Thursday, 12 March 2020

IPN SABAK BERNAM


Teks    :           Azaliza binti Salmin
  
Assalammualaikum, guys!

Today, I want to talk about Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam.

Actually, ini kali ketiga aku mengikuti kursus yang dianjurkan oleh institut ini. Saje, berkursus sambil-sambil ambil angin kat Sabak Bernam ni.

Banyak jenis kursus korang boleh pilih untuk join kat IPN ni. Boleh survey di laman web www.ipn.gov.my untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan.

As for me, aku memang ambil kursus yang berkaitan dengan kerja yang aku lakukan. Tambah pengetahuan, kan. Lagipun, boleh cukupkan keperluan 7 hari berkursus dalam setahun untuk penjawat awam.

Korang jangan pula ingat, sebab nama institut ni ada ‘perakaunan’, ia khas untuk orang-orang akaun atau kewangan je tau! Semua gred di semua kementerian boleh apply kursus yang ditawarkan di sini. Gred N, S, J, semua boleh!

Manalah tau, kot-kot korang tak tau, kan. J

Kebanyakan kursus yang ada, dijalankan antara 3 hingga 4 hari. Tambahan pula, ada aktiviti sampingan tau yang IPN anjurkan. Yelah, taknak peserta stress dengan kelas je kot, sambil memperkenalkan kawasan-kawasan menarik di Sungai Lang, Sabak Bernam ni.

Biasanya, pihak IPN akan bawa peserta pi makan mee udang di Bagan Nakhoda, beli kerepek orang kampong buat & pi teropong bintang kat Balai Cerap (hat ni baru tahun ni depa bawa, malam). Aktiviti ni depa buat petang, selepas habis kelas. Sebelum-sebelum ni, depa buat hari pertama kursus, tapi tahun ni depa buat hari kedua. Aku kali ni malas nak join, sebab COVID-19 kan..malas la, walaupun Balai Cerap tu aku tak pernah pi. Takpe, next time jerrr.

Ok, korang! Silalah jenguk-jenguk website IPN ok untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus-kursus yang boleh korang join untuk tambah pengetahuan dalam pekerjaan!

Till then! Bye!

#Salam kasih sayang!

No comments:

Post a Comment