Wednesday 14 December 2022

RINDU KASIH

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Hai, korang!

RINDU KASIH ~ Aku teringin nak tengok sebenarnya. Tapi aku ni sejenis manusia yang tidur awal. Memang sejak azali lagi aku jenis yang tu. Jarang-jarang sangat & kadang-kadang je aku midnight. Kecuali masa dok asrama (form 4 & 5) kot, kena tidur ikut masa yang dah ditetapkan la kan..lepas prep, minum malam pastu zzzzzzzzz. Hihihii.


Cuba kalau TV3 siarkan dalam slot Akasia, mesti aku tengok. Sebelum ni pun, drama lakonan Umi Nazeera siaran TV3 yang dipuji-puji tu pun disiarkan dalam slot Samarinda, kan. Punnn aku tak tengok, hahha #gelaksopansambiltutupmulut


Bukan apa, aku just tahu pun menerusi feedback dari penonton-penonton drama tu. Pastu, zaman sekarang ni kan ada je teaser bahagian-bahagian best tu. Dapat la tengok part-part lakonan hebat Umi Nazeera tu, cuma tak puas la sebab tak dapat tengok full. Aku kan seorang penonton yang inginkan ending yang berbeza dalam drama-drama kat Malaysia ni, dari dulu lagi 😊😊😊 Menurut komen-komen netizen, puas hati sangat ending dia, so aku cam teruja pulak nak tengok.




Walaupun aku tak dapat tonton drama ni dan hanya tengok melalui teasers yang dikongsikan di FB, Tiktok, bagi aku bukan setakat lakonan Umi Nazeera je yang patut dipuji. Lakonan Izzue Islam sebagai sang suami tu pun bagus jugak, sebab berjaya menimbulkan kebencian, kemarahan para penonton dengan sikap taat bebenor pada mak nan satu tu. Bahagian ni taka da pun teasers yang dikongsi, yang dapat aku tengok. So, just melalui pembacaan komen-komen netizen je la aku dapat tau jalan cerita ni.


Apa pun, tahniah untuk TV3 dan pengarah serta pelakon dan juga semua yang terlibat dalam drama ni. Walaupun tak dapat tengok, sebab kat Youtube pun takde, tapi aura yang timbul menerusi komen-komen di alam maya tentang drama ni membuat aku rasa drama ni memang best. Tapi tu la, kena tengok jugak, hihihi.


Oh ya, aku ni dah tak langgan Astro Pack dah. Hanya basic channel macam TV1, TV2, TV3, Alhijrah, TVS semua-semua tu je la. Kalau tak, drama Rindu Kasih tu pun boleh ditonton secara marathon di Disney Hotstar kan. Dulu aku langgan la & dapat Disney Hotstar tu. Tapi dah tukar ke pakej lain dah, sebab aku nak kurangkan bil as aku langgan Netflix juga. 😉

Oklah, that’s all for now.

Till then!

Salam kasih sayang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Friday 9 December 2022

Cerita tentang aku

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Hai, korang! Moga dalam keadaan baik & sihat sentiasa.

‘Money freedom’. Bestnya kalau dapat apply kat diri kita, kan. Aku pasti, ramai yang sedang berusaha ke arah itu. ‘Financial freedom’, ‘debt free’. Semua yang seangkatan dengannya lah. Huhuu.

 

Kerja hakiki, berniaga atas talian. Tu semua salah satu usaha ke arah ‘financial freedom’. Bukan semua dilahirkan dalam dulang emas. Tu sebab  golongan tu hanya 20% je kat negara kita ni, dan ia digelar golongan T20. The rest, golongan macam aku ni lah, sederhana (M40) dan miskin (B40).

 

Takpe, bersyukur atas apa yang dikurniakan.

Rajin berusaha, cuba selagi boleh, tawakkal. Pasti Berjaya, insyaAllah. Semua tu dengan izin Allah jua.

 

Aku memang buat banyak online biz. Banyak tu takde la banyak mana, & aku bukan seorang yang main harung je semua yang boleh dijual, aku jual. No! That is not me.


Kalau korang tengok & ikuti Facebook/IG/Blog aku, boleh dikira je apa yang aku jual/dropship/affiliate.
😊 Aku bukan & tak nak jadi orang yang bak kata pepatah, ‘dikejar tak dapat, dikendong berciciran’.

 Apa yang aku promote? Aku ni dealer apa?

Ha, meh nak share, hihiii..


1. Aku ejen MEERACLE.

Sebab, aku ni menggunakan produk Meeracle, seperti pencuci muka, serum, toner dan sunscreen. Banyak lagi produk Meeracle ni, tapi aku sejenis orang yang tak suka nak make-up bagai, tepek foundation semua tu. Aku just apply yang basic je. Tapi, MEERACLE ada pelbagai jenis produk kecantikan yang aku rasa sangat best lah! Dari mula branding Meeracle ni, jarang ada feedback atau kes-kes yang tak enak di dengar (contoh macam produk kecantikan yang ada merkuri, timbang kilo, dan sebagainya kat Malaysia ni). Aku rasa bukan jarang, tak pernah ada kes kot kalau brand MEERACLE ni. 😊

So, sangat suggested lah produk-produk kecantikan MEERACLE. Kalau korang nak tau lebih lanjut, wasap je iols ok! 😉

 

💓💓



2. Aku dealer PUBLIC GOLD.

Alang-alang ketika aku menukar sebahagian RM aku kepada emas 999.9, 24karat di Public Gold dan melayakkan aku untuk terus upgrade kepada dealer, jadinya aku pun on je lah untuk menjadi dealer. 😊 Hanya perlu tambah belian Wealth Card je (kad ada nama kita & 0.5gram emas). Why not?

Pastu, jadi dealer Public Gold ni bukan memaksa aku untuk push all out tiap bulan kena ada sale and so on, yang bagi aku kalau bisnes jenis kena ada sale bagai tiap bulan tu, lebih memeningkan, memenatkan dan pressure untuk aku.

Dealer Public Gold ni bagi aku santai-santai je. Ko nak komisen, ko kena buat la. Ko tak buat, tak dapat la apa-apa. Ha, camtu. Cuma akhir-akhir ni, dah makin banyak rules jugak PG buat untuk para dealer. Sistem, website, apps PG pun dah semakin upgraded.

Sama seperti Meeracle, korang kalau nak tau lebih lanjut tentang Public Gold, hallo hallo je aku, ok. Atau boleh je terus klik link ni  >>  https://publicgold.me/azalizasalmin


😉😍


3. Aku team affiliate JIWA KEMBARA – Novel Ustazah Basikal

Sebab aku beli novel ni, & pengarang novel ni yang juga pengembara yang berbasikal sampai Mekah buat system affiliate untuk novel ni, so aku join je lah. Novel ni sangat menakjubkan bagi aku. Pengalaman-pengalaman dan cabaran yang mereka alami, hadapi sepanjang berbasikal, nikmat dapat melihat pemandangan yang memukau, melihat dan rasai perbezaan negeri orang, uishh samapi tak tau nak terangkan lah! Tapi, memang best. Sebab tu aku joined affiliate team novel ni.

Untuk dapatkan naskhah hebat USTAZAH BASIKAL ni, atau untuk berwakaf pun boleh, korang klik je link di bawah. Nanti link akan bawa terus ke maklumat selanjutnya 😉

Nak beli novel USTAZAH BASIKAL ;

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikalaffiliate/KMHSisAza

Nak join wakaf novel USTAZAH BASIKAL ;

https://ahmadbmi.my/order/form/WAKAFBUKUUB/KMHSisAza

Penulis yang juga watak utama USTAZAH BASIKAL ~ Ahmad bin Isa

~ ketika di Iran, ideologi syiah dan sunni, betulkah apa yang digemburkan dunia tentang puak syiah? ~


 Kesimpulannya di sini, aku menjadi dropship/dealer untuk benda yang aku guna. That’s me. Aku jual, share kebaikan, untuk stuff/things yang aku rasa tidak rugi jika berkongsi. 😊 Benda baik kan patut dikongsi. Mana tahu orang lain boleh dapat manfaat juga dari kebaikannya, mengalir jua pahala untuk aku. InsyaAllah.


Ok lah! Till then! Enjoy reading
😉!!!

Salam kasih sayang!

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday 7 December 2022

Simpan emas jomm! =)

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Tahun 2022 hampir melabuhkan tirainya. Dah di penghujung tahun dah kita ni. Masuk tahun 2023, pasang azam baru lagi. Begitulah seterusnya.

 Apapun, berazam dan berazam itu tidak salah. Terpulang kepada diri kita untuk melaksanakannya atau hanya tinggal anganan semata.



Well, 12 bulan telah berlalu. Kalau kita tetapkan matlamat untuk simpan EMAS 1 gram sebulan, pasti di penghujung tahun begini kita telah memiliki 12 gram emas 999.9, 24k! 12 gram kauuu! =) Anggaran dalam RM3k! Cuba simpan duit, hihihii..mesti tak sampai 3k kannn…sesak sikit, korek..aku la tu hahaha !!

 

Kalau tak mampu segram sebulan, simpan paling minima RM100/bulan pun dah ok. At least dalam setahun, RM1200 kita dah convert kepada penyimpan nilai sebenar >> EMAS! Simpan emas tak pernah rugi tau 😉

 

Ok lah, kawan-kawan. Meh jenguk-jenguk  info emas Public Gold kat sini >> https://publicgold.me/azalizasalmin

 

😉😍😍

Till then!

#Salam kasih sayang