Teks :
Azaliza binti Salmin
Assalammualaikum,
kawan-kawan!
Well, untuk pengetahuan
korang, sektor pendidikan di WP Kuala Lumpur merupakan bahagian/tempat/wilayah
yang paling lambat dalam mengendalikan pengurusan kakitangannya.
Maksud aku ape tau,
contohnya dari segi kelulusan pergerakan gaji tahunan, anugerah perkhidmatan
cemerlang. Tu belum masuk lagi dari segi sistem contohnya sistem ePerolehan.
Semua orang akan ingat KL
mendahului segala-galanya as it was well known up to date in everything.
Tapi!!
Dari segi yang aku sebutkan
di atas tu lah contoh-contoh wilayah KL ni memang ketinggalan sedikit.
Since aku memasuki gerbang
perkhidmatan awam, kelulusan pergerakan gaji di KL ni (di bidang pendidikan sahaja yang aku maksudkan ye!) sangatlah
lambat.
Aku bukan kisah pun pasal
lambat naik pergerakan gaji tu. Syukur alhamdulillah kerajaan Malaysia
menetapkan setiap tahun ada kenaikan gaji (still
ada syarat-syarat kenaikan gaji ya!). Lambat pun still akan terima, siap
ada tunggakan lagi sebab dah lambat dapat, kan.
Cumanya, apabila aku telah
ditugaskan untuk mengawal selia gaji guru-guru dan staf-staf bagi
sekolah-sekolah di bawah seliaanku, apabila lambat kelulusan diterima, maka
apabila dah terima, akan berlambak-lambaklah perubahan gaji yang perlu dibuat.
Untuk pengetahuan semua,
pergerakan gaji tahunan terbahagi kepada 4 bulan iaitu bulan Januari, April,
Julai, dan Oktober setiap tahun.
Setiap tahun, mereka-mereka
yang pergerakan gajinya jatuh pada bulan Januari dan April, memang akan terima
tunggakan kerana mereka tidak akan dapat kenaikan pada bulan tersebut. Ini
adalah kerana #KelulusanPergerakanGajiTahunan diterima lambat. Paling awal
kenaikan gaji mereka akan bertukar pada bulan Jun, so ada 5 bulan tunggakan
yang akan mereka terima. Untung juga, kan.
Haaa, faham tak faham? J
Apabila kelulusan tersebut
telah diterima, maka akan berduyun-duyun borang perubahan gaji yang aku bakal
dan akan terima untuk mereka-mereka yang pergerakan gajinya jatuh pada bulan
Januari dan April. Perlu dikunci masuk untuk gaji bulan Jun nanti.
So, macam mencabar, kan! We’ll
see later!
Ok. Nanti kite cerita pasal
ePerolehan pula ye!
Till then!
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment