Saturday, 21 August 2021

Tidur di Sarang Taliban - sambungan


 Tiba-tiba….

 

"Helloooo!! How are you?" Seorang lelaki entah dari mana menegur aku. Akhirnya, ada juga yang boleh   cakap Bahasa Inggeris. Alhamdulillah.

"Good, good,” jawab aku sambil mengikat beg Adilah.

 

"My name is Hameedullah Meeza.” Beliau perkenalkan dirinya.

 

"My name is Ahmad", aku ajuk caranya memperkenalkan diri.

 

Hameed ni orangnya sangat kelakar, apa yang keluar dari mulutnya sering menghiburkan orang sekelilingnya.

 

"We're Taliban, are you not afraid of Taliban?" kata Hameed.

 

Aku speechless. Rupanya sepanjang malam, kami tidur di sarang Taliban!

Tiba-tiba aku teringat kembali kejadian semalam. Seorang lelaki yang memerhatikan kami setiap saat.

 

"Tapi, mereka ni tak nampak ganas pun?" getusku dalam hati.

 

"Don’t worry, Taliban are good people..hahahaha", kata Hameed disertai dengan gelak ketawa sahabat-sahabatnya.

Aku juga turut ketawa kerana geli hati dengan mimik muka badotnya.

 

"Lets take photo together, I want to show to the world, Taliban are good people. Haha", aku mengajak bergambar.

 

Tak sangka, mereka sangat sporting dan kami bergambar bersama.

 

Selepas selesai bersarapan, kami membayar duit sarapan dan duit bermalam pada Pakcik Ramzan di kaunter.

Namun, beliau hanya mengambil duit sarapan sahaja. Duit bermalam, dipulangkan kembali, dia kata tidak perlu.

.

Aku rasa terharu. Aku ucapkan terima kasih pada mereka semua.

 

Semoga kita sama-sama berjumpa semula di Syurga.

Aamiin.

 

Hikmah: ”Semua manusia atas muka burni ini baik hati. Yang jahat itu hati kita, sebab selalu menghakimi manusia lain.”

 

Memang tak rugi  dapatkan novel ini! Ketahui apa yang berlaku seterusnya!

Klik link di bawah jom 👇

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364

https://ahmadbmi.my/order/form/ustazahbasikal/364


Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION

 


Gambar : Affiliate USTAZAH BASIKAL - JIWA CHAMPION


No comments:

Post a Comment