Thursday, 16 February 2023

Z R PY070

 

Teks    :           Azaliza Salmin


Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia 😊

Hari ni aku nak cerita sikit pasal kerja. Pengkhususan kepada bidang kerja yang aku buat setiap hari.

Ok, kalau korang follow blog aku dari awal, mesti korang dah tau apa yang aku buat. Since 2019, aku ditugaskan untuk mengurus selia gaji kakitangan di jabatan aku.

Aku nak bercerita pasal Laporan ZRPY070.






Apa itu ZRPY070?

ZRPY070 ni adalah satu laporan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) yang dijana untuk mengemaskini Gaji Pokok (IT0008) dan elaun yang berkadaran dengan gaji pokok (IT0014) seperti Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bantuan Hidup Susah (BHS), dan lain-lain.

Kaedah pengiraan proses PGT adalah PGT berkeadaan biasa sedia ada; iaitu yang berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum seperti terdapat dalam pekeliling perkhidmatan JPA yang berkuatkuasa. Pemberian PGT tetap tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Ok, itu pengenalan awal tentang ZRPY070 secara formal.

Untuk ayat santai pulak, macam ni.

ZRPY070 ni adalah satu laporan yang akan dijana once PPSM dah bersidang, & surat kelulusan Pergerakan Gaji Tahunan telah dikeluarkan.

Unit gaji akan jana laporan ni untuk disemak oleh Sumber Manusia akan kelayakan PGT kakitangan jabatan tersebut. Sekiranya ada yang tak layak menerima PGT tahun itu, pihak sumber manusia akan bulatkan pada nama yang terbabit dan initial sikit berserta catatan.

Apabila unit gaji terima Kembali laporan ZRPY070 yang telah disemak dan disahkan oleh Sumber Manusia, apa yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan nama-nama yang dibulatkan oleh Sumber Manusia, yang mana membawa maksud pegawai atau kakitangan tersebut TIDAK LAYAK menerima PGT untuk tahun itu atas sebab-sebab tertentu yang Sumber Manusia sedia maklum. Unit gaji hanya membuat proses larian berdasarkan Laporan ZRPY070 yang telah disahkan oleh Sumber Manusia.

ZRPY070 ni membolehkan kakitangan awam di semua jabatan menerima gaji pokok baru pada bulan kenaikan gaji masing-masing, kecuali untuk penerima PGT bulan Januari, tak boleh dapat on time sebab PPSM pun belum bersidang Ketika itu. 😊

Ha, faham tak? Government staff mesti faham. Kalau tak faham pun mesti dapat tangkap sikit-sikit maksud aku, kan.

Sebelum tahun 2021 di mana tahun permulaan ZRPY070 ni dilancarkan, Pergerakan Gaji Tahunan pegawai akan dibuat selepas unit gaji menerima Laporan Perubahan Gaji (Kew. 8) seseorang kakitangan. Sekiranya pihak Sumber Manusia lambat mengemukakan Kew. 8 tu ke pihak unit gaji, maka lambatlah Pergerakan Gaji Tahunan yang diterima kakitangan tersebut. Tapi, walaupun lambat, tunggakan tetap dibayar.
Contoh, bulan PGT pegawai A adalah Januari. Kew. 8 PGT pegawai A diterima oleh unit gaji pada bulan Mei, which is perubahan yang boleh dilakukan pada ketika itu ialah perubahan gaji bulan Jun. Maka, pada bulan Jun, pegawai A akan menerima gaji pokok baru berserta tunggakan bagi tempoh Januari sehingga Mei.

Ha giteww.. 😊

Tetapi dengan ZRPY070, membolehkan kakitangan menerima Pergerakan Gaji Tahunan pada bulan kenaikannya, kecuali Januari dan kadang-kadang April, bergantung kepada sempat tak sempat nak buat larian (run the system, bukan larian 4 x 100 ke ape hihiii) mengikut tempoh yang ditetapkan.

Panjang pulak entri kali ni.

Best tak? Hahaha, sesaje nak bercerita sikit pasal bidang kerjaku.

Oklah! Sampai sini dulu 😉

 

Till then!

Salam kasih sayang.

No comments:

Post a Comment