Thursday 3 December 2020

Dugaan ~~

 

Teks    :           AZALIZA SALMIN

 

Assalammualaikum WBT & hai, korang!!

It’s December!!

Sekejap je masa berlalu. Tahun 2020 ni terasa bagai terlalu pendek! Tak tau lah untuk korang, tapi bagi aku, macam singkat sangat je, dahhh nak masuk tahun 2021.

Tapi kan, mesti tempoh yang panjang bagi barisan hadapan negara kita.. J

We salute you, Malaysia’s frontliners!

& seperti kebiasaan akhir tahun seperti tahun-tahun sebelum ini à closing account! Means, a bit busy nak kejar penutupan akaun tahun 2020. It’s every year, right! Alah bias tegal biasa!

So, kita tak pasti lagi adakah PKP gelombang kedua di saat akhir-akhir tahun ni akan bersambung lagi atau tak..dengan peningkatan jumlah kes yang kekal 3 digit dan kadangkala 4 digit tu, hmmm don’t know what to say though..sangat-sangat membimbangkan hati ini..bilakah akan berakhir semua ni? Ada yang kata, tunggu je kedatangan Imam Mahdi…is it? Is the time has come?

Wallahu’alam bisawwabb..

Yang penting, tingkatkan iman dihati..kerja, beribadah setulus hati..Lillahhi Ta’ala.. J

Till then!

#Salam kasih sayang!

Friday 15 May 2020

AIDILFITRI 2020




Teks : AZALIZA BINTI SALMIN
Foto : Carian Google

Assalammualaikum. Ramadhan ke-22, cuaca pagi redup, tengahari panas membahang hingga ke petang, dan pasti disulami dengan hujan yang lebat di sesetengah tempat, renyai-renyai di Kawasan tempat tinggalku.

Huishh, bukan ceritera yang ingin aku tuliskan. Hihihi. Entah tidak tau kapan akan terbit ceritera ciptaanku yang selalu aku angankan, tapi tak pernah termulakan. Mungkin idea telah kekeringan, kreativiti dan ketandusan.

Aidilfitri 2020. Tak boleh pulang beraya ke kampung halaman sementelah arahan TIDAK boleh merentas negeri telah diumukan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, our lovely PM. Hanya rentas daerah sahaja.

Maknanya, aku beraya di KL sahaja. Dengan keluarga asas tercinta. Dengan keluarga kembangan, tidak tahu bila rentas negeri dibenarkan. Kesian pada emak. Nasib baik abangah dan adikku, Noa boleh balik menjenguk emak di kampung.

Apa nak buat. Dalam sejarah, kan. Sesekali, kita perlu akur dengan segala yang telah terjadi. Telah tersurat, pada zaman kita lalui sekarang, terjadinya wabak yang kecil tapi mampu melumpuhkan segala usaha jika tidak dibendung dengan disiplin kendiri penduduk dunia. Jalani dengan hati yang redha.

Sektor awam dah mula ke tempat kerja, sekurang-kurangnya 70% keberadaan penjawat awam di tempat kerja. Bermakna, penggiliran sehingga 4 hari dalam seminggu untuk aku berada di pejabat bermula minggu depan, 21hb Mei 2020. Akur. Bukankah penjawat awam itu “SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH”? Wajib menunaikan amanah yang dipikul, barulah setara dengan segala kemudahan yang telah diberikan oleh PM kita kepada semua penjawat awam. Kan..?!!

Sekolah masih belum dibuka. Akur juga. Tapi…..haa, ada tapi nya!

Menguruskan anak-anak bukanlah semudah yang disangka. Sistem pembelajaran online diperkenalkan tatkala wabak melanda, perlu berkurung di rumah, penjarakan sosial dan sebagainya. Ya, faham.

Tapi nak menyertai kelas online tu yang agak sukar. Benar, kemudahan seperti Skype ada. Tapi bukan semua orang ada! Huhh, banyak tapi nya. Alasan! Tapi, ia benar! 😊

Hendak seribu daya. Sambung sendiri ya!

Sampai sini dulu.

#Salam kasih sayang!




Thursday 7 May 2020

PKPB


Teks      :              Azaliza binti Salmin  

Assalammualaikum!

Salam 14 Ramadhan, uols!

Hari ini hari ke..48 or 49 kot, MCO..& kita sedang melalui fasa ke-4 PKP yang dah bertukar menjadi PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).

Dalam fasa PKPB ni, beberapa perniagaan/sektor ekonomi telah dibuka dan dibenarkan beroperasi. Mungkin, untuk maintain sumber ekonomi negara kot, takleh la lama-lama shut down. Syarikat-syarikat pun nak rolling duit mereka.

Hihi, my 2 cents ya! Kalau salah, maafin saja dehh! Aku bukan terer sangat bab-bab ni. Hihihi.
Tahun ni juga, PM kita dah umumkan ‘tidak boleh pulang beraya ke kampung’. Hmm, 1st time ever, kan!

Aku ok je. Lagipun, mak ku sekarang duduk bersama kaklong ku di Port Dickson. Nasib baik dia nak ikut saranan anak-anak. Kalau tak, sensorang je dia di kampung. LL (tetiba teringat pada arwah ayah…al-Fatihah)

Buat mak mertua aku pula, dia pun sensorang juga. Tapi, ada kakak ipar ku yang berdua itu duduk di Taiping juga. Boleh la mereka tengok-tengokkan.

Tapi, you know, suamiku kan anak jantan nan seorang. Kesian juga tengok suamiku tu. Dok teringat kat mak dia ja. Yelah, pergerakan rentas negeri pun tak dibenarkan. Tapi, dalam perancangannya untuk ke balai berhampiran bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri.

Kita tak boleh halang ye, sebab itu adalah kewajipan seorang anak lelaki terhadap ibunya. Bear in mind!

Kerja di pejabat masih seperti biasa. Sekarang ni, semua penjawat awam dah kena bekerja mengikut jadual penggiliran yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan. Kerja pun tak boleh la bertangguh lama-lama. J

Semoga, segala yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya. InsyaAllah. Kita tak perlu mengeluh, sebab Allah Ta’ala tak akan uji hambaNya di luar kemampuan mereka.

So, Malaysia boleh!! (walaupun lepas PM umumkan kedai-kedai boleh beroperasi seperti biasa, orang-orang Malaysia ni macam lupa SOP yang kerajaan dah tetapkan! Depa tak ingat kot Covid-19 belum hilang sepenuhnya!) pfftttt…

Till then.

#Salam kasih sayang!

Friday 3 April 2020

PKP - RMO - MCO- PKPD



Teks      :               Azaliza binti Salmin   
Foto     :               Carian Google

Assalammualaikum ku hulurkan sebagai kata pembuka bicara. Chewahh!

Well, benda yang jarang-jarang aku lupa ialah à birthday sendiri. Hahaha! Memang jarang wehhh! 
Tapi semalam, memang aku lupa sekejap, writing an entry then bila view blog, baru perasan tarikh tu macam ada something je. Hehehe, 2nd April 2020. Hahhaa!

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kehidupan ini yang telah Engkau kurniakan buatku selama 37 tahun.

Takde nak demand lebih, lagi-lagi tengah RMO (Restriction of Movement Order) akibat penularan wabak Covid-19 ni. Even birthday song pun takde. Nahhh, my hubs and childs are not into that. Melainkan kalau aku yang mengetuainya. Tapi takkan la birthday aku, aku pulak nak in charge, kan?! Over la pulak. Hihihi.

Naaa, I’m not into the mood this year.

Untuk kenangan, tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini juga digelar sebanggai RMO seperti yang disebut di atas. Selain itu, tempoh ni juga dipanggil MCO (Movement Control Order) dan PKP untuk fasa berat dipanggil PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan). PKPD ni dilancarkan untuk beberapa kawasan yang telah diisytihar sebagai Zon Merah. Jadi, please #Stayathome ye, kawan-kawan.

Perlu ke info ni?

Ehh, perlulah. Kot2 ada yang main sebut je tapi tak tahu setiap huruf tu stands for what, kan!? Hihihi. Joking, ya!

Till then.
#Salam kasih sayang!




Thursday 2 April 2020

HARI INI


Teks    :           AZALIZA BINTI SALMIN
Foto   :           Carian Google 

Assalammualaikum, korang.

Fuhhh! Betapa kita sedang melalui masa-masa sukar ketika dalam tempoh PKP ni kan..? Sabar ye sahabat-shabat mayaku semua. Anda tidak berseorangan. Seluruh penduduk dunia sedang di ancam dan sedang Allah uji dengan kehadiran bala tentera kecilNya.

Pun begitu, dunia sekarang yang sesetengah orang kata sedang menikmati “me time”, masih lagi disaluti dengan kes-kes seperti rogol, sumbang mahram. Yelah, kerajaan suruh “stay at home”.. bukan “play at home” dengan bukan muhrim! Ambil kesempatan betul lah diorang ni. Memalukan!

Kes cyber bullying pun sedang hot sekarang ni. Macam-macam! Yang artis lain, yang entrepreneur pun lain..kesian sebenarnya kat mangsa siber buli ni kalau benar memang dia tak bersalah. Hat artis tu, memang malas nak komen..naik menyampah kalau nak bercerita bab artis. Pfftttt!

Korang dah daftar Bantuan Prihatin Nasional? Trafik sesak dari semalam. Aku pun tak lepas-lepas. Well, aku ni dari gologan M40, jadinya nak la juga minta bantuan sementara kerajaan nak bagi untuk golongan ini. J

Pada yang belum daftar tetapi anda layak, silalah daftar. Kalau tak tau anda layak ke tidak, pergi je ke website dan semak. This is the link à www.bpn.hasil.gov.my atau www.bsh.hasil.gov.my .

Ok! Till then!

Salam kasih sayang!

Thursday 26 March 2020

AYAH

Genap seminggu pemergianmu, ayah

Allah lebih menyayangimu, mengambilmu ketika dunia berdepan dgn tentera kecil Allah, mengambilmu agar kau tidak melalui dahsyatnya akhir zaman
.
17 Mac 2020, 0500
'Ayah dah takde, uder'

0630
Aja memulakan perjalanan dari Taiping usai solat subuh
Sepanjang perjalanan, Ya'asin aja titipkan buat ayah
Dalam hati tak henti2 berzikir "Allahummarobbiyasir wala tu'assir tammimbilkhoir" mohon pd Allah agar beri kesempatan utk aja tatap wajah ayah buat kali terakhir, mohon Allah beri keajaiban dlm perjalanan aja

1000
Rawang
'Kalau boleh laju, laju sikit ye, der'
"Tunggu aja, kaklong"
tapi jauh di sudut hati, aja redha kalau tak sempat..saat ni, hanya yg terbaik je untuk urusan ayah

1100
Ayer Keroh
'Kak uder, ayah hensem sangat..macam tidur je..ko sabar ye, kak'
Airmata memang tak dapat ditahan..aja tengok ayah dalam gambar je, yah..ayah memang encem, rambut terpacak, string semua..mungkin takat tu je aja dapat tengok ayah kali terakhir, melalui kiriman gambar

1130
'Kak uder kat mana? Ayah dh dibawa ke tanah perkuburan'
"Dah masuk Selabu ni"
Saat ni, boleh pulak jalan kecik masuk Tg. Selabu tu penuh dgn lori transformer, lori hantu bagai, boleh jem pulak..saat tu jugak aja nampak van jenazah dari arah bertentangan..

& sampai jugak aja, yah..saat ayah sedang ditalkinkan
Aja redha, tak dapat belai & mandikan ayah mcm mak, kaklong, abangah, noa & adik
Sebab aja tau, doa yang tak henti2 dari seorang anak lebih bermakna untuk ayah di sana
Aja redha, macam selalu ayah amalkan..sentiasa kena redha atas apa yang dah ditentukan Allah

Damailah ayah di sana di sisi Allah
SALMIN BIN JAMAL
02.01.1951 - 17.03.2020
Alfatihah

Thursday 12 March 2020

IPN SABAK BERNAM


Teks    :           Azaliza binti Salmin
  
Assalammualaikum, guys!

Today, I want to talk about Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam.

Actually, ini kali ketiga aku mengikuti kursus yang dianjurkan oleh institut ini. Saje, berkursus sambil-sambil ambil angin kat Sabak Bernam ni.

Banyak jenis kursus korang boleh pilih untuk join kat IPN ni. Boleh survey di laman web www.ipn.gov.my untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan.

As for me, aku memang ambil kursus yang berkaitan dengan kerja yang aku lakukan. Tambah pengetahuan, kan. Lagipun, boleh cukupkan keperluan 7 hari berkursus dalam setahun untuk penjawat awam.

Korang jangan pula ingat, sebab nama institut ni ada ‘perakaunan’, ia khas untuk orang-orang akaun atau kewangan je tau! Semua gred di semua kementerian boleh apply kursus yang ditawarkan di sini. Gred N, S, J, semua boleh!

Manalah tau, kot-kot korang tak tau, kan. J

Kebanyakan kursus yang ada, dijalankan antara 3 hingga 4 hari. Tambahan pula, ada aktiviti sampingan tau yang IPN anjurkan. Yelah, taknak peserta stress dengan kelas je kot, sambil memperkenalkan kawasan-kawasan menarik di Sungai Lang, Sabak Bernam ni.

Biasanya, pihak IPN akan bawa peserta pi makan mee udang di Bagan Nakhoda, beli kerepek orang kampong buat & pi teropong bintang kat Balai Cerap (hat ni baru tahun ni depa bawa, malam). Aktiviti ni depa buat petang, selepas habis kelas. Sebelum-sebelum ni, depa buat hari pertama kursus, tapi tahun ni depa buat hari kedua. Aku kali ni malas nak join, sebab COVID-19 kan..malas la, walaupun Balai Cerap tu aku tak pernah pi. Takpe, next time jerrr.

Ok, korang! Silalah jenguk-jenguk website IPN ok untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus-kursus yang boleh korang join untuk tambah pengetahuan dalam pekerjaan!

Till then! Bye!

#Salam kasih sayang!

Sunday 19 January 2020

WAWASAN 2020


Teks    :           Azaliza binti Salmin  

Assalammualaikum, sahabat maya!

Januari, 2020. Sampai juga kita ke tahun yang menjadi #Wawasan sejak kita kecil. Wawasan 2020. Masa kecik dulu, dok menyanyi je lagu tu yang sering didendangkan di kaca televisyen dan radio. Best nya masa dulu-dulu!

Of course, kereta terbang menjadi momokan sekarang ni. Yelah, masa kita memandang ke arah Wawasan 2020, apa yang dibayangkan ialah kemajuan teknologi seperti kereta dah boleh terbang. Hakikatnya kini, takde satu negara pun yang dah ada kereta boleh terbang. Bukan Malaysia je. Hahhaaha!

Nak buat macam mana, Wawasan 2020 adalah sebuah impian. Impian tu samalah dengan anganan. Tapi bukan anganan kosong! Kita sepatutnya menilai dari segi lain pula, kemajuan teknologi selain kereta terbang yang tak tercapai tu. Cuba fikir sendiri ya!

Aku dulu selalu berangan, apabila tahun 2020 ni, aku dah berumur 37 tahun. Hahaha! Itu je la yang aku fikir. Sampai juga aku ke umur ni. Dah tua! Ingat mati sentiasa, weh!

Akhir tahun 2019, di Kementerian Pendidikan Malaysia, telah dilancarkan penstrukturan semula. Nak cerita pun panjang & tak tau nak cerita macam mana. Apa yang pasti, banyak kerja dan staf dikeluarkan dan ditempatkan di bahagian-bahagian di bawah KPM.

Kalau kat tempat aku kerja, staf dan tugas makin berkurangan sebab dah ada Pejabat Pendidikan Daerah yang akan mengendalikan tugas-tugas kewangan mengikut zon masing-masing.

Haa! Dulu PPD Bangsar Pudu tempat aku bertugas sebelum ni, memang telah menguruskan SEMUA hal dan tugas kewangan untuk sekolah-sekolah di bawah zon Bangsar dan Pudu. Zon Keramat dan Sentul masih diuruskan oleh pihak jabatan.

Tapi, selepas penstrukturan semula, PPD Keramat dan PPD Sentul perlu bergerak sendiri sepertimana PPD Bangsar & Pudu. Jadinya, staf-staf di jabatan dikurangkan kerana ditempatkan di PPD masing-masing mengikut zon seiring dengan penurunan tugas-tugas seperti PPD Bangar & Pudu.

Faham kan? Hihihi.

Ok lah! Next time sembang-sembang santai lagi ye!

Till then!

#Salam kasih sayang!