Monday 31 July 2017

Psstt! soalan BITK 2017 !

Teks   :        Azaliza binti Salmin

Assalammualaikum, hi guys!

Ok! Seperti yang dijanjikan sebelum ni (actually, it’s not a promise! J just wanna share!), aku kongsikan sedikit soalan BITK (Bayaran Insentif Tugas Kewangan) yang dapat aku rekod/ingat-ingat lupa/catat/etc, on the exam day aritu. Real soalan BITK tahun 2017 tau! Hihihi.

Oh ya! Sebelum tu, aku just nak bagitau, tujuan aku kongsikan di sini adalah untuk memberi gambaran sedikit sebanyak mengenai corak @ gaya soalan BITK yang tiap-tiap tahun aku amik! Haha! Memang sebelum ni, aku tak pernah nak cuba catat balik soalan-soalan BITK sebab kertas soalan takleh bawak keluar, beb! Tu dia, tahun ni, cheq cuba-cuba catat right after abih exam!

So, voila! Good luck!

Ya, ya i know! You are welcome! J

         Jeng jeng jeng !!!
Ehh! Lupa nak beritahu, aku kongsikan soalan-soalan sahaja tau! Jawapan sila cari sendiri sebab aku pun tak cari@semak lagi jawapan sebenarnya!! Hihihi!


1)      Pegawai Pengawal diberi kuasa untuk melakukan pindah peruntukan Perbelanjaan Mengurus bagi perkara-perkara berikut KECUALI :-
(a)    Program
(b)   Dasar Baru atau One-Off
(c)    Aktiviti di dalam program yang sama
(d)   Objek am di dalam aktiviti yang sama

2)      Pelaksanaan Perakaunan Akruan akan menyebabkan Akaun Hasil Disatukan ditutup dan dihantar ke :-
(a)    Penyata Perubahan Aset Bersih / Ekuiti
(b)   Penyata Kedudukan Kewangan
(c)    Penyata Prestasi Kewangan
(d)   Penyata Aliran Tunai

3)      Baucar Jurnal hendaklah mengandungi dokumen-dokumen berikut KECUALI :-
(a)    Salinan baucar asal
(b)   Baki peruntukan mencukupi bagi tahun perbelanjaan itu dibuat
(c)    Surat kelulusan Perbendaharaan / Pegawai Kewangan Negeri disertakan
(d)   Nama Kementerian / Jabatan yang menyediakan baucar jurnal tersebut berserta nombor kepala dan pecahan kepala Jabatan

4)      Pilih urusniaga yang TEPAT mengenai Akaun Amanah :-
(a)    Kutipan tiket didebitkan ke Akaun Amanah
(b)   Pembelian mesin rumput dikreditkan ke Akaun Amanah
(c)    Bayaran penyelenggaraan mengurangkan baki Akaun Amanah
(d)   Pelaburan Simpanan Tetap Akaun Amanah direkodkan sebagai perbelanjaan


5)      Akaun Amanah hendaklah ditutup apabila :-
(a)    Telah mencapai maksud penubuhannya
(b)   Mencapai baki debit di Buku Akaun Amanah
(c)    Telah mencukupi tempoh hayat yang ditetapkan dalam Arahan Akaun Amanah

(d)   Tidak aktif lagi untuk tempoh setahun

2 comments:

  1. soalan yang lain ada tak puan? ada 5 soalan ni je ke?

    ReplyDelete
  2. Hihihi..sempat salin 5 soalan jerrr =)

    ReplyDelete