Teks : Azaliza binti Salmin
Assalammualaikum!
Salam 14 Ramadhan, uols!
Hari ini hari ke..48 or 49 kot,
MCO..& kita sedang melalui fasa ke-4 PKP yang dah bertukar menjadi PKPB
(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).
Dalam fasa PKPB ni, beberapa perniagaan/sektor
ekonomi telah dibuka dan dibenarkan beroperasi. Mungkin, untuk maintain sumber
ekonomi negara kot, takleh la lama-lama shut down. Syarikat-syarikat pun nak
rolling duit mereka.
Hihi, my 2 cents ya! Kalau salah,
maafin saja dehh! Aku bukan terer sangat bab-bab ni. Hihihi.
Tahun ni juga, PM kita dah umumkan ‘tidak
boleh pulang beraya ke kampung’. Hmm, 1st time ever, kan!
Aku ok je. Lagipun, mak ku sekarang
duduk bersama kaklong ku di Port Dickson. Nasib baik dia nak ikut saranan
anak-anak. Kalau tak, sensorang je dia di kampung. LL (tetiba
teringat pada arwah ayah…al-Fatihah)
Buat mak mertua aku pula, dia pun
sensorang juga. Tapi, ada kakak ipar ku yang berdua itu duduk di Taiping juga.
Boleh la mereka tengok-tengokkan.
Tapi, you know, suamiku kan anak
jantan nan seorang. Kesian juga tengok suamiku tu. Dok teringat kat mak dia ja.
Yelah, pergerakan rentas negeri pun tak dibenarkan. Tapi, dalam perancangannya
untuk ke balai berhampiran bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri.
Kita tak boleh halang ye, sebab itu
adalah kewajipan seorang anak lelaki terhadap ibunya. Bear in mind!
Kerja di pejabat masih seperti biasa.
Sekarang ni, semua penjawat awam dah kena bekerja mengikut jadual penggiliran
yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan. Kerja pun tak boleh la bertangguh
lama-lama. J
Semoga, segala yang berlaku ni ada
hikmah di sebaliknya. InsyaAllah. Kita tak perlu mengeluh, sebab Allah Ta’ala
tak akan uji hambaNya di luar kemampuan mereka.
So, Malaysia boleh!! (walaupun lepas
PM umumkan kedai-kedai boleh beroperasi seperti biasa, orang-orang Malaysia ni
macam lupa SOP yang kerajaan dah tetapkan! Depa tak ingat kot Covid-19 belum
hilang sepenuhnya!) pfftttt…
Till then.
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment