Thursday 26 March 2020

AYAH

Genap seminggu pemergianmu, ayah

Allah lebih menyayangimu, mengambilmu ketika dunia berdepan dgn tentera kecil Allah, mengambilmu agar kau tidak melalui dahsyatnya akhir zaman
.
17 Mac 2020, 0500
'Ayah dah takde, uder'

0630
Aja memulakan perjalanan dari Taiping usai solat subuh
Sepanjang perjalanan, Ya'asin aja titipkan buat ayah
Dalam hati tak henti2 berzikir "Allahummarobbiyasir wala tu'assir tammimbilkhoir" mohon pd Allah agar beri kesempatan utk aja tatap wajah ayah buat kali terakhir, mohon Allah beri keajaiban dlm perjalanan aja

1000
Rawang
'Kalau boleh laju, laju sikit ye, der'
"Tunggu aja, kaklong"
tapi jauh di sudut hati, aja redha kalau tak sempat..saat ni, hanya yg terbaik je untuk urusan ayah

1100
Ayer Keroh
'Kak uder, ayah hensem sangat..macam tidur je..ko sabar ye, kak'
Airmata memang tak dapat ditahan..aja tengok ayah dalam gambar je, yah..ayah memang encem, rambut terpacak, string semua..mungkin takat tu je aja dapat tengok ayah kali terakhir, melalui kiriman gambar

1130
'Kak uder kat mana? Ayah dh dibawa ke tanah perkuburan'
"Dah masuk Selabu ni"
Saat ni, boleh pulak jalan kecik masuk Tg. Selabu tu penuh dgn lori transformer, lori hantu bagai, boleh jem pulak..saat tu jugak aja nampak van jenazah dari arah bertentangan..

& sampai jugak aja, yah..saat ayah sedang ditalkinkan
Aja redha, tak dapat belai & mandikan ayah mcm mak, kaklong, abangah, noa & adik
Sebab aja tau, doa yang tak henti2 dari seorang anak lebih bermakna untuk ayah di sana
Aja redha, macam selalu ayah amalkan..sentiasa kena redha atas apa yang dah ditentukan Allah

Damailah ayah di sana di sisi Allah
SALMIN BIN JAMAL
02.01.1951 - 17.03.2020
Alfatihah

Thursday 12 March 2020

IPN SABAK BERNAM


Teks    :           Azaliza binti Salmin
  
Assalammualaikum, guys!

Today, I want to talk about Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam.

Actually, ini kali ketiga aku mengikuti kursus yang dianjurkan oleh institut ini. Saje, berkursus sambil-sambil ambil angin kat Sabak Bernam ni.

Banyak jenis kursus korang boleh pilih untuk join kat IPN ni. Boleh survey di laman web www.ipn.gov.my untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan.

As for me, aku memang ambil kursus yang berkaitan dengan kerja yang aku lakukan. Tambah pengetahuan, kan. Lagipun, boleh cukupkan keperluan 7 hari berkursus dalam setahun untuk penjawat awam.

Korang jangan pula ingat, sebab nama institut ni ada ‘perakaunan’, ia khas untuk orang-orang akaun atau kewangan je tau! Semua gred di semua kementerian boleh apply kursus yang ditawarkan di sini. Gred N, S, J, semua boleh!

Manalah tau, kot-kot korang tak tau, kan. J

Kebanyakan kursus yang ada, dijalankan antara 3 hingga 4 hari. Tambahan pula, ada aktiviti sampingan tau yang IPN anjurkan. Yelah, taknak peserta stress dengan kelas je kot, sambil memperkenalkan kawasan-kawasan menarik di Sungai Lang, Sabak Bernam ni.

Biasanya, pihak IPN akan bawa peserta pi makan mee udang di Bagan Nakhoda, beli kerepek orang kampong buat & pi teropong bintang kat Balai Cerap (hat ni baru tahun ni depa bawa, malam). Aktiviti ni depa buat petang, selepas habis kelas. Sebelum-sebelum ni, depa buat hari pertama kursus, tapi tahun ni depa buat hari kedua. Aku kali ni malas nak join, sebab COVID-19 kan..malas la, walaupun Balai Cerap tu aku tak pernah pi. Takpe, next time jerrr.

Ok, korang! Silalah jenguk-jenguk website IPN ok untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus-kursus yang boleh korang join untuk tambah pengetahuan dalam pekerjaan!

Till then! Bye!

#Salam kasih sayang!