Tuesday 16 September 2014

CUTI SEKOLAH

Tajuk       :      CUTI SEKOLAH
Gambar  :       ARKIBKU

Assalammualaikum, semua! Apa khabar? Moga semuanya berada dalam keadaan sihat wal a’fiat. InsyaAllah. Kepada yang sudah mencuba produk hebat CMD tu, pasti korang sudah rasa ada perbezaannya, bukan? Bagus! Teruskan pemakanan sihat dengan CMD-Concentrated Mineral Drops!

Saat anda sedang membaca coretanku ini, aku berada di kampung halaman suamiku di Kuala Sepetang, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ya! Mee Udang Mak Jah yang sering dikaitkan dengan Kuala Sepetang. Dekat sahaja dengan rumah ibu mentuaku. Kira-kira lima minit perjalanan. Tapi, walaupun dekat, aku tak pernah singgah kerana suamiku ni seorang yang tak berapa suka makan di luar. Apalagi di rumah ibunya sendiri sekarang ni, lebih baik makan makanan dari air tangan ibunya. Anak manja ibunya si suamiku itu, hihihi. Maklumlah, anak jantan. Itulah seorang sahaja harapan ibu dan bapanya.

Hero-heroku yang berempat nih!
Gambar ini di ambil pada akhir November 2012, di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands!
             Pulang ke Taiping, kami tidaklah selalu melawat tempat-tempat yang terdapat di sini. Bukit Larut pun tak pernah naik lagi. Pernah kami ke sana, tapi tiket untuk menaiki jip ke atas Bukit Larut sentiasa habis terjual. Belum pun sampai jam 11 pagi, sudah habis. Nampaknya, kalau sesiapa termasuk aku juga yang bercadang untuk menikmati keindahan alam dan pemandangan dari atas Bukit Larut, perlu bergerak ke sana seawal jam 7 pagi lah, kan!

Kebiasaan kami apabila pulang ke Taiping, suamiku akan melawat adik-beradiknya yang tinggal di sekitar bandar Taiping dan Kamunting. Di sini juga, dia akan mengambil peluang untuk memeriksa kereta kami, yelah, sama ada tukar minyak hitam, servis di Perodua (biasanya di Perodua Kamunting), yang memang tidak dapat dia lakukan sewaktu di KL atas sebab kesibukan kerja. Hmm, apa-apalah.

Kami bercuti tidak lama. Hari Rabu ini (esok), kami pulang dah. Aku mana boleh cuti lama-lama,oii! Maunya tinggi menggunung mejaku di ofis itu dengan lambakan kertas-kertas. Arrgghhh! Tidakkk! Memang tak boleh lama! Kerja yang sedia ada tak pernah surut-surut, bertambah lagi adalah! Kadang-kadang aku rasa macam nak mohon tukar. Hantarlah ke KPM ke, JabatanPendidikan W.P. Kuala Lumpur ke, sekolah ke, asalkan bukan di PPW Bangsar & Pudu lagi. Cuba di tempat lain pula. Yelah, sudah hampir lapan tahun aku di PPW Bangsar & Pudu, nak juga merasa suasana kerja yang berbeza sedikit. Beza pun tidaklah beza mana, masih dalam bidang kewangan dan akaun juga. Hihihi.

       Ok lah! Setakat ini dahulu ya!

       #Salam kasih sayang!

1 comment:

  1. nak gambo mee udang...
    tak dapat makan belanja gambo udah le

    ReplyDelete