutupi lapisan langit, dan langit kembali cerah selepas 17 hari.

 

Ia juga boleh berpunca daripada letupan gunung berapi sepertimana letupan gunung berapi Karakatoa pada tahun 1883 yang menyebabkan dunia bergelap untuk tempoh yang sangat lama.

 

Ia boleh juga berlaku secara tiba-tiba bumi menjadi gelap gelita sehingga manusia tidak dapat membezakan antara siang dan malam. Ini tidak mustahil bagi ALLAH kerana apabila ALLAH berkehendak untuk melakukan sesuatu memadilah baginya mengatakan jadi maka akan jadilah perkara itu sepertimana yang dikehendakiNYA.

 

Oleh itu saya tidak boleh menyatakan secara pasti apakah sebab berlakunya kegelapan 17 hari kerana saya tidak mempunyai pengetahuan secara jelas apakah sebabnya.

 

Namun begitu saya ingin nyatakan di sini daripada tanda-tanda yang saya nampak dan saya yakini 100% tanpa sedikit pun keraguaan ialah kegelapan itu Insya ALLAH akan berakhir selepas 17 hari. Ini bermakna dunia kembali melihat matahari dan bulan pada hari ke 18.

 

Sebenarnya sebab apa dunia bergelap tak penting pun tetapi berapa lama dunia bergelap itulah yang penting kerana itulah persoalan yang akan menjadi perselisihan umat selepas keluarnya cahaya hingga menyebabkan solat Jumaat sekali lagi terhenti untuk memberi ruang kepada para ulama bermuzakarah. Suasananya lebih dasyat daripada apa yang berlaku semasa Covid melanda dunia di tahun 2020.

 

Kita tak boleh berbeza pendapat walau 1 hari sekalipun kerana jika berbeza pendapat 1 hari sekalipun maka umat Islam akan solat Jumaat pada hari yang berbeza antara satu jemaah dengan jemaah yang lain. Apatah pula kalau ada yang berbeza pendapat hingga sebulan, ia boleh menyebabkan umat Islam beranggapan Rejab adalah Syaaban. Maka bila tibanya Syaaban mereka mengatakan itu adalah Ramadhan maka dengan itu akan rosaklah segala ibadat wajib tersebut hingga menyebabkan Zulkaedah dianggap Zulhijjah.

 

Jadi sebab itulah ilmu ini perlu disampaikan sebelum ianya berlaku kerana selepas berlakunya kegelapan itu, manusia akan datang dengan pelbagai teori dan andaian. Masing-masing akan cuba menggunakan hadis dan ayat AL QURAN untuk menyokong teori mereka hingga mengheret manusia dalam perpecahan. Masing-masing mendakawa tafsiran mereka betul dan pada waktu itu manusia akan memilih siapakah yang lebih tinggi kedudukan dan pangkat untuk dipercayai.

 

Insya ALLAH dalam tulisan yang akan datang saya akan menjelaskan lebih lanjut berkaitan kegelapan 17 hari ini. Teruskan membaca, share dan print untuk rujukan di masa akan datang. Terima kasih. WALLAHU a'lam, Wassalam.

Tuesday 14 November 2023

Follow agar jangan keliru

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum WBT ..

Hai, korang. Korang dah follow lom, fb Abdul Khalid tu?

Kalau belum, follow la if korang berminat nak tau pasal ilmu Fitan.

Aku nak ulas lanjut pun, memang tak layak. Sebab aku ni bukanlah dari bidang tu, cuma aku suka untuk mengetahui serba sedikit & suka dengan cara penyampaian Tn. Abdul Khalid tu. Takut, seram pun ada sebenarnya bila baca perkongsian beliau. Cumanya, kita patut bersyukur sebab Allah temukan pembacaan kita dengan hal-hal yang berarah kepada akhir zaman dan seterusnya. Semoga dapat kita serap dalam diri, ubah diri ke arah lebih baik. InsyaAllah, doakan aku ya.

Tn. Abdul Khalid ni juga ada berpesan, agar sesiapa yang bertanyakan tentang dakwah beliau ni, agar jangan dijawab melainkan jenguk sendiri tulisan-tulisan beliau di fb. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Aku sangat setuju dengan pendirian beliau.



‘Ya Allah, Kau lindungilah aku, suamiku, anak-anakku, seluruh ahli keluargaku serta para pembaca blog ku ini, agar terhindar dari fitnah Dajjal al-Masih.. lindungi kami, ya Allah, sesungguhnya hanya pada Engkau sahajalah tempat kami berlindung dan memohon pertolongan.. aamiin aamin ya rabbal’alamin…’

 

Till then!

Salam kasih sayang!

BENARKAH HARAM MERAMAL TARIKH PERISTIWA YANG AKAN BERLAKU ?

 Kredit             :      Abdul Khalid Abdul Aziz

Sumber           :      Facebook Abdul Khalid Abdul Aziz

BENARKAH HARAM MERAMAL TARIKH PERISTIWA YANG AKAN BERLAKU ?




Ya haram meramal tarikh perkara ghaib yang menjadi rahsia mutlak ALLAH kerana tiada siapa pun tahu melainkan ALLAH sahaja iaitu tarikh kiamat, tarikh kematian, tarikh terbitnya matahari dari arah barat kerana terbitnya matahari dari arah barat bermaksud tertutupnya pintu taubat.

Adapun meramal tarikh bilakah mungkin terjadi peperangan, bilakah kemungkinan peperangan berakhir, bilakah banjir besar mungkin melanda, bilakah kemarau bakal bermula, bilakah kegelapan dunia mungkin berlaku. Hal itu semua tidaklah termasuk dalam perkara yang diharamkan.

 

Jika kita seorang tentera kita kena ramal bila tarikh musuh akan membuat serangan supaya kita dapat membuat persediaan. Kalau haram ramal tarikh jadi apakah kita kena tunggu sampai musuh buat serangan baru kita nak bertindak ? Apabila memahami AL QURAN dan Sunnah dengan cara yang salah ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, kepada umat dan mendatangkan fitnah kepada orang yang berusaha untuk menyampaikan sesuatu ilmu untuk keselamatan umat.

Saya tak kata tarikh yang saya nyatakan dalam kajian-kajian saya PASTI berlaku sebaliknya saya sentiasa menjaga adab dengan menggunakan perkataan Insya ALLAH yang membawa maksud Dengan izin ALLAH dan mengakhirinya dengan perkataan WALLAHU a'lam yang membawa maksud ALLAH Maha Mengetahui kerana perkara itu belum lagi berlaku.

 

Saya dah buktikan beberapa jangkaan saya betul, walaupun tarikh bermulanya peristiwa itu kadang-kadang tidak tepat 100% tapi peristiwa itu benar-benar berlaku tak jauh dari tarikh yang saya nyatakan.

Ini bukan kali pertama jangkaan tarikh yang saya buat benar-benar berlaku. Sebelum ni dalam Fb lama saya pernah jangkakan Israel akan melancarkan peperangan besar pada bulan Julai 2014 dan ia benar-benar berlaku pada Julai 2014 bersamaan bulan Ramadhan.

 

Begitu juga dengan darurat 2021, masa Tan Sri Muhyiddin pi istana mohon darurat diisytiharkan pada hujung bulan Oktober 2020, ramai orang dok bertengkar pasai darurat, saya tulis di Fb lama saya, pada 1 November 2020. TERINGIN SANGATKAH NAK DARURAT DIISYTIHARKAN ? TUNGGULAH JANUARI 2021 NANTI. Akhirnya ditakdirkan ALLAH itu juga berlaku.

 

Dalam ilmu falak sememangnya biasa meletakan tarikh bila berbicara mengenai peristiwa alam. Sebagai contohnya ulama falak meletakan tarikh bencana alam seperti banjir, kemarau, gerhana dan sebagainya. Mereka diberi ilmu melihat tanda-tanda di langit lalu dengan ilmu tersebut mereka berkongsi pandangan mereka agar persiapan dibuat oleh umat manusia demi keselamatan. Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat tak pernah kerja begini. Jadi wajarkan kita menghukum mereka syirik dengan menuduh mereka percaya kepada bintang-bintang di langit, tukang ramal dan sebagainya ?

 

Begitu juga dengan saya, malah saya menggabungkan ilmu falak ini dengan AL QURAN, Sunnah, Sejarah dan perkembangan semasa hinggalah dapat mencapai ketepatan yang tinggi dalam menjangkakan sesuatu peristiwa dengan izin ALLAH. Ini adalah anugerah ALLAH yang sangat besar yang patut disyukuri, dihargai, dikongsikan dan dimanfaatkan oleh semua pihak terutama orang-orang Islam. Bukannya dimaki, dihasut untuk dijauhi lalu manusia jatuh dalam fitnah.

 

Dalam bab kegelapan 17 hari ni, saya mengaku, beberapa kali saya jangka akan berlaku tetapi berlaku dalam bentuk kegelapan yang tersirat seperti Covid 19 dan darurat. Namun begitu tanda-tanda masih kuat menunjukkan kegelapan 17 hari itu akan berlaku satu hari nanti.

Kegelapan covid 19 adalah tanda yang paling kuat dengan kegelapan yang saya sampaikan, solat Jumaat dihentikan, masjid di tutup, suasana siang bagaikan malam kerana jalan sunyi sepi, orang jadi keliru tarikh sebab dah lama tak keluar rumah. Ramai kawan-kawan saya hubungi saya dan kata kegelapan dah jadi tapi bukan 17 hari ia berlaku dalam bentuk wabak. Saya jawab itu bukanlah kegelapan yang saya maksudkan.

 

Saya kata kepada mereka peristiwa Covid 19 lockdown semua tu hanya tanda kepada kegelapan 17 hari yang jauh lebih dasyat. Ia belum berlaku dan Insya ALLAH akan berlaku kerana tanda-tandanya sangat kuat. Kita kena sentiasa dalam keadaan bersiap sedia bila tiba bulan Jamadilakhir kerana tanda menunjukan perisitiwa ini akan bermula pada bulan Jamadilakhir. Insya ALLAH saya akan menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu tajuk khusus berkaitannya.

 

Semoga ALLAH terus beri kekuatan dan kesabaran kepada saya untuk terus menyampaikannya. Semoga ALLAH selamatkan saya dan umat ini daripada fitnah dajjal dan segala macam fitnah akhir zaman. Aamin Ya ROBBAL a'lamin. WALLAHU a'lam, Wassalam.

Perang Dunia Ke3 / Perang Nuklear atau Solar Storm

 

Kredit             :      Abdul Khalid Abdul Aziz

Sumber         :      Facebook Abdul Khalid Abdul Aziz         

           

PERSIAPAN YANG PERLU DIBUAT UNTUK BERDEPAN KEMUNGKINAN PERANG DUNIA KE 3/ PERANG NUKLEAR ATAU SOLAR STORM.

 

Tak perlulah sampai nak berhenti kerja, tutup bisnes, jual harta benda, berhenti belajar, bagi pendapat saya memadailah tetap tinggal di mana saja kita berada dan teruskan kehidupan seperti biasa. Saya cuma nasihatkan untuk sama-sama kita perbaiki iman dan amal dan sediakan stok keperluan harian yang selalu kita dok makan dan dok guna yang boleh tahan lama sikit seperti beras, biskut kering, makanan dalam tin, nestum, air mineral, air bersih untuk bersuci,ubat gigi, deodorant, minyak wangi, lilin, mancis, ubat-ubatan seperti panadol, ubat sakit gigi, minyak angin, face mask dan lain-lain yang difikirkan perlu untuk 3 bulan atau setakat yang mampu,

 

Pandai-pandailah agak berapa banyak. Saya jenis tak makan banyak, jadi saya tak beli banyak pun. Masa tu kalau bekalan air terputus, mandi 2 atau 3 hari sekali dah cukup. Sekali mandi guna air 1 baldi pun dah ok. Rata-ratakan air di badan untuk hilangkan panas ja. Guna deodorant untuk elak bau badan, guna perfume kat baju untuk elak kerap tukar baju. Tadah air hujan untuk flush tangki tandas untuk bersuci najis dan untuk basuh pakaian. Kurangkan pergerakan supaya tak mudah lapar dan dahaga. Yang terbaik ialah puasa sunat selang sehari jika mampu.

Air minuman, sehari sebotol 1.5 liter x 90 hari = 90 botol bersamaan 7 ke 8 carton seorang untuk 3 bulan. Kalau dalam rumah ada 3 orang maknanya 24 kartons.

 

Jika perang nuklear atau solar storm berlaku saya tak rasa kesannya akan berlarutan lebih dari 3 bulan di Asia Tenggara sebab negara kita sangat jauh dari negara-negara yang berperang, dan saya tak rasa solar storm akan menimpa setiap inci muka bumi ini hingga melumpuhkan seluruh dunia, mungkin ada bahagian tertentu di muka bumi yang masih ok, barulah keadaan akan dapat dipulihkan segera. Jadi tak perlu bimbang sangat tentang perkara yang belum tentu akan berlaku ni. Yang penting kita bersedia sekadar yang kita mampu seperti yang saya nyatakan di atas.

 

Jika tak berlaku apa-apa ALHAMDULILLAH kita boleh guna stok yang dah dibeli sikit-sikit hingga habis. Saya dah buat macam ni sejak 2019. Masa Covid tahun 2020, saya rileks dalam rumah tak bersusah payah ke pasaraya sebab dah ready awal. Saya juga tak perlu ambil risiko masa tu untuk keluar rumah. Sama juga masa Darurat 2021, lockdown dengan macam-macam Pkp saya rileks kat rumah sebab dah buat preparation awal. Kegelapan waktu tu adalah kegelapan tersirat tapi kali ni Januari 2024 berkemungkinan besar adalah kegelapan alam yang nyata iaitu kegelapan dunia selama 17 hari.

 

Sekali lagi saya pesan tak perlu bimbang, cuma perlu bersedia rohani dan jasmani. Orang-orang beriman sepatutnya jiwanya tenang kerana dia yakin ALLAH yang berkuasa atas segala sesuatu. ALLAH selamatkan pemuda Kahfi selama 300 tahun tanpa makan dan minum, jadi apalah sangat kalau setakat 3 atau 4 bulan dalam kelaparan ? Jangan lupa terus amalkan surah Kahfi pada setiap malam Jumaat atau sebelum berakhir waktu asar hari Jumaat. Insya ALLAH kita selamat.

 

Ajarlah ahli keluarga untuk berkongsi makanan dari sekarang dan hidup berkasih sayang supaya tak berlaku masalah berebut makanan dalam rumah kita. Insya ALLAH, WALLAHU a'lam, Wassalam.




Perkongsian dari ABDUL KHALID ABDUL AZIZ

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum WBT ..

Gaiss, untuk entri aku selepas yang ni, aku kongsikan dari post di fb ABDUL KHALID ABDUL AZIZ . Korang boleh follow dia terus di facebook & tiktok, ok.

Banyak info tentang akhir zaman yang dikongsikan berdasarkan kajian bertahun-tahun beliau. Banyak juga teori beliau yang benar-benar terjadi dengan izin Allah.

Beliau juga menyuruh para pembaca, followers untuk kongsikan apa yang beliau kongsikan. Moga kita semua mendapat manfaat, insyaAllah.

 

Till then!

Salam kasih sayang!