Friday, 9 December 2022

Cerita tentang aku

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Hai, korang! Moga dalam keadaan baik & sihat sentiasa.

‘Money freedom’. Bestnya kalau dapat apply kat diri kita, kan. Aku pasti, ramai yang sedang berusaha ke arah itu. ‘Financial freedom’, ‘debt free’. Semua yang seangkatan dengannya lah. Huhuu.

 

Kerja hakiki, berniaga atas talian. Tu semua salah satu usaha ke arah ‘financial freedom’. Bukan semua dilahirkan dalam dulang emas. Tu sebab  golongan tu hanya 20% je kat negara kita ni, dan ia digelar golongan T20. The rest, golongan macam aku ni lah, sederhana (M40) dan miskin (B40).

 

Takpe, bersyukur atas apa yang dikurniakan.

Rajin berusaha, cuba selagi boleh, tawakkal. Pasti Berjaya, insyaAllah. Semua tu dengan izin Allah jua.

 

Aku memang buat banyak online biz. Banyak tu takde la banyak mana, & aku bukan seorang yang main harung je semua yang boleh dijual, aku jual. No! That is not me.


Kalau korang tengok & ikuti Facebook/IG/Blog aku, boleh dikira je apa yang aku jual/dropship/affiliate.
😊 Aku bukan & tak nak jadi orang yang bak kata pepatah, ‘dikejar tak dapat, dikendong berciciran’.

 Apa yang aku promote? Aku ni dealer apa?

Ha, meh nak share, hihiii..


1. Aku ejen MEERACLE.

Sebab, aku ni menggunakan produk Meeracle, seperti pencuci muka, serum, toner dan sunscreen. Banyak lagi produk Meeracle ni, tapi aku sejenis orang yang tak suka nak make-up bagai, tepek foundation semua tu. Aku just apply yang basic je. Tapi, MEERACLE ada pelbagai jenis produk kecantikan yang aku rasa sangat best lah! Dari mula branding Meeracle ni, jarang ada feedback atau kes-kes yang tak enak di dengar (contoh macam produk kecantikan yang ada merkuri, timbang kilo, dan sebagainya kat Malaysia ni). Aku rasa bukan jarang, tak pernah ada kes kot kalau brand MEERACLE ni. 😊

So, sangat suggested lah produk-produk kecantikan MEERACLE. Kalau korang nak tau lebih lanjut, wasap je iols ok! 😉

 

💓💓



2. Aku dealer PUBLIC GOLD.

Alang-alang ketika aku menukar sebahagian RM aku kepada emas 999.9, 24karat di Public Gold dan melayakkan aku untuk terus upgrade kepada dealer, jadinya aku pun on je lah untuk menjadi dealer. 😊 Hanya perlu tambah belian Wealth Card je (kad ada nama kita & 0.5gram emas). Why not?

Pastu, jadi dealer Public Gold ni bukan memaksa aku untuk push all out tiap bulan kena ada sale and so on, yang bagi aku kalau bisnes jenis kena ada sale bagai tiap bulan tu, lebih memeningkan, memenatkan dan pressure untuk aku.

Dealer Public Gold ni bagi aku santai-santai je. Ko nak komisen, ko kena buat la. Ko tak buat, tak dapat la apa-apa. Ha, camtu. Cuma akhir-akhir ni, dah makin banyak rules jugak PG buat untuk para dealer. Sistem, website, apps PG pun dah semakin upgraded.

Sama seperti Meeracle, korang kalau nak tau lebih lanjut tentang Public Gold, hallo hallo je aku, ok. Atau boleh je terus klik link ni  >>  https://publicgold.me/azalizasalmin


😉😍


3. Aku team affiliate JIWA KEMBARA – Novel Ustazah Basikal

Sebab aku beli novel ni, & pengarang novel ni yang juga pengembara yang berbasikal sampai Mekah buat system affiliate untuk novel ni, so aku join je lah. Novel ni sangat menakjubkan bagi aku. Pengalaman-pengalaman dan cabaran yang mereka alami, hadapi sepanjang berbasikal, nikmat dapat melihat pemandangan yang memukau, melihat dan rasai perbezaan negeri orang, uishh samapi tak tau nak terangkan lah! Tapi, memang best. Sebab tu aku joined affiliate team novel ni.

Untuk dapatkan naskhah hebat USTAZAH BASIKAL ni, atau untuk berwakaf pun boleh, korang klik je link di bawah. Nanti link akan bawa terus ke maklumat selanjutnya 😉

Nak beli novel USTAZAH BASIKAL ;

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikalaffiliate/KMHSisAza

Nak join wakaf novel USTAZAH BASIKAL ;

https://ahmadbmi.my/order/form/WAKAFBUKUUB/KMHSisAza

Penulis yang juga watak utama USTAZAH BASIKAL ~ Ahmad bin Isa

~ ketika di Iran, ideologi syiah dan sunni, betulkah apa yang digemburkan dunia tentang puak syiah? ~


 Kesimpulannya di sini, aku menjadi dropship/dealer untuk benda yang aku guna. That’s me. Aku jual, share kebaikan, untuk stuff/things yang aku rasa tidak rugi jika berkongsi. 😊 Benda baik kan patut dikongsi. Mana tahu orang lain boleh dapat manfaat juga dari kebaikannya, mengalir jua pahala untuk aku. InsyaAllah.


Ok lah! Till then! Enjoy reading
😉!!!

Salam kasih sayang!

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment