Showing posts with label Ulasan e_Book/Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Ulasan e_Book/Cerpen. Show all posts

Wednesday, 20 June 2018

KETIKA CINTA MENYENTAP - KOLEKSI TARBIAH SENTAP


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

Happy Wednesday, guys!

Cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas, aku beraya di kampung belah my other half! Kat Taiping, Perak. This year was his side’s turn. So, #teamrayaperak lah kami! J

Aku bukan nak cerita pasal suasana Hari Raya pun! Hihihi. Aku nak story pasal satu novel aku pinjam dari anak buah husband aku.

Nah! Koleksi Tarbiah Sentap à “Ketika Cinta Menyentap”.

Pehh! That was my 1st time reading their collections! Dan dan abis baca terus aku nak kumpul koleksi dia sedikit demi sedikit. InsyaAllah!

Dah usia-usia macam ni, novel-novel cinta tak main dah! Huhu!

Seriously, memang dah tak berapa minat nak baca novel cintan-cintun, tajuk ala2 klise cam sebelum-sebelum ni. Maksud aku, “Suamiku Abang Bomba”, “Suami Aku Ustaz”, “Awak Sayang Saya Tak”, dan yang seangkatan dan selari dengannya lah!

Malah, bagi aku, remaja-remaja sekarang ni pun patut baca novel-novel yang berbentuk atau lebih ke arah ilmiah, yang mana sedikit sebanyak dapat membantu membentuk peribadi terpuji remaja Muslim.

Betul!

Macam novel “Ketika Cinta Menyentap” ni, banyak info-info berguna yang lebih ke arah keagamaan diterapkan dalam penulisan. Aku rasa, bagi remaja yang sedang meningkat naik, atau lebih kurang macam sedang nak membesar, tercari-cari haluan diri, elok sangat kalau cambahkan minat untuk membaca Koleksi Tarbiah Sentap. Lelaki terutamanya.

Actually, baru satu novel je aku baca dari koleksi ni. Like I said, aku nak kumpul sedikit demi sedikit Koleksi Tarbiah Sentap ni.

Ok lah! Sampai sini dulu!

Ahhaa! Sori lah, sebab tak share intipati dalam novel tu. Sangattttttt mendalam & rasa macam payah nak disinopsiskan by words. Hihihi.

Korang kena baca sendiri dulu, barulah korang akan agreed dengan apa yang aku kata. J

Ok peeps!
#Salam kasih sayang!
#KoleksiTarbiahSentap

Wednesday, 9 April 2014

HIJRAH KASIH


Teks       : Ulasan Cerpen Hijrah Kasih
Gambar : Mr. Gadget

Hijrah Kasih mengisahkan perjalanan kehidupan dua orang sahabat sekampung yang bermula dengan ikatan sebagai sahabat karib dan berakhir dengan penyatuan dua jiwa antara mereka. Penyatuan mereka disebabkan keakraban sehingga menimbulkan wasangka dari kalangan mereka yang seolah-olah iri dengan kehidupan Dung.
t

Dung menganggap penyatuan di antara dia dan sahabat karibnya sebagai permulaan yang janggal, sementelah dia masih membahasakan diri suaminya sebagai Nyet, gelaran yang diberikan Dung sejak zaman persekolahan mereka. Waima Nyet sendiri masih memanggil Dung dengan nama yang sama ketika mereka berkawan dan  menganggap Dung sebagai adiknya sendiri.

Di satu sudut di dalam hati Nyet, perjalanan kehidupan yang dilalui bersama-sama Dung selepas mereka berkahwin telah menimbuljan bibit-bibit cinta, suatu rasa yang mana Nyet sendiri sedar akan kewujudan rasa itu. Kala Dung tiada di sisi, resah, gelisah, akan menghantui dirinya,  kerinduan terhadap isteri akan menjalar di segenap sanubarinya. Nyet tahu, itu adalah perasaan normal yang pasti akan terbit di antara suamiterhadap isteri. Namun, dia tidak tahu bagaimana ingin meluahkannya, sementelah dia sendiri tidak tahu bagaimana reaksi Dung jika dia meluahkan rasa tersebut.

Perjalanan kisah kasih antara Dung dan Nyet berakhir tanpa luahan rasa cinta antara mereka. Perasaan cinta Nyet terhadap Dung hanya diketahui oleh Dung melalui sepucuk surat yang  dititip oleh Nyet untuknya, sebelum Nyet ditimpa kecelakaan. Melalui surat itu, baru Dung tahu yang Nyet mencintai dirinya. Melalui surat itu juga, Dung terimbas kembali segala kata-kata, kelakuan yang Nyet serlahkan, hanyalah untuk memberitahu Dung bahawa suaminya mencintainya! Namun, telah terlewat untuk Dung menyedari semua itu. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh Dung, hanya kiriman al-Fatihah untuk suaminya sabagai tanda cinta dari Dung untuk Nyet.

#touching!!

Sunday, 16 March 2014

e_Book Blog Asas Penulisan Kreatif

'Kalau ingin menuntut ilmu, kita perlu berguru. Kalau hanya berpandukan buku, ada kemungkinan kita akan bercakap sorang-sorang, umpama syok sendiri. Menuntut ilmu ni, perlu ada buku, dan lagi perlu ada guru.' Itu pendapatku.

Aku ini sebenarnya minat menulis. Tapi ia selalu hanya di minda. Alah, berangan lah, senang cerita. Tapi selepas aku memberanikan diri untuk menyertai Kelas Asas Penulisan Kreatif, wah! Terasa macam masuk ke sekolah semula. Dengan pelbagai tugasan yang seiring dengan minatku.

Ya, memang benar. Hasratku ingin bergerak seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Justeru, menyertai kelas yang kusebut di atas merupakan langkah yang bijak. Di dalam kelas ini, aku diajar langkah demi langkah untuk membina blog sendiri, penjenamaan diri, dan yang paling pasti, bagaimana ingin menceburi bidang penulisan di alam maya. e_Book Blog Asas Penulisan Kreatif ini sememangnya kamus wajib yang perlu dimiliki oleh sesiapa yang ingin cuba menulis. Tidak kira sama ada anda seorang suri rumah sepenuh masa, atau pun wanita berkerjaya.

Bagi diri aku sendiri, e_book ini seperti buku panduan yang lengkap dengan segala informasi yang diperlukan dalam mempelajari kaedah untuk menulis atau menceburi bidang penulisan. Ia menerangkan secara terperinci bagaimana hendak memulakan cara penulisan di alam maya. Bermula daripada analisa sebelum membina url blog dan fan page, hinggalan kepada cara untuk menarik dan mengekalkan pembaca yang mana mereka ini adalah pelanggan kita.

Bagi diri aku yang merupakan seorang wanita berkerjaya, juga seorang suri rumahtangga, e_Book Blog Asas Penulisan Kreatif ini menjadi teman setia, teman rujukanku, dalam mengimbangi kerja seharian dengan minatku yang terpendam. Aku tidak mensasarkan hasratku tercapai dalam waktu yang singkat. Tetapi dengan adanya e_book ini, ia menjadi panduan dan motivasi buatku kerana di dalamnya juga terkandung cara-cara bagaimana aku ingin mensasarkan penulisanku.

Kesimpulan yang dapat kubuat di sini ialah, bagi mereka di luar sana yang tahu dan telah mempunyai blog sendiri, TETAPI tidak tahu bagaimana cara untuk mengembang dan mempromosikan potensi sedia ada, maka, e_Book Blog Asas Penulisan Kreatif inilah jawapannya.

"Renungkan dengan mata hati...
    Pasti terbuka kunci....."

Sekian, salam kasih sayang. Assalammualaikum.