Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum WBT & Salam Sejahtera, sahabat-sahabat maya😊
Salam Nisfu Sya’aban.
Mesti ada di antara korang yang sedang berpuasa hari ini. Mungkin juga
ada yang telah berpuasa sejak Isnin yang lepas, dengan niat puasa sunat Hari Putih
di bulan Sya’aban.
Alhamdulillah, tahun ni aku bersyukur sebab dapat merealisasikan hasrat terpendam
aku. In my wishlist, aku ade berniat untuk berpuasa sunat pada 10 hari di bulan
Rejab, Sya’aban, dan puasa 6 hari berturut di bulan Syawal. Walau sekali dalam
hidup aku, aku nak cuba.
Bukan aku tak pernah berpuasa sunat pada bulan-bulan yang aku sebutkan
tu ya hahaaa =)
Maksudku, wishlist aku di bulan Rejab, aku nak puasa 01 hingga 10 Rejab
berturutan, dan bulan Syawal pula, aku nak cuba puasa dari 02 Syawal hingga 07
Syawal berturut-turut. Ha, boleh ke? Sebab bulan Syawal kan….tu yang aku nak
cabar diri aku tu. Hihihiii
Alhamdulillah, tahun ni aku punya kekuatan masa bulan Rejab lepas. Aku berjaya
puasa berturutan dari 01 hingga 05 Rejab, kemudian berselang-seli 😊
Ok lah tu kan! InsyaAllah, istiqomah untuk perbaiki diri hari demi hari.
Mana tau tahun depan Allah izinkan aku hidup lagi, dan aku berjaya realisasikan
impian aku tu. Haaaaa, we’ll wait next year 😉
& di bulan Sya’aban ni, alhamdulillah juga, aku berjaya puasa sejak
Isnin lepas berderet hingga hari ini (meaning, 13 ,14 & 15 Sya’aban).
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Kenapa aku happy sangat? Puasa je pun?
Hahaha. That was my wish in life, walaupun mungkin seciput je bagi
korang, tapi besar bagiku. Hihihii. Sebab nak puasa berturut-turut di bulan
selain Ramadhan, bagi aku, mencabar tau! 😊😊😊
Takpe, takpe. Semoga kita menjalani hari ini dan hari-hari seterusnya
dengan penuh iltizam untuk menjadi lebih baik, lebih beriman dan bertaqwa pada
Allah Ta’ala. Aamiin aamiin insyaAllah.
Doakan aku ya 😉
Oklah! Sampai sini dulu 😉
Till then!
Salam kasih sayang.
No comments:
Post a Comment