Tuesday 23 September 2014

AKU DAN KEWANGAN


Teks          :       Azaliza Salmin
Foto          :       Mr. Google

Assalammualaikum!
Hari-hariku diteruskan dengan kerja-kerjaku yang sememangnya berkaitan dengan dunia kewangan. Sebenarnya dari kecil, aku tak berapa nak ingatlah apa yang aku cita-citakan. Rasanya, takdelah berkaitan dengan pengurusan kewangan. Kalau cikgu tanya, yang biasa aku jawab ialah pensyarah, arkitek, jauh sekali akauntan! Selepas PMR pada tahun 1998 pun, aku berpindah ke Sekolah Menengah Teknik dalam jurusan Pengajian Kejuruteraan Awam.

Tapi mungkin aku memang ditakdirkan untuk menceburi bidang kewangan. Sebab kalau aku fikirkan dan ingat semula zaman-zaman silam dari kecil, aku memang hampir dengan bidang ini. Masa aku sekolah rendah, cikgu selalu minta aku jaga koperasi sekolah, lepas SPM aku bekerja sementara sebagai juruwang di Mc'Donalds dan Carrefour (sekarang AEON Big). Semuanya berkaitan kewangan, kan!

Sehinggalah ke hari ini, jawatan tetapku juga Pembantu Tadbir (Kewangan). Alhamdulillah, syukur aku ada kerja. Bukan aku merungut ke ape, aku hanya mengimbas kembali perjalanan kehidupanku dulu-dulu, mencari balik bagaimana aku boleh terjebak dalam bidang kewangan ni. Dan kini, aku memang pasti, walaupun aku tak pernah bercita-cita untuk menjadi apa-apa yang berkaitan dengan kewangan, tapi Allah S.W.T telah menetapkan dan mengatur hidupku sebaik-baik aturan untuk terlibat dalam bidang kewangan. Biar banyak atau besar mana pun cabaran yang aku hadapi kini dalam kerjayaku, aku memang yakin bahawa ini adalah bidangku bila aku imbas kembali semua yang aku tulis tadi. Allah S.W.T sebaik-baik perencana hidup.

 Aku dan pengurusan kewangan, tidak dapat dipisahkan! Hihihi!
 Sampai sini dulu!

 #Salam kasih sayang!

1 comment: