Teks : AZALIZA BINTI SALMIN
Foto : Carian Google
Assalammualaikum. Ramadhan
ke-22, cuaca pagi redup, tengahari panas membahang hingga ke petang, dan pasti
disulami dengan hujan yang lebat di sesetengah tempat, renyai-renyai di Kawasan
tempat tinggalku.
Huishh, bukan ceritera yang
ingin aku tuliskan. Hihihi. Entah tidak tau kapan akan terbit ceritera
ciptaanku yang selalu aku angankan, tapi tak pernah termulakan. Mungkin idea
telah kekeringan, kreativiti dan ketandusan.
Aidilfitri 2020. Tak boleh
pulang beraya ke kampung halaman sementelah arahan TIDAK boleh merentas negeri telah
diumukan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, our lovely PM. Hanya rentas daerah
sahaja.
Maknanya, aku beraya di KL
sahaja. Dengan keluarga asas tercinta. Dengan keluarga kembangan, tidak tahu
bila rentas negeri dibenarkan. Kesian pada emak. Nasib baik abangah dan adikku,
Noa boleh balik menjenguk emak di kampung.
Apa nak buat. Dalam sejarah,
kan. Sesekali, kita perlu akur dengan segala yang telah terjadi. Telah tersurat,
pada zaman kita lalui sekarang, terjadinya wabak yang kecil tapi mampu
melumpuhkan segala usaha jika tidak dibendung dengan disiplin kendiri penduduk
dunia. Jalani dengan hati yang redha.
Sektor awam dah mula ke
tempat kerja, sekurang-kurangnya 70% keberadaan penjawat awam di tempat kerja.
Bermakna, penggiliran sehingga 4 hari dalam seminggu untuk aku berada di
pejabat bermula minggu depan, 21hb Mei 2020. Akur. Bukankah penjawat awam itu “SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH”? Wajib menunaikan
amanah yang dipikul, barulah setara dengan segala kemudahan yang telah
diberikan oleh PM kita kepada semua penjawat awam. Kan..?!!
Sekolah masih belum dibuka.
Akur juga. Tapi…..haa, ada tapi nya!
Menguruskan anak-anak
bukanlah semudah yang disangka. Sistem pembelajaran online diperkenalkan
tatkala wabak melanda, perlu berkurung di rumah, penjarakan sosial dan
sebagainya. Ya, faham.
Tapi nak menyertai kelas
online tu yang agak sukar. Benar, kemudahan seperti Skype ada. Tapi bukan semua
orang ada! Huhh, banyak tapi nya. Alasan! Tapi, ia benar! 😊
Hendak seribu daya. Sambung
sendiri ya!
Sampai sini dulu.
#Salam kasih sayang!
No comments:
Post a Comment