Wednesday, 18 August 2021

USTAZAH BASIKAL

Gambar : Affiliate Ustazah Basikal


 5 TAHUN TRAVELLER JEPUN NI CARI SESUATU, AKHIRNYA JUMPA DI MALAYSIA.

.

Kami dijemput oleh Sekolah Rendah Al-Furqan untuk memberi sedikit semangat untuk pelajar-pelajar.

.

Sebelum pergi ke sekolah tersebut, Pakcik Nordin bawa kami bersarapan di warung berhampiran. Di warung tersebut aku lihat kelibat seorang lelaki yang aku agak seorang pelancong. Kerana wajahnya tidak kelihatan seperti orang tempatan.

.

"Hello sir, where are you from?". sapa aku perlahan.

.

Beliau sedikit terkejut dengan sapaan aku kerana asyik menjahit baju. Aku juga pelik melihat gelagat beliau yang menjahit baju di warung.

.

"Oh, my name is Anuar, nice to meet you"

.

"Oh you are muslim?, Assalamualaikum, my name is Ahmad, and she's my wife, Adilah, where are you from?” aku menghulurkan tangan.

.

"Japan"

.

“Japan?, but your name is Anuar, it’s quite weird for me"

.

“Yes, my real name is Shogun Kameda, I change my name to Anuar when I’m convert to Islam 1 year ago”.

.

“MasyaAllah”

.

“What happen to your sweater?” aku tunjuk sweater di tangan dia.

.

“Oh, yesterday my clothes are stuck on the tree branches while cycling”

.

Besar juga koyak pada bajunya, dia kata boleh pakai lagi, dia taknak beli baru.

.

Aku nampak ada sebuah basikal tersandar di tepi warung. Basikalnya nampak uzur, begnya lusuh tapi nampak masih tegap.

.

"Its that yours?". Aku juih bibir aku ke arah basikal tersebut.

.

"Yes it’s mine, so you also travel by bicycle?" dia juga nampak basikal aku, mana tak nya, aku parking basikal betul-betul depan mata dia.

.

“Yes! so where are you going?". Aku bertambah excited berborak dengan beliau

.

“Right now I’m heading to Melaka”

.

“I see”

.

Kami bersembang panjang, aku ajak dia pergi ke Sekolah Rendah Al-Furqan bersama, beliau setuju. Beliau pun tidak terkejar-kejar untuk sambung kembara.

.

Anuar boleh cakap bahasa melayu, banyak tatabahasa dia kuasai.

.

Aku kagum. Bagaimana dia boleh kuasai bahasa melayu dalam masa yang singkat.

.

Rupa-rupanya, dia sentiasa pegang buku tulis kecik di begnya. Setiap kali kami bersembang, dia akan catat dan tanya apa maksud dari perbualan kami tadi.

.

Kami belajar sesuatu dari Anuar. Kami perlu belajar bahasa tempatan jika kami nak dilayani dengan baik oleh orang tempatan.

.

Aku minta Anuar berikan ucapan sekali di Sekolah Rendah, bagi aku apa yang dia buat sangat memberi inspirasi. Rupanya beliau dah mengembara selama 5 tahun, 3 tahun berjalan kaki, 2 tahun menaiki basikal.

.

Beliau mengembara untuk mencari kebenaran, Alhamdulillah, beliau memeluk agama islam semasa di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan. Beliau duduk di sana selama 1 tahun. Kini, beliau kembali mengembara.

.

Selepas aku, Adilah dan Anuar menyampaikan sedikit kata-kata semangat buat pelajar-pelajar, kami dijamu oleh pihak sekolah. Anuar diserbu oleh peminat-peminat cilik yang nak tahu mengenai negara Jepun.

.

Macam-macam yang ditanya, ada yang tanya pasal Naruto, Doraemon dan Ultraman. haha

.

Anuar tabah melayani kerenah mereka. Anuar meminta sudu dan garpu dari kantin dan buat bunyi musik dengan sudu dan garpu. Pelajar-pelajar kagum.

.

Beliau nyanyi lagu Faizal Tahir - Apa Khabar Dunia. Pelajar-pelajar beri tepukan gemuruh pada beliau. MasyaAllah.

.

Semasa kami sedang gelak ketawa melayan kerenah Anuar, aku lihat Pakcik Adlan datang membawa sehelai sweater.

.

“This is for you” Adlan menyerahkan sweater itu kepada Anuar.

.

Air mata Anuar hampir meleleh. Sambil memeluk Pakcik Adlan, Anuar mengucapkan terima kasih.

.

Selepas habis makan, kami minta diri dengan pihak sekolah.

.

Aku tanya Pakcik Nordin dan Pakcik Adlan, di mana nak cari cendol terbaik kawasan ni. Aku nak bagi Anuar rasa cendol. (Sebenarnya aku yang mengidam..haha)

.

“You travel sampai 5 tahun, macam mana you manage duit untuk makan dan tidur tanpa bekerja?” aku tanya Anuar sambil menghirup cendol.

.

“Saya makan dan tidur tak pakai duit, semuanya orang bagi, saya tahu saya ada Allah. Duit yang saya ada, saya simpan, untuk beli ubat jika kecemasan”

.

“Sampai macam tu sekali tawakal dia” bisik aku dalam hati.

.

Aku yang dah lama islam ni pun tak ada tawakal dan percaya yang tinggi pada Allah macam Anuar. Allahu…

.

Anuar banyak mengajar aku tentang pengembaraan. Terima kasih Allah, menghantar manusia yang bernama Anuar ni tepat pada masanya. Sebelum kami keluar dari Malaysia.

.

“Anuar, saya nak hadiahkan awak Al-Quran kecil saya” aku hulurkan Al-Quran kesayanganku.

.

“Tidak mengapa, saya tak simpan Al-Quran. Kalau saya nak baca Quran, saya akan baca Al-Quran di masjid” Anuar tolak dengan senyuman.

.

Aku memeluk Anuar sebelum berpisah dengannya. Kami akan teruskan kayuhan ke arah utara dan Anuar akan kayuh ke arah selatan.

.

“Take care brother!”

.

“InsyaAllah”

.

Nota : Jom claim Ebook Percuma Ustazah Basikal sekarang πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½ , 

https://ezy.la/ebookjiwakembara


Ketahui lebih lanjut kisah menarik kayuhan Tuan Ahmad dan juga Ustazah Adilah rentas 14 buah negara dalam novel travelog hebat USTAZAH BASIKAL 🀩 Dapatkannya di sini πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364


https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364


https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

No comments:

Post a Comment