“Can we sleep here?" Aku cuba nasib dengan bertanya kepada penjaga kaunter.
“Here?" dia tanya kembali.
“Yes” jawabku.
“Actually we don't have a place to sleep tonight yet and
it's not safe to travel by bicycle in the dark". Kataku kepadanya.
“Ok, no problem.." Jawabnya.
.
Tetapi cara dia jawab '0k' tu macam ada 'problem'.
Ekspresi mukanya seperti risaukan sesuatu. Tapi aku sudah
tiada pilihan selain dari tawakal sepenuhnya pada Allah swt.
"Really? Thanks! My name is Ahmad', kataku sambal
bersalaman dengan beliau.
"Ramzan" jawabnya pendek.
.
Malam itu kurasakan terlalu panjang. Aku tengok Adilah
sudah mula tersengguk-sengguk ketika menonton televisyen yang dipasang di
tengah-tengah ruang restoran itu.
Pelanggan-pelanggan Iain masih belum pulang lagi.
.
Terpaksa tunggu sehingga semua pelanggan pulang dan kedai
ditutup untuk kami boleh tidur di atas pangkinnya.
.
"Ayang kalau nak tidur, baring je kat sebelah Abang
ni," aku mencadangkan pada Adilah.
"Macamana nak tidur bang, ramai orang ni?" tanya
Adilah.
"Takpe, Ayang baring dulu," aku menunjukkan
pada Adilah
Di sudut yang agak tersorok di tepi tempat makan. Malam
itu aku dapat rasakan jantung aku berdegup lebih kencang dari biasa. Cemas,
seram, gementar dan tak boleh tidur. Aku dapat rasakan setiap gerakan aku
diperhatikan. Walaupun mata mereka yang ada di situ hanya tertumpu pada
televisyen yang terpasang, aku masih rasa tidak sedap hati.
Semua beg-beg yang ada di Sisi aku tutup dengan cermat.
Aku bersandar di dinding, sementara Adilah sudah lena di atas pangkuanku.
Sehelai tuala menutupi mukanya agar tidak kelihatan.
Dah kenapa pulak brader tu tengok-tengok ke sini?"
kataku dalam hati.
.
Aku perasan seorang lelaki yang duduk di hadapan kami,
matanya kerap melihat kami waktu menonton TV. Walaupun rasa tidak selesa, aku
buat tak tahu saja.
Bila la restoran ni nak tutup, ngantuk gila dah
niii!" Getushatiku.
Tepat jam 11 malam barulah semua pelanggan beredar dan
restoran ditutup. Lelaki yang dari tadi tengok kami juga sudah beredar balik.
Aku rasa sedikit lega.
Seorang dari pekerja restoran bernama Norlan menyuruh aku
masukkan basikal kami ke dalam bilik setor di belakang restoran. Aku akur dan
buat seperti yang diminta.
Sebelum menyimpan basikal dalam bilik setor, aku
keluar-kan barang yang perlu seperti sleeping bag, bag laptop dan toiletries.
Yang lain, aku tinggalkan bersama basikal di dalam setor. Jika apa-apa berlaku,
sekurang-kurangnya barang berharga ada bersama kami.
Aku cepat-cepat kembali ke tempat Adilah tidur. Dia sudah
lama hanyut dibuai mimpi. Aku bukakan sleeping bag, aku kejutkan dia dan minta
dia pindah tidur dalam sleeping bagnya.
Aku tidak terus tidur. Rupanya ada beberapa orang lelaki
yang tidur di dalam restoran itu termasuk Ramzan, tuan punya restoran tersebut.
Alhamdulillah, rasa lebih selamat jika ada tuan restoran
tidur bersama di dalam restoran tersebut.
Setelah memastikan mereka semua tidur. barulah aku cuba
lelapkan mata. Pertama kali aku tak tidur nyenyak. Aku tidur-tidur ayam dan
sentiasa berjaga-jaga. Aku letakkan pisau lipat dekat dengan diri aku.
Aku masih belum pasti, adakah Afghanistan ini negara yang
selamat untuk kami. Aku perlu bersedia.
Akhirnya aku tewas.. aku tertidur juga.
Sesekali aku terjaga akibat terkejut dengan dengkuran
lelaki-lelaki yang tidur tidak jauh dari kami. Kuat sekali bunyinya.
Aku hanya terjaga semula pada jam 6 pagi, selepas
terdengar bunyi orang memasak.
Mereka sudah bangun lebih awal!
Mungkin mereka sedang bersiap untuk membuat sarapan.
Aku terus bangun dan kejutkan Adilah.
.
"Yang, jom bangun, diorang dah start masak tu".
Aku menggerakkan badan Adilah yang masih berselubung di dalam sleeping bag.
"Jom jom, diorang dah nak buka kedai ni". Kami
terus bangun dan bersiap untuk solat subuh.
Aku jumpa Norlan dan memintanya untuk membuka stor di
belakang.
Aku dan Adilah solat subuh bersama dan terus menyiapkan
basikal kami sebelum restoran dibuka.
Sebelum kami bertolak, aku order karayi lagi sebagai
sarapan.
sementara menunggu sarapan disiapkan, aku keluarkan
basikal aku dan letak di depan restoran untuk mengikat beg-beg yang aku
tanggalkan semalam.
Tidak lama selepas itu kami dikerumuni oleh warga
tempatan yang datang ke restoran itu untuk bersarapan.
Mereka tanya aku macam-macam, tapi tiada seorang pun yang
boleh berbahasa Inggeris.
Tiba-tiba….
..........................................................................................................................................
Kisah ini dinukilkan dari kisah sebenar pengembaraan Ustazah Adilah dan Ahmad merentas 14 negara termasuk Afghanistan dengan berbasikal
Nak tahu sambungan cerita...tunggu sambungan post aku
esok ya!
Dapatkan novel travelog pengembaraan sebenar yang hebat
ni untuk tatapan dan gambaran yang lebih meluas!
Klik link di bawah👇
https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364
https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364
No comments:
Post a Comment