Wednesday 17 August 2016

SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ


Teks   :                  Azaliza binti Salmin

Foto   :                  Mr. Google


Assalammualaikum, semua!

“Sayangku Kapten Mukriz”. Korang tonton tak cerita ni di slot Akasia? Alah, yang start kol 7 petang tu! Hihihi. Bila tengok die punye starting cerita, dia ada tulis adaptasi longgar dari novel ape ntah. Tapi bukan tajuk novel tu Sayangku Kapten Mukriz. Adaptasi longgar pulak tu! Huhu. Tak berapa nak faham. Kihkihkih!

Mungkin, dicedok sedikit-sedikit je kot!

Permulaan cerita yang kelakar, nakal, dan sedikit kebudak-budakan si Ariana tu. Comel! Mengejar seorang lelaki kerana telah jatuh hati pandang pertama. Memang best, dan yang penting, lain dari yang lain a.k.a tidak ‘klise’.

Rata-rata pelakon dalam cerita ni, semua muka baru. Kecuali untuk ibubapa si Ariana dan beberapa muka lagi yang memang dah dikenali. Kapten Mukriz lagi la baru! Rasanya timbul atau dikenali dari DFKL, if I am not mistaken.

Perjalanan cerita yang sangat sweet.Macam comel-comel gitu dengan watak si Ariana yang agak sengal-sengal punye pe’el. Hihihihi. Sekarang ni tengah nak ‘inter-mission’ (bak kate cite Hindustan)! Rancangan si Zakuan untuk merebut kembali Ariana. Juga kehadiran Awina yang nak menjadi isteri kedua Mukhriz.

Penghayatan watak oleh Ariana yang cukup mendalam dan terbaik! Nak-nak masa dia ajukan soalan pada Mukhriz, “dia ajak habib kahwin?”, berkali-kali! Aku sangat emosi tika menonton babak itu! Sangattttt natural dan menusuk! Tahniah untuk heroin (aku lupa nama sebenar si Ariana tu!) Hahaha!

Tak sabar setiap hari menanti jam 7! Harap-harap, ending cerita ini MANTAP seperti permulaan cerita! Hopefully!

Ok lah! Till then!

#Salam kasih sayang!


Monday 1 August 2016

SALAM 27 SYAWAL~~

Teks             :        Azaliza binti Salmin

Foto             :        My Arkib

Assalammualaikum dan salam Isnin buat semua sahabat maya ku! No Monday blues hokayyhh!! Patut dah target untuk memulakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita sejak semalam lagi! Chewahh! Tapi yelah, kita semua manusia biasa. Kadang-kadang, we got some feels neither good nor bad yang kita sendiri tak boleh nak elak. Hanya kita yang tahu.
Gerai 'lomang omak den'

Well, pagi ni sektor tempat aku bekerja mengadakan jamuan sempena Aidilfitri yang masih berbaki 2 hari lagi. Pehh! Boleh tahan seronok gak la this year punye performance dari unit aku-Unit Akaun! Aku plak, merajinkan diri untuk terlibat sama dalam menghias booth! AJK hiasan tu! Kena la sumbang serba sedikit tenaga kerja sebab kalau nak suruh aku sumbang idea, aku ni tak berapa kreatif! Kot! Hahaha!

Apepun, memang best! Apatah lagi booth kitorang berjaya merangkul hadiah dalam kategori ‘Gerai Tercantik’! Gitewww!
One of my 1st best friends here! Ehem ehem!

Takde la besar nau atau banyak nau kategori yang dipertandingkan. Itu je sebenarnye. Mmmuuahahaha! Tapi, off 7 booths, we’re the winner! Errr?? Tak tau betul tak ayat tu! Hihihi!

Sekarang punye trend kan, ‘boomerang’. Aku tak berapa nak gheti la ber’boomerang’ bagai ni. Tapi, member-member aku sangat excited ber’that things! Hihihi! Just for fun!

Ok lah! Till then!
#Salam kasih sayang!

 
Boleh cari aku di mana?? Hihihi!