Monday 29 April 2019

ePEROLEHAN



Teks   :    Azaliza binti Salmin

Hari ini aku nak bercerita pasal isu minggu lepas yang aku utarakan. KL yang selalu ketinggalan. Hihihi.

Kali ini dari segi sistem ePerolehan pula.

Untuk pengetahuan semua, ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet.

ePerolehan bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar atau memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Aplikasi kerajaan elektronik ini dijangka mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep “paperless” atau bebas kertas diguna pakai sepenuhnya.

Ehemm.

Jadinya, sistem ini boleh dianggap sebagai antaramuka la. Senang cerita, online antara staf kerajaan terbabit dengan pembekal-pembekal berdaftar dengan MOF.

Sistem ni boleh dikira penambahbaik dari sistem sebelum ini, eSPKB.

Buat L/O, Nota Minta semuanya secara online di ePerolehan. J

Got it!?

Itu baru pengenalan kepada ePerolehan! Hihihi.

Ok. Sebab apa aku cakap KL ini agak lambat?

Sebabnya, pihak yang mencipta/mentadbir urus system eP ni, mereka ada peratusan penggunaan system diorang ni tau untuk SEMUA negeri di Malaysia!
So, KL memang agak corot.

Nak tau negeri mana yang paling up to date?!

Haaa!

Selangor, uols!! Selangor!

Memang up to date! Even kalau ada taklimat atau kursus berkaitan eP ni, memang otai-otai dari Selangor yang akan dipanggil. Sebab diorang memang up to date!

Samalah dengan pembekal-pembekal atau syarikat-syarikat kat sana! Diorang semua pun perlu mengikut perkembangan semasa Kerajaan. Kalau dah kata semua kena melalui atas talian, maka diorang pun kenalah mendaftar atas talian segala maklumat diorang. Haa, lebih kurang gitu lah!

Aku nak menerangkan panjang lebar pun takut tak sampai. Hihihi.

So, itulah yang nk disampaikan. Selangor memang mendahului.

Till then! 😉😉

Thursday 25 April 2019

#WAJARKAH


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum! 😑

Hmmm…

Mulakan entri dengan ‘hmmm…’ pulak aku ni!

Takdelah, aku ‘hmmm…’ tu, sebab isu yang terkini yang aku nak cerita ni tentang #nafsu lelaki dan wanita. Hmmm lagiiiii…

Bukan apa, bak kata Wardina Saffiya di IG nya, nafsu ni memang tiada berkesudahan. Empunya diri yang perlu mengawalnya.

Tapi, mungkin sebab dah tak terkawal kot, kan. Tu yang jadi macam tu.

Alah, aku bercerita tentang si #PUAbu tu dengan labunya. Ehh!! Dengan si janda itu lerrr.
Aku bukan kondem ke ape, ok! This is just my opinions. Everybody can gives their own opinions, right.

Both of them ni jadi macam tu sebab #nafsu tu la. Memang la tidak melanggar sebarang hukum Allah SWT, semua yang dilakukan tu halal.

Tapi, W.A.J.A.R kah?

Hashtag #wajarkah?

Guys…?!?

Wajarkah seorang wanita mengandung 7 bulan diceraikan oleh suaminya hanya kerana tidak mahu berpoligami dengan seorang janda?

Si janda itu pula, wajarkah anda sebagai seorang wanita menyaksikan kaum sejenis anda ditinggalkan suami hanya kerana nak menghalalkan hubungan anda berdua? Apa yang paling menyedihkan, wanita itu sendiri sedang hamil!!? Tidakkah anda wahai si janda, terdetik di hatimu akan sekiranya anda diperlakukan sedemikian rupa? Mungkin sahaja ia berulang lagi, bukan?

Hmm, ber’sastera pula aku kali ini.

I just can’t imagine. How could seorang agamawan berbuat sedemikian, dah lah zaman sekarang ni segalanya di hujung jari. Macam mana nak dijadikan teladan. Malah aku rasa, boleh je kalau nak katakan semua ini sangat memalukan! “Habis madu sepah dibuang”. Exactly! Cuma bezanya, madu tu dibuang dengan cara yang dibenarkan. Jerk!

Ya, benar. Mungkin aku yang terlupa, da’i itu seorang manusia juga. Tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan. Lelaki, selamanya dengan sikap seorang lelaki.

Till then!
#Salam kasih sayang!

Wednesday 24 April 2019

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN


Teks   :    Azaliza binti Salmin



Assalammualaikum, kawan-kawan!

Well, untuk pengetahuan korang, sektor pendidikan di WP Kuala Lumpur merupakan bahagian/tempat/wilayah yang paling lambat dalam mengendalikan pengurusan kakitangannya.

Maksud aku ape tau, contohnya dari segi kelulusan pergerakan gaji tahunan, anugerah perkhidmatan cemerlang. Tu belum masuk lagi dari segi sistem contohnya sistem ePerolehan.

Semua orang akan ingat KL mendahului segala-galanya as it was well known up to date in everything.

Tapi!!

Dari segi yang aku sebutkan di atas tu lah contoh-contoh wilayah KL ni memang ketinggalan sedikit.

Since aku memasuki gerbang perkhidmatan awam, kelulusan pergerakan gaji di KL ni (di bidang pendidikan sahaja yang aku maksudkan ye!) sangatlah lambat.
Aku bukan kisah pun pasal lambat naik pergerakan gaji tu. Syukur alhamdulillah kerajaan Malaysia menetapkan setiap tahun ada kenaikan gaji (still ada syarat-syarat kenaikan gaji ya!). Lambat pun still akan terima, siap ada tunggakan lagi sebab dah lambat dapat, kan.
Cumanya, apabila aku telah ditugaskan untuk mengawal selia gaji guru-guru dan staf-staf bagi sekolah-sekolah di bawah seliaanku, apabila lambat kelulusan diterima, maka apabila dah terima, akan berlambak-lambaklah perubahan gaji yang perlu dibuat.

Untuk pengetahuan semua, pergerakan gaji tahunan terbahagi kepada 4 bulan iaitu bulan Januari, April, Julai, dan Oktober setiap tahun.

Setiap tahun, mereka-mereka yang pergerakan gajinya jatuh pada bulan Januari dan April, memang akan terima tunggakan kerana mereka tidak akan dapat kenaikan pada bulan tersebut. Ini adalah kerana #KelulusanPergerakanGajiTahunan diterima lambat. Paling awal kenaikan gaji mereka akan bertukar pada bulan Jun, so ada 5 bulan tunggakan yang akan mereka terima. Untung juga, kan.

Haaa, faham tak faham? J

Apabila kelulusan tersebut telah diterima, maka akan berduyun-duyun borang perubahan gaji yang aku bakal dan akan terima untuk mereka-mereka yang pergerakan gajinya jatuh pada bulan Januari dan April. Perlu dikunci masuk untuk gaji bulan Jun nanti.
So, macam mencabar, kan! We’ll see later!

Ok. Nanti kite cerita pasal ePerolehan pula ye!

Till then!
#Salam kasih sayang!

Tuesday 23 April 2019

GANGGUAN BEKALAN AIR #SYABAS


Assalammualaikum, korang! Hai, uols! 

Ok! Bermula esok, beberapa tempat yang telah disenaraikan oleh #SYABAS akan mengalami gangguan bekalan air selama hampir 3 hari dan ada sebahagian tempat yang akan mengalami gangguan tersebut sehingga 4 hari.

Boleh rujuk senarai tempat tersebut di sini  https://www.syabas.com.my/uploads/SSP2_Shutdown_24April2019.pdf

What to say? Gangguan bekalan air memang menyiksakan bagi kita semua. Nak ambil wudhu’, beristinjak, mandi tu ok lagi laa..boleh amalkan cara P. Ramlee tuu, hat celup air gosok tang mata jaa! Hahahaa!

Lagi lah kalau kita yang ada anak dara nii..bukan setakat anak dara, mak-mak dara pun sama!

Well, aku memang takde anak dara pun. Bujang ada, lah! Cuma kita perempuan ni seems to understand, kan, kalau takde air nak-nak time kita tengah menstrual period, fuhhh, memang mencabar!

Tapi, nak buat macam mana?! Every year memang macam tu pun kat KL & Selangor nih! Hadap je la.

Lagipun, pemberitahuan dah disebarkan awal-awal kan. So, takde alasan untuk kita merungut panjang lebar sebab seminggu sebelum tarikh gangguan tu, kita semua telah dimaklumkan. Jadi, tadahlah air tu banyak-banyak untuk kegunaan kita sewaktu gangguan tu! Kan?!!

So, hashtag hari ini ialah #bertabahlah !! Hihihi.

Till then!

#Salam kasih sayang!

Tuesday 16 April 2019

SYUKUR SELALU


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, korang! Hai, uols!

Harapanku agar semua yang membaca entri aku ni sihat-sihat belaka. Terima kasih tau!😘

Hmm, awal tahun ni aku ada tulis berkenaan tugasku yang dah bertukar dari mengendalikan kaunter Hasil, ke peranan mengendalikan gaji guru-guru dan kakitangan di sekolah-sekolah bawah seliaan ku.

Bukan nak story apa, cuma nak bagitau ada masa-masa yang aku amat FREE sekali! Boring wehhh! Hahaha!

Patutnya lagi best, kerja tak menimbun, kan? Ni boleh jadi boring pulak!
Serious, bosan sikit la bila langsung tak ada kerja. Bukan sebab takde kerja macam mana, maksud aku, semua kerja dah siap! Tinggal tunggu masa sistem gaji dibuka untuk dikunci masuk je. Haa, time tunggu tu yang boring sikit. Banyak masa senggang! Hihihi. Apa la, aku ni, kan!? J

Banyak kerja merungut, tak ada kerja mengeluh. Dasar manusia. Nak buat macam mana. Huhu.

Dulu masa jaga kaunter Hasil, time tak ada customer or any pending payment, cam tak berapa boring sebab dalam bilik, boleh tengok movie! Hahaha! Bukan sebab takleh tengok dah sekarang ni, cuma sebab dah kat luar bilik kan, bersama dengan geng-geng lain, jadi segan la nak tengok movie time gheja, kauuu niiii!

Jadinya, bersyukur je lah dengan apa yang telah dikurniakan. Jangan mengeluh! Hashtag syukur selalu! #syukurselalu

Till then!
#Salam kasih sayang!

Friday 12 April 2019

*THROWBACK


Teks   :    Azaliza binti Salmin

Sangat menggamit nostalgia, kan, entri aku last two days! Hmm, hihihi.

Aku rasa la, tak kira siapa yang baca blog aku ni, mesti something feeling akan timbul bila terkenangkan zaman persekolahan kita dulu-dulu,kan!!? Kalau ada yang masih bersekolah, lalui dan harungilah zaman remaja kamu sepuas-puasnya, sebab time ni lah time yang paling indah untuk dilalui, dikecapi, dan di explore. J

So, enjoy as much as you can BUT never forget apa yang boleh dan apa yang tak boleh! NEVER! J

You get me, right!!?


As always, life must goes on whatever it takes. We are what we are today.
Bila ada nukilan macam tu kan, I mean, yang dinukilkan #KetupatNasi tu, yang aku shared tu lah, ia akan bring us back to zaman muda-mudi. Haa, gitew! Aku kan all 90’s, kan! Dulu, kini dan selamanya! Hahhhaa!

Kalau korang follow blog aku dari awal la, kan. I’m all 90’s and I love 90’s! Ahemm! *flip shawl J

Suasana akan tiba-tiba berubah (when we read those throwbacks), seakan-akan kita tengah sweet 16 & 17 pulak! Terimbau balik kenakalan kita dan kawan-kawan, ke’kreatif’an dan inovasi’an kita zaman remaja dulu dok berjauhan dengan family. Hihihi.
Perasaan rindu for sure akan muncul! Tersengih-sengih sendiri. Macam orang angau! Hahaha!

Betul tak!!? Eleh, aku tau, semua orang yang tengah baca ni pun tengah tersengih tu!! Kan!!?? Hihihi! I love u all! Kita semua ni kan human beings! Even kalau tanya mak ayah kita pun, pasal zaman diorang muda remaja lagi, kalau diorang buka cerita diorang, hmm, gerenti tersengih-sengih, tergelak-gelak, bahkan terbahak-bahak punya!

Ok! Done with all those throwbacks! Kembali berpijak di bumi nyata!


Till then!
#Salam kasih sayang!

Wednesday 10 April 2019

SMTKT 99/'00 - ALWAYS IN HEART


Teks   :    Azaliza binti Salmin
Kredit to : Basir Zahrom / FB : Ketupat Nasi
                  
Assalammualaikum sahabat maya!

First of all, entri kali ni ingin aku rakamkan penghargaan kepada post di FB milik #KetupatNasi atau nama sebenarnya Basir Zahrom. J My ex-mates from SMTKT a.k.a Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi tahun 1999/2000. Yeahh! It’s throwback time!


12 JENIS PELAJAR DI SMTKT 1999-2000

1.       KAKI FLY
- Tak kira di sekolah atau asrama mana2 pun mesti ada kaki fly. Depa ni bukan budak2 jahat tapi saja la nak tunjuk terer zaman kegemilangan masa sekolah dulu. Kadang kalua fly tu bukan buat apa pun, gi lepak kedai makan, gi Plaza Arisun main game (lepas tukar baju la), pergi main CC main MIRC. Itu je pun. ASL pls?

                2.    HERO REMAJA
- Dalam kelas mesti ada type yg ni, tak kisah la semua laki kea tau kelas campur            laki/pompuan. Gayanya sungguh dashing, rambut jambul tinggi tersikat rapi atau yang jenis pakai jel pacak2. Baju n seluar bergosok kemas tajam, luka kalua kena jari. Bau wangi selalu ke sekolah, menjadi siulan awek2 junior form 4 kat tingkat 3 dan 4.

                3.   ATLET SEKOLAH
- Yang ini tak semestinya hero remaja, tapi lebih kepada abang sado, wakil SMTKT        ke pertandingan MSSD dan lebih tinggi. Main bola, main ragbi, main bola tampar, main tenis, main sofbol, olahraga dan sebagainya. Pendek kata famous la dan menjadi idola kawan2 serta junior. Tapi kadang wakil je lebih, menangnye tidok (macam yang menulis ni la). Hahahaha

                4.   TOKAN ROKOK a.k.a SAPAP
- Masa form 4 dia jadi penjual sapap atas lessen budak form 5 bagi, dah      senior   faham2 la, dia jadi saudagar sapap pulak. Pasang kaki kat budak2 form 4. Masa tu sebatang 50c itu pun dah kire mahal yg amat. Tp sekarang RM1 and ada yg RM1.20 baru ada akai.
Macam2 taktik digunakan si tokan untuk sorok stok dia. Letak bawah loker besi la, tebuk kamus tebal la letak dlm tu. Kreatif sungguh demi kelangsungan bisnes dia. LOL

                5.   AHLI SURAU
- Jika anda tergolong dalam geng yang ini, Alhamdulillah. Sejuk mata memandang.           Cukup time je, berjemaah kat surau. Kita pun sedia maklum ada dalam kalangan batch kita yang bukan saja berkebolehan menjadi imam dengan bacaan merdu, malah boleh memimpin majlis agama dengan baik. Sesekali bagi tarbiah ke kawan2 pun ada geng2 ni. Bukan macam geng yang main romper2 lepas maghrib tu. APTB! Kekeke

                6.   GENGSTER ASRAMA/SEKOLAH
- Di mana sekolah pun kalua pergi mesti ada geng ni, waima di SMKA pun.     Kadang2 berkumpulan, kadang solo pun jadi. Ada yang real, ada yang acah2 je. Ada yang pernah gegar dorm budak form 4, ada yang “Tarik” depa untuk disuruh itu ini. Apa pun itu semua dulu, sekarang Alhamdulillah dah jadi orang kawan2 kita.

                7.   PASANGAN ROMANTIK/GENG JIWANG
- Macam Laila majnun? Romeo n Juliet? Ke macam belangkas? Hahaha. Kalau outing kat pecan tu asyik berkepit je. Udah le pakai baju batik hijau tu, memang ketara la budak SMTKT. Kat dalam sekolah/asrama pulak asyik duk pos2 surat2. Budak PKE ke budak PKA, budak auto ke BB, budak PPU ke ENK (contoh je). Yang kesian yg kaum jadi posmen tu le, korang kasi upah ke idok???

                8.   KAKI REPORT a.k.a TOGONG
- Haaa bukan semua pengawas asrama/sekolah kaki report eh, (aku tak), pelajar biasa pun kadang jadi spy kantoikan kawan2 satu batch ke cikgu. Kes sapap la, kes fly la, kes gaduh la, kes gig haram la. Macam2. Hahaha. Tapi tu semua untuk kebaikan kita juga. Kawan2 sayang ke kita tu, tak nak kita terjerumus hanyut menjadi manusia jahanam. Bhahahahahaha

                9.   GENG2 UNDERGROUND
- Ada satu ketika geng ni ramai kena buang asrama sebab kantoi buat gig haram guna bas sekolah, masa last day form 4. Hahaha. Dulu masing2 dengan ideology underground masing2. Mana yang skinhead la, punk la, hardcore la, grunge la, straight edge la, rastaman la. Siap ada yang tulis zine dan newsletter bawa pergi gig. Tak dinafikan masih ada yang aktif sampai sekarang dan siap ada band lagi. Tapi yang pasti now dah underground level abah2 la.

                10.   BUDAK PANDAI
- Spesies ni memang diperlukan dalam kelas. Sebab apa? Sebab nak tiru homework la pagi2 sebelum cikgu masuk. Hahahaha. Dan bila cikgu tanya, budak2 jenis ini selalu jawapannya layan cikgu..tak kisah la jawapan betul ke tidak dia akan at least cuba. So taklah sunyi je kelas “krikk krikk krikk krikk”. Kalua tak, mesti cikgu bengang, nampak mcm kelas kita ni tak semangat nak belajar je.

                11.   GADIS IDAMAN
- Dalam batch mana2 pun mesti ada lah yang ini. Namanya meniti di bibir jejaka2 di SMTKT. Boleh buat gaduh la senang citer. Tapi aku tak tahulah depa ni ada ranking dibuat kaum lelaki atau just berada pada level tersendiri sebagai kegilaan mamat2 SMTKT. (sapa yang korang rasa paling hot batch kita???) cuba tag nama dia kt ruangan komen tu. Gurau je. Nanti aku plak yang kena kecam. Hahahaha.

                12.   PENDIAM
- Yang ni den tak dapek nak nolong la. Mereka wujud, tapi kadang kita terlepas pandang. Tak tahu memang sejak azali atau pendiam di sekolah/asrama je. Tapi bila zaman dah berubah dunia dah canggih bila dalam FB/whatsapp group kelas, peramah juga kadang yang pendiam kat sekolah ni, hahahaha

Nota :
Al-Fatihah untuk arwah Taufique Mustafa aka Tobek. (kiri)

Tulisan ini sekadar gurauan je, tapi mesti korang tergolong at least dalam satu golongan di atas kan??? Maybe ada yg masuk dalam 2-4 golonga. Korang tahulah korang jenis yang mana kan. Baik ngaku cepat!

Kalau ada golongan yang aku tertinggal korang ta,bah di ruangan komen eh.

Walau golongan mana pun kita di sekolah dan siapa pun kita sekarang, kita letak tepid ulu itu semua. Sebab apa? Sebab 20 April 2019 masa Reunion Ride tu, kita semua macam adik-beradik yang besar.

Lupakan segala gaduh, segala buli, segala masam muka, segala rajuk, segala kisah duka kita yang lama dengan kawan2 dulu. Itu semua dah berlalu 19 tahun dulu. Kita buka chapter baru.

Sebab kita bukan orang lain, sekumpulan insan yang pernah berkongsi rasa suka duka, jerit perih, susah senang bersama-sama di bawah satu bumbung institusi bernama SMTKT.

“WE ARE ALL BROTHERS”

So memoriable! Seroiusly, kalau teringat semua-semua kenangan tu balik, macam-macam perasaan ada! Nak tergelak, touching, and kadang-kadang boleh mengalir air mata sambil senyuman terukir di bibir. Missing those moments!

And again, kredit to Ketupat Nasi a.k.a Basir Zahrom untuk sentuhan nukilan yang sangat….. tak tau nak sebut sangat apa! Menarik? Sweet? Touching? Hahahaa.

Yang pasti, nukilan yang sangat menggamit memori zaman remaja.

Hmm, I’m melting reminiscing all those memories in SMTKT year 1999-2000.
Miss you, guys!

Beberapa foto kenangan zaman remaja aku di SMTKT! Let the pictures speak itself! Huuuuuu!







Till then!
#Salam kasih sayang!


Friday 5 April 2019

KERIS SIAMANG TUNGGAL


Teks   :    Azaliza binti Salmin




Assalammualaikum!

Ok!

Hari ni aku nak ulas sedikit tentang filem Upin Ipin – “Keris Siamang Tunggal”. Hihihi. Aku dah tonton filem ni time cuti sekolah yang lepas, bersama-sama tiga heroku itu.
Memang best! Betul best!
Us @ TGV AEON AU2 last school holidays!
Ayah mereka duties @ LIMA'19

TAPI…….!!

Bagi aku la kan, #KerisSiamangTunggal ni macam attraction die tu more tu penonton-penonton baya-baya aku nih! Twenties & thirties series!

Bukan apa, cerita dia memang best! Ada Mat Jenin, Bawang Merah Bawang Putih, Si Tanggang, Nujum Pak Belalang, etc.

Kita semua dibesarkan dengan cerita-cerita dongeng Melayu dahulukala seperti yang disebutkan tu, kan. Jadinya, when watching that film, kita akan rasa sangat surprised & reminiscing those tales masa kita kecil dulu! Rasa seronok!

Tapi untuk kanak-kanak sekarang, dah tentu diorang hanya kenal Upin Ipin dengan kawan-kawan dia je, kan?!! Diorang tak boleh nak relate sape Mat Jenin tu, Belalang, etc. Takyah cerita jauh sangat, anak aku yang kecil tu pun aku rasa tak tau sape Belalang tu! Hihihi!
Tanggang dia kenal, lah!

Apa pendapat korang?!

Tapi, apapun, tahniah diucapkan untuk krew-krew #LesCopaque atas cerita yang sangat menarik!

Anak kecil aku tu, sampai hari ni kalau bercerita pasal Keris Siamang Tunggal, yang dia paling ingat ialah bahagian Rambo terkejut sampai ‘ter’bertelur!! Itu yang dia ingat, yang bikin tergelak-gelak! Hahhaa!

#Salam kasih sayang!