Kredit : Abdul Khalid Abdul Aziz
Sumber : Facebook Abdul Khalid Abdul AzizBENARKAH HARAM MERAMAL TARIKH PERISTIWA YANG AKAN BERLAKU ?
Ya haram meramal tarikh perkara ghaib yang menjadi rahsia mutlak ALLAH kerana tiada siapa pun tahu melainkan ALLAH sahaja iaitu tarikh kiamat, tarikh kematian, tarikh terbitnya matahari dari arah barat kerana terbitnya matahari dari arah barat bermaksud tertutupnya pintu taubat.
Adapun meramal tarikh bilakah mungkin terjadi peperangan, bilakah
kemungkinan peperangan berakhir, bilakah banjir besar mungkin melanda, bilakah
kemarau bakal bermula, bilakah kegelapan dunia mungkin berlaku. Hal itu semua
tidaklah termasuk dalam perkara yang diharamkan.
Jika kita seorang tentera kita kena ramal bila tarikh musuh akan membuat
serangan supaya kita dapat membuat persediaan. Kalau haram ramal tarikh jadi
apakah kita kena tunggu sampai musuh buat serangan baru kita nak bertindak ?
Apabila memahami AL QURAN dan Sunnah dengan cara yang salah ia boleh
mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, kepada umat dan mendatangkan
fitnah kepada orang yang berusaha untuk menyampaikan sesuatu ilmu untuk
keselamatan umat.
Saya tak kata tarikh yang saya nyatakan dalam kajian-kajian saya PASTI
berlaku sebaliknya saya sentiasa menjaga adab dengan menggunakan perkataan
Insya ALLAH yang membawa maksud Dengan izin ALLAH dan mengakhirinya dengan
perkataan WALLAHU a'lam yang membawa maksud ALLAH Maha Mengetahui kerana
perkara itu belum lagi berlaku.
Saya dah buktikan beberapa jangkaan saya betul, walaupun tarikh
bermulanya peristiwa itu kadang-kadang tidak tepat 100% tapi peristiwa itu
benar-benar berlaku tak jauh dari tarikh yang saya nyatakan.
Ini bukan kali pertama jangkaan tarikh yang saya buat benar-benar
berlaku. Sebelum ni dalam Fb lama saya pernah jangkakan Israel akan melancarkan
peperangan besar pada bulan Julai 2014 dan ia benar-benar berlaku pada Julai
2014 bersamaan bulan Ramadhan.
Begitu juga dengan darurat 2021, masa Tan Sri Muhyiddin pi istana mohon
darurat diisytiharkan pada hujung bulan Oktober 2020, ramai orang dok
bertengkar pasai darurat, saya tulis di Fb lama saya, pada 1 November 2020.
TERINGIN SANGATKAH NAK DARURAT DIISYTIHARKAN ? TUNGGULAH JANUARI 2021 NANTI.
Akhirnya ditakdirkan ALLAH itu juga berlaku.
Dalam ilmu falak sememangnya biasa meletakan tarikh bila berbicara
mengenai peristiwa alam. Sebagai contohnya ulama falak meletakan tarikh bencana
alam seperti banjir, kemarau, gerhana dan sebagainya. Mereka diberi ilmu
melihat tanda-tanda di langit lalu dengan ilmu tersebut mereka berkongsi
pandangan mereka agar persiapan dibuat oleh umat manusia demi keselamatan. Nabi
Muhammad s.a.w dan para sahabat tak pernah kerja begini. Jadi wajarkan kita
menghukum mereka syirik dengan menuduh mereka percaya kepada bintang-bintang di
langit, tukang ramal dan sebagainya ?
Begitu juga dengan saya, malah saya menggabungkan ilmu falak ini dengan
AL QURAN, Sunnah, Sejarah dan perkembangan semasa hinggalah dapat mencapai
ketepatan yang tinggi dalam menjangkakan sesuatu peristiwa dengan izin ALLAH.
Ini adalah anugerah ALLAH yang sangat besar yang patut disyukuri, dihargai,
dikongsikan dan dimanfaatkan oleh semua pihak terutama orang-orang Islam.
Bukannya dimaki, dihasut untuk dijauhi lalu manusia jatuh dalam fitnah.
Dalam bab kegelapan 17 hari ni, saya mengaku, beberapa kali saya jangka
akan berlaku tetapi berlaku dalam bentuk kegelapan yang tersirat seperti Covid
19 dan darurat. Namun begitu tanda-tanda masih kuat menunjukkan kegelapan 17
hari itu akan berlaku satu hari nanti.
Kegelapan covid 19 adalah tanda yang paling kuat dengan kegelapan yang
saya sampaikan, solat Jumaat dihentikan, masjid di tutup, suasana siang
bagaikan malam kerana jalan sunyi sepi, orang jadi keliru tarikh sebab dah lama
tak keluar rumah. Ramai kawan-kawan saya hubungi saya dan kata kegelapan dah
jadi tapi bukan 17 hari ia berlaku dalam bentuk wabak. Saya jawab itu bukanlah
kegelapan yang saya maksudkan.
Saya kata kepada mereka peristiwa Covid 19 lockdown semua tu hanya tanda
kepada kegelapan 17 hari yang jauh lebih dasyat. Ia belum berlaku dan Insya
ALLAH akan berlaku kerana tanda-tandanya sangat kuat. Kita kena sentiasa dalam
keadaan bersiap sedia bila tiba bulan Jamadilakhir kerana tanda menunjukan
perisitiwa ini akan bermula pada bulan Jamadilakhir. Insya ALLAH saya akan
menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu tajuk khusus berkaitannya.
Semoga ALLAH terus beri kekuatan dan kesabaran kepada saya untuk terus
menyampaikannya. Semoga ALLAH selamatkan saya dan umat ini daripada fitnah
dajjal dan segala macam fitnah akhir zaman. Aamin Ya ROBBAL a'lamin. WALLAHU
a'lam, Wassalam.
No comments:
Post a Comment