Sunday 19 January 2020

WAWASAN 2020


Teks    :           Azaliza binti Salmin  

Assalammualaikum, sahabat maya!

Januari, 2020. Sampai juga kita ke tahun yang menjadi #Wawasan sejak kita kecil. Wawasan 2020. Masa kecik dulu, dok menyanyi je lagu tu yang sering didendangkan di kaca televisyen dan radio. Best nya masa dulu-dulu!

Of course, kereta terbang menjadi momokan sekarang ni. Yelah, masa kita memandang ke arah Wawasan 2020, apa yang dibayangkan ialah kemajuan teknologi seperti kereta dah boleh terbang. Hakikatnya kini, takde satu negara pun yang dah ada kereta boleh terbang. Bukan Malaysia je. Hahhaaha!

Nak buat macam mana, Wawasan 2020 adalah sebuah impian. Impian tu samalah dengan anganan. Tapi bukan anganan kosong! Kita sepatutnya menilai dari segi lain pula, kemajuan teknologi selain kereta terbang yang tak tercapai tu. Cuba fikir sendiri ya!

Aku dulu selalu berangan, apabila tahun 2020 ni, aku dah berumur 37 tahun. Hahaha! Itu je la yang aku fikir. Sampai juga aku ke umur ni. Dah tua! Ingat mati sentiasa, weh!

Akhir tahun 2019, di Kementerian Pendidikan Malaysia, telah dilancarkan penstrukturan semula. Nak cerita pun panjang & tak tau nak cerita macam mana. Apa yang pasti, banyak kerja dan staf dikeluarkan dan ditempatkan di bahagian-bahagian di bawah KPM.

Kalau kat tempat aku kerja, staf dan tugas makin berkurangan sebab dah ada Pejabat Pendidikan Daerah yang akan mengendalikan tugas-tugas kewangan mengikut zon masing-masing.

Haa! Dulu PPD Bangsar Pudu tempat aku bertugas sebelum ni, memang telah menguruskan SEMUA hal dan tugas kewangan untuk sekolah-sekolah di bawah zon Bangsar dan Pudu. Zon Keramat dan Sentul masih diuruskan oleh pihak jabatan.

Tapi, selepas penstrukturan semula, PPD Keramat dan PPD Sentul perlu bergerak sendiri sepertimana PPD Bangsar & Pudu. Jadinya, staf-staf di jabatan dikurangkan kerana ditempatkan di PPD masing-masing mengikut zon seiring dengan penurunan tugas-tugas seperti PPD Bangar & Pudu.

Faham kan? Hihihi.

Ok lah! Next time sembang-sembang santai lagi ye!

Till then!

#Salam kasih sayang!

No comments:

Post a Comment