Tuesday, 21 November 2023

CARA MEMBUKTIKAN KEGELAPAN 17 HARI

 

Kredit             :      Abdul Khalid Abdul Aziz

Sumber         :      FB Abdul Khalid Abdul Aziz

 

CARA MEMBUKTIKAN KEGELAPAN 17 HARI

 

Selepas kegelapan berakhir, ahli-ahli falak adalah antara golongan yang paling awal akan perasan bulan di langit telah berubah bentuk dengan ketara. Pada waktu itu mereka akan membuat cerapan bulan untuk menghitung berapa lama masa telah berlalu sejak kegelapan bermula.

 

Jika mereka sepakat 17 hari telah berlalu dan hari keluarnya cahaya adalah hari ke 18 sepertimana yang saya sampaikan dalam tulisan-tulisan yang lepas maka mereka dengan mudah boleh mengetahui hari keluarnya cahaya itu hari apa. Dan dengan itu solat Jumaat tidak perlu ditangguhkan dan boleh terus dilaksanakan seperti biasa.

 

Tetapi jika mereka berselisih pendapat, walaupun sehari, maka solat Jumaat mungkin terpaksa ditangguhkan sehingga kata putus dicapai.

Jika perselisihan berlaku, maka mereka mungkin menggunakan kaedah kedua iaitu mencerap kedudukan bintang di langit. Kaedah ini pun belum tentu dapat menyelasaikan perselisihan pendapat 1 hari itu secara yakin.

 

Maka pada waktu itu mereka akan menggunakan kaedah ketiga iaitu dengan menyemak sudut terbitnya matahari. Meskipun matahari sentiasa terbit dari arah timur tetapi ia tidak terbit di sudut yang sama setiap hari. Ahli falak mahir dalam perkara ini. Tetapi itu juga tidak mudah untuk menyelesaikan masalah perselisihan pendapat yang berlaku.

 

Kaedah keempat yang boleh digunakan ialah dengan menunggu tarikh Istiwa A'dzam. Tahun 2024 adalah tahun lompat, peristiwa Istiwa A'dzam akan berlaku pada 27 Mei 2024 dan 15 Julai 2024. Pergilah semula ke tiang yang pernah digunakan untuk melihat arah bayang-bayang kiblat. Lihat semula pada bayang-bayang tiang tersebut. Apabila bayang-bayang itu selari seperti sebelumnya, pada waktu matahari tepat di atas Kota Suci Mekah maka di situ boleh diketahui tarikh sebenar keluarnya cahaya. Kaedah ini Insya ALLAH dapat menyelesaikan masalah perselisihan pendapat yang berlaku itu.

 

Jika kaedah keempat itu pun masih tak dapat menyelesaikan perselisihan pendapat yang berlaku, gunakanlah kaedah ke 5 iaitu dengan menunggu peristiwa Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan. Apabila berlaku gerhana maka tarikhnya sudah dapat diketahui secara mutlak tanpa sebarang keraguan lagi.

 

Kesimpulannya peristiwa gerhana adalah pembuktian yang tidak ada syak sama sekali. Tarikhnya 100% benar, Insya ALLAH ia akan menyelesaikan perselisihan umat waktu itu kecuali bagi orang-orang yang masih berdegil tidak mahu menerima pembuktian falak.

 

Itulah antara hikmat penciptaan bintang-bintang di langit termasuk Matahari dan Bulan sebagaimana firman ALLAH dalam AL QURAN :-

 

DIA lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan DIA lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. ALLAH tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. ALLAH menjelaskan ayat-ayatNYA (tanda-tanda kebesaranNYA) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNYA).

(Surah Yunus ayat 5)

 

Insya ALLAH ada banyak lagi perkara penting yang akan saya jelaskan dalam tulisan seterusnya. Teruskan membaca, share dan print untuk rujukan di masa akan datang. Terima kasih. WALLAHU a'lam, Wassalam.

 

No comments:

Post a Comment