Assalammualaikum, korang!
Hai, uols!
Ok! Bermula esok, beberapa
tempat yang telah disenaraikan oleh #SYABAS akan mengalami gangguan bekalan air
selama hampir 3 hari dan ada sebahagian tempat yang akan mengalami gangguan
tersebut sehingga 4 hari.
Boleh rujuk senarai tempat
tersebut di sini https://www.syabas.com.my/uploads/SSP2_Shutdown_24April2019.pdf
What to say? Gangguan
bekalan air memang menyiksakan bagi kita semua. Nak ambil wudhu’, beristinjak,
mandi tu ok lagi laa..boleh amalkan cara P. Ramlee tuu, hat celup air gosok
tang mata jaa! Hahahaa!
Lagi lah kalau kita yang ada
anak dara nii..bukan setakat anak dara, mak-mak dara pun sama!
Well, aku memang takde anak
dara pun. Bujang ada, lah! Cuma kita perempuan ni seems to understand, kan, kalau
takde air nak-nak time kita tengah menstrual period, fuhhh, memang mencabar!
Tapi, nak buat macam mana?!
Every year memang macam tu pun kat KL & Selangor nih! Hadap je la.
Lagipun, pemberitahuan dah
disebarkan awal-awal kan. So, takde alasan untuk kita merungut panjang lebar
sebab seminggu sebelum tarikh gangguan tu, kita semua telah dimaklumkan. Jadi,
tadahlah air tu banyak-banyak untuk kegunaan kita sewaktu gangguan tu! Kan?!!
So, hashtag hari ini ialah
#bertabahlah !! Hihihi.
Till then!
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment