mia family~ Raya 2022 @ Pt. Bulat, Muar
Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum 😊 😊 😊
Hai semua! Ok, hari ni aku nak reply entri aku yang lepas. Hahaha!
Seronok gak buat entri untuk 2-3 tahun akan datang.
Well, 39 tahun dah aku this year. Alhamdulillah atas segalanya.
Anak masih 3, si bujang-bujang aku tu makin besar seiring masa yang
berlalu. Je’a dah 19th, Ijan in his sweet 16th & Isqandar darjah
5 dah tahun ni.
Oh ya! Ijan dah masuk KV this year, jurusan Elektrik. Alhamdulillah.
Je’a masih meneruskan pengajiannya yang tergendala sekejap kerana PKP –
Covid 19 masa tahun 2020 hingga 2021 lepas. Kalau tidak, dah habis dah rasanya.
Takpe, perancangan Allah yang terbaik.
Abe Im ku masih sama, tidak berubah dari segi fizikal mahupun tempat
kerja etc hahaha.
Hei, aku pun masih di tempat kerja seperti pada tahun 2019 tu ya! Entah
bila la nak tukar, aku pun tak tau. Nak kena buat permohonan pertukaran kot,
baru la dapat merasa tempat kerja baru, hihihi. Nak tukar ke?
Jawapan bagi soalan kedua tu, hmm, NO! Still gaining my weight on and
on. Arrgghhhhhh! Bila nak disiplin ni wehh!??!
Macam-macam yang berlaku selepas tahun 2019. Terlalu banyak benda yang
mengejutkan satu dunia berlaku, iaitu Covid-19 yang bermula di Wuhan, China.
Lepas tu, negara kita mengalami lockdown kali pertama pada 18 Mac 2020, dan …..
Bila sebut tarikh tu, akan terimbau balik saat ayah telah tiada lagi di
muka bumi ini. ☹☹☹ Ye, ayah meninggal dunia sehari sebelum Malaysia
lockdown iaitu 17 Mac 2020. Alfatihah untuk ayahndaku, Salmin bin Jamal.
Ada lockdown kedua jugak tapi aku tak ingat dah tarikh-tarikhnya.
Sepanjang lockdown, memang Malaysia mula mengaktifkan pembelajaran
secara atas talian, bekerja dari rumah & etc. Kiranya jaringan internet
merupakan salah satu medium yang paling penting lah masa tu hingga hari ini.
& bermula 2022 ni, negara kita telah mengumumkan perubahan dari pandemik
ke endemik. Jadinya, segala aktiviti dah boleh dilakukan macam biasa dah, tapi
still kena jaga SOP yang ditetapkan, contohnya pakai mask.
Begitulah…….
& buat pertama kali selepas 2 tahun tak boleh berhari raya, tahun ni
Hari Raya Aidilfitri kembali ceria seperti sebelum PKP. Highway pun meriah
dengan kenderaan-kenderaan, R&R pun kembali riuh dah 😊. Kadang, ada seronoknya juga bila keadaan kembali seperti
dulu, in certain things I mean.
Ok lah! Till then!
Tengoklah nanti kot ada idea nak buat surprise entri untuk 2-3 tahun lagi.
Hihihi..
Pt. Bulat, Muar, Johor, Malaysia :)
No comments:
Post a Comment