Friday 31 December 2021

Esok Tahun Baru!

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, hai korang !!!

 

Wah! Esok dah tahun baru dah! Yeay 2022, yaw!!

 

InsyaAllah, moga tahun hadapan lebih bersinar, lebih cemerlang dan lebih gemilang, lebih bertaqwa, lebih beriman, lebih ingat-mengingati sesama insan, lebih menghargai, lebih berterima kasih, segala macam perkara yang baik-baik kita lebihkan! InsyaAllah..

 

Zaman sekarang ni, bukan tunggu tahun baru je nak berazam, kan..hihiii..

Nak-nak orang macam aku ni, ke laut segala azam mmuahahahaa..

InsyaAllah, beb..insyaAllah =)

 

2021 lebih kurang je dari 2020.. maybe sebab rakyat Malaysia ni dah ade pengalaman mengharungi situasi Covid-19 sebelum ni, jadinya semua makin advanced..makin berani seolah-olah Covid-19 ni dah boleh diatasi gitewww..

Tapi yang peliknya, acara-acara sosial semua dah dibenarkan MELAINKAN berjemaah di masjid/surau atau event2 keagamaan, takleh rapat-rapat..  even yang baru balik umrah pun dah kena pakai ‘Digital Tracker’ depa panggil, untuk langkah berjaga-jaga ke apebende ntah aku pun tak tau kerajaan sekarang ni, nak2 si KJ.MCO yang tall, dark and handsome tu (uwekkkk muntah hijo + rolling eyes!)

 

Yang baru balik bercuti huhahuha, takde pulak ko suro pakai digital tracker tuh! Hmmmmmmmm…….

 

Apepun, moga kita diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah maha luas ni dengan penuh keimanan dan ketakwaan walau macammane jenis pemimpin yang menerajui Malaysia zaman ini..

Just remember, mati itu PASTI walau ko tak kena Covid pun, kalau dah tertulis di Loh Mahfuz bahawa ko akan mati sekian sekian tarikh, maka matilah jua.. J

 

Tenang-tenang aje, walaupun aku yang bercakap ni, ehh, yang tengah menaip ni pun terkadang takleh nak tenang seperti yang diharap..cumanya, just go with it..

 

Till then!

 HAPPY NEW YEAR ~ 2022, my reader!

Hi from me! ~ Sis Aza ~


Thursday 9 September 2021

KENA CULIK DENGAN WANITA UZBEK?

 

Assalammualaikum korang!

Jom aku kongsikan lagi peristiwa menyeramkan dalam novel USTAZAH BASIKAL ni bila penulis diculik wanita tempatan di Uzbek! Erkkkk! Macam kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha pun ada! Hihihiiiii!

 

Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION

 Tiba tiba ....

 

Aku disapa oleh seorang wanita tempatan dalam bahasa Inggeris.

 

" Hello sir , where are you from ?" tanya dia. Cantik orangnya. Pada pandangan aku , umurnya dalam 20 - 25 . Muda dan cantik.

 

" Malaysia ," jawab aku sambil tangan sibuk memetik kamera. Aku malas layan sangat sebab aku syak dia mahu suruh aku beli barang jualan dia. Haha.

 

" Wow , Malaysia , do you like Uzbekistan ? " Dia tanya lagi.

 

" Yeah , i like it very much , i love the architecture ," kata aku.

 

" Really ? Come , you need to see this !" Dia menarik hujung baju sweater aku.

 

Ah , sudah ... ! Dah kenapa tarik baju aku ni ?

 

Aku pulak terus ikut macam orang kena pukau. Mungkin dia nak tunjuk barang jualan dia. Aku pun layan saja lah.

 

" Come inside , try this ," dia meletakkan sebuah kopiah Uzbek di atas kepala aku.

 

" How much ?" Aku tanya.

 

" Not expensive , you can try more if you want ," kata dia.

 

Aku masuk lagi ke dalam kedai dia untuk lihat kopiah yang lain.

 

Tiba tiba ....

 

" Papp !!"

 

Aku toleh ke belakang dan aku lihat wanita tersebut menutup dan mengunci rapat pintu kedainya.

 

" What are u doing ?" Aku pelik.

 

" My wife is waiting outside , let me out !" Aku mula rasa tak selesa.

 

Gila kau ! , Perempuan cantik kurung kau dalam kedai , berdua - duaan , jantung rasa nak gugur weyh !.

 

" Its okay , no problem , no problem ". Ujar dia.

 

" No , no , i want to go out !" Aku tinggilan suara .

 

" Ok ok i will open the door ," dia mengalah dan membuka pintu kedai nya. Mungkin sebab dia tengok aku sudah mula mengganas. Haha.

 

Aku cepat cepat keluar daripada kedai dan terus mencari Adilah dan lain lain.

 

Dah macam cerita Nabi Yusuf pulak , cuma dia tak tarik baju aku sampai koyak je ... mujur iman aku kuat.

 

Tapi yang aku pelik , kenapa wanita cantik seperti dia berani mengurung lelaki bersamanya ? , Aku rasa dia tak sihat kot ... Fuh !!

 .

.

.

 Gila kau , first time aku kena kurung dengan perempuan dekat negara orang pula tu. Memang pengalaman yang tak terlupakan lah.

 

Pengajaran nya adalah berwaspadalah dengan sesiapa pun , kita tak tahu niat buruk baik orang terhadap kita.

 .

.

Gambar : Afilliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION

 

Aaaa jom claim eBook Percuma Ustazah Basikal anda sekarang , Tuan Ahmad belanja hehe….

 

Saya nak Ebook saya sekarang 👇🏽👇🏽👇🏽

www.wasap.my/60165151421/nakebookUB

 

Terus klik link di bawah untuk dapatkan novel hebat ini!

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

 

 

Kelakar, kan!!! Hahahaaa!

Bahasa yang digunakan tu santai sangat, seolah-olah tengah bersembang dengan kita. Tak rugi kalua korang dapatkan novel ni tau! Hihihiii, trust me!

 

Ok lah !

Till then!

#Salam kasih sayang!

Tuesday 7 September 2021

Saham Akhirat

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 Assalammualaikum, hai korang!

Dah dapatkan novel USTAZAH BASIKAL lom? Sebab kalau dah, tahniah dan jutaan terima kasih bagi pihak affiliate & team Kembara Menuju Hikmah! InsyaAllah, ini saham akhirat untuk korang jua! Aamiin… J

 

Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION


Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION

Aku kan, bukan ape tau. Seronok bila berada dalam team affiliate Ustazah Basikal ni. Macam-macam perkongsian kite dapat, walaupun aku bukanlah aktif sangat, hihiii.. yelah, saya ni silent member, giteww!!

 Bukan team Ustazah Basikal je, aku rasa semua team pun ada bonding yang sukar untuk diperkatakan, betul tak?!

 So, korang! Apa khabar? Dah dapat vaksin penuh ke belum? Ingat, jaga SOP, biasakan dengan kehidupan norma baru ya! Sebab, aku pasti ramai yang merindui kampung halaman. Aku punnnn! Ya Allah, rindunye pada ibuku.

Kesian kat anak-anak zaman kini, terperuk dalam rumah je. Sekolah pun dalam talian je. Aku memang ‘kureng’ sikit kalau pdpr ni, sebab kalau kita berkerja, memang tak dapat pantau langsung pembelajaran budak-budak ni. Aku ni pulak memang jenis malas nak follow up kerja-kerja sekolah online depa. Hmm….

Ok lah. Korang kalau nak dapatkan novel travelog pengembaraan USTAZAH BASIKAL, atau nak dapatkan MEERACLE, jangan malu-malu untuk hubungi aku ya!

 Till then!

#Salam kasih sayang!

Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION



 

Sunday 29 August 2021

lagi cerita dalam USTAZAH BASIKAL

Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION



ORANG YANG BAHAGIA IALAH ORANG YANG MEMBERI ..

Tangan yang suka memberi bantuan sangat mulia disisi Tuhan . Konsep bantuan ni tidak terhad kepada wang ringgit semata sebaliknya seseorang itu mampu membantu dari segi masa dan tenaga . . 
.
Ketika di Pakistan , kami pernah ditahan polis dan diangkut naik turun trak dimana setiap kali tiba di checkpoint , kami kena transfer ke trak polis lain . Dah macam main passing-baton! 🤣
Senang cerita , kami dijaga dan dikawal baik dengan polis Pakistan sepanjang perjalanan di sana . Nak pergi panjat bukit depan hotel PTDC Besham pon diikut oleh polis . Apa yang saya betul-betul respect ialah dia setia teman kami tanpa bersuara walau sepatah pon . . 
.
Waktu itu , Ustazah Adilah pulak mengidam ikan . Sebaik sahaja turun bukit , kami terus ke kedai ikan dan Ustazah Adilah beli 3 ekor ikan .. 
Banyaknya .. kami bukan ada peti ais pon nak simpan .. Rupanya , Ustazah Adilah beli lebih seekor untuk beri pada polis yang setia teman kami daki bukit tadi .. 
Begitulah Ustazah Adilah , suka memberi .. Alhamdulillah .. saya juga banyak belajar dari Ustazah Adilah selama mengembara .. 
🥰 
> Panjang lagi kisah mereka sepanjang di Pakistan kisah suka, duka, dan pemgalaman yang hampir meragut nyawa 😰 
Siapa nak tahu?🤩🤔 

Klik link di bawah untuk dapatkan hadiah ebook kembara 14 negara Ustazah Adilah 😉



atau klik link di bawah ni untuk mendapatkan novel travelog pengembaraan USTAZAH BASIKAL yang hebat ni! 




Till then!

Tuesday 24 August 2021

USTAZAH BASIKAL - Indahnya PAKISTAN

 

Gambar : Affiliate Ustazah Basikal - JIWA CHAMPION

Jangan Google nama tempat ini! Nanti jiwa korang terbakar! Jangan cakap saya tak bagi amaran ye! 

‘Karakoram Highway’

Ia adalah  jalan besar yang mengunjur dari negara Pakistan sehingga ke utara menuju ke negara China,

.

Di sepanjang jalan terbentanglah magis alam, gunung ganang dan sungai yang memberi gambaran syurga yang disegerakan!

.

Terdapat air yang mengalir di celah-celah gunung yang membentuk kawasan tadahan air bersih yang sungguh menakjubkan , airnya jernih dan berona kebiruan!! Sekali tengok rasa nak terjun.

.

Manakala terdapat batu-batuan yang tertancap di lereng-lereng gunung yang membentuk seolah-olah ianya tergantung guys, Subhanallah!

Jika sebelum ini Eropah selalu disebut, kini terdapat permata yang cantik tetapi ramai orang tak tahu, Pakistan.

.

Negara ‘abang jual karpet ni’ ini tidak boleh disangkal lagi, memiliki pemandangan terbaik di dunia  .Dari tempat ini, khususnya bagi para  pecinta travel, boleh merasakan nuasa tropika plus 4 musim !

.

Bukan negara je dah cantik, keragaman budaya dan adab tatasulila masyarakat nya amat menakjubkan dan sangat mesra Muslim traveler. Jangan google nanti menyesal.

.

Gambar : Affiliate Ustazah Basikal - JIWA CHAMPION

Kebanyakan traveller di dunia pasti akan menjadikan pakistan ‘one of wajib list’ untuk travel.

.

Kebetulan di kawasan ini juga, sahabat saya Ahmad dan Adilah telah lalu semasa ekspedisi kembara berbasikal mereka menuju ke Mekah.

 

Mereka menyaksikan sendiri bagaimana hebatnya alam ciptaan tuhan disana, bagaimana layanan keramahan dan adab tatasulila rakyat Pakistan, sampai mat salleh pun masuk Islam !

.

Adilah juga  di masukkan ke ICU selama 3 hari di Pakistan, di tahan tentera bersenjata, terputus hubungan dengna keluarga di Malaysia.

.

Cerita pemgembaraan mereka ke Mekah dengan merentasi 14 buah negara ini telah diabadikan dalam Jurnal Pengembaraan Buku Ustazah basikal.setebal 1700 muka surat!

Jika anda bosan PKP 3.0 di rumah tak tahu nak buat apa..

.

Saya rekomen anda untuk baca buku mereka, terlalu banyak hikmah ,manfaat dan pengalaman yang mereka lalui sepanjang pengembaraan. Konfem tak rugi

.

Jaminan pulang wang 100% jika buku ini tidak best dan bermanfaat!

.

Boleh dapatkan buku ini dekat link di bawah ya! 😊

 

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364


Gambar : Affiliate Ustazah Basikal - JIWA CHAMPION

Gambar : Affiliate Ustazah Basikal - JIWA CHAMPION


Monday 23 August 2021

Seronoknya Membaca - USTAZAH BASIKAL

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, hai korang! =)

Aku memang banyak nak share pasal travelog pengembaraan yang aku baca, USTAZAH BASIKAL. Sebab memang best sangat wehh, baca buku ni! Disajikan dengan gambar-gambar yang sangat menarik, mengagumkan, tahap tawakkal yang tinggi terhadap Allah SWT membuat sesiapa yang membaca buku ni, pasti yakin dengan kekuasaan Allah.

Seriously, aku tak tipu!

Kertas yang digunakan untuk menghasilkan novel ni pun memang terbaik! Bukan kertas buku novel cintan-cintun yang biasa kat kedai tu tau! Lagi satu, buku novel ni memang tiada dijual di kedai-kedai buku ya! Korang kena dapatkan melalui link affiliate yang dikongsi. 😉

Ok! Nantikan satu lagi post aku tentang novel ni mengenai kejadian alam yang…MasyaAllah, Subhanallah!! Tak dapat aku gambarkan walaupun hanya dengan melihat melalui gambar je. Kecantikan Pakistan, pehhhhh! Love sangat-sangat!

Korang support la kitorang dengan membeli novel ni, kemudian kongsikan dengan semua yang lain di dunia ni. Tiada yang mustahil jika kita berserah 200% hanya pada Alla Ta’ala. Percayalah.

Semuanya di dalam novel travelog pengembaraan Tuan Ahmad BMI dan Ustazah Adilah ke Mekah, merentasi 14 buah negara hanya dengan BASIKAL.

😊

Nah, aku kongsikan link untuk korang tengok-tengok dulu ke, layan video Tuan Ahmad ni ke, hihiii.

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

 

Till then!

#Salam kasih sayang!


Gambar : Affiliate Ustazah Basikal - JIWA CHAMPION


Saturday 21 August 2021

Tidur di Sarang Taliban - sambungan


 Tiba-tiba….

 

"Helloooo!! How are you?" Seorang lelaki entah dari mana menegur aku. Akhirnya, ada juga yang boleh   cakap Bahasa Inggeris. Alhamdulillah.

"Good, good,” jawab aku sambil mengikat beg Adilah.

 

"My name is Hameedullah Meeza.” Beliau perkenalkan dirinya.

 

"My name is Ahmad", aku ajuk caranya memperkenalkan diri.

 

Hameed ni orangnya sangat kelakar, apa yang keluar dari mulutnya sering menghiburkan orang sekelilingnya.

 

"We're Taliban, are you not afraid of Taliban?" kata Hameed.

 

Aku speechless. Rupanya sepanjang malam, kami tidur di sarang Taliban!

Tiba-tiba aku teringat kembali kejadian semalam. Seorang lelaki yang memerhatikan kami setiap saat.

 

"Tapi, mereka ni tak nampak ganas pun?" getusku dalam hati.

 

"Don’t worry, Taliban are good people..hahahaha", kata Hameed disertai dengan gelak ketawa sahabat-sahabatnya.

Aku juga turut ketawa kerana geli hati dengan mimik muka badotnya.

 

"Lets take photo together, I want to show to the world, Taliban are good people. Haha", aku mengajak bergambar.

 

Tak sangka, mereka sangat sporting dan kami bergambar bersama.

 

Selepas selesai bersarapan, kami membayar duit sarapan dan duit bermalam pada Pakcik Ramzan di kaunter.

Namun, beliau hanya mengambil duit sarapan sahaja. Duit bermalam, dipulangkan kembali, dia kata tidak perlu.

.

Aku rasa terharu. Aku ucapkan terima kasih pada mereka semua.

 

Semoga kita sama-sama berjumpa semula di Syurga.

Aamiin.

 

Hikmah: ”Semua manusia atas muka burni ini baik hati. Yang jahat itu hati kita, sebab selalu menghakimi manusia lain.”

 

Memang tak rugi  dapatkan novel ini! Ketahui apa yang berlaku seterusnya!

Klik link di bawah jom 👇

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364


Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION

 


Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION


Friday 20 August 2021

Tidur di Sarang Taliban? - USTAZAH BASIKAL -


 “Can we sleep here?" Aku cuba nasib dengan bertanya kepada penjaga kaunter.

“Here?" dia tanya kembali.

“Yes” jawabku.

“Actually we don't have a place to sleep tonight yet and it's not safe to travel by bicycle in the dark". Kataku kepadanya.

“Ok, no problem.." Jawabnya.

.

Tetapi cara dia jawab '0k' tu macam ada 'problem'.

 

Ekspresi mukanya seperti risaukan sesuatu. Tapi aku sudah tiada pilihan selain dari tawakal sepenuhnya pada Allah swt.

"Really? Thanks! My name is Ahmad', kataku sambal bersalaman dengan beliau.

"Ramzan" jawabnya pendek.

.

Malam itu kurasakan terlalu panjang. Aku tengok Adilah sudah mula tersengguk-sengguk ketika menonton televisyen yang dipasang di tengah-tengah ruang restoran itu.

Pelanggan-pelanggan Iain masih belum pulang lagi.

 .

Terpaksa tunggu sehingga semua pelanggan pulang dan kedai ditutup untuk kami boleh tidur di atas pangkinnya.

.

"Ayang kalau nak tidur, baring je kat sebelah Abang ni," aku mencadangkan pada Adilah.

 

"Macamana nak tidur bang, ramai orang ni?" tanya Adilah.

 

"Takpe, Ayang baring dulu," aku menunjukkan pada Adilah

 

Di sudut yang agak tersorok di tepi tempat makan. Malam itu aku dapat rasakan jantung aku berdegup lebih kencang dari biasa. Cemas, seram, gementar dan tak boleh tidur. Aku dapat rasakan setiap gerakan aku diperhatikan. Walaupun mata mereka yang ada di situ hanya tertumpu pada televisyen yang terpasang, aku masih rasa tidak sedap hati.

 

Semua beg-beg yang ada di Sisi aku tutup dengan cermat. Aku bersandar di dinding, sementara Adilah sudah lena di atas pangkuanku. Sehelai tuala menutupi mukanya agar tidak kelihatan.

 

 Siaran berita dan rancangan TV adalah dalam Bahasa tempatan. Aku melihat perempuan-perempuan Afghanistan sedang berkawal di perbatasan dengan memegang senjata, pakaian mereka berwarna-warni. Tidak dapat dipastikan di daerah mana, kerana di kawasan ini, nak jumpa perempuan pun susah.

 

Dah kenapa pulak brader tu tengok-tengok ke sini?" kataku dalam hati.

.

Aku perasan seorang lelaki yang duduk di hadapan kami, matanya kerap melihat kami waktu menonton TV. Walaupun rasa tidak selesa, aku buat tak tahu saja.

 

Bila la restoran ni nak tutup, ngantuk gila dah niii!" Getushatiku.

 

Tepat jam 11 malam barulah semua pelanggan beredar dan restoran ditutup. Lelaki yang dari tadi tengok kami juga sudah beredar balik. Aku rasa sedikit lega.

 

Seorang dari pekerja restoran bernama Norlan menyuruh aku masukkan basikal kami ke dalam bilik setor di belakang restoran. Aku akur dan buat seperti yang diminta.

Sebelum menyimpan basikal dalam bilik setor, aku keluar-kan barang yang perlu seperti sleeping bag, bag laptop dan toiletries. Yang lain, aku tinggalkan bersama basikal di dalam setor. Jika apa-apa berlaku, sekurang-kurangnya barang berharga ada bersama kami.

 

Aku cepat-cepat kembali ke tempat Adilah tidur. Dia sudah lama hanyut dibuai mimpi. Aku bukakan sleeping bag, aku kejutkan dia dan minta dia pindah tidur dalam sleeping bagnya.

Aku tidak terus tidur. Rupanya ada beberapa orang lelaki yang tidur di dalam restoran itu termasuk Ramzan, tuan punya restoran tersebut.

Alhamdulillah, rasa lebih selamat jika ada tuan restoran tidur bersama di dalam restoran tersebut.

 

Setelah memastikan mereka semua tidur. barulah aku cuba lelapkan mata. Pertama kali aku tak tidur nyenyak. Aku tidur-tidur ayam dan sentiasa berjaga-jaga. Aku letakkan pisau lipat dekat dengan diri aku.

Aku masih belum pasti, adakah Afghanistan ini negara yang selamat untuk kami. Aku perlu bersedia.

Akhirnya aku tewas.. aku tertidur juga.

Sesekali aku terjaga akibat terkejut dengan dengkuran lelaki-lelaki yang tidur tidak jauh dari kami. Kuat sekali bunyinya.

 

Aku hanya terjaga semula pada jam 6 pagi, selepas terdengar bunyi orang memasak.

Mereka sudah bangun lebih awal!

Mungkin mereka sedang bersiap untuk membuat sarapan.

Aku terus bangun dan kejutkan Adilah.

.

"Yang, jom bangun, diorang dah start masak tu". Aku menggerakkan badan Adilah yang masih berselubung di dalam sleeping bag.

 

"Jom jom, diorang dah nak buka kedai ni". Kami terus bangun dan bersiap untuk solat subuh.

 

Aku jumpa Norlan dan memintanya untuk membuka stor di belakang.

Aku dan Adilah solat subuh bersama dan terus menyiapkan basikal kami sebelum restoran dibuka.

Sebelum kami bertolak, aku order karayi lagi sebagai sarapan.

 

sementara menunggu sarapan disiapkan, aku keluarkan basikal aku dan letak di depan restoran untuk mengikat beg-beg yang aku tanggalkan semalam.

Tidak lama selepas itu kami dikerumuni oleh warga tempatan yang datang ke restoran itu untuk bersarapan.

Mereka tanya aku macam-macam, tapi tiada seorang pun yang boleh berbahasa Inggeris.

 

Tiba-tiba….


..........................................................................................................................................

Kisah ini dinukilkan dari kisah sebenar pengembaraan  Ustazah Adilah dan Ahmad merentas 14  negara termasuk Afghanistan dengan berbasikal

 

Nak tahu sambungan cerita...tunggu sambungan post aku esok ya!


Dapatkan novel travelog pengembaraan sebenar yang hebat ni untuk tatapan dan gambaran yang lebih meluas!

Klik link di bawah👇

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

 

Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION

Wednesday 18 August 2021

USTAZAH BASIKAL

Gambar : Affiliate Ustazah Basikal


 5 TAHUN TRAVELLER JEPUN NI CARI SESUATU, AKHIRNYA JUMPA DI MALAYSIA.

.

Kami dijemput oleh Sekolah Rendah Al-Furqan untuk memberi sedikit semangat untuk pelajar-pelajar.

.

Sebelum pergi ke sekolah tersebut, Pakcik Nordin bawa kami bersarapan di warung berhampiran. Di warung tersebut aku lihat kelibat seorang lelaki yang aku agak seorang pelancong. Kerana wajahnya tidak kelihatan seperti orang tempatan.

.

"Hello sir, where are you from?". sapa aku perlahan.

.

Beliau sedikit terkejut dengan sapaan aku kerana asyik menjahit baju. Aku juga pelik melihat gelagat beliau yang menjahit baju di warung.

.

"Oh, my name is Anuar, nice to meet you"

.

"Oh you are muslim?, Assalamualaikum, my name is Ahmad, and she's my wife, Adilah, where are you from?” aku menghulurkan tangan.

.

"Japan"

.

“Japan?, but your name is Anuar, it’s quite weird for me"

.

“Yes, my real name is Shogun Kameda, I change my name to Anuar when I’m convert to Islam 1 year ago”.

.

“MasyaAllah”

.

“What happen to your sweater?” aku tunjuk sweater di tangan dia.

.

“Oh, yesterday my clothes are stuck on the tree branches while cycling”

.

Besar juga koyak pada bajunya, dia kata boleh pakai lagi, dia taknak beli baru.

.

Aku nampak ada sebuah basikal tersandar di tepi warung. Basikalnya nampak uzur, begnya lusuh tapi nampak masih tegap.

.

"Its that yours?". Aku juih bibir aku ke arah basikal tersebut.

.

"Yes it’s mine, so you also travel by bicycle?" dia juga nampak basikal aku, mana tak nya, aku parking basikal betul-betul depan mata dia.

.

“Yes! so where are you going?". Aku bertambah excited berborak dengan beliau

.

“Right now I’m heading to Melaka”

.

“I see”

.

Kami bersembang panjang, aku ajak dia pergi ke Sekolah Rendah Al-Furqan bersama, beliau setuju. Beliau pun tidak terkejar-kejar untuk sambung kembara.

.

Anuar boleh cakap bahasa melayu, banyak tatabahasa dia kuasai.

.

Aku kagum. Bagaimana dia boleh kuasai bahasa melayu dalam masa yang singkat.

.

Rupa-rupanya, dia sentiasa pegang buku tulis kecik di begnya. Setiap kali kami bersembang, dia akan catat dan tanya apa maksud dari perbualan kami tadi.

.

Kami belajar sesuatu dari Anuar. Kami perlu belajar bahasa tempatan jika kami nak dilayani dengan baik oleh orang tempatan.

.

Aku minta Anuar berikan ucapan sekali di Sekolah Rendah, bagi aku apa yang dia buat sangat memberi inspirasi. Rupanya beliau dah mengembara selama 5 tahun, 3 tahun berjalan kaki, 2 tahun menaiki basikal.

.

Beliau mengembara untuk mencari kebenaran, Alhamdulillah, beliau memeluk agama islam semasa di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Beliau duduk di sana selama 1 tahun. Kini, beliau kembali mengembara.

.

Selepas aku, Adilah dan Anuar menyampaikan sedikit kata-kata semangat buat pelajar-pelajar, kami dijamu oleh pihak sekolah. Anuar diserbu oleh peminat-peminat cilik yang nak tahu mengenai negara Jepun.

.

Macam-macam yang ditanya, ada yang tanya pasal Naruto, Doraemon dan Ultraman. haha

.

Anuar tabah melayani kerenah mereka. Anuar meminta sudu dan garpu dari kantin dan buat bunyi musik dengan sudu dan garpu. Pelajar-pelajar kagum.

.

Beliau nyanyi lagu Faizal Tahir - Apa Khabar Dunia. Pelajar-pelajar beri tepukan gemuruh pada beliau. MasyaAllah.

.

Semasa kami sedang gelak ketawa melayan kerenah Anuar, aku lihat Pakcik Adlan datang membawa sehelai sweater.

.

“This is for you” Adlan menyerahkan sweater itu kepada Anuar.

.

Air mata Anuar hampir meleleh. Sambil memeluk Pakcik Adlan, Anuar mengucapkan terima kasih.

.

Selepas habis makan, kami minta diri dengan pihak sekolah.

.

Aku tanya Pakcik Nordin dan Pakcik Adlan, di mana nak cari cendol terbaik kawasan ni. Aku nak bagi Anuar rasa cendol. (Sebenarnya aku yang mengidam..haha)

.

“You travel sampai 5 tahun, macam mana you manage duit untuk makan dan tidur tanpa bekerja?” aku tanya Anuar sambil menghirup cendol.

.

“Saya makan dan tidur tak pakai duit, semuanya orang bagi, saya tahu saya ada Allah. Duit yang saya ada, saya simpan, untuk beli ubat jika kecemasan”

.

“Sampai macam tu sekali tawakal dia” bisik aku dalam hati.

.

Aku yang dah lama islam ni pun tak ada tawakal dan percaya yang tinggi pada Allah macam Anuar. Allahu…

.

Anuar banyak mengajar aku tentang pengembaraan. Terima kasih Allah, menghantar manusia yang bernama Anuar ni tepat pada masanya. Sebelum kami keluar dari Malaysia.

.

“Anuar, saya nak hadiahkan awak Al-Quran kecil saya” aku hulurkan Al-Quran kesayanganku.

.

“Tidak mengapa, saya tak simpan Al-Quran. Kalau saya nak baca Quran, saya akan baca Al-Quran di masjid” Anuar tolak dengan senyuman.

.

Aku memeluk Anuar sebelum berpisah dengannya. Kami akan teruskan kayuhan ke arah utara dan Anuar akan kayuh ke arah selatan.

.

“Take care brother!”

.

“InsyaAllah”

.

Nota : Jom claim Ebook Percuma Ustazah Basikal sekarang 👇🏽👇🏽 , 

https://ezy.la/ebookjiwakembara


Ketahui lebih lanjut kisah menarik kayuhan Tuan Ahmad dan juga Ustazah Adilah rentas 14 buah negara dalam novel travelog hebat USTAZAH BASIKAL 🤩 Dapatkannya di sini 👇🏼👇🏼

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364


https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364


https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

Tuesday 17 August 2021

Dealer PUBLIC GOLD

 

Teks    :           Azaliza binti Salmin

 

Assalammualaikum, korang. Haii!

Hmm, tak tau bilakah akan berakhir pandemik ni kan. Rindu nak jalan-jalan, bebas macam sebelum-sebelum ni. Betul-betul membimbangkan angka kes sekarang ni. Dengan pergolakan politik negara kita ni kan, lagilah tak tau nak kata macam mana.

Kerja pun dah kena berjadual, bergilir-gilir datang ke pejabat. Untuk menjaga social distancing, follow S.O.P , semua mengikut norma baharu yang disarankan kerajaan.

Aku bukan nak cakap apa, bila ko berada di bahagian kewangan, nak Work From Home (WFH) tu agak susah sikit. Dokumen semua kat pejabat, kan. Nak bawak balik, macam tak berani lagi nak bawak balik  dokumen kewangan tu.

Essential Department lah kononnya, kan.

Tapi so far, sepanjang PKP dari tahun lepas, bahagian yang aku handle (gaji ok), tidak terjejas. Heh heh heh, alhamdulillah.

Tapi, ada jugalah bayaran-bayaran yang menghadapi kesukaran untuk diselesaikan dek kerana pandemikc sekarang ni. Nak buat camner. Still kena usaha untuk selesaikan.

Oh ya! Aku nak bagitau korang ni. Aku dah jadi Authorized Dealer Public Gold tau. Korang mesti tau Public Gold, kan. Syarikat emas yang membolehkan pembeli untuk membeli emas serendah RM100 melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP).

Ha! Kalau ada antara korang yang nak tahu lebih lanjut tentang emas di Public Gold, macam mana nak start menabung, apa faedah-faedah yang diperoleh, dan lain-lain, aku nak jemput korang join channel telegram aku =)

Takde paksaan pun, aku sharing pasal kepentingan simpanan emas sebagai pelaburan jangka masa panjang, baik buruk simpan emas, & banyak lagi lah. 😃 This is the link >> https://t.me/joinchat/38qHZwINS8BIOTY9

Untuk menabung di akaun emas GAP, korang hanya perlu ada PG Code, dan untuk dapatkan PG Code ni, tak perlu bayaran pun. Hanya maklumat korang yang perlu diisi untuk didaftarkan.

& menabung di Public Gold ni, tidak ada sebarang komitmen pun. Terpulang pada korang untuk menabung, anytime. Cukup gram emas, boleh keluarkan emas fizikal sama ada goldbar, syiling dinar atau pun goldbar in square card.

Jemputlah join telegram aku tu!

 

Till then!

#Salam kasih sayang!