Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum 😊
Hai, korang!
RINDU KASIH ~ Aku teringin nak tengok sebenarnya. Tapi aku ni
sejenis manusia yang tidur awal. Memang sejak azali lagi aku jenis yang tu.
Jarang-jarang sangat & kadang-kadang je aku midnight. Kecuali masa dok
asrama (form 4 & 5) kot, kena tidur ikut masa yang dah ditetapkan la
kan..lepas prep, minum malam pastu zzzzzzzzz. Hihihii.
Cuba kalau TV3 siarkan dalam slot Akasia, mesti aku tengok. Sebelum ni
pun, drama lakonan Umi Nazeera siaran TV3 yang dipuji-puji tu pun disiarkan
dalam slot Samarinda, kan. Punnn aku tak tengok, hahha #gelaksopansambiltutupmulut
Bukan apa, aku just tahu pun menerusi feedback dari penonton-penonton
drama tu. Pastu, zaman sekarang ni kan ada je teaser bahagian-bahagian best tu.
Dapat la tengok part-part lakonan hebat Umi Nazeera tu, cuma tak puas la sebab
tak dapat tengok full. Aku kan seorang penonton yang inginkan ending yang berbeza
dalam drama-drama kat Malaysia ni, dari dulu lagi 😊😊😊 Menurut komen-komen netizen, puas hati sangat ending dia,
so aku cam teruja pulak nak tengok.
Walaupun aku tak dapat tonton drama ni dan hanya tengok melalui teasers
yang dikongsikan di FB, Tiktok, bagi aku bukan setakat lakonan Umi Nazeera je
yang patut dipuji. Lakonan Izzue Islam sebagai sang suami tu pun bagus jugak,
sebab berjaya menimbulkan kebencian, kemarahan para penonton dengan sikap taat
bebenor pada mak nan satu tu. Bahagian ni taka da pun teasers yang dikongsi,
yang dapat aku tengok. So, just melalui pembacaan komen-komen netizen je la aku
dapat tau jalan cerita ni.
Apa pun, tahniah untuk TV3 dan pengarah serta pelakon dan juga semua
yang terlibat dalam drama ni. Walaupun tak dapat tengok, sebab kat Youtube pun
takde, tapi aura yang timbul menerusi komen-komen di alam maya tentang drama ni
membuat aku rasa drama ni memang best. Tapi tu la, kena tengok jugak, hihihi.
Oh ya, aku ni dah tak langgan Astro Pack dah. Hanya basic channel macam TV1,
TV2, TV3, Alhijrah, TVS semua-semua tu je la. Kalau tak, drama Rindu Kasih tu
pun boleh ditonton secara marathon di Disney Hotstar kan. Dulu aku langgan la
& dapat Disney Hotstar tu. Tapi dah tukar ke pakej lain dah, sebab aku nak
kurangkan bil as aku langgan Netflix juga. 😉
Oklah, that’s all for now.
Till then!
Salam kasih sayang.
No comments:
Post a Comment