Wednesday 22 November 2017

~~~ONLY THE BRAVE~~~

REMEMBER BIG WHY?? DO NOT STOP!!!! PLEASE, DON’T!!

Teks   :    Azaliza binti Salmin

Believe me, I totally forgot about “My Big Why”. Huhh!
Bukan lupa sebenarnya, but “sengaja melupakan”. Boleh gitu? Haishhh!

Assalammualaikum. Hai, guys!

Aku sebenarnya tak dapat nak melupakan (lupa lagi..??) rasa terharu, sedih, atau entah apa rasa dalam hati ini selepas menonton filem “Only The Brave”. Ha, tak pernah dengar? Memang pun. Filem ni tidaklah dipromosikan dengan hebat. Apatah lagi barisan pelakon yang tak berapa terkenal. Atau mungkin aku yang tak kenal diorang. Hahaha! 


Well, apa yang boleh aku katakan tentang filem ni, memang best. Based on true incident. Kiranya macam “unsung heroes”, pengarah menceritakan usaha dan kehebatan kumpulan ini yang digelar “Granite Mountain Hotshots” dalam memadam kebakaran hutan di kawasan Presscott, Arizona.
Filem ni dah ditayangkan di Malaysia sejak 2hb November lepas, semalam baru aku berkesempatan menontonnya. Suamiku yang nak tengok sangat, sebab dia memang suka cerita-cerita macam tu. Aku ikutkan je, dan sungguh aku tak sangka, filem ni betul-betul menyentuh hati aku. 

Malangnya untuk kitorang pada awalnya, kitorang ke GSC, tapi dah tak ditayangkan rupanya. Baru 2 minggu, tapi tak tayang dah. So, kitorang ke TGV dan nasib baik ade lagi. Fuhh. (Kami dating berdua je semalam! Aww!) 😍😍

Apa yang buat aku teringat-ingat sangat sebenarnya, tang babak akhir ketika 19 orang anggota hotshot tu ditemui berselubung sebab mengelakkan kebakaran yang tak dapat diorang elakkan. Sangatttttt menyentuh hati!!!! Mat saleh ni buat babak yang sedih camtu sekejap nauuu! Tapi, dia punya..apa orang kata eikk…dia punya feel tu sangat terbawa-bawa sampai sekarang! Feel yang sangat menyentuh kalbu, bukan perasaan dah. Menusuk.

But this is my opinion je, hokeyh. Tak tau la kalau korang takde apa-apa rasa sangat bila tengok filem nih. Huhuhu. Kot-kot aku je yang terlebih feeling.


But, memang iye. Sangat best and sedihh ending dia. Diorang tunjuk gak hero-hero sebenar anggota Granite Mountain Hotshots tu yang terkorban.
Oh ya! Ada 20 orang anggota kumpulan ni, yang terselamat sorang je. Korang tengoklah sendiri eii, kalau nak tau sape yang terselamat, dan camner diorang boleh terkorban. Tak rugi, beb!
Tapi kena tunggu la filem ni keluar kat Astro, sebab kat wayang takut dah tak tayang dah. Macam aku kena. Huhuhu.

Ok lah. Sampai sini dulu. Actually, aku nak cite pasal satu drama bersiri Cina ni. Dah lama nak share, tapi tak buat-buat gak! Tajuknya “You Are My Destiny”. Nantilah bila feel nak menaip tu dah mai, aku share naa. Biasalah, aku. Korang tau je la. Dalam kepala hotak ni ade je nak share, tapi nak outputkan by my fingers on keyboard ni, malas sungguh! Hmmm.
 
Sedihhhh! Ni pelakon yang melakonkan balik aksi anggota sebenar bergambar depan pokok ni lepas diselamatkan dari terbakar. 😢
Till then, guys!

#Salam kasih sayang!

No comments:

Post a Comment