Monday, 2 January 2023

Rindu ~ It's 2023 !!!

 Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, hai semua =)

SELAMAT TAHUN BARU – 2023 !!!           

Walau apa pun azam baru yang dicipta, dibawa ke depan, dan sebagainya, aku ucapkan semoga dipermudahkan segalanya. Kita ni hanya manusia biasa, hanya mampu merancang, berazam, dan juga mendoakan untuk kebaikan insan-insan lain. So, aku doakan untuk korang yang membaca blog aku ni, semoga dipermudahkan segala urusan, dilapangkan segala kesulitan, dan mudah-mudahan tercapai segala yang diimpikan. InsyaAllah 😊

02 Januari..dari kecil, tarikh ni sentiasa tersemat di fikiran menjelang tahun-tahun baru yang mendatang. Manakan tidak,  ni adalah tarikh lahir arwah ayahandaku tercinta. Aku sejenis atau seorang budak yang hafal tarikh lahir setiap ahli keluargaku. Sebab tiap kali hari lahir, mak akan belikan kek kecil sorang sebiji. Alah, dulu ada jual kek bulat kecil, yang disaluti chocolate rice kelilingnya tu. Mak memang tak beli kek yang besar pun, memang seorang sebiji kecil. Untuk birthday boy/girl, dia dapat special sikit, yang lagi cantik la berbanding yang lain. Hihihi..

Kalau nak dikira, jika arwah ayah masih ada, tahun ini ayah berumur 72 tahun.

Alfatihah untuk arwah ayahku, Salmin bin Jamal.

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ayahku, Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya, ya Allah. Aamiin aamiin yrabbal’alamin.

Kawan-kawan, semepena tahun baru 2023 ni, jom kita berazam menjadi insan yang lebih baik terutamanya menjaga solat 5 waktu, berusaha memperbaiki diri dari sehari ke sehari serta mendoakan kebaikan untuk semua. Moga yang baik-baik juga akan kembali dalam hidup kita, insyaAllah.

 

Till then.

Salam kasih sayang.

 

 

No comments:

Post a Comment