Sunday 31 May 2015

Bagaimana CMD dihasilkan?


Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Carian Google

Assalammualaikum, guys! Wahh! Cuti sekolah dah nak bermula! Mesti dah rancang pelbagai aktiviti yang nak dilakukan sepanjang musim cuti sekolah nanti, kan!? Ha! Jangan lupa untuk sentiasa membawa CMD walau di mana pun anda pergi ya! Tak susah nak wujudkan persekitaran beralkali dengan CMD di dalam handbag! Hihihi!

Ok! Hari ni aku nak sambung cerita cara-cara penghasilan CMD.

1-     LEBIH MURNI

Fitoplankton dikuasai oleh alga hijau menjadikan bahagian selatan tasik warna kehijauan manakala Dunaliella Salina, satu spesies alga yang mengeluarkan beta-karotena menjadikan bahagian utara tasik warna merah atau ungu. Ia adalah melalui kerja alga ini yang mana Tasik Great Salt telah dikaji sebagai satu eko-sistem pemurni-diri, dan adalah sumber mineral cecair ionic dan mineral surih yang palinh murni di dunia, semuanya dalam imbangan yang semulajadi yang paling serasi dengan metabolisme manusia.

2-     KURANG NATRIUM, KURANG BESI

Kolam UMN adalah besar. Malah, ia adalah kolam terbesar di dunia yang akan digunakan semata-mata untuk menuai mineral dan mineral surih untuk kegunaan manusia. Dengan pelaburan yang besar, ia sengaja dibina secara tertentu supaya mempunyai kawasan permukaan yang besar, yang akan memastikan mineral sejat lebih cepat, meninggalkan natrium dan besi.
Di samping tiga kolam penyejatan besar, terdapat 11 kolam penamat yang kecil untuk memastikan kepekatan dalam konsistensi yang sama dengan rendah natrium dan besi semasa penyejatan setiap tahun.

3-     PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

Penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk memperkasakan pertumbuhan melalui inovasi dalam membangunkan produk pemakanan mineral berasaskan sains muktamad untuk pasaran global. Oleh itu, penggabungan terbaik alam semulajadi dengan teknologi terkini dalam sains Ultimate Mineral Nutrition bertujuan untuk melahirkan yang muktamad dalam pemakanan mineral dari Tasik Great Salt, Utah.

Nah!! That’s it! Betapa CMD ni melalui pelbagai peringkat secara semulajadi untuk dihasilkan. UMN sendiri mempunyai kilang yang tersendiri dalam menghasilkan mineral surih ini – Concentrated Mineral Drops. Bukan calang-calang produk tau! Pihak syarikat menitik beratkan penghasilan CMD agar ia benar-benar menjadi sebuah produk yang ekslusif! Hasilnya, untuk manusia juga!

Hmm. Sampai sini dulu coretan aku. Moga, ada yang dapat dimanfaatkan dari info yang aku kongsikan bersama. Jangan lupa untuk menghubungi aku bila-bila masa andai ada persoalan ya! 016-5151421 J

Till then!

#Salam kasih sayang!

Thursday 28 May 2015

THROWBACK DINNER'S MOMENTS ~~

My best workmates ever! On dinner's 2014

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Upload Gadget ku

Assalammualaikum. Salam ceria. Jangan sedih-sedih. Try to be happy always, & chill!
Ok! Hari ni, aku nak story mory pasal last year punye event, Dinner PPW Bangsar & Pudu à Malam Semarak Kasih 2014.
My best workmates too!

Tema pada malam itu ialah Retro! Hahaha. Melaram sakan pegawai-pegawai aku malam tu! Back to 60’s & 70’s kauuu!
Dinner ni memang every year diadakan di PPWBPKL. Yelah, nak reward masing-masing, bagi happy sat malam tu, lupakan SEGALA masalah dan isu-isu yang timbul di PPW. Dinner ni mula diadakan bermula tahun 2010, dan kemudian menjadi acara tahunan as ramai yang mengharapkan event ini dijalankan.
 
Retro & Rock - 60's & 70's
Setiap kali dinner jugak, semua sektor & unit di PPW dikehendaki membuat persembahan. Tak kisahlah, menyanyi ke, berlakon ke, apa-apa sahaja dan persembahan ini akan di adili oleh Timbalan Pengarah kami.Eii, seronok pulak bila mengingatkan balik saat-saat tu. Semuanya kepala gila-gila!


Dinner 2013 - antara persembahan --> adegan nak sunat

Unit aku, jangan diharaplah nak bagi persembahan yang kaw kaw! Apa yang kitorang buat?! Of course lah menyanyi je! Kitorang tak punya banyak masa nak mereka-reka sketsa atau lakonan seperti sektor lain!Hihihi! Apapun, kitorang enjoy!

And in every dinner jugak, ada “Men & Lady’s of the Night” tau! Hihihi. Guess what? Agak-agak korang, aku tercalon tak?! Hahaha! Dinner 2013 is my year’s!! Tembam-tembam aku pun bole jadik ‘Lady’s of the Night’ tau! Ha! Malam tu, aku di make over kan oleh rakan baikku, juga dari Unit Kewangan & Akaun! Jangan ingat kitorang ni main ngan kalkulator je tau! Ni pandai mengandam lagi nih! Yelah, dah minat, kan.
Lady's of the Night 2013! heh heh

In every dinner, ada games dan paling penting, hadiah-hadiah yang disediakan oleh Kelab Kebajikan. Semua yang hadir pasti akan menerima hadiah, salah satu inisiatif untuk menyerikan dan menggembirakan lagi para hadirin. Yelah, kalau setakat pertandingan persembahan, Men & Lady’s of the Night, je yang dapat hadiah, tak best lah! Tujuan dinner ni diadakan adalah untuk menggembirakan setiap ahli. So, that’s it!

VVIP- Dinner 2013

Hmmm…almost June 2015 dah, aku baru nak story mory pasal dinner. Hihihi. Takpe, just nak throwback every moments in every dinner while I was in PPW Bangsar & Pudu. Kenangan, rite! Lagipun, memang seronok event-event camni! Even aku dah keluar PPW pun, kenangan itu akan kubawa ke mana sahaja. Pegawai dan staf yang sangat sempoi dan rock! Aku sayang diorang! Iskhh iskhh!
  
Dinner 2013 --> Roses are Red
Stop the cries! Hihihi. Berkawan biar seribu. Itulah mereka yang sempat aku kenali dalam dunia pekerjaan . My first intake was in here, remember? PPW Bangsar & Pudu, was known as PPD Kuala Lumpur when it first established. I was there when it’s started to begin under JPWPKL. Memories will still remain. InsyaAllah.




Dinner 2010 - Malam Anggun Bergaya!

Ok lah! Enjoy my writing & those pictures!

#Salam kasih sayang!









Sunday 24 May 2015

~~~ HATI PEREMPUAN ~~~~


Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Mr. Google

Assalammualaikum!

Huarghhhhhh! Mengantuk aku tonton cerita nih! Seriously! Apa impak atau motif yang nak ditunjukkan dalam cerita ni sebenarnya? Cuma ending die baru ade klimaks sikit. Permulaan sampai pertengahan, semua hambar. Yang ditonjolkan dan diketengahkan ialah sikap wanita yang bernama Yuhanis tu, yang aku rasa, alahaiiiii, apa yang dia nak sebenarnya entah la! Naik geram pulak bila menonton cerita tu!


Pelakon lelaki (aku lupa nama dia) aku rasa, beraksi baik sekali DALAM cerita “Rumi Cinta Juli” yang lepas. Dalam cerita ni pun, yelah, dia terikat dengan watak yang diberikan oleh pengarah, so, dia berlakon as directed.



Yang Yuhanis pulak (pun aku tak tau siapa namanya! Ahaks!) lebih kurang Tengku Zaril lah,kan. Berlakon seperti yang diarahkan, ikut skrip.
Aku tak tahulah samada Yuhanis ni tak pandai menarik minat penonton dengan lakonannya, ataupun skrip yang memang rapuh dan hambar. Entah la eik! Pendapat korang macam mana pulak?


Tapi, apa yang pasti, tudung dan skirt labuh Yuhanis memang dah jadi trend sekarang nih! Buktinya, kat ofis aku ni, sibuk dengan tudung Yuhanis je. Hihihi. Sekurang-kurangnya, kalau cerita ‘Hati Perempuan’ ni tak memberi apa-apa kesan di hati penonton, tapi ia membawa kesan kepada trend masa kini! Kan kan ?!

Dan yang paling pasti, drama selepas ‘Hati Perempuan’ ni lebih dinanti-nantikan! My Kyra Lyda gitewwww!

Ok! Till then!
#Salam kasih sayang!

(psstt à ini semua hanyalah pendapat peribadi aku ye!)


Thursday 21 May 2015

BAGAIMANA CMD DIHASILKAN?


Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Mr. Google

Assalammualaikum!

Today, aku nak share cara-cara penghasilan CMD pulak! Info yang aku tahu haruslah dikongsi bersama, ye tak!
Sebelum bercerita lagi panjang cara-cara penghasilan CMD, marilah kita selusuri bersama dari awal bagaimana penghasilan ini bermula.

1-     LEBIH PEKAT
Tasik Great Salt dibahagikan kepada 2 bahagian, selatan dan utara. Semua aliran utama atau sungai mengalir ke bahagian selatan tasik dan ini menjadikan bahagian selatan kurang pekat. Bahagian utara tasik adalah 2 kali lebih pekat daripada selatan. Kolam Ultimate Mineral Nutrition (UMN) terletak di utara tasik, di bahagian pantai timur tasik di mana ia sememangnya lebih pekat.

2-     PALING PEKAT
Tasik Great Salt adalah besar dengan saiz 75 batu panjang dan 30 batu lebar – tetapi ia adalah cetek, kedalaman purata hanya 13 kaki dan kedalaman terbesar 40 kaki.
SOUTHERN PACIFIC RAILROAD

Jalan keretapi pertama, siap pada tahun 1869, terpaksa merentasi di sekeliling tasik dan ‘mendaki’ Pergunungan Promontory ke utara. Pada tahun 1902 Southern Pacific Railroad membina laluan keretapi baru yang terus merentasi tasik, supaya enjin tidak lagi perlu ‘mendaki’ gunung. Sepanjang 12 batu laluan ini melintasi penyangga – seperti jambatan rendah, yang dibuat daripada 28,000 cerucuk kayu. Pada 1957 – 1959 penyangga ini telah digantikan oleh tambak – satu binaan jalan yang dinaikkan yang dibuat daripada 50 juta meter padu batu, pasir, dan batu kelikir. Tambak ini adalah lenih selamat dan membenarkan kelajuan yang lebih cepat.

Untuk membina tambak ini, batu, pasir, dan batu kelikir telah diambil dari Pergunungan Promontory dan dimuatkan ke dalam tongkang yang membawanya ke pembinaan tambak.

Penggalian sebahagian Pergunungan Pomontory ini membawa kepada pembentukan sebuah lembah, kini dipanggil Little Valley (Lembah Kecil). Jeti telah dibina dan kerana berat bahan yang dibawa oleh tongkang, saliran yang dalam telah digali untuk tongkang keluar dan masuk untuk menarik batu, pasir, dan batu kelikir yang mewujudkan tambak. INI ADALAH SALIRAN YANG SAMA DI MANA MINERAL PEKAT UMN DI AMBIL. Ia adlah bagahian tasik yang paling dalam, di mana kolam UMN terletak, di ‘Little Valley’. Sementara mineral menjadi lebih pekat ia menjadi lebih berat, sekaligus membolehkan ia untuk pergi ke bahagian bawah satu bahagian paling dalam tasik. Ini mweujudkan situasi yang ideal untuk penuaian mineral dan mineral surih yang paling pekat.
PEMANDANGAN SEKITAR TASIK GREAT SALT

Hmmm…….aku rasa cukup sampai sini dulu. Sebab kalau aku cerita lagi panjang, aku sendiri yang pening! Kena berulang-ulang kali baca! Hahaha!

Takpe! Next time aku sambung. Takdelah kosong je blog aku nih! Chewahh! Sekali nak curi masa ber’blogging sikit punya lama daaa!

Hihihihi!


Salam kasih sayang!

Wednesday 20 May 2015

Yewwwhuuuuuuu!

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto        :      Carian Google

Assalammualaikum!

Aduhaiii..lama juga aku tak mencoret barang sebaris dua kata kat blog aku ni. Ingatkan, dah berpindah tempat kerja baru, ada la juga masa untuk blog aku ni. Rupanya, sama je tak dan macam kat ofis lama. Haduhaiiiiii…….
JPWPKL (ofis baru)

Bukan mengeluh, tapi lebih kurang la. Mmuahahahaaa…yelah, masa berkerja kenalah berkerja. Tapi, on a serious note, sama je takde masa untuk blog!!

Kat ofis baru aku ni, lebih berperaturan sedikit. Dari segi telefon, tempoh masa mengunci masuk baucer-baucer, yang mana sebelum ini kat ofis lama tidaklah ditetapkan seperti ini. Tapi aku rasa, elok juga benda-benda seperti itu dikawal selia. Takdelah pegawai dan staf sesuka hati bergayut di telefon,kan? Hihihi.
PPW Bangsar & Pudu (ofis lama)

Cuma yang letihnya, tempat aku berkerja ni di dalam satu bangunan yang tertutup je. Kalau nak tengok luar, kena dongak ke tingkap-tingkap atas, sebab aku memang dikelilingi oleh dinding. Memang pening kadang-kadang. Yelah, dulu kalau nak gi tandas, memang Nampak alam persekitaran kat luar. Kali ini, semuanya di dalam satu bangunan tertutup. Memang kadang-kadang rasa mual dan nak termuntah!

Pregnant? Hihihi. Taklah! Blom rezeki lagi kot. Hihihihi.


Salam kasih sayang!

Tuesday 5 May 2015

CONCENTRATED MINERAL DROPS - CMD

Tasik Great Salt, Utah

Teks       :       Azaliza binti Salmin
Foto       :       Mr. Google

Assalammualaikum, sahabat maya!

This time, aku nak focus menceritakan perihal kebaikan Concentrated Mineral Drops-CMD! Aku nak kongsikan macam-macam khasiat yang boleh diperolehi dengan CMD ni! Sharing is caring. Mana lah tau, dalam aku berkongsi kebaikan CMD ni, ada antara uols di luar sana yang masih tercari-cari solutions untuk satu-satu masalah. Who knows, right?!

CONCENTRATED MINERAL DROPS
Penggabungan terbaik alam semulajadi dengan teknologi baru dalam bidang sains untuk dipersembahkan kepada kita semua dalam pemakanan mineral dari tasik Garam Besar, Utah.

Berikanlah badan kita nutrisi yang diperlukan dan biarkan badan pulih dengan sendirinya. Haa! Untuk makluman semua, itu adalah falsafah di sebalik setiap produk di Ultimate Mineral Nutrition (UMN). Kita tidak memulihkan badan, sebaliknya kita menggunakan manfaat alam untuk membantu badan pulih dengan sendirinya.

Pusat kebaikan itu terdapat pada mineral dan mineral surih yang ditemui dalam keseimbangan sempurna di Tasik Great Salt. Sementara tanah (yang membekalkan makanan) semakin tandus mineral, tasik Great Salt menjadi semakin kaya mineral.

Mineral dan mineral surih adalah amat penting untuk badan manusia. Mineral memainkan peranan dalam metabolisme asas, bertindak sebagai pemangkin untuk bahan-bahan tertentu, dan membantu enzim dalam melakukan kerja enzim.

KENAPA TASIK GREAT SALT?

Jawapannya mudah;

Kerana apabila semua air laut secara asasnya mengandungi keseimbangan dalam bentuk mineral dan mineral surih yang sama seperti yang terdapat dalam badan manusia, mineral dalam Tasik Great Salt adalah enam hingga sepuluh kali lebih pekat dari air laut. Kepekatan yang tinggi dan eko-sistem yang unik (kerana adanya alga) ini bekerja untuk membersihkan diri Tasik Great Salt. (Errkkkk! Betul tak ayat tu? Hihihi). Ini bermaksud mineral yang digunakan dalam produk Ultimate Mineral Nutrition adalah lebih semulajadi tulen daripada mana-mana mineral yang sama jenis, di mana-mana sahaja di dunia.

Dan kerana tahap ketulenannya yang tinggi dan dalam bentuk ionik, asimilasi dalam badan adalah secara langsung bagi semua produk Ultimate Mineral Nutrition. Cara yang paling semulajadi dan berkesan untuk memastikan kesihatan yang baik bermula dengan Ultimate Mineral Nutrition.

Banyak manfaat yang boleh diperolehi dari CMD ni, kerana ia memang setulen-tulen mineral surih yang diekstrak dari bahan-bahan alami. Pihak UMN sendiri mempunyai kilang yang tersendiri tau, untuk menghasilkan trace mineral ni. Jadi, CMD adalah satu produk yang eksklusif.

Siapa lagi yang nak jaga kesihatan diri sendiri kalau bukan kita? Jika kita seorang ibu, lagi besar tanggungjawab untuk memastikan suami tercinta, anak-anak yang sedang membesar, menerima mineral yang cukup untuk tubuh badan.
Ingat ya! Mineral diperlukan lebih banyak oleh tubuh badan kita berbanding vitamin!

Bukan susah pun CMD ni! Bukan kena telan pun! Titiskan sahaja dalam makanan, atau minuman, atau terus ke mulut! Hihihihi!

Oklah! Sampai sini dulu!


#Salam kasih sayang!