Teks :
Azaliza binti Salmin
Foto :
Mr. Google
Assalammualaikum!
Huarghhhhhh! Mengantuk aku
tonton cerita nih! Seriously! Apa impak atau motif yang nak ditunjukkan dalam
cerita ni sebenarnya? Cuma ending die baru ade klimaks sikit. Permulaan sampai
pertengahan, semua hambar. Yang ditonjolkan dan diketengahkan ialah sikap
wanita yang bernama Yuhanis tu, yang aku rasa, alahaiiiii, apa yang dia nak
sebenarnya entah la! Naik geram pulak bila menonton cerita tu!
Pelakon lelaki
(aku lupa nama dia) aku rasa, beraksi baik sekali DALAM cerita “Rumi Cinta
Juli” yang lepas. Dalam cerita ni pun, yelah, dia terikat dengan watak yang
diberikan oleh pengarah, so, dia berlakon as directed.
Yang Yuhanis
pulak (pun aku tak tau siapa namanya! Ahaks!) lebih kurang Tengku Zaril
lah,kan. Berlakon seperti yang diarahkan, ikut skrip.
Tapi, apa yang
pasti, tudung dan skirt labuh Yuhanis memang dah jadi trend sekarang nih!
Buktinya, kat ofis aku ni, sibuk dengan tudung Yuhanis je. Hihihi.
Sekurang-kurangnya, kalau cerita ‘Hati Perempuan’ ni tak memberi apa-apa kesan
di hati penonton, tapi ia membawa kesan kepada trend masa kini! Kan kan ?!
Dan yang paling
pasti, drama selepas ‘Hati Perempuan’ ni lebih dinanti-nantikan! My Kyra Lyda
gitewwww!
Ok! Till then!
#Salam kasih
sayang!
(psstt à ini semua hanyalah pendapat
peribadi aku ye!)
No comments:
Post a Comment