Thursday 16 February 2023

Z R PY070

 

Teks    :           Azaliza Salmin


Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia 😊

Hari ni aku nak cerita sikit pasal kerja. Pengkhususan kepada bidang kerja yang aku buat setiap hari.

Ok, kalau korang follow blog aku dari awal, mesti korang dah tau apa yang aku buat. Since 2019, aku ditugaskan untuk mengurus selia gaji kakitangan di jabatan aku.

Aku nak bercerita pasal Laporan ZRPY070.






Apa itu ZRPY070?

ZRPY070 ni adalah satu laporan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) yang dijana untuk mengemaskini Gaji Pokok (IT0008) dan elaun yang berkadaran dengan gaji pokok (IT0014) seperti Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bantuan Hidup Susah (BHS), dan lain-lain.

Kaedah pengiraan proses PGT adalah PGT berkeadaan biasa sedia ada; iaitu yang berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum seperti terdapat dalam pekeliling perkhidmatan JPA yang berkuatkuasa. Pemberian PGT tetap tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Ok, itu pengenalan awal tentang ZRPY070 secara formal.

Untuk ayat santai pulak, macam ni.

ZRPY070 ni adalah satu laporan yang akan dijana once PPSM dah bersidang, & surat kelulusan Pergerakan Gaji Tahunan telah dikeluarkan.

Unit gaji akan jana laporan ni untuk disemak oleh Sumber Manusia akan kelayakan PGT kakitangan jabatan tersebut. Sekiranya ada yang tak layak menerima PGT tahun itu, pihak sumber manusia akan bulatkan pada nama yang terbabit dan initial sikit berserta catatan.

Apabila unit gaji terima Kembali laporan ZRPY070 yang telah disemak dan disahkan oleh Sumber Manusia, apa yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan nama-nama yang dibulatkan oleh Sumber Manusia, yang mana membawa maksud pegawai atau kakitangan tersebut TIDAK LAYAK menerima PGT untuk tahun itu atas sebab-sebab tertentu yang Sumber Manusia sedia maklum. Unit gaji hanya membuat proses larian berdasarkan Laporan ZRPY070 yang telah disahkan oleh Sumber Manusia.

ZRPY070 ni membolehkan kakitangan awam di semua jabatan menerima gaji pokok baru pada bulan kenaikan gaji masing-masing, kecuali untuk penerima PGT bulan Januari, tak boleh dapat on time sebab PPSM pun belum bersidang Ketika itu. 😊

Ha, faham tak? Government staff mesti faham. Kalau tak faham pun mesti dapat tangkap sikit-sikit maksud aku, kan.

Sebelum tahun 2021 di mana tahun permulaan ZRPY070 ni dilancarkan, Pergerakan Gaji Tahunan pegawai akan dibuat selepas unit gaji menerima Laporan Perubahan Gaji (Kew. 8) seseorang kakitangan. Sekiranya pihak Sumber Manusia lambat mengemukakan Kew. 8 tu ke pihak unit gaji, maka lambatlah Pergerakan Gaji Tahunan yang diterima kakitangan tersebut. Tapi, walaupun lambat, tunggakan tetap dibayar.
Contoh, bulan PGT pegawai A adalah Januari. Kew. 8 PGT pegawai A diterima oleh unit gaji pada bulan Mei, which is perubahan yang boleh dilakukan pada ketika itu ialah perubahan gaji bulan Jun. Maka, pada bulan Jun, pegawai A akan menerima gaji pokok baru berserta tunggakan bagi tempoh Januari sehingga Mei.

Ha giteww.. 😊

Tetapi dengan ZRPY070, membolehkan kakitangan menerima Pergerakan Gaji Tahunan pada bulan kenaikannya, kecuali Januari dan kadang-kadang April, bergantung kepada sempat tak sempat nak buat larian (run the system, bukan larian 4 x 100 ke ape hihiii) mengikut tempoh yang ditetapkan.

Panjang pulak entri kali ni.

Best tak? Hahaha, sesaje nak bercerita sikit pasal bidang kerjaku.

Oklah! Sampai sini dulu 😉

 

Till then!

Salam kasih sayang.

Wednesday 15 February 2023

PERKONGSIAN ILMU EMAS ~

 PERKONGSIAN DARI MAHAGURU EMAS : TUAN SYUKOR HASHIM





Hari ini saya menyantuni seorang customer saya yang aktif membeli emas fizikal.


Harga emas tengah cantik, jadi beliau sambar seketul emas Public Gold BungaMas 50gram yang harganya hampir R M 14,000.


Untuk pengetahuan anda, customer saya ini kerja makan gaji.


Sebab beliau simpan emas adalah sebagai simpanan dan pelaburan.


Beliau pernah mengumpul beberapa ratus gram emas, kemudian menjualnya setelah beberapa tahun sebab nak beli sebuah rumah.


Lepas selesai beli dan renovate rumah, beliau sambung menyimpan emas semula.


Emas pilihan beliau adalah emas fizikal yang boleh dipegang sendiri.


Kenapa beliau pilih Public Gold?


Sebab reputasi/brand Public Gold. Lepas tu senang untuk beli dan jual semula kepada branch atau dealer PG yang berhampiran.


Sebelum ini beliau pernah beli emas dengan sebuah syarikat di KL. 


Namun menghadapi masalah ketika nak jual semula sebab syarikat tu takde branch di Melaka dan tiada agen juga di Melaka.


Selepas insiden tersebut, beliau stick dengan gold bar Public Gold sahaja. Sebab proses mudah.


Sekiranya anda nak simpan/melabur dalam emas maka pilihlah jenama yang memudahkan hidup anda, seperti Public Gold 🥰


Klik link ini untuk bermula --> https://publicgold.me/azalizasalmin


💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Mula simpan emas di Public Gold sekarang ;)

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum 😊

Hai, korang!

Hari ni aku nak share perkongsian dari mahaguru emas, Tuan Syukor Hashim. Beliau ni memang pakar dalam bab-bab emas dan Public Gold. Malah, beliau merupakan salah seorang pioneer yang bersama-sama Dato’ Wira Louis Ng membangunkan Public Gold hingga ke mata dunia.

Sebab apa aku kata hingga ke mata dunia? Sebab PG ni dah ada beberapa branch di Singapura dan Indonesia. Tak mustahil ia boleh berkembang dan berkembang 😊

Melalui perkongsian Tn. Syukor ni juga, aku menerima banyak pertanyaan daripada viewers yang baca post ku di FB & whatsapp. Alhamdulillah.

So korang, masih menunggu harga emas turun ke macammane? Hihihiii…

Jom kawan, mula sekarang!

Oh ya, jemput singgah ke telegram info emas ku di sini à https://t.me/+38qHZwlNS8BlOTY9

Perkongsian tu in my next entry! 😉

 Till then!

Salam kasih sayang.

Tuesday 14 February 2023

DINAR di Public Gold

 𝟭/𝟮 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗥, 𝟭 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗥 & 𝟱 𝗗𝗜𝗡𝗔𝗥




✅️ Jika kita ada 1/2 Dinar, sekitar RM600. Jika simpan 2 keping setahun, bermakna simpanan kita dah mencecah RM1,200..selamat dibekukan dalam bentuk emas.


✅️ Jika kita ada 1 Dinar, nilainya sama dengan seekor kambing. Maka kita dah ada modal untuk Ibadah Aqiqah.


✅️ Jika kita ada 5 Dinar, nilainya sama seekor lembu. Maka kita dah bersedia untuk laksanakan Ibadah Qurban. Atau pun menunaikan umrah kerana nilainya mencecah RM6 ribu ringgit.


✅️ Apabila kita ada 10 Dinar pula, nilainya mencukupi untuk kita menunaikan fardhu Haji.


Inilah yang dikatakan simpanan BERMATLAMAT. Kita menabung sehingga capai matlamat. Tiba masanya jual lah emas tersebut.


Serendah RM100 kita dah boleh menabung sikit-sikit untuk kumpul dinar emas ni. Kita cuba ok.


Dah ready nak mula, klik link di bawah saya bantu.


https://publicgold.me/azalizasalmin


Kredit : Dayana Zakaria

Monday 13 February 2023

'EMAS'KAN RM KITA !!! Hanya di Public Gold

 

Teks    :           Azaliza Salmin

Assalammualaikum 😊

Hai, kawan-kawan! Semoga sentiasa di dalam keberkatan dan rahmat Allah, aamiin aamiin yra..


Korang dah mula ‘emas’kan RM korang lom? Buat, jangan tak buat! RM100 pun dah boleh dapat emas 999.9, 24karat dah sekarang ni tau. Hanya di Public Gold. Rugi wehh, dah tau tapi tak mula lagi. Nak tunggu harga emas turun banyak mana lagi? Hihiihi.


Kat sini aku kongsikan sikit harga turun nail emas setakat ni pada tahun 2023. Harga hari ini dah kira turun la tu, RM280 untuk 1 gram. Korang tengok harga yang paling tinggi tu. Tak mustahil sepanjang tahun ni 1g boleh cecah RM300!!

Tengok betoi-betoi 😄

Oleh yang demikian, kawan-kawan, marilah ‘emas’kan walau hanya RM100 pun, konsisten setiap bulan. InsyaAllah, dikau tidak akan rasa rugi di kemudian hari. Simpan RM100 di PG dan lupakan. Once RM100 tu dah bertukar jadi emas, nafsu untuk korang belanjakan RM100 tu dah takde. Korang belanjalah RM lain yang masih ada tu.

Sekurang-kurangnya, korang dah buat long-term investment!


Layari link ni untuk info Public Gold & daftar terus juga di sini à https://publicgold.me/azalizasalmin

Nak hubungi aku untuk sebarang pertanyaan pun boleh. Whatsapp aku di www.wasap.my/60165151421/publicgoldsisaza

 Till then!

Salam kasih sayang.

Better late than never ~


LABBAIKALLAH =)

 

Teks    :           Azaliza Salmin


Assalammualaikum 😊

Subhanallah, Alhamdulillah, La’ilaha’illallah, Allahuakbar !!!

Labbaikallahhummalabbaik..labbaik kala syari kalakalabbaik…

Ya Allah, moga aku jua dijemput oleh Mu, ya Allah..betapa teringinnya nak ke Tanah Haram ..

Alhamdulillah. Sejak akhir tahun lepas, ramai kenalanku yang dijemput oleh Yang Maha Esa untuk menunaikan Umrah. Seronok dan teruja aku tengok perkongsian-perkongsian mereka ni, samada sebagai kenalan rapatku atau pun silent reader as nombor fon masing-masing saved, so once status wasap updated, dapatlah ditengok bersama 😊

Terbaru, my adik kandungku bersama suaminya dijemput Allah untuk ke rumahNya. Subhanallah, best sungguh rasa.

Sebenarnya mereka berdua ni dijadualkan menunaikan Umrah akhir tahun lepas, masa kemuncak World Cup di Qatar tu. Tapi ditunda atas sebab-sebab yang memang tak boleh dielakkan oleh pihak travel, so semalam baru mereka berangkat tapi di bawah Azzuha Travel.

Tak kisah la, asalkan selamat pergi dan pulang.

Alhamdulillah, semalam juga aku berkesempatan menghantar pemergian diorang di KLIA. Seronok rasanya walaupun hanya di airport. Hihihi.

Kawan-kawan, doakan aku ya!

 



Adinda ku bersama mr. hubby nya 💖

Salmin's Girls..bundaku di belakang tu 💘💘

Moga kami jua akan ke sana bersama, insyaAllah 💞

My best companion ~ fida 💕 dia ke sana akhir Dis 2022 lepas, bersama keluarga..bertuah, kan.. very happy for her 😍


Till then!

Salam kasih sayang.