Teks :
Azaliza binti Salmin
Foto :
Mr. Google
Assalammualaikum!
Today, aku nak
share cara-cara penghasilan CMD pulak! Info yang aku tahu haruslah dikongsi
bersama, ye tak!
Sebelum bercerita
lagi panjang cara-cara penghasilan CMD, marilah kita selusuri bersama dari awal
bagaimana penghasilan ini bermula.
1- LEBIH PEKAT
Tasik Great Salt
dibahagikan kepada 2 bahagian, selatan dan utara. Semua aliran utama atau
sungai mengalir ke bahagian selatan tasik dan ini menjadikan bahagian selatan
kurang pekat. Bahagian utara tasik adalah 2 kali lebih pekat daripada selatan.
Kolam Ultimate Mineral Nutrition (UMN) terletak di utara tasik, di bahagian
pantai timur tasik di mana ia sememangnya lebih pekat.
2- PALING PEKAT
Tasik Great Salt
adalah besar dengan saiz 75 batu panjang dan 30 batu lebar – tetapi ia adalah
cetek, kedalaman purata hanya 13 kaki dan kedalaman terbesar 40 kaki.
SOUTHERN PACIFIC RAILROAD |
Jalan keretapi
pertama, siap pada tahun 1869, terpaksa merentasi di sekeliling tasik dan
‘mendaki’ Pergunungan Promontory ke utara. Pada tahun 1902 Southern Pacific
Railroad membina laluan keretapi baru yang terus merentasi tasik, supaya enjin
tidak lagi perlu ‘mendaki’ gunung. Sepanjang 12 batu laluan ini melintasi
penyangga – seperti jambatan rendah, yang dibuat daripada 28,000 cerucuk kayu.
Pada 1957 – 1959 penyangga ini telah digantikan oleh tambak – satu binaan jalan
yang dinaikkan yang dibuat daripada 50 juta meter padu batu, pasir, dan batu
kelikir. Tambak ini adalah lenih selamat dan membenarkan kelajuan yang lebih
cepat.
Untuk membina
tambak ini, batu, pasir, dan batu kelikir telah diambil dari Pergunungan
Promontory dan dimuatkan ke dalam tongkang yang membawanya ke pembinaan tambak.
Penggalian
sebahagian Pergunungan Pomontory ini membawa kepada pembentukan sebuah lembah,
kini dipanggil Little Valley (Lembah Kecil). Jeti telah dibina dan kerana berat
bahan yang dibawa oleh tongkang, saliran yang dalam telah digali untuk tongkang
keluar dan masuk untuk menarik batu, pasir, dan batu kelikir yang mewujudkan
tambak. INI ADALAH SALIRAN YANG SAMA DI MANA MINERAL PEKAT UMN DI AMBIL.
Ia adlah bagahian tasik yang paling dalam, di mana kolam UMN terletak, di ‘Little
Valley’. Sementara mineral menjadi lebih pekat ia menjadi lebih berat,
sekaligus membolehkan ia untuk pergi ke bahagian bawah satu bahagian paling
dalam tasik. Ini mweujudkan situasi yang ideal untuk penuaian mineral dan
mineral surih yang paling pekat.
PEMANDANGAN SEKITAR TASIK GREAT SALT |
Hmmm…….aku rasa
cukup sampai sini dulu. Sebab kalau aku cerita lagi panjang, aku sendiri yang
pening! Kena berulang-ulang kali baca! Hahaha!
Takpe! Next time
aku sambung. Takdelah kosong je blog aku nih! Chewahh! Sekali nak curi masa ber’blogging
sikit punya lama daaa!
Hihihihi!
Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment