Wednesday 14 December 2022

RINDU KASIH

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Hai, korang!

RINDU KASIH ~ Aku teringin nak tengok sebenarnya. Tapi aku ni sejenis manusia yang tidur awal. Memang sejak azali lagi aku jenis yang tu. Jarang-jarang sangat & kadang-kadang je aku midnight. Kecuali masa dok asrama (form 4 & 5) kot, kena tidur ikut masa yang dah ditetapkan la kan..lepas prep, minum malam pastu zzzzzzzzz. Hihihii.


Cuba kalau TV3 siarkan dalam slot Akasia, mesti aku tengok. Sebelum ni pun, drama lakonan Umi Nazeera siaran TV3 yang dipuji-puji tu pun disiarkan dalam slot Samarinda, kan. Punnn aku tak tengok, hahha #gelaksopansambiltutupmulut


Bukan apa, aku just tahu pun menerusi feedback dari penonton-penonton drama tu. Pastu, zaman sekarang ni kan ada je teaser bahagian-bahagian best tu. Dapat la tengok part-part lakonan hebat Umi Nazeera tu, cuma tak puas la sebab tak dapat tengok full. Aku kan seorang penonton yang inginkan ending yang berbeza dalam drama-drama kat Malaysia ni, dari dulu lagi 😊😊😊 Menurut komen-komen netizen, puas hati sangat ending dia, so aku cam teruja pulak nak tengok.




Walaupun aku tak dapat tonton drama ni dan hanya tengok melalui teasers yang dikongsikan di FB, Tiktok, bagi aku bukan setakat lakonan Umi Nazeera je yang patut dipuji. Lakonan Izzue Islam sebagai sang suami tu pun bagus jugak, sebab berjaya menimbulkan kebencian, kemarahan para penonton dengan sikap taat bebenor pada mak nan satu tu. Bahagian ni taka da pun teasers yang dikongsi, yang dapat aku tengok. So, just melalui pembacaan komen-komen netizen je la aku dapat tau jalan cerita ni.


Apa pun, tahniah untuk TV3 dan pengarah serta pelakon dan juga semua yang terlibat dalam drama ni. Walaupun tak dapat tengok, sebab kat Youtube pun takde, tapi aura yang timbul menerusi komen-komen di alam maya tentang drama ni membuat aku rasa drama ni memang best. Tapi tu la, kena tengok jugak, hihihi.


Oh ya, aku ni dah tak langgan Astro Pack dah. Hanya basic channel macam TV1, TV2, TV3, Alhijrah, TVS semua-semua tu je la. Kalau tak, drama Rindu Kasih tu pun boleh ditonton secara marathon di Disney Hotstar kan. Dulu aku langgan la & dapat Disney Hotstar tu. Tapi dah tukar ke pakej lain dah, sebab aku nak kurangkan bil as aku langgan Netflix juga. 😉

Oklah, that’s all for now.

Till then!

Salam kasih sayang.

 

 

 

 

 

 

 

 

Friday 9 December 2022

Cerita tentang aku

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Hai, korang! Moga dalam keadaan baik & sihat sentiasa.

‘Money freedom’. Bestnya kalau dapat apply kat diri kita, kan. Aku pasti, ramai yang sedang berusaha ke arah itu. ‘Financial freedom’, ‘debt free’. Semua yang seangkatan dengannya lah. Huhuu.

 

Kerja hakiki, berniaga atas talian. Tu semua salah satu usaha ke arah ‘financial freedom’. Bukan semua dilahirkan dalam dulang emas. Tu sebab  golongan tu hanya 20% je kat negara kita ni, dan ia digelar golongan T20. The rest, golongan macam aku ni lah, sederhana (M40) dan miskin (B40).

 

Takpe, bersyukur atas apa yang dikurniakan.

Rajin berusaha, cuba selagi boleh, tawakkal. Pasti Berjaya, insyaAllah. Semua tu dengan izin Allah jua.

 

Aku memang buat banyak online biz. Banyak tu takde la banyak mana, & aku bukan seorang yang main harung je semua yang boleh dijual, aku jual. No! That is not me.


Kalau korang tengok & ikuti Facebook/IG/Blog aku, boleh dikira je apa yang aku jual/dropship/affiliate.
😊 Aku bukan & tak nak jadi orang yang bak kata pepatah, ‘dikejar tak dapat, dikendong berciciran’.

 Apa yang aku promote? Aku ni dealer apa?

Ha, meh nak share, hihiii..


1. Aku ejen MEERACLE.

Sebab, aku ni menggunakan produk Meeracle, seperti pencuci muka, serum, toner dan sunscreen. Banyak lagi produk Meeracle ni, tapi aku sejenis orang yang tak suka nak make-up bagai, tepek foundation semua tu. Aku just apply yang basic je. Tapi, MEERACLE ada pelbagai jenis produk kecantikan yang aku rasa sangat best lah! Dari mula branding Meeracle ni, jarang ada feedback atau kes-kes yang tak enak di dengar (contoh macam produk kecantikan yang ada merkuri, timbang kilo, dan sebagainya kat Malaysia ni). Aku rasa bukan jarang, tak pernah ada kes kot kalau brand MEERACLE ni. 😊

So, sangat suggested lah produk-produk kecantikan MEERACLE. Kalau korang nak tau lebih lanjut, wasap je iols ok! 😉

 

💓💓



2. Aku dealer PUBLIC GOLD.

Alang-alang ketika aku menukar sebahagian RM aku kepada emas 999.9, 24karat di Public Gold dan melayakkan aku untuk terus upgrade kepada dealer, jadinya aku pun on je lah untuk menjadi dealer. 😊 Hanya perlu tambah belian Wealth Card je (kad ada nama kita & 0.5gram emas). Why not?

Pastu, jadi dealer Public Gold ni bukan memaksa aku untuk push all out tiap bulan kena ada sale and so on, yang bagi aku kalau bisnes jenis kena ada sale bagai tiap bulan tu, lebih memeningkan, memenatkan dan pressure untuk aku.

Dealer Public Gold ni bagi aku santai-santai je. Ko nak komisen, ko kena buat la. Ko tak buat, tak dapat la apa-apa. Ha, camtu. Cuma akhir-akhir ni, dah makin banyak rules jugak PG buat untuk para dealer. Sistem, website, apps PG pun dah semakin upgraded.

Sama seperti Meeracle, korang kalau nak tau lebih lanjut tentang Public Gold, hallo hallo je aku, ok. Atau boleh je terus klik link ni  >>  https://publicgold.me/azalizasalmin


😉😍


3. Aku team affiliate JIWA KEMBARA – Novel Ustazah Basikal

Sebab aku beli novel ni, & pengarang novel ni yang juga pengembara yang berbasikal sampai Mekah buat system affiliate untuk novel ni, so aku join je lah. Novel ni sangat menakjubkan bagi aku. Pengalaman-pengalaman dan cabaran yang mereka alami, hadapi sepanjang berbasikal, nikmat dapat melihat pemandangan yang memukau, melihat dan rasai perbezaan negeri orang, uishh samapi tak tau nak terangkan lah! Tapi, memang best. Sebab tu aku joined affiliate team novel ni.

Untuk dapatkan naskhah hebat USTAZAH BASIKAL ni, atau untuk berwakaf pun boleh, korang klik je link di bawah. Nanti link akan bawa terus ke maklumat selanjutnya 😉

Nak beli novel USTAZAH BASIKAL ;

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikalaffiliate/KMHSisAza

Nak join wakaf novel USTAZAH BASIKAL ;

https://ahmadbmi.my/order/form/WAKAFBUKUUB/KMHSisAza

Penulis yang juga watak utama USTAZAH BASIKAL ~ Ahmad bin Isa

~ ketika di Iran, ideologi syiah dan sunni, betulkah apa yang digemburkan dunia tentang puak syiah? ~


 Kesimpulannya di sini, aku menjadi dropship/dealer untuk benda yang aku guna. That’s me. Aku jual, share kebaikan, untuk stuff/things yang aku rasa tidak rugi jika berkongsi. 😊 Benda baik kan patut dikongsi. Mana tahu orang lain boleh dapat manfaat juga dari kebaikannya, mengalir jua pahala untuk aku. InsyaAllah.


Ok lah! Till then! Enjoy reading
😉!!!

Salam kasih sayang!

 

 

 

 

 

 

 

Wednesday 7 December 2022

Simpan emas jomm! =)

 

Teks    :           Azaliza Salmin

 

Assalammualaikum 😊

Tahun 2022 hampir melabuhkan tirainya. Dah di penghujung tahun dah kita ni. Masuk tahun 2023, pasang azam baru lagi. Begitulah seterusnya.

 Apapun, berazam dan berazam itu tidak salah. Terpulang kepada diri kita untuk melaksanakannya atau hanya tinggal anganan semata.



Well, 12 bulan telah berlalu. Kalau kita tetapkan matlamat untuk simpan EMAS 1 gram sebulan, pasti di penghujung tahun begini kita telah memiliki 12 gram emas 999.9, 24k! 12 gram kauuu! =) Anggaran dalam RM3k! Cuba simpan duit, hihihii..mesti tak sampai 3k kannn…sesak sikit, korek..aku la tu hahaha !!

 

Kalau tak mampu segram sebulan, simpan paling minima RM100/bulan pun dah ok. At least dalam setahun, RM1200 kita dah convert kepada penyimpan nilai sebenar >> EMAS! Simpan emas tak pernah rugi tau 😉

 

Ok lah, kawan-kawan. Meh jenguk-jenguk  info emas Public Gold kat sini >> https://publicgold.me/azalizasalmin

 

😉😍😍

Till then!

#Salam kasih sayang

Monday 18 July 2022

Jom simpan EMAS di Public Gold

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 


Assalammualaikum, rakyat Allah SWT! May all of us have a great day ahead.

 

Korang mesti pernah dengar pasal PUBLIC GOLD kan? Syarikat emas pertama di Malaysia yang menjalankan perniagaan emas secara online, patuh Syariah, dan yang paling penting mampu dimiliki oleh semua orang.

 

Public Gold ni dah ada 18 cawangan di Malaysia, Singapura & akan datang akan ada 5 cawangan di Indonesia. Ha, jangan tak tau! Kena ambil tau dah akhir-akhir zaman ni. Hihihi.

 


Orang ramai dah mula menyimpan emas. Ingat! Apabila kita menceburi bidang berkaitan emas, melabur emas, PASTIKAN dapat emas fizikalnya! Bukan hanya di maya sahaja tau!

Dan itulah yang paling bestnya di Public Gold. Bukan sahaja kita boleh beli emas 999.9, 24k dengan hanya RM100, malah bila dah cukup gram, kita boleh tukarkan gram emas yang kita ada tu kepada goldbar atau dinar! Macam-macamlah ada di website Public Gold. 😊

 

Rugi korang kalau dah tau tapi buat-buat tak nak ambil tahu.

 

Sebab apa tau..aku bukan nak cakap ape la..zaman sekarang ni, nilai RM makin jatuh. RM50 dapat beli ape je sekarang ni..?

Sebab tu aku nak ajak korang semua asingkan sedikit duit untuk ditukar kepada EMAS.

RM100 sebulan, jadilah!

 

Harga emas di Public Gold berubah setiap hari mengikut harga emas dunia.

Apa yang aku faham, kalau nilai matawang US naik, maka harga emas turun. Ia vice versa. Kalau USD menjunam, harga emas pula akan mencanak. Ha, gitu.. untuk tau lebih lanjut, aku memang tak berapa nak faham sangat sebab money matters nauu! Hihihi.

 

Harga emas pada 17.07.2022

Contoh harga emas hari ini di Public Gold ;

            RM265 = 1 gram

            RM100 = 0.3774 gram

 

Jadinya, dengan serendah RM100, korang dah boleh dapat 0.3774g emas 999.9, 24k.

24k tu maksudnya 24 karat tau! Bukan 24 ribu. Hihi.

 

Simpan setiap bulan RM100, lama-lama banyaklah ia. Asalkan konsisten.

& lagi satu aku nak ingatkan, jadikan lah ia sebagai simpanan yang dilupakan. Bukan maksud aku lupakan terus, bukan.

Maksud aku, bila dah tukar RM100 tu kepada emas, then forget it. Jangan gatai-gatai nak korek. Tak boleh! Korek balik 6-7 tahun akan datang, barulah nampak hasilnya.

 


Nanti aku jelaskan lagi ya. Korang kalau nak tau lebih lanjut, jemput singgah telegram aku tentang emas di sini >> https://t.me/joinchat/38qHZwINS8BIOTY9 atau wasap je aku di www.wasap.my/60165151421/akaunemasPublicGold ..

 

Oh ya, penting aku nak beritahu, untuk menjadi salah seorang pelanggan Public Gold, perlu ada PG code. Alah, lebih kurang macam nombor akaun bank la kononnya.

Dan nak dapatkan PG code ni, ia PERCUMA sahaja. Tidak perlu bayaran pun.

Once dah dapat PG code, korang dah boleh explore website PG & menabung emas! 😊

Daftar PG code di sini >> https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00059465

 

Till then.

Salam kasih sayang.

 

 

Sunday 17 July 2022

Wish comes true

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, semua. Entri kali ni aku nak bercerita pasal salah satu wishlist dalam perjalanan karier ku sebagai penjawat awam yang telah dimakbulkan oleh Allah Ta’ala, walaupun baru sekali. Alhamdulillah, syukurnya 😊

 

Pada 29.06.2022 yang lepas, aku telah dijemput oleh salah satu Pejabat Pendidikan Daerah di Kuala Lumpur ini untk menjadi penceramah bagi Taklimat Pengurusan Gaji. Peserta taklimat ini terdiri dari kerana-kerani sekolah di bawah zon PPD tersebut. Of course kerani yang menguruskan gaji para cikgu di sekolah masing-masing.

 

Ha, gempak tak?! Hihihi. Mula-mula dapat pelawaan tu, memang nervous jugak sebab this is my first time! And this was the time! Anganan ku jadi kenyataan!

Berkongsi ilmu dan pengetahuan yang aku ada tentang pengurusan gaji bersama mereka. Subhanallah, tabarakallah.

 

Of course aku tak tolak. Aku nekad untuk cuba. Hihihi, walaupun banyak lah juga kekangan, miscommunication dengan pihak penganjur yang pada aku, boleh dijadikan pengalaman untuk masa akan datang. Chewahh!

 

:)

Pengalaman ini sangat indah buat aku. Apabila habis slot aku, baru aku tahu di mana bahagian yang perlu diperbaiki. Kerana bagi aku, kali pertama menjadi penceramah ni, adalah platform di mana akau tau banyak kesilapan yang aku buat. Slot-slot yang patut aku isi dengan perbincangan bersama peserta, atau berkongsi pengalaman yang ada, bukan berderet terus menerus menerangkan tentang topik sehingga banyak masa lagi yang tinggal. Hahaha, one to be reminisce one day.

 

Malu tu memang malu. Tapi kena la atasi perasaan tu, betul tak?

Alhamdulillah, terima kasih, ya Allah. 😊

 

Till then.

Salam kasih sayang.

 

with my fellow friends :) Alhamdulillah

 

Thursday 26 May 2022

Me in 2022 =)

 

 

mia family~ Raya 2022 @ Pt. Bulat, Muar

Teks    :           Azaliza Salmin


Assalammualaikum 😊 😊 😊

Hai semua! Ok, hari ni aku nak reply entri aku yang lepas. Hahaha! Seronok gak buat entri untuk 2-3 tahun akan datang.

Well, 39 tahun dah aku this year. Alhamdulillah atas segalanya.

Anak masih 3, si bujang-bujang aku tu makin besar seiring masa yang berlalu. Je’a dah 19th, Ijan in his sweet 16th & Isqandar darjah 5 dah tahun ni.
Oh ya! Ijan dah masuk KV this year, jurusan Elektrik. Alhamdulillah.

Je’a masih meneruskan pengajiannya yang tergendala sekejap kerana PKP – Covid 19 masa tahun 2020 hingga 2021 lepas. Kalau tidak, dah habis dah rasanya. Takpe, perancangan Allah yang terbaik.

Abe Im ku masih sama, tidak berubah dari segi fizikal mahupun tempat kerja etc hahaha.

Hei, aku pun masih di tempat kerja seperti pada tahun 2019 tu ya! Entah bila la nak tukar, aku pun tak tau. Nak kena buat permohonan pertukaran kot, baru la dapat merasa tempat kerja baru, hihihi. Nak tukar ke?

Jawapan bagi soalan kedua tu, hmm, NO! Still gaining my weight on and on. Arrgghhhhhh! Bila nak disiplin ni wehh!??!

Macam-macam yang berlaku selepas tahun 2019. Terlalu banyak benda yang mengejutkan satu dunia berlaku, iaitu Covid-19 yang bermula di Wuhan, China. Lepas tu, negara kita mengalami lockdown kali pertama pada 18 Mac 2020, dan …..

Bila sebut tarikh tu, akan terimbau balik saat ayah telah tiada lagi di muka bumi ini. ☹☹☹ Ye, ayah meninggal dunia sehari sebelum Malaysia lockdown iaitu 17 Mac 2020. Alfatihah untuk ayahndaku, Salmin bin Jamal.

Ada lockdown kedua jugak tapi aku tak ingat dah tarikh-tarikhnya.

Sepanjang lockdown, memang Malaysia mula mengaktifkan pembelajaran secara atas talian, bekerja dari rumah & etc. Kiranya jaringan internet merupakan salah satu medium yang paling penting lah masa tu hingga hari ini.

& bermula 2022 ni, negara kita telah mengumumkan perubahan dari pandemik ke endemik. Jadinya, segala aktiviti dah boleh dilakukan macam biasa dah, tapi still kena jaga SOP yang ditetapkan, contohnya pakai mask.

Begitulah…….

& buat pertama kali selepas 2 tahun tak boleh berhari raya, tahun ni Hari Raya Aidilfitri kembali ceria seperti sebelum PKP. Highway pun meriah dengan kenderaan-kenderaan, R&R pun kembali riuh dah 😊. Kadang, ada seronoknya juga bila keadaan kembali seperti dulu, in certain things I mean.

Ok lah! Till then!

Tengoklah nanti kot ada idea nak buat surprise entri untuk 2-3 tahun lagi. Hihihi..

 #Salam kasih sayang.

 

Raya 2022 ~ @Kamunting, Perak

 

Pt. Bulat, Muar, Johor, Malaysia :)

 

 

Saturday 2 April 2022

HAPPY BIRTHDAY!


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum!

HAPPY BIRTHDAY to me, myself! Woohhooo!

Actually, my own, I wrote this entry on my/your last 36th birthday! Shock?!! Hahaha!
Tak tau nak sebut camaner sebab nak bagitau diri sendiri, kan! Diri sendiri yang baca, dan diri sendiri yang tulis! Hahhaaa!

Harap-harap, awak dah lupa yang awak ada tulis entri ni beberapa tahun lepas!
So, apa perubahan yang telah berlaku pada diri awak?

Dah makin kurus ke, belum?

Tambah baby lagi tak?!!

Je’a, Ijan, and Qandar camner sekarang?!!!

Please buat entri respond after this entry ok!
.
Yes, this is you! On 2019!
.
this is us when we watched Upin Ipin'Keris Siamang Tunggal! Ayah was @ LIMA'19 Langkawi!
Till then!
#throwback
#throwback2019
#Salam kasih sayang!




Saturday 26 February 2022

USTAZAH BASIKAL di Afghanistan

 



AFGHANISTAN : SELEBRITI SANGAT!

 

“Ting tong!”

Kedengaran bunyi loceng di tingkat bawah.

 

“Haa, dah sampai!” Adilah menggelabah mengemas pinggan mangkuknya di atas lantai.

‘Masak lodeh’ dah siap sepinggan untuk tetamu misteri.

“Hello Assalamualaikum.”

Seorang lelaki bercermin mata berada di depan pintu bilik lepak kami.

“Alaikumussalam, please come in, sorry for the mess”, kata Amirul.

“It’s ok, no problem”, kata lelaki tadi.

“How was your stay in Afghanistan, is it fine?” tanya lelaki itu sambil bersalaman dengan kami.

 

“Alhamdulillah, all is good,  Ahmad” aku perkenalkan diri.

“You can call me Ismat” lelaki itu memperkenalkan dirinya pula.

 

Amirul perkenalkan dirinya, Aiman dan Adilah kepada Mr. Ismat. Kami jemput dia duduk dan jamu beliau dengan kuih ‘masak lodeh’ bersama kopi pra-campuran 3 dalam 1.

“I’m from Kabul Cycling Federation, I’ve heard about you from Mr Rahman, you have been cycling from Malaysia to Makkah, is it true?” tanya Mr. Ismat.

“Yes, this couple only, not me and Aiman” kata Amirul.

 

“I’m interested to bring you to Kabul Cycling Federation. We are part of the Afghanistan National Olympic Committee, in fact we share the same office. We would like to organize a small celebration of your arrival and achievement” kata Mr. Ismat.

 

Wahhh! Kami sangat teruja bila dengar ada yang nak sambut kami, lagi-lagi dari persatuan berbasikal di Kabul ni.

“But.. we dont have our bike with us right now, our bicycle are in at Herat” kataku.

 

Aku menjelaskan situasi kami sekarang dan kenapa basikal kami tiada bersama kami. Beliau faham dan akan bincang dengan team dia macam mana nak buat majlis untuk sambut kami.

Kami bersetuju.

“How many days you’re planning to stay?” tanya Mr. Ismat.

“We are not sure yet, maybe 1 or 2 weeks” kata Amirul.

 

Amirul jelaskan situasi kami yang masih belum menerima visa Arab Saudi dari Malaysia dan terpaksa tunggu sehingga visa siap. Kami akan keluar dari Kabul sebaik sahaja visa Arab Saudi siap.

 

“Ok, I will contact you later when I get a firmed date for the event” Mr. Ismat meminta diri untuk pulang selepas satu jam kami bersembang..

“Kring kring!!”

 

Telefon Amirul berbunyi. Terdengar suara Mr. Ismat di hujung talian.

Amirul bersembang dengan beliau selama 5 minit sebelum memutuskan talian.

“Apa citer?” tanya Aiman.

“Malam ni Mr. Ismat nak bawa team dia interview kita lepas Asar kat sini” kata Amirul.

“Kat sini?” aku inginkan kepastian.

“Kat tingkat bawah kot, cantik sikit dari dalam bilik ni, dengan barang bersepahnya..haha” kata Amirul.

“Jom la bersiap, jap lagi nak Asar dah” ajak Amirul

Kami susun bilik bawah dan Adilah siapkan makanan serta minuman untuk mereka.

Mr. Ismat dan ‘team’ penemuramahnya datang tepat jam 6 petang.

Mereka memulakan sesi temuramah bermula dari Amirul, aku, Adilah dan Aiman. Pertanyaannya berkisar perjalanan dan objektif kembara kami.

Keesokan harinya, muka kami terpampang di berita TOLO News, media utama di Afghanistan. Kami tidak faham apa yang diceritakan dan kami minta Mr. Ismat terjemahkan.

 

Berita tersebut adalah titik permulaan kami menjadi ‘selebriti segera’ di Bandar Kabul.

Kami telah ditemubual oleh stesen TV sebanyak 4 kali termasuk ATV, ATN, 1TV, dan TOLO News.

Selepas itu, pergi ke mana sahaja, pasti ada yang mengenali. Mungkin bandar Kabul ini tidak terlalu besar, atau mungkin tiada orang Malaysia di sini kecuali kami.

 

Sebenarnya yang femes adalah basikal kami, kalau takde basikal, takde orang kenal pun! hahahaa

 

Best kan! 😊 Dapatkan naskhah hebat ini melalui link di bawah ;

 

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikalK_FEB/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikalK_FEB/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikalK_FEB/364

 

Worth buying! Trust me!