Teks : Azaliza binti Salmin
Foto : Mr. Google
Assalammualaikum, semua!
“Sayangku Kapten Mukriz”. Korang tonton tak cerita ni di
slot Akasia? Alah, yang start kol 7 petang tu! Hihihi. Bila tengok die punye
starting cerita, dia ada tulis adaptasi longgar dari novel ape ntah. Tapi bukan
tajuk novel tu Sayangku Kapten Mukriz. Adaptasi longgar pulak tu! Huhu. Tak
berapa nak faham. Kihkihkih!
Mungkin, dicedok sedikit-sedikit je kot!
Permulaan cerita yang kelakar, nakal, dan sedikit
kebudak-budakan si Ariana tu. Comel! Mengejar seorang lelaki kerana telah jatuh
hati pandang pertama. Memang best, dan yang penting, lain dari yang lain a.k.a
tidak ‘klise’.
Rata-rata pelakon dalam cerita ni, semua muka baru.
Kecuali untuk ibubapa si Ariana dan beberapa muka lagi yang memang dah
dikenali. Kapten Mukriz lagi la baru! Rasanya timbul atau dikenali dari DFKL,
if I am not mistaken.
Perjalanan cerita yang sangat sweet.Macam comel-comel
gitu dengan watak si Ariana yang agak sengal-sengal punye pe’el. Hihihihi.
Sekarang ni tengah nak ‘inter-mission’ (bak kate cite Hindustan)! Rancangan si
Zakuan untuk merebut kembali Ariana. Juga kehadiran Awina yang nak menjadi
isteri kedua Mukhriz.
Penghayatan watak oleh Ariana yang cukup mendalam dan
terbaik! Nak-nak masa dia ajukan soalan pada Mukhriz, “dia ajak habib kahwin?”,
berkali-kali! Aku sangat emosi tika menonton babak itu! Sangattttt natural dan
menusuk! Tahniah untuk heroin (aku lupa nama sebenar si Ariana tu!) Hahaha!
Tak sabar setiap hari menanti jam 7! Harap-harap, ending
cerita ini MANTAP seperti permulaan cerita! Hopefully!
Ok lah! Till then!
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment