Tuesday 28 October 2014

PROMOSI CMD


Teks          :       Azaliza binti Salmin
Foto          :       Carian Google

Assalammualaikum. Ha! Ini hari promosi punya cerita!
Hihihi. Maaf, sifu. Cikgu Monalita Mansor. Bukan malas buat homework, tapi idea belum menjengah. Dah cuba untuk bayangkan plot-plot cerita, tapi, tak keluar jugak! Hihihi. Alasan! Walau apa pun, saya masih sayangkan cikgu tau!
Ok! Promosi bermula!Hihihi.
CONCENTRATED MINERAL DROPS
HARGA JUALAN : RM180 (RUNCIT)
HARGA AHLI KAMI : RM138 + RM30-STARTER KIT PERTAMA KALI DAFTAR

PROMOSI !!!!!
* BELI 1 BOTOL CMD SAIZ BESAR DENGAN HARGA
>> RM138 + 6% GST

BEST SOLUTION FOR SLIMMING
CARA MINUM :
• CONTOH BERAT 80KG
• 80 KG DIBAHAGI 2 = 40
• 40 TITIS BAHAGI DENGAN 5 GELAS SEHARI = 8 TITIS
• ANDA PERLUKAN 8 TITIS UNTUK SETIAP GELAS (250ML)
CMD akan melengkapkan nutrisi yang diperlukan pada program diet anda. Ia akan mendetox tubuh badan anda dan memberi bekalan mineral secukupnya untuk anda memiliki berat tubuh badan yang ideal!


JANA PENDAPATAN DAN BONUS HANYA DENGAN MODAL RM138??
=========================================
APA YANG AKAN ANDA DAPAT DARI RM138 ANDA?
=========================================

* 1 botol produk kesihatan CMD (CONCENTRATED MINERAL DROPS) – RM138 (120ml)
* register wajib bersama starter kit RM30 IEXP4U REVELL GLOBAL).


Dengan keahlian tersebut membolehkan anda mendapat harga ahli untuk belian seterusnya dengan RM69 sahaja untuk 1 botol CMD pack kecil 65ml.....
dan juga pulangan bonus yg akan masuk secara terus ke akaun anda kerana sistem bonus pairing dan matching pairing rangkaian network anda!!

APA ISIMEWANYA JADI AHLI
============================
GUNAKAN CMD DAN JANA INCOME
============================
Biasa beli barang/produk anda dapat barang/ produk tu je kan? Pastu habis makan/ pakai ..habis gitu aje.. Hmm apa kata kali ni beli barang dapat barang / dapat membership buta2 aje percuma yang melayakkan anda beli balik produk dengan harga ahli..Ehh dah la dapat harga ahli..dapat pulak bonus secara diam2 terussssssssssssssssss masuk akaun sendiri? Ehhh?? pelik tak pelik la..Produk pulak bukan calang2 habaq kat hang..Insya ALLAH semua penyakit dari baby sampai la ke orang tua..dengan izin Allah boleh kita ubati dan cegah..

• Kencing Manis
• Resdung
• Darah Tinggi
• Asma
• Gout
• Buasir
• Barah Payudara & Usus
• Begok
• Meningitis & Thalasemia
• Ceasarean
• Jantung & Barah Jantung
• Barah Otak
• Darah Rendah
• Strok
• Angin Ahmar
• Buah Pinggang
• Migrain
• Gastrik
• Paru-paru Berair
• Kulit Kering
• Berat Badan
• Sakit Anggota Badan
• Badan Letih
• Kuat Merokok
• Sakit Sendi
• Kurang Selera Makan
• Kecederaan & Patah Tulang
• Ketagihan alcohol/ dadah

So, kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah, sambil kita menjaga kesihatan diri, kesihatan ahli keluarga, kita juga dapat buat side income dengan adanya network marketing dari iexp4u nih!
Bukan kena cari orang pun! Kongsi kebaikan dengan keluarga, rakan-rakan, pun boleh jana duit poket! Macam yang sedang aku lakukan nih! Bonus pulak akan dibayar dua kali sebulan, setiap 1hb dan 16hb!
InsyaALLAH, kalau kita ikhlas untuk cuba menambah value added untuk diri dan keluarga, Allah SWT pasti akan membantu. Asalkan niat kita itu betul!
Ok! Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya di talian 016-5151421. Call/sms/whatsapp/weechat/telegram, semua pun diterima!
#Salam kasih sayang!


Sunday 26 October 2014

MACAM MANE EIK?

Teks          :       Azaliza binti Salmin
Foto         :       Carian Google
Assalammualaikum, kepada semua yang sudi menatap coretanku yang tak seberapa selama ini. Harap kalian berada di dalam keadaan yang sihat dan ceria. InsyaAllah.
Aku sebenarnya sedang berusaha untuk meng’link’kan blog aku ni dengan FB. Tapi, asyik error je. Tak tahulah di mana silapnya. Payah pulak nak create FB badge dekat blog aku ni.
Bukan apa, senang sikit kalau dah link. Apa yang aku promote di blog, akan link terus ke FB. Kot ??????? Hihihi.
Time senggang seperti ini, sempatlah aku coret something untuk aku scheduledkan di blogku. Tidaklah bersawang sangat. Tapi serius aku katakan, kalau pun aku tak sempat nak update blog disebabkan desakan kerja yang tak bertepian, namun minda ini memang sentiasa teringatkan blog. Macam apa sangat, tapi itulah yang aku rasakan.
Oklah! Selamat bekerja untuk semua. Jangan lupa untuk titiskan CMD di dalam air minuman seharian kita ya! CMD mengalkalikan air lantas meneutralkan terus sistem badan. Badan kita ni mostly berasid, yang mana asid adalah punca penyakit datang menyerang. Orang selalu kata, mencegah lebih baik dari mengubati. Bertindak awal sebelum terlambat dengan CMD!
Sampai sini dulu.
#Salam kasih sayang!








Friday 24 October 2014

ASAL-USUL CMD

Teks          :       Azaliza binti Salmin
Foto          :       Mr. Google
Assalammualaikum semua! Lama sudah aku tidak bercerita pasal produk kesihatan yang aku gunakan dan sedang promosikan, Concentrated Mineral Drops – CMD! Bagi kawan-kawan yang sudah cuba, mesti ada rasa perubahan, kan? Sambil-sambil tu, cuba tengok akaun masing-masing! Terkejut tak?! Hihihi. Alhamdulillah, syukur.
Kali ini, aku nak ceritakan asal-usul CMD. Maksud aku, CMD ni diperoleh dari sumber yang mana dan bagaimana.
Concentrated Mineral Drops ini adalah titisan air dari Mata Air Great Salt Lake. Tasik ini berada 1000km jauh dari bandar, tiada pencemaran,  dikelilingi gunung, air hanya masuk tetapi tidak keluar. Begitu hebat ciptaan Allah SWT!

Air dari tasik inilah yang berkhasiat untuk kita gunakan dan amalkan dalam kehidupan seharian kerana ianya kaya dengan mineral makro dan mikro yang pekat. Air tasik ini diekstrak/disejat secara solar/ditapis dan dipasteur secara semulajadi.
Aku nak cerita banyak pun tak berapa reti pasal dekat Great Salt Lake ni,
Peta Tasik Great Salt
Revell Global ada kolam sejatannya sendiri. CMD terhasil ada peringkat-peringkatnya, mengikut musim pulak tu! Jadinya, memang aku tak reti nak karang ayat bagaimana prosesnya. Hihihi.

Maklumat berkaitan cara penghasilan CMD ni aku peroleh apabila aku menghadiri sesi BOP yang diadakan setiap minggu di HQ Revell Global. Bagi sesiapa yang nak ketahui dan lihat sendiri, bolehlah ke HQ Revell Global setiap hari Sabtu. Contact aku dulu, ya! Hihihi.
Sesi BOP oleh Pn. Aida
Oh ya! Mungkin ada yang bertanya Great Salt Lake tu di mana. Great Salt Lake terletak di Bandar Utah, USA. Bandar Utah ni, seratus kali berbeza dengan bandar-bandar membangun di Malaysia! Bukan aku kata, tapi Pn. Aida yang kata. Hihihi. Dia pernah ke sana as she is somebody in the company (i mean, pn. Aida ni dah lama di Revell, tapi aku tak tau pangkat die, but i’m very sure, she’s in the highest level in the company)!
Whatever pun, Pn. Aida sangat peramah dan mudah mesra!
Oklah! Sampai sini dulu. Pada siapa-siapa yang rasa nak cuba, atau nak tahu lebih lanjut pasal CMD ni, just call/sms/whatsapp/weechat/telegram ke 016-5151421 !
#Salam kasih sayang!

Thursday 23 October 2014

AKU DAN KAMU

Teks          :       Azaliza binti Salmin
Foto          :       Carian Google

Hati ini rasa suram je. Rasa malas je untuk melakukan sebarang perkara. Rasa boring, bosan, semua rasa yang kurang enak menjalar dalam diri ini dari pagi tadi. Hmmm.
Apa nak buat? Istighfar? Dah selalu. Sabar? Sentiasa cuba.
Bila ada rasa macam ni, semua benda yang dilakukan seperti pura-pura sahaja. Perasaan yang bermain seperti tak terluahkan. Bosanlah macam ni. Dunia umpama kosong. Apa yang berlaku di sekeliling tidak memberi apa-apa makna.
Apa yang aku nak? Aku nak kau faham! Kenapa kau tak faham-faham apa yang aku nak? Kenapa susah sangat kau nak buang keegoan kau tu! Buang sedikit je, dan aku akan balas dengan seribu satu penghargaan!
Ini, kau buat tak tahu je! Aku ni sape? Sape di sisi kau!?
Aku tahu, mentang-mentanglah aku ni senyap je. Mentang-mentanglah selama ni aku iyakan apa yang kau buat. Tak pernah sekali pun aku memberontak atas apa yang kau buat pada aku. Semua tu bersebab, kau tau tak! Bersebab!
Sebab aku tak nak keruhkan keadaan! Sebab aku masih sayangkan kau! Sebab aku masih mengharapkan kau faham apa yang aku rasa!
Tapi kau tak faham! Malah, nak cuba untuk faham pun tak pernah kau tunjukkan! Bila dah macam ni, kau buat-buat lupa apa yang berlaku. Buat-buat bagai tiada apa yang terjadi antara kita. Sedang kau tahu aku terguris! Aku pasti kau tahu itu! Tapi kau buat-buat tak tahu! Sebab apa?! EGO!
Inilah yang buat aku bosan. Kosong. Dunia bagai tiada apa bagiku.
Aku bosan.
Aku mahu terbang.
Ya! Aku mahu terbang. Bebas.

Tuesday 21 October 2014

NENEK MENANGKAP PENCURI

Teks          :       Azaliza binti Salmin
Foto          :       Carian Google

            Pada zaman dahulu, di dalam sebuah kampung yang aman dan damai, tinggallah seorang nenek tua di dalam sebuah rumah yang kecil. Orang kampung memanggil nenek itu dengan panggilan Nek Com. Nek Com seorang yang sangat peramah dan mesra dengan sesiapa sahaja.
            Nek Com mempunyai satu tabiat yang tidak diketahui orang lain. Nek Com gemar memakan beras yang direndam semalaman. Sejak kebelakangan ini, Nek Com mendapati beras yang direndamnya sentiasa habis menjelang keesokan hari. Dia berasa sungguh pelik kerana dia hanya seorang diri di dalam rumah kecil itu. Lalu Nek Com nekad untuk memberitahu Tok Penghulu di kampung itu berkenaan beras rendamannya yang sentiasa habis sebelum sempat dia menanaknya.
            Keesokan harinya, Nek Com bersiap-siap untuk menuju ke rumah Tok Penghulu. Dia harus melalui sungai, hutan, dan sawah untuk sampai ke rumah Tok Penghulu. Sambil berjalan, Nek Com bernyanyi-nyanyi untuk menghiburkan hati.
            Nek Com tiba di sebatang anak sungai. Tiba-tiba, dia disapa dengan seekor ikan keli.


            “Nenek, nenek. Nenek hendak ke mana?” kata seekor ikan keli.
            “Nenek hendak ke rumah Tok Penghulu, cu. Ada orang selalu habiskan beras yang nenek rendam untuk nenek masak,” jawab Nek Com.
            “Iya ke, nek? Kasihan sungguh, nenek,” ikan keli itu menyambung kata. Nek Com hanya tersenyum. “Nenek, nenek. Nanti sewaktu nenek hendak pulang ke rumah nenek, jangan lupa untuk membawa saya bersama, ya nenek.”
            “Baiklah,cu,” Nek Com mengangguk lalu meneruskan perjalanan.
            Selepas merentasi anak sungai, Nek Com perlu melalui sebuah hutan. Dia berjalan perlahan-lahan dengan tongkatnya. Apabila tiba di sabatang pokok durian, Nek Com disapa pula oleh sebiji buah durian yang telah gugur.
            “Wahai nenek yang budiman, hendak ke mana pula gerangan nenek melalui hutan yang agak membahayakan ini?”
            “Nenek hendak pergi ke rumah Tok Penghulu,cu. Ada orang yang telah memakan beras yang nenek rendam semalaman. Nenek hendak Tok Penghulu tolong carikan siapa yang memakannya itu,” jawab Nek Com kepada buah durian itu.
            “Oh, begitu. Saya ingin ikut nenek balik ke rumah. Nanti sewaktu balik, nenek jangan lupa membawa saya bersama ya,” kata buah durian itu. Nek Com tersenyum sambil mengangguk.
            Nek Com meneruskan perjalanan. Dia menyusuri sebidang sawah yang sedang menguning padinya. Nek Com melepasi kawanan lembu yang sedang berkubang di tepi sawah. Seperti ikan keli dan buah durian, Nek Com ditegur oleh seekor lembu jantan yang kemudiannya meminta untuk dibawa pulang bersama ke rumah Nek Com.


            Matahari telah agak meninggi ketika Nek Com tiba di rumah Tok Penghulu. Tetapi, hampa sungguh rasa di hati Nek Com. Tok Penghulu tiada di rumah. Dia dan keluarganya keluar ke pekan. Nek Com pun pulang ke rumah dengan hati yang lara.
            Tiba-tiba, Nek Com terdengar satu suara memanggilnya. Suara itu datang dari bangsal bersebelahan rumah Tok Penghulu.
            “Oh, kau parang. Ada apa kau panggil nenek?” Tanya Nek Com sambil menghampiri parang yang terletak elok di para bangsal.
            “Nenek ada apa mencari Tok Penghulu?”
            “Nenek hendak minta tolong Tok Penghulu carikan siapakah orang yang selalu memakan beras yang nenek rendam semalaman. Hampa sungguh nenek apabila melihat tiada siapa di rumah Tok Penghulu,” jawab Nek Com hiba.
            “Nenek, bawalah saya pulang bersama nenek. Saya ingin mengikut nenek,” kata sebilah parang itu. Lalu, Nek Com membungkus parang itu di dalam kain dan membawanya bersama pulang menuju ke rumahnya. Sepanjang perjalanan pulang, Nek Com tidak lupa kepada lembu, buah durian, dan juga ikan keli yang meminta Nek Com untuk membawa mereka juga pulang bersama.
            Menjelang tengah malam, si pencuri masuk ke dalam rumah Nek Com dengan berhati-hati untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia berjalan perlahan-lahan ke meja di mana Nek Com meletakkan periuk berisi beras yang direndam. Si pencuri itu memasukkan tangannya seperti biasa ke dalam periuk itu untuk mengambil beras yang Nek Com rendam.
            Tiba-tiba!
            “Arghhh! Adui!” si pencuri itu menjerit kesakitan. Tangannya telah disengat ikan keli! Dia tidak dapat menahan kesakitannya lalu jatuh terduduk ke lantai. Malang sungguh si pencuri itu.
            “Sakitnya punggung aku!” si pencuri itu menjerit lagi sambil bingkas bangun apabila merasakan punggungnya perit terdudukkan buah durian. Dia tidak dapat menahan sakit bisa di jari akibat sengatan ikan keli, ditambah pula pedihnya punggung dek terdudukkan buah durian. Si pencuri itu cuba untuk melarikan diri, namun sewaktu melangkah ke luar pintu rumah Nek Com, kakinya tersadung pula parang yang diletakkan di tepi pintu rumah Nek Com. Darah mula merembes keluar dari kaki si pencuri itu.
            “Arghhhh!” si pencuri menjerit kesakitan. Malang bertimpa, akibat tersadung parang, si pencuri itu jatuh lalu mukanya tersembam di atas segumpal tahi lembu. Si pencuri sudah tidak berdaya lagi. Tangan yang bisa akibat sengatan ikan keli, punggung yang pedih akibat tusukan duri buah durian, kaki yang berdarah kerana tersadung parang, dan muka yang dipenuhi tahi lembu!
            Keesokan paginya, Nek Com amat terkejut sekali apabila melihat seorang lelaki sedang terbaring di hadapan rumahnya. Tahulah Nek Com kini bahawa lelaki itulah yang selalu memakan beras yang direndamnya. Nek Com sangat berterima kasih kepada ikan keli, buah durian, lembu, dan juga parang kerana menolongnya dalam mencari siapakah yang memakan beras rendamannya. Nek Com membawa si pencuri itu ke rumah Tok Penghulu untuk dihukum.
            Sejak hari itu, tiada lagi pencuri yang memakan beras rendaman Nek Com. Nek Com berasa sangat gembira.
           

Tuesday 14 October 2014

SEMALAM PUNYA CERITA ~~~~

Teks          :       Azaliza binti Salmin
Foto          :       Mr. Google

Assalammualaikum, kawan-kawan.......
Semalam punya cerita..haduiii..feninggg.......
Pembayaran ke sekolah telah dibuat sebanyak dua kali untuk program yang sama. Bermakna, telah berlaku salah faham di pihak kami. Jabatan Pendidikan mengeluarkan surat ke pihak PPD dan pihak sekolah. Jadi, terbayar dua kali lah!
Hadoii! Makin membanyakkan kerja yang sememangnya sedia banyak! Disebabkan benda ini, dah kena dahulukan perkara ini dari yang lain. Perlu keluarkan surat arahan kepada sekolah untuk memulangkan semula jumlah yang terlebih bayar itu ke Unit Hasil. Kemudian, keluarkan lagi surat mengarahkan Unit Hasil untuk memasukkan semula bayaran yang dibuat oleh sekolah itu ke Vot PPD. Adui, adui...Korang yang dengar pun mesti pening, kan?


Inilah....... inilah cabaran bila nak dekat akhir tahun. Pengurusan kewangan dan akaun memang sangat kalut bila tiba akhir tahun. Mana yang nak habiskan duit lah, mana yang tak berbayar sebab tak ada duit lah! Semuanya ada! Malah, bulan Disember dan awal Januari berikutnya adalah masa-masa yang amat sibuk bagi kami di Unit Kewangan & Akaun, PPW Bangsar & Pudu. Time ni, cuti beku!
#Salam kasih sayang!

Thursday 9 October 2014

HARI INI PUNYA CERITA

Teks          :       Azaliza binti Salmin
Foto          :       Carian Google

Assalammualaikum, semua!
Wah! Makin banyak pula hari aku skip ‘blog’ing. Tapi hari ini, aku sempatkan diri aku jugak untuk buka blog aku.

Aku post sedikit gambar meja aku bekerja. Hihihi. Ini baru sikit tau! Tak tengok bahagian bersebelahanku, di rak, di mesih pencetak. Kerja, nak buat macam mana.
Dalam minggu ini, aku sibuk dengan LO atau dalam Bahasa Melayu, pesanan tempatan. Makan minum, percetakan, pakej, semuanya perlu melaui LO di dalam perkhidmatan kerajaan ini. LO dibuat berdasarkan peruntukan kewangan yang ada, kalau tiada duit, tak boleh buat LO. Tapi, dalam aktiviti yang aku uruskan, (NKRA, DTP, dll), duit mencurah-curah! Itu yang sampai tak tertengokkan kerja-kerja lain. Apa yang kerja lain tu? Hmm, banyak wehh!
Baucer tuntutan guru, gaji guru ganti, perubatan kaum kerabat guru, kontrak pembersihan & kawalan di sekolah-sekolah, dan banyak lagilah yang berkaitan guru dan sekolah! Kami di sini, bukan sahaja dikejar guru, malahan kontraktor jugak tau! Cabaran, cabaran!
Ok lah! Tak boleh lama-lama! Babai!
#Salam kasih sayang!


Wednesday 1 October 2014

WHAT A PACKED DAY!

Teks          :          Azaliza binti Salmin
Foto          :          Carian Google

Assalammualaikum, semua!

Hari ini, aku ditugaskan untuk memantau pengurusan kewangan & akaun sekolah di salah sebuah sekolah sekitar Kuala Lumpur. Bermakna, meja kerjaku harus ditinggalkan! Tidak!!!
Bukan apa, kalau aku buat kerja selain dari berada di pejabat, kepala dan fikiran mesti asyik mengenangkan kerja di pejabat. Ini namanya penambahan bebanan tugas. Tapi, siapalah nak dengar, beban ke, terbeban ke. Sudah jawatanku di situ, nak tak nak, kene redha dan buat!

Sekarang ini, aku dah kembali ke pejabatku. Sedang beristirehat sebelum jam 2 petang, aku coret serba sedikit apa yang terlintas di fikiran. Maaflah ya, kerana aku tidak sudah-sudah bercerita pasal kerja aku yang banyak lagi tinggi menggunung! Hihihi. Yelah, apa yang nak diluahkan, perlulah apa yang terlintas di fikiran. Nah! Inilah yang sentiasa bermain di benakku.

Kerja harus dibuat, misi perlu diteruskan, bisnes mesti dikembangkan. Hahaha! Oh ya! Sebut pasal bisnes, hari ini gaji untuk bisnes yang aku sertai tau! Alhamdulillah. Rezeki. Bisnes yang aku sertai dan yang aku ajak korang semua turut serta ni, bayaran gajinya setiap 1hb dan 16hb every month! Best kan! Boleh la, buat pendapatan sampingan!

Bagi sesiapa yang berminat dan rasa nak tahu pasal bisnes yang aku sertai ni (#iexp4u), boleh terus hubungi aku ya! Nak emel boleh (aza_aloha@yahoo.com/azalizasalmin@gmail.com) atau nak telefon/whatsapp pun boleh (016-5151421)!

Ok! Jam 2 petang sudah! Lain kali aku sambung! InsyaAllah!

#Salam kasih sayang!

Tuesday 30 September 2014

ASSALAMMUALAIKUM

Teks          :       Azaliza binti Salmin
Foto          :       Arkibku

Selamat pagi semua!
Lama juga aku ter'skip' blogging! Of course disebabkan kerana ketidaksempatan aku menggarap serba sedikit coretan serta bingkisan dari diriku.
Hari Sabtu yang lepas, aku ada taklimat berkenaan produk yang aku gunakan serta bisnes yang aku sertai. Tak lama pun, sehingga jam 2 petang sahaja.
Hari Ahad pula, aku ke sekolah anak-anakku untuk program yang dianjurkan sekolah mereka. Karnival Jom Beli di SK Setiawangsa. Nanti aku muat turun gambarnya, ok!
Semalam pula, aku ke Taklimat Pengurusan Kewangan & Akaun Sekolah yang diadakan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta. Arrgghhh! Walaupun sehari tinggalkan meja, berlonggok-longgok timbunan kerja yang perlu kuhadap. Arrgghh!
Haa!! Guess what??! Semalam sempat aku menjengah Unit Perkhidmatan untuk mengambil borang pertukaran! Hahaha. Hmm, nantikan sahaja keputusanku sama ada serius ingin bertukar keluar dari PPD ni, atau tidak.
Ok lah! Got to go! Bye!

#Salam kasih sayang!

Thursday 25 September 2014

~~SAHABAT~~


Teks       :       Azaliza Salmin
Foto       :       Mr. Google

Sahabat.......
Saat ini, aku kehibaan. Merawati lukaku sendirian. Kesedihan yang melanda diriku tidak terluahkan. Aku benar-benar kesedihan. Kau, yang bernama sahabat, entah di mana. Kau, sahabatku yang dulu denganku, entah di mana.
Aku.......
Tidak mahu tenggelam berpanjangan dalam kehibaan ini. Kerana aku merasakan aku kini sendirian. Lantas, aku tidak mahu menjebakkan diriku di dalam kesedihan yang tidak bertepian ini. Aku harus gagah bengkit, meski berseorangan kini.
Kita.......
Suatu waktu dulu sentiasa bersama. Berkongsi segala duka, semua kegembiraan bersama-sama. Kau sentiasa menyokongku, memberi semangat untukku, membuka mata setiap insan di sekeliling kita untuk melihat kebolehanku, yang selama ini terpendam, tak terlihatkan dek kerana peluang yang tidak diberikan kepadaku. Kau, sahabat! Kau yang membuat aku menonjolkan kebolehanku di depan semua.
Tapi kini.......
Aku tak pasti mengapa kita jadi begini. Tak pasti mengapa kau berubah sedemikian cara. Mengapa tergamak kau melukai hati ini, meski bagimu ia biasa-biasa sahaja. Mungkin bagimu aku bisa menerima. Mungkin bagimu itu hanya biasa-biasa sahaja. Namun, aku benar-benar terluka.
Biarlah.......
Andai itu bisa membuatmu bahagia, aku redha. Andai itu kau anggap biasa-biasa sahaja, aku terima. Kerana aku tidak mahu mengeruhkan hubungan persahabatan kita. Aku tahu kau sedang bahagia. Aku tahu kau sedang dilanda seribu macam kegembiraan. Biarlah kau sentiasa ceria, kerana melihat kau begitu, aku bahagia. Meski terkadang tingkahmu, baris kata mu, menusuk jauh ke dalam hatiku bak sembilu.

Sahabat.......
Andai aku yang terlalu banyak terasa sedang kau tidak memaksudkan apa-apa, biarlah kusembuhkan lukaku sendiri. Biarlah kupendam semua rasa ini sendiri. Kerana walau tiada engkau lagi yang dulu di sisiku, Dia masih sentiasa ada bersamaku. Apabila aku sentiasa mengingat pada-Nya, menyebut nama-Nya, aku tahu Dia sentiasa ada denganku.

Wednesday 24 September 2014

HIDUP LEBIH SIHAT



Teks          :       Azaliza Salmin
Foto          :       Arkibku

Assalammualaikum dan good morning, semua!

Hari ini dan hari-hari seterusnya, badan kekal sihat dan cergas untuk memulakan segala aktiviti! Apabila kita mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang, sudah tentu badan akan kekal cergas! Chewah!

Macam la apa yang aku makan hari-hari sihat dan seimbang! Hihihi. Semua pun aku telan, seimbang sangat! Tapi, dengan CMD yang aku titiskan dalam air minuman harian, insyaAllah, ia dapat menyeimbangkan tubuh kita dengan cara meneutralkan imun tubuh badan kita.

Tubuh badan kita ni, mostly berasid, yang mana ia adalah penyebab utama kanser. Mintak dijauhkan lah,kan! Air yang kita minum pun peratus keasidan masih tinggi. Sebab itu dengan CMD, ia dapat menukarkan air atau lebih mengalkalikan air minuman tersebut. CMD juga boleh kita titiskan dalam setiap makanan kita.

Jom kita mulakan gaya hidup sihat dengan Concentrated Mineral Drops (CMD). Harga yang mampu milik (tak percaya cuba la tanya harga! hahaha!), malah mungkin anda semua boleh jana pendapatan melaluinya! Yelah, kalau anda semua cuba gunakan CMD ni dan rasai kebaikan serta khasiatnya, pasti anda akan nak menjadikannya sebagai kegunaan harian, secara tak langsung anda akan menjana pendapatan bila anda beli lagi CMD ni! Itu belum lagi kalau syorkan kepada adik-beradik atau kawan-kawan yang lain!

Pm/whatsapp/weechat/telegram aku untuk mengetahui maklumat dan info lanjut mengenai bis santai, produk hebat, poket masyukkk dengan CMD ni!
Ini nomborku --> 016-5151421

Sampai sini dulu!

#Salam kasih sayang!

Tuesday 23 September 2014

AKU DAN KEWANGAN


Teks          :       Azaliza Salmin
Foto          :       Mr. Google

Assalammualaikum!
Hari-hariku diteruskan dengan kerja-kerjaku yang sememangnya berkaitan dengan dunia kewangan. Sebenarnya dari kecil, aku tak berapa nak ingatlah apa yang aku cita-citakan. Rasanya, takdelah berkaitan dengan pengurusan kewangan. Kalau cikgu tanya, yang biasa aku jawab ialah pensyarah, arkitek, jauh sekali akauntan! Selepas PMR pada tahun 1998 pun, aku berpindah ke Sekolah Menengah Teknik dalam jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam.

Tapi mungkin aku memang ditakdirkan untuk menceburi bidang kewangan. Sebab kalau aku fikirkan dan ingat semula zaman-zaman silam dari kecil, aku memang hampir dengan bidang ini. Masa aku sekolah rendah, cikgu selalu minta aku jaga koperasi sekolah, lepas SPM aku bekerja sementara sebagai juruwang di Mc'Donalds dan Carrefour (sekarang AEON Big). Semuanya berkaitan kewangan, kan!

Sehinggalah ke hari ini, jawatan tetapku juga Pembantu Tadbir (Kewangan). Alhamdulillah, syukur aku ada kerja. Bukan aku merungut ke ape, aku hanya mengimbas kembali perjalanan kehidupanku dulu-dulu, mencari balik bagaimana aku boleh terjebak dalam bidang kewangan ni. Dan kini, aku memang pasti, walaupun aku tak pernah bercita-cita untuk menjadi apa-apa yang berkaitan dengan kewangan, tapi Allah S.W.T telah menetapkan dan mengatur hidupku sebaik-baik aturan untuk terlibat dalam bidang kewangan. Biar banyak atau besar mana pun cabaran yang aku hadapi kini dalam kerjayaku, aku memang yakin bahawa ini adalah bidangku bila aku imbas kembali semua yang aku tulis tadi. Allah S.W.T sebaik-baik perencana hidup.

 Aku dan pengurusan kewangan, tidak dapat dipisahkan! Hihihi!
 Sampai sini dulu!

 #Salam kasih sayang!

Monday 22 September 2014

MY ATKINS!

Teks       :       Azaliza Salmin
Gambar  :       Arkibku

       Assalammualaikum, semua! Selamat memulakan tugas hari ini! Laksanakan tugas tersebut dengan penuh keikhlasan dan senyuman!
       Kepada Cikgu Monalita Mansor yang disayangi, tugasan masih dalam proses pembikinan. Hihihi. Apabila sudah mula menulis ni, walaupun sekadar catatan harian, mood untuk berimaginasi seakan-akan menyala kembali. Tapi, masih dalam kesamaran, namun saya akan cuba untuk menggarap idea demi mu,cikgu!
       Pernah dulu aku bercerita tentang dietku, bukan? Ingat lagi, tak? Diet Atkins tu. Ya, dulu tak silap aku sekitar bulan April 2014, aku memulakan diet Atkins. Memang aku sangat disiplin waktu itu, dan hasilnya juga sangat memberangsangkan walaupun inchloss tak banyak mana.
       Namun, sejak pertengahan Ramadhan yang lepas, aku dah tak kuat semangat. Sehingga tiba musim raya, dan sampailah ke hari ini, dietku tak mula-mula lagi. Berat badan yang dahulu semakin menghampiri, walaupun aku akui, selepas aku tidak mengamalkan diet Atkins, berat badanku statik! Serius! Tetapi, sejak seminggu dua ni, bila aku timbang, jarum timbang tu dah bergerak ke kanan. Maksudnya, dah tak statik lagi!
       Tak tahulah aku bila aku nak mulakan kembali dietku itu semula. Hmm, kalau benar-benar disiplin, memang boleh kurus kau!
       Ok lah, setakat ini dulu buat masa ini.
       Idea!!! Datanglah kau ke dalam lubuk minda dan jiwaku! Datanglah!
       Hihihi.

       #Salam kasih sayang!

Sunday 21 September 2014

CERPEN KANAK-KANAK


Teks         :       Azaliza Salmin
Gambar    :       Carian Google

“Ibu! Danish dah besar, ibu! Danish boleh jaga diri sendiri! Ibu janganlah risau sangat! Danish dah darjah 5, ibu!” jerit Danish kepada ibunya. Rahima hanya merenung anak itu. Tidak tahu mahu berkata bagaimana lagi kepada anak sulungnya. Dia mengeluh perlahan.
            Danish menghempaskan punggungnya ke kerusi malas berhadapan dengan televisyen. Spontan dia mencapai remote control di atas meja bersebelahan dengan kerusi didudukinya, menghidupkan televisyen sambil mencari-cari siaran yang disukainya. Daniel, anak kedua Rahima hanya memerhati tingkah abangnya itu.
            Danish membatukan diri, sambil matanya tertancap ke kaca televisyen. Lagak yang ditunjukkan Danish seperti dia ingin memprotes sikap ibunya yang asyik tidak membenarkan dia melakukan apa yang ingin dilakukannya.
            ‘Aku dah besar! Aku tahu jaga diri aku! Bukan aku nak pergi jauh pun, dan bukan aku nak buat benda yang tak baik! Tapi ibu ni, itu tak boleh, ini tak boleh! Bencilah ada ibu macam ni! Nizam tu boleh je, mak dia tak marah pun!’ bisik hati kecil Danish.
            Rahima berlalu ke dapur. Otaknya ligat memikirkan apakah cara yang terbaik yang boleh dilakukan untuk menunjukkan kerisauannya yang sebenar andai memberi kebebasan sepenuhnya kepada Danish. ‘Kau baru darjah lima, nak. Kau belum cukup dewasa untuk ibu benarkan pergi sendiri,’ rintih hati kecil Rahima.  Dia masih bersabar dengan sikap yang ditunjukkan oleh Danish sebentar tadi, melawan kata-katanya sebagai ibu. Rahima sedar dia patut menunjukkan ketegasannya sebagai ibu, tetapi dalam situasi sebentar tadi, dia merasakan dia perlu beralah dengan cara berhemah kerana Danish sedang melalui peringkat tumbesaran yang memerlukan ketegasan dalam toleransi, bukan kekerasan.
            “Abang, abang nak ikut Nizam pergi perpustakaan, kan? Ibu bagi tak? Daniel nak ikut sama,” di ruang tamu rumah, Daniel berbisik kepada abangnya yang sedang tekun menonton televisyen. Danish beralih pandangan ke adiknya. “Memanglah, abang nak ajak Daniel sekali. Bukan kita nak buat apa pun, nak baca buku je di perpustakaan. Itupun ibu tak benarkan,” Danish mendengus lagi. Dia memandang adiknya yang baru darjah dua.
            “Nanti abah balik, kita ajak la abah, abang. Masa tu mesti ibu bagi kita pergi,” Daniel menambah, lurus.
            “Abang nak pergi dengan kawan-kawanlah. Bukan dengan ibu. Sesekali kita berseronoklah dengan kawan-kawan pula! Abang dah darjah lima, dah besar!” kata Danish tegas, ingin menunjukkan kepada adiknya bahawa dia memang sudah pandai jaga diri sendiri. Daniel hanya mengangguk mengiyakan.
            Malam itu, Rahima duduk bersama-sama kedua-dua anaknya serta suaminya, Johan. Dia ingin memberitahu Danish dan Daniel mengapa sebenarnya dia tidak memberi keizinan kepada mereka untuk keluar bersendirian bersama kawan-kawan tanpa ada pengawasan orang yang lebih dewasa.

           “Danish tahu tak sekarang ini banyak kes kehilangan kanak-kanak? Ada yang hilang ketika bermain, ketika berjalan bersendirian, dan ada juga yang hilang di pusat beli-belah walaupun bersama keluarga? Danish tahu tak? Ibu pernah cerita, kan?”
            “Tapi, ibu, Danish bukan pergi seorang! Danish pergi bersama Nizam dan Daniel! Nizam pasti akan bawa bersama Hilman dan Natasha! Kami nak pergi perpustakaan je, ibu! Bukankah perpustakaan tu tempat untuk membaca buku? Bukannya kami nak pergi main game!” Danish terus-menerus mempertahankan keinginannya.
            “Ibu tahu, tapi tunggulah hari minggu. Nanti ibu dan abah bawa Danish dan Daniel ke perpustakaan, bersama Nizam dan yang lain-lain ya,” Rahima cuba memujuk.
            “Dah banyak kali ibu tak benarkan Danish buat apa yang Danish nak! Dulu pun sama, tak bagi Danish pergi perpustakaan! Danish ikut je cakap ibu! Tapi sekarang, Danish dah darjah lima, ibu! Bukannya jauh sangat, dekat Jusco depan tu je!” Danish berterusan mempertahankan keinginannya.
            “Danish! Dengar cakap ibu, ya. Abah akan bawa Danish dan kawan-kawan Danish nanti pergi perpustakaan hujung minggu ini,” Johan menyampuk apabila melihat Danish seperti tidak mahu mengalah. “Danish sayang, semua keinginan Danish ibu penuhi. Danish tak mahu duduk rumah Cik Amy semasa ibu dan abah berkerja, ibu turutkan. Danish nak masuk Kelab Tae Kwan Do pun ibu turutkan. Cuma yang ini sahaja, Danish. Belum masanya lagi,” Rahima masih berusaha memujuk. Danish hanya memuncungkan mulutnya. Daniel pula hanya menjadi pemerhati.
            Keesokan harinya, Rahima dan Johan keluar berkerja seperti biasa. Sememangnya, semenjak Danish memasuki darjah lima, dia membenarkan Danish pulang ke rumah selepas habis sekolah sesi pagi, menyiapkan diri sendiri untuk ke sekolah agama pula. Itu adalah permintaan Danish sendiri, tidak mahu ke rumah pengasuh lagi. Tetapi tidak untuk Daniel. Rahima masih tidak membenarkan Daniel pulang ke rumah sendirian, justeru dia masih pulang ke rumah pengasuhnya, Cik Amy. Tetapi kala cuti sekolah, Rahima membenarkan Daniel untuk tinggal bersama-sama abangnya, tidak perlu ke rumah Cik Amy.
“Jom, Daniel. Kita pergi ke perpustakaan dekat Jusco depan tu. Nizam semua dah tunggu,” ajak Danish sambil bersiap-siap memegang kunci dan mangga untuk menutup pintu.
“Ibu marah nanti, bang,” balas Daniel.
            “Abang ada, jangan risau. Jom,” lantas Daniel hanya menuruti kehendak abangnya.
            Danish berasa gembira. Dia berasa bebas, namun dia tidak melupakan pesanan ibunya untuk selalu menjaga adiknya. Saat berjalan, tangan adiknya sentiasa diapit Danish. Dia rasa seronok berjalan bersama kawan-kawannya menuju ke perpustakaan. Sambil berjalan, mereka bercerita bersama, ketawa bersama. Danish berasa sungguh seronok.
            Sebelum sampai ke perpustakaan, lima sekawan itu ternampak lori Milo yang biasanya memberi air milo percuma. Mereka berlima menuju ke lori tersebut dengan tujuan untuk mengambil air milo percuma. Sesampai sahaja mereka ke lori tersebut,
            “Dik, nak air milo percuma?” tanya seorang lelaki. Mereka mengangguk. “Ok, masuk dalam lori ni ye. Milo ada kat dalam tu. Ada abang tengah isi dalam cawan,” sambung lelaki tadi.
Kelima-lima sekawan itu naik ke atas lori tanpa ragu-ragu. Tiba-tiba, pintu lori ditutup dari luar. Keadaan menjadi gelap. Danish, Daniel, Nizam, Hilman, dan Natasha menjerit ketakutan. Kala ini, Danish jadi panik. Dia hanya teringatkan ibunya. Segala kata-kata ibunya terngiang-ngiang di telinga. Danish takut, menyesal, dan segala macam perasaan hanya digambarkan dengan jeritan, bersatu dengan tangisan Daniel, Nizam, Hilman, dan Natasha.

            “Ibu! Tolong Danish! Tolong kami, bu!” teriak Danish menyesal.
            “Diam! Semua diam! Aku kata diam! Kalau tak, aku potong jari sorang-sorang! Nampak ni?” jerit seorang lelaki di dalam lori yang gelap itu sambil menunjukkan sebilah pisau. Kelima-lima sekawan itu ketakutan, badan mereka terhinggut-hinggut mengikut rentak lori itu yang sedang dipandu laju. Mereka masih menjerit, menangis sambil berpelukan antara satu sama lain.
            Tiba-tiba, tidak sampai lima belas minit, lori itu berhenti mengejut. Danish terpinga-pinga ketakutan sambil air mata tidak henti mengalir. Dipeluk adiknya erat. Kedengaran bunyi siren polis bertalu-talu. Danish terkejut apabila tubuhnya ditarik oleh lelaki yang bersama mereka di dalam lori itu. Pintu terbuka. Kelihatan ramai orang di sekitar kawasan itu, memerhatikan adegan yang berlaku. Polis juga ada.
            “Lepaskan kanak-kanak itu! Serah diri sekarang!” Danish terdengar amaran yang dikeluarkan oleh pihak polis melalui pembesar suara. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Tubuhnya diapit dengan kuat oleh lelaki itu. Dia menangis ketakutan. Dilehernya ada pisau yang diacu oleh lelaki itu. Bibir Danish tidak henti-henti menyebut nama ibunya.
            Tiba-tiba, tubuh Danish ditolak dengan kuat oleh lelaki tadi. Danish terjatuh. Dia melihat tiga orang lelaki yang membawa lori itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh pihak polis. Danish bangkit mendapatkan adik dan kawan-kawannya yang turut sedang menangis ketakutan. Kelima-lima mereka kemudiannya di bawa ke balai polis berhampiran.
            Di balai polis, Danish, Daniel, Nizam, Hilman, dan Natasha duduk menanti kehadiran ibu bapa masing-masing. Mereka masih menangis kesedihan, terutama Danish. Dia sungguh tidak sabar menantikan kehadiran ibunya. Dia ingin meminta maaf kepada ibunya kerana tidak mendengar kata.
            “Ibu!” jerit Danish tatkala terlihat kelibat ibunya. Danish nampak ibunya juga sedang menangis teresak-esak. “Danish! Daniel! Anak ibu!” Rahima memeluk kedua-dua anaknya kuat. Johan juga melakukan benda yang sama. “Danish! Daniel! Ibu sayang kamu berdua, nak! Syukur kamu tidak apa-apa,” Rahima menangis sambil mengusap dan mencium kedua-dua anaknya itu.
            “Ibu! Maafkan, Danish, ibu! Danish yang salah! Danish tak dengar kata ibu! Danish takut, ibu!” Suasana pilu menyelubungi balai polis itu dengan esak tangis keluarga kelima-lima sekawan itu.
            Sejak dari peristiwa itu, Danish telah berubah menjadi anak yang lebih mendengar kata. Kini, Danish sedar, walaupun dia sudah darjah lima, belum tentu dia mampu untuk menjaga dirinya sendiri. Dia masih anak manja ibu dan abahnya. Danish berjanji kepada dirinya sendiri untuk sentiasa mendengar kata ibu dan ayahnya.

Saturday 20 September 2014

LAWATAN KASIH KE RUMAH ORANG-ORANG TUA

Tajuk       :       Lawatan Kasih Kelab Kebajikan & Rekreasi, PPWBPKL
Gambar   :       Galeri Telefon Bimbitku

       Assalammualaikum, sahabat!

       Salam berhujung minggu! Kali ini, aku nak ceritakan pengalaman aku ketika menyertai program Lawatan Kasih ke Rumah Jagaan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong pada 23hb Ogos 2014 yang lepas. Lambat? Hihihi. Kan aku dah ceritakan sebelum ini, PC ku kala itu asyik-asyik 'cannot be displayed' je!

       Ini adalah salah satu program inisiatif anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi, PPW Bangsar & Pudu, Kuala Lumpur. Kalau tengok dalam gambar tu, memang tak ramai yang turut serta. Tetapi, aku join sekali sebab nak merasa dan melihat sendiri rumah jagaan orang-orang tua yang belum pernah aku kunjungi sebelum ini.

       Memang sedih, sebak, apabila melihat orang-orang tua di sini. Ada yang ditinggalkan keluarga, tidak punyai siapa-siapa, dan bermacam-macam lagi. Ada yang bernyanyi-nyanyi untuk menarik perhatian, nak hiburkan hati katanya. Ada juga yang tak mahu lepaskan tangan kami ketika bersalaman. "Dah tak boleh lepas ni, macam mana? Kena bawak balik ni," kata mereka yang menimbulkan sebak di hati.

Inilah makcik yang tak nak lepaskan tanganku itu! Comel!
       Di pusat jagaan ini, terdapat lebih 20 orang warga perempuan, dan beberapa belas orang warga lelaki. Aku lupa la. Hihihi. Mereka ditempatkan mengikut keupayaan. Yang masih boleh berdiri, atau yang tak boleh bangun langsung. Pusat jagaan ini adalah bekas surau yang telah diwakafkan. Letaknya betul-betul bersebelahan jalanraya. Kalau pertama kali pergi, memang payah nak jumpa sebab kalau guna Wave atau Maps sekalipun, tak jumpa-jumpa. Perlu ada nombor telefon pengerusi atau pekerja di situ.

       Apapun, itu semua rezeki masing-masing. Aku sendiri tak tahu masa tuaku nanti macam mana. Tapi, seboleh-bolehnya akan aku didik anak-anakku sepertimana ibu bapaku mendidikku, kerana akau tidak tergamak untuk menghantar kedua ibu bapaku ke tempat seperti itu. Tidak sama sekali. InsyaAllah.

       Selama dua tahun aku menjadi bendahari Kelab Kebajikan & Rekreasi, PPWBPKL, aku seronok apabila menyertai semua program anjuran kelab ini. Yelah, dah ada jawatan, walaupun tak ramai yang turut serta, kenalah aku tunjuk sikap profesional sikit. Hihi. Entah betul entah tidak ayat aku tu! Maaf, cikgu! Kalau salah, tolong betulkan!

       Akhir tahun 2014 ini, akan tamatlah tugasku sebagai bendahari kelab. Weehuuu! Penat oii jaga duit nih! Walaupun bukan di depan mata, nak mengawal debit kredit, bukan senang! Kalau tak balance, hah, jenuh kau!

       Ok lah! Setakat ini dulu cerita aku kali ini. Kalau ada program khidmat masyarakat yang aku sertai lagi selepas ini seperti sebelum ini dan yang aku ceritakan di atas ni, akan aku kongsi lagi bersama korang ya!

#Salam kasih sayang!

Friday 19 September 2014

SEDIHHH ~~~

       Argghhhhh..sedihhh..
       PC aku dah kembali tak boleh untuk ber'blog'ing..bukan ape, dalam tugas seharianku, aku perlu berhadapan dengan sistem eSPKB dan ePerolehan sama ada untuk mengeluarkan L/O (local order/pesanan tempatan), atau mengunci masuk tuntutan-tuntutan yang diterima dari guru-guru Zon Bangsar & Zon Pudu.
      Uwaaaa! Hari tu, masa aku seronok dan teruja apabila PC ku 'membenarkan' aku ber'blog'ing, pada masa yang sama PC ku tak benarkan aku membuka website ePerolehan. Oleh kerana saat itu, aku tak banyak lagi L/O yabg perlu dibuat, boleh la aku ber'blog'!
      Tapi, minggu ini, aarrgghhhhh!
      Hihihi. Sabar, sabar. Mana boleh dahulukan blog ketika waktu kerja! Kembali pada nawaitu kerja kita. Kita perlu amanah dalam menjalankan tugas.
      Tapi, tu lah. Perlu bahagikan masa. Oleh kerana PC ku ini hak milik kerajaan Malaysia, makanya, satu perlu dipilih antara dua! ePerolehan, atau blog? Ya, sudah pastinya ePerolehan!
      Dan pegawai IT di pejabatku telah menggodam PC ku semula bagi memastikan ePerolehan boleh diakses. Huwaaaa! Hahaha!
      Andai tiada khabar berita sensasi lagi terbaru dariku, bersabarlah, kerana aku terpaksa memilih antara dua, dan jawapannya anda semua tahu! Walau hati berat, namun terpaksa aku terima, demi amanah dalam bekerja! Ahakkksss!
        Hihihihi.
       #Salam kasih sayang!

Thursday 18 September 2014

BIZ SANTAI DENGAN CMD


Teks       :       Biz santai #iexp4u
Gambar  :       Arkibku

       Assalammualaikum, semua! Ha! Aku mengambil kesempatan kala waktu rehatku untuk mengemaskini blog ku. Alhamdulillah. Segala urusanku berjalan lancar. Cuma, itulah, makin hampir tirai penghujung tahun 2014, semakin banyak peruntukan yang diterima untuk dihabiskan (walaupun ada lagi lebih tiga bulan sebelum berakhirnya tahun 2014)!
       Ada yang sudah mencuba Concentrated Mineral Drops, kan? Dapat rasa keberkesanannya. bukan? Kongsilah bersama dengan pembaca-pembacaku yang lain di ruangan komen, ya! Mungkin, ada yang nak tahu tapi masih ragu-ragu atau malu-malu. Janganlah begitu! Tanya saja!
       Aku mula menitikberatkan pasal kesihatan sejak Disember tahun lepas, kalau tak silap aku. Selepas aku menjalani rawatan kesihatan di pejabatku sendiri, aku merasakan aku patut mula untuk menjaga kesihatan sendiri. Sejak itu juga, aku mula mengamalkan pemakanan suplemen Shaklee. Itupun, bukan aku terus makan tau. Aku selidik dulu kebaikan, khasiat setiap suplemen, barulah aku memutuskan yang mana patut aku ambil.
       Begitu juga dengan CMD ni! Aku bukan jenis orang yang pakai sebat je, kalau orang lain kata yang ini bagus, yang tu elok. Tidak! Mulut orang, biasalah kalau nak melariskan jualan (chewah! Macam la aku tak!). Hihihi.
       Tapi, benar. Aku bukan begitu, dan aku tidak akan mengesyorkan orang lain produk yang aku sendiri was was. CMD ni ialah sejenis mineral surih, sama macam air zam zam. Cuma air zam zam mengandungi 79 mineral, berbanding CMD hanya 72 mineral sahaja. Yelah, kalau nak dapatkan air zam zam yang tulen, tunggu saudara-mara kita ke Mekah baru boleh dapatkan. Walaupun di kedai-kedai Pak Arab sekarang pun boleh kita temui air zam zam, tapi benar-benar tulen kah ia?
       Apapun, kita hanya berusaha, bukan? CMD ini diklasifikasikan sebagai makanan, bukan ubat-ubatan atau suplemen. Maka, ia tidak memerlukan nombor pendaftaran KKM.
       Di samping dapat menjaga dan meningkatkan tahap kesihatan seisi keluarga, dengan CMD dari Revell Global ini juga, dapat menjana keuntungan melaluinya juga. Macam yang sedang aku lakukan ni. Dalam aku menggunakan CMD ni, aku mengajak rakan-rakan yang lain untuk mencuba produk ini juga, dan aku akan dibayar untuk itu. Mudah sahaja, bukan?
       Bagi sesiapa yang inginkan maklumat lanjut mengenai produk CMD ini berserta bisnesnya yang santai tapi masyuk, bolehlah menghubungiku terus melalui SMS atau whatsapp ke nombor ini --> 016-5151421. Usah malu-malu. Produk ini adalah sangat mampu dimiliki malah modal paling rendah yang pernah aku temui untuk memulakan sesuatu bisnes yang santai tetapi masyukkk!

       Sampai sini dulu!
       #Salam kasih sayang!