Showing posts with label Ulasan Drama/Filem. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Drama/Filem. Show all posts

Friday, 22 November 2024

DON DUKUN ~ dari kaca mata aku

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum, sahabat siber 😊

‘DON DUKUN’

Haaaaa…korang dah tengok lom? Lakonan Zul Arifin, Ropie Cecupak, Yusof Haslam dan beberapa pelakon lain yang aku kompem semua orang kenal, aku je tak tau nama depa hahahaa.

Kenapa aku nak tengok filem ni? 


Firstly, sebab masa tu memang tengah family time, semua anak-anak aku ada bersama aku dan suami, lepas tu memang unplanned stuff yang kitorang nak buat bersama selain makan à tengok wayang.

Bila unplanned, makanya memang tak tau filem apa yang sedang ditayangkan. Nak tengok Venom, macam tak nak tengok cerita-cerita yang heavy. Jadinya, kami pilih cerita santai-santai, Don Dukun jadi pilihan.

Apa yang bestnya cerita ni, pelakon dia ada Ropie yang aku suka. Aku suka dengan lawak-lawak Ropie ni. Zul Arifin, of course la kegemaran ramai & dia membawakan watak ber’genre lain dari sebelum-sebelum ni. Watak lucu.

Tapi bagi aku, takde lah lucu sangat pun. Ropie pun sama, kelucuan yang aku harapkan tu tak dapat dalam filem ni. Hahahaa. Rating aku bagi untuk filem Don Dukun ni, 6/10. 😉

Filem ni memang agak bodo-bodo. Aku mengharapkan ada sedikit cerdik di separuh pertama atau di pertengahan cerita. Tapi, nope. #downsekejap

Mungkin generasi baru gemar cerita bodo-bodo macam ni kot. Bagi aku macam tak puas. Bagi la satu point, atau misi, atau apa-apa la yang menjadi pokok cerita filem ini, yang ada ke’serius’an dia sikit. Hidup ni memang la tak boleh serius sangat, tapi lawak memanjang macam ’ngek’ juga rasanya. Hihihiii.

Aku membayangkan filem ’Pontianak Menjerit’. Filem awal tahun 2000, aku tak ingat tahun bila.


Filem ni lawak juga. Tapi ada misi di permulaan cerita hingga membawa ke penyelesaian terakhir. In between tu, ada lawak, ada serius. Bagi aku jalan cerita macam ni yang aku harap ada dalam Don Dukun. ~ nada ~ (mexican spanish) 😊

Tapi takpe lah, mungkin sebab aku dah makin tua kot. Ini bukan lagi genre aku. Hahahaa.

Lagi satu cerita Netflix yang tengah viral sekarang ni.

’Ipar Adalah Maut’. Haaaaaaaaa .......

Nanti-nanti lah nak ulas, hihiii.

 

Till then!

Salam kasih sayang ~

Saturday, 28 January 2023

THE GLORY ~ K-Drama

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, hai korang! =)

 

THE GLORY ~ siri K-drama 8 episod yang baru je habis ku tonton secara marathon hari ini. Ala, 8 episod je..tu yang boleh marathon tu hihi..

Kalau sampai 16 episod, tidak lerr aku nak marathon. Tengok masa juga, ye tak?! 😊

Cerita ni best, jalan cerita dia aku suka. Bukan kisah cintan-cintun ya. Kisah seorang gadis yg dibuli ketika di sekolah tinggi, dan nekad untuk membalas dendam. Memang best, buat kite geram dan nantikan apa balasan yang pembuli-pembuli tu akan terima.

Aku memang tak kenal para pelakonnya, hahaha. Aku bukan peminat K-pop, hokehh! Aku memang ketinggalan sikit bab-bab cerita ke, lagu ke, yang Korea2 nihh. Memang tak terasa nak mengikuti pun

Cerita Korea pertama yang aku tonton pun sebab adik aku suruh tengok. Best la, sedih la, tu yang aku tengok jugak. Tapi memang best gilerr & sedih la hahaha. Aku suka cerita tu, tajuknya ~ MIRACLE IN CELL 7 ~

Huwaaaa, sedih sangat cite tuuuuuu…….

Cerita kedua aku tonton ialah drama 16 episod. Tu pun sebab macam dah takde cerita best langsung dah kat Netflix tu. Padahal punya beratus-ratus filem ada, tinggal pilih je kan, kat Netflix tu. Hahaha!

Anak aku yang suggest drama ni ~ SUSPICIOUS PARTNER~

Ha, ketinggalan sangat kan aku..? Cerita punye dah lama keluar, aku baru nak tengok.

Drama seterusnya, adalah disebabkan ketika beliau datang ke Malaysia dan mengecohkan suasana di Malaysia ni, termasuk penyanyi nombor 1 kita pun beria bergambar dengan beliau. Jadinya, aku yang tak berapa nak kenal pelakon-pelakon Korea ni pun terpengaruh jugak la nak kenal & nak tau cerita yang dilakonkan oleh beliau.

Cerita ni pun best. Hihihii…

~ LEGEND OF THE BLUE SEA ~ haaaaa, tau kan sape orangnya..?!! Hihihii. Gotchaa!!

Next is K2. Drama ni best, tapi bagi aku lambat sangat jalan cerita dia. 5/10 aku bagi untuk K2. Drama ni pun di suggest oleh anak aku, sebab pelakon lelaki tu anak aku suka. Sape namanya, aku tak tau, tapi bole tahan hensem la kalau dia nak sengih tu. Hahaha.

Aku sebenarnya mencari drama Korea yang boleh mengalirkan air mata. Dah google dah, tapi macam takde je kat Netflix. Korang kalau ada tau cerita-cerita sedih kat Netflix tu, sharing2 ya.. 😊

Ok! Back to ~ THE GLORY ~

Aku rasa mesti ada Season 2 kot. Sebab cerita macam tak habis. Dah la kite syok-syok layan, nak tau revenge apa yang pembuli-pembuli tu dapat, tapi last2 camtu je..buat kite tertanya-tanya, & tak puas tengok ending macam tu. Ceitt!

Ok lah! Sampai sini dulu 😉

 

Till then!

Salam kasih sayang!

 

 

Till then.

Salam kasih sayang.

 

 

Wednesday, 14 December 2022

RINDU KASIH

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Hai, korang!

RINDU KASIH ~ Aku teringin nak tengok sebenarnya. Tapi aku ni sejenis manusia yang tidur awal. Memang sejak azali lagi aku jenis yang tu. Jarang-jarang sangat & kadang-kadang je aku midnight. Kecuali masa dok asrama (form 4 & 5) kot, kena tidur ikut masa yang dah ditetapkan la kan..lepas prep, minum malam pastu zzzzzzzzz. Hihihii.


Cuba kalau TV3 siarkan dalam slot Akasia, mesti aku tengok. Sebelum ni pun, drama lakonan Umi Nazeera siaran TV3 yang dipuji-puji tu pun disiarkan dalam slot Samarinda, kan. Punnn aku tak tengok, hahha #gelaksopansambiltutupmulut


Bukan apa, aku just tahu pun menerusi feedback dari penonton-penonton drama tu. Pastu, zaman sekarang ni kan ada je teaser bahagian-bahagian best tu. Dapat la tengok part-part lakonan hebat Umi Nazeera tu, cuma tak puas la sebab tak dapat tengok full. Aku kan seorang penonton yang inginkan ending yang berbeza dalam drama-drama kat Malaysia ni, dari dulu lagi 😊😊😊 Menurut komen-komen netizen, puas hati sangat ending dia, so aku cam teruja pulak nak tengok.




Walaupun aku tak dapat tonton drama ni dan hanya tengok melalui teasers yang dikongsikan di FB, Tiktok, bagi aku bukan setakat lakonan Umi Nazeera je yang patut dipuji. Lakonan Izzue Islam sebagai sang suami tu pun bagus jugak, sebab berjaya menimbulkan kebencian, kemarahan para penonton dengan sikap taat bebenor pada mak nan satu tu. Bahagian ni taka da pun teasers yang dikongsi, yang dapat aku tengok. So, just melalui pembacaan komen-komen netizen je la aku dapat tau jalan cerita ni.


Apa pun, tahniah untuk TV3 dan pengarah serta pelakon dan juga semua yang terlibat dalam drama ni. Walaupun tak dapat tengok, sebab kat Youtube pun takde, tapi aura yang timbul menerusi komen-komen di alam maya tentang drama ni membuat aku rasa drama ni memang best. Tapi tu la, kena tengok jugak, hihihi.


Oh ya, aku ni dah tak langgan Astro Pack dah. Hanya basic channel macam TV1, TV2, TV3, Alhijrah, TVS semua-semua tu je la. Kalau tak, drama Rindu Kasih tu pun boleh ditonton secara marathon di Disney Hotstar kan. Dulu aku langgan la & dapat Disney Hotstar tu. Tapi dah tukar ke pakej lain dah, sebab aku nak kurangkan bil as aku langgan Netflix juga. 😉

Oklah, that’s all for now.

Till then!

Salam kasih sayang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Monday, 7 October 2019

SWEET DREAMS





Teks  :         AZALIZA BINTI SALMIN
Foto  :         Carian Google

Assalammualaikum, uols!!

Hollaa amigos!

Hihihi. Lama sungguh aku tak update entry di sini! My lovely blog! Rindu rasanya di hati ini! Ewahh!

Korang mesti kenal Qash Adam?? 

Ehh! Bukan! Dia bukan kawan aku pun. Aku je kenal dia, dia tak kenal aku! Wakakakaaa!

Aku nak bagi SEJUTA salute kepada #MichaelAng kerana dialah pengarah di Malaysia ni yang menyahut dan memahami kehendak penonton nan satu ini yang inginkan kelainan dalam drama/filem di Malaysia! Tahniah Michael Ang!

You’re one in a million! Berfikir di luar kotak kebiasaan! Yeayyyy!

#SweetDreams adalah teledrama yang saaaaaangattttt aku suka!

Saya suka! Saya suka! Saya sukaaaaaa!

Korang semua mesti dah tonton kan, drama nih!!? 

Best kan?!!

Lain dari yang lain, kan??!! 

Cannot imagine what will happen next, kan?!!

Ehh!!? Aku bukan baru tengok la, cerita tu. Aku baru berkesempatan nak blog ‘bout that drama! Aku tengok through #OnDemand tauu! Baru best, takde iklan! Hahhaa!

So, tahniah buat #MichaelAng ! Drama yang di luar dari kebiasaan. Menampilkan beberapa muka baru dan lama yang dah jarang berlakon! Haa, mesti korang suka dengan watak Nina Juren kan, sebab aku sukaaaaa sangat2 si makcik blond tu yang rajin berperibahasa. 

Tahniah, PU Azman. Pandai hang naaa berlakon!

Untuk kawan baik Puteri, si Fara tu (aku tak tau nama, malas nak google), tahniah juga untuk anda yang sangat bersahaja!

Tapi, above all, SEJUTA tahniah juga patut diberikan kepada penulis novel #SweetDreams nihh!! #AcikLana !! Michael Ang hanya menvisualisasikan menerusi drama sahaja!

Tapi, aku tak baca pun novel tu. Hihihi. Aku tengok drama ni je. It's an adaptation dari novel #aciklana tu!

Whatever it is, best best best dan sangat best!

Ni baru tak #klise !!!

Syabas!!!!!!

Till then!

#Salam kasih sayang!

Wednesday, 10 July 2019

Tak Ada Cinta Sepertimu


Teks   :    Azaliza binti Salmin
Foto   :    Mr. Google


Assalammualaikum & haiiiii!

“Tak Ada Cinta Sepertimu”.

Korang dah tonton lom? Maybe dah kot, sebab drama ni diterbitkan tahun 2018 dan mungkin dah ditayangkan cuma aku je yang ketinggalan. Hahhaa!

Thanks to #OnDemand!

Jalan cerita yang best. Pelakon yang hebat dan Berjaya dalam membawakan watak yang diberikan! I adore Zahirah MacWilson acting! Loved!

Syafiq Kyle. Aku tak pandang pun tau dia ni sebelum ni. Drama Nur yang orang gilakan tu pun aku tak layan. Even slot Akasia baru-baru ni, “Bukan Cinta Aku”, pun aku beshe-beshe je tengok dia berlakon. Tapi bila tonton drama “Tak Ada Cinta Sepertimu” nih, aku macam suka pulak dah dengan si Syafiq Kyle ni. Tak tau nape. Nampak macam real & gentle sangat dia dalam cerita ni.

In my opinions lah. Hihihi.

Tapi yang aku nak komen, as usual, the ending part lah, of course! Typical Malay drama!

Make it a bit longer, please. Half time in last episode pun takpe. I mean, part yang happy tu!

Ni tidak! Lagi 10 minit nak habis, barulah happy ending dia! Tak best lahh!

Bagi la audience tersengih lama sikit!

Faham ke tak faham?!! Come on #pengarah dan #penerbit drama Malaysia!

Till then!
#Salam kasih sayang!


Friday, 5 April 2019

KERIS SIAMANG TUNGGAL


Teks   :    Azaliza binti Salmin




Assalammualaikum!

Ok!

Hari ni aku nak ulas sedikit tentang filem Upin Ipin – “Keris Siamang Tunggal”. Hihihi. Aku dah tonton filem ni time cuti sekolah yang lepas, bersama-sama tiga heroku itu.
Memang best! Betul best!
Us @ TGV AEON AU2 last school holidays!
Ayah mereka duties @ LIMA'19

TAPI…….!!

Bagi aku la kan, #KerisSiamangTunggal ni macam attraction die tu more tu penonton-penonton baya-baya aku nih! Twenties & thirties series!

Bukan apa, cerita dia memang best! Ada Mat Jenin, Bawang Merah Bawang Putih, Si Tanggang, Nujum Pak Belalang, etc.

Kita semua dibesarkan dengan cerita-cerita dongeng Melayu dahulukala seperti yang disebutkan tu, kan. Jadinya, when watching that film, kita akan rasa sangat surprised & reminiscing those tales masa kita kecil dulu! Rasa seronok!

Tapi untuk kanak-kanak sekarang, dah tentu diorang hanya kenal Upin Ipin dengan kawan-kawan dia je, kan?!! Diorang tak boleh nak relate sape Mat Jenin tu, Belalang, etc. Takyah cerita jauh sangat, anak aku yang kecil tu pun aku rasa tak tau sape Belalang tu! Hihihi!
Tanggang dia kenal, lah!

Apa pendapat korang?!

Tapi, apapun, tahniah diucapkan untuk krew-krew #LesCopaque atas cerita yang sangat menarik!

Anak kecil aku tu, sampai hari ni kalau bercerita pasal Keris Siamang Tunggal, yang dia paling ingat ialah bahagian Rambo terkejut sampai ‘ter’bertelur!! Itu yang dia ingat, yang bikin tergelak-gelak! Hahhaa!

#Salam kasih sayang!

Tuesday, 5 March 2019

PETUA NENEK



Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Korang tonton tak drama #PetuaNenek ?

Kalau tak tengok, hmm, rugi rugi.

Sebabnya, drama ni memang best! Seronok, taklah heavy sangat penceritaannya, dan yang paling penting, TAK KLISE! Seriously tak #klise I told you!

Jalan cerita yang funny, happy go lucky, penuh dengan petua-petua berguna yang aku rasa boleh diamalkan zaman sekarang ni sebab mesti ramai yang tak tau tentang adanya petua zaman dahulukala yang masih relevan untuk digunapakai nowadays!

Sejuta tahniah buat #AAidaProductionsSdnBhd sebagai penerbit, #AlongKamaludin sebagai pengarah cerita ni. Cerita yang sangattttttt santai dan terbaik untuk tontonan seisi keluarga! Budak-budak pun seronok tengok tau! Karakter ‘Abang Ucop’ yang bodo-bodo camtu, memang lawak la!

Tapi yang paling best dan yang paling aku suka, watak Qaseh lakonan Adibah Yunus memang menjadi! Ni watak happy go lucky tau! Ala-ala bodo pun ada gak sikit-sikit! Hahhhaa!

Pemilihan pelakon untuk karakter Nenek Embun pun aku rasakan terbaik sekali! Dia memang pandai berlakon untuk watak apa pun, kan!!
Ha! Yang kiri tu Rahimi 😄

Ending yang best! Babak sebelum ending tu yang aku rasa klimaks dan puas hati betul la! Babak tang Qaseh dihalau keluar oleh rakan serumahnya tu, lepas tu tak diendahkan oleh kawan baiknya Nash (lakonan Raja Afiq DFKL), dan ditolak mentah-mentah oleh Rahimi (tak tau nama sebenar pelakon ni), memang sedih time ni!

Tapiiiiii, dia punya ending tu sangat memuaskan hati! Cara dia solve the klimaks tu, pehhh, blushing, touching dan macam-macam la!

Saya suka! Saya suka! Saya suka!
Haaaaaaaaaaaaaa!

Nampak tak drama macam mana yang tak dapat kritikan aku langsung! Hahaha!
Fun and easy!

Tahniah #TV3 sebab tayangkan drama ini #PetuaNenek untuk slot Dahlia!
Baru lah lain dari kebiasaan yang #klise ! J

Ok lah! Bye!

#Salam kasih sayang!