Monday 31 July 2017

Psstt! soalan BITK 2017 !

Teks   :        Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, hi guys!

Ok! Seperti yang dijanjikan sebelum ni (actually, it’s not a promise! J just wanna share!), aku kongsikan sedikit soalan BITK (Bayaran Insentif Tugas Kewangan) yang dapat aku rekod/ingat-ingat lupa/catat/etc, on the exam day aritu. Real soalan BITK tahun 2017 tau! Hihihi.

Oh ya! Sebelum tu, aku just nak bagitau, tujuan aku kongsikan di sini adalah untuk memberi gambaran sedikit sebanyak mengenai corak @ gaya soalan BITK yang tiap-tiap tahun aku amik! Haha! Memang sebelum ni, aku tak pernah nak cuba catat balik soalan-soalan BITK sebab kertas soalan takleh bawak keluar, beb! Tu dia, tahun ni, cheq cuba-cuba catat right after abih exam!

So, voila! Good luck!

Ya, ya i know! You are welcome! J

         Jeng jeng jeng !!!
Ehh! Lupa nak beritahu, aku kongsikan soalan-soalan sahaja tau! Jawapan sila cari sendiri sebab aku pun tak cari@semak lagi jawapan sebenarnya!! Hihihi!


1)      Pegawai Pengawal diberi kuasa untuk melakukan pindah peruntukan Perbelanjaan Mengurus bagi perkara-perkara berikut KECUALI :-
(a)    Program
(b)   Dasar Baru atau One-Off
(c)    Aktiviti di dalam program yang sama
(d)   Objek am di dalam aktiviti yang sama

2)      Pelaksanaan Perakaunan Akruan akan menyebabkan Akaun Hasil Disatukan ditutup dan dihantar ke :-
(a)    Penyata Perubahan Aset Bersih / Ekuiti
(b)   Penyata Kedudukan Kewangan
(c)    Penyata Prestasi Kewangan
(d)   Penyata Aliran Tunai

3)      Baucar Jurnal hendaklah mengandungi dokumen-dokumen berikut KECUALI :-
(a)    Salinan baucar asal
(b)   Baki peruntukan mencukupi bagi tahun perbelanjaan itu dibuat
(c)    Surat kelulusan Perbendaharaan / Pegawai Kewangan Negeri disertakan
(d)   Nama Kementerian / Jabatan yang menyediakan baucar jurnal tersebut berserta nombor kepala dan pecahan kepala Jabatan

4)      Pilih urusniaga yang TEPAT mengenai Akaun Amanah :-
(a)    Kutipan tiket didebitkan ke Akaun Amanah
(b)   Pembelian mesin rumput dikreditkan ke Akaun Amanah
(c)    Bayaran penyelenggaraan mengurangkan baki Akaun Amanah
(d)   Pelaburan Simpanan Tetap Akaun Amanah direkodkan sebagai perbelanjaan


5)      Akaun Amanah hendaklah ditutup apabila :-
(a)    Telah mencapai maksud penubuhannya
(b)   Mencapai baki debit di Buku Akaun Amanah
(c)    Telah mencukupi tempoh hayat yang ditetapkan dalam Arahan Akaun Amanah

(d)   Tidak aktif lagi untuk tempoh setahun

Saturday 29 July 2017

M C y'alls!

Teks   :        Azaliza binti Salmin


Assalammualaikum! Hi, guys!

Aku sejak dua tiga hari lepas dok usha-usha lagu-lagu hits sepanjang zaman spashly era 90’an. Ala, sesaje je. Si bujangku tu lately kerap download lagu-lagu masa kini, aku pun terjebak sama tetapi aku dengan lagu aku la. Hihihi.

Lagu-lagu zaman remaja meningkat dewasa. Cewah!

By the way, aku bukanlah peminat Mariah Carey, tetapi aku memang suka lagu-lagu nyanyiannya. Semalam, saje je tengok video klip lagu “Thank God I Found You” dendangan Mariah Carey berduet dengan 98’ Degrees.


Ape yang aku nak katakan, cantiknyeeee Mariah Carey dalam video klip lagu-lagu lama dia! Terserlah cantiknya dia! Kalau tengok yang sekarang, hmm, lainnyeeee! Cer kalau korang ada perasan iklan pasal cerita life dia kat chanel E! tu. Huishhh, jauh benar bezanya!

Yelah, maybe dia nak kekalkan kejelitaan dia, inject sana, inject sini. Kan?! Teknologi sekarang. Padahal, semua-semua tu lagilah membuat wajah nampak ‘plastik’ & scary!
Hihihi.
Berbeza, kan?! Memang berbeza! Hihihi

Till then!

#Salam kasih sayang!

Thursday 27 July 2017

EXAM BITK 2017

Teks             :        Azaliza  binti Salmin

Assaammualaikum, guys! Salam Khamis yang indah buat semua!

Kelmarin, hari Selasa 25.07.2017, aku menduduki peperiksaan BITK (Bantuan Intensif Tugas Kewangan) buat kali ke …….. err, hehhehheh!

Nanti aku kongsikan beberapa soalan yang dapat aku ingat. Manalah tau, tahun-tahun depan ada yang mencari-cari contoh soalan BITK, ye tak?!

Oh! Aku menduduki peperiksaan itu di PICC, Putrajaya. Lunch hour aku luangkan masa bersama sahabat lama yang pernah kerja sebumbung sebelum ini but then naik pangkat & dipindahkan ke jabatan lain di Putrajaya. One of my best ‘kakak’ friend! J
BFF

We had some talks & chats. Supposed ade lagi 2 orang sahabat yang nak datang, tetapi tidak dapat datang due to sebab-sebab yang kitorang faham! J

Ok lah! Nanti aku share soalan BITK 2017 eii!
 Ehh??!! Aku tak story lagi la pasal my new baby eii?! What??! Baby?! Hihihi! Just wait ok!

(ape ke hal nye 'caption' pic tu font lagu tu?! den type "bff" sebenaqnya! huhuhu)

Till then!


#Salam kasih sayang!