Sunday, 17 July 2022

Wish comes true

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, semua. Entri kali ni aku nak bercerita pasal salah satu wishlist dalam perjalanan karier ku sebagai penjawat awam yang telah dimakbulkan oleh Allah Ta’ala, walaupun baru sekali. Alhamdulillah, syukurnya 😊

 

Pada 29.06.2022 yang lepas, aku telah dijemput oleh salah satu Pejabat Pendidikan Daerah di Kuala Lumpur ini untk menjadi penceramah bagi Taklimat Pengurusan Gaji. Peserta taklimat ini terdiri dari kerana-kerani sekolah di bawah zon PPD tersebut. Of course kerani yang menguruskan gaji para cikgu di sekolah masing-masing.

 

Ha, gempak tak?! Hihihi. Mula-mula dapat pelawaan tu, memang nervous jugak sebab this is my first time! And this was the time! Anganan ku jadi kenyataan!

Berkongsi ilmu dan pengetahuan yang aku ada tentang pengurusan gaji bersama mereka. Subhanallah, tabarakallah.

 

Of course aku tak tolak. Aku nekad untuk cuba. Hihihi, walaupun banyak lah juga kekangan, miscommunication dengan pihak penganjur yang pada aku, boleh dijadikan pengalaman untuk masa akan datang. Chewahh!

 

:)

Pengalaman ini sangat indah buat aku. Apabila habis slot aku, baru aku tahu di mana bahagian yang perlu diperbaiki. Kerana bagi aku, kali pertama menjadi penceramah ni, adalah platform di mana akau tau banyak kesilapan yang aku buat. Slot-slot yang patut aku isi dengan perbincangan bersama peserta, atau berkongsi pengalaman yang ada, bukan berderet terus menerus menerangkan tentang topik sehingga banyak masa lagi yang tinggal. Hahaha, one to be reminisce one day.

 

Malu tu memang malu. Tapi kena la atasi perasaan tu, betul tak?

Alhamdulillah, terima kasih, ya Allah. 😊

 

Till then.

Salam kasih sayang.

 

with my fellow friends :) Alhamdulillah

 

No comments:

Post a Comment