Sumber : FB Abdul Khalid Abdul Aziz
Semoga bermanfaat!
Salam kasih sayang.
Kredit : Abdul Khalid Abdul Aziz
Sumber : FB Abdul Khalid Abdul Aziz
CARA MEMBUKTIKAN KEGELAPAN 17 HARI
Selepas kegelapan berakhir, ahli-ahli falak adalah antara golongan yang
paling awal akan perasan bulan di langit telah berubah bentuk dengan ketara.
Pada waktu itu mereka akan membuat cerapan bulan untuk menghitung berapa lama
masa telah berlalu sejak kegelapan bermula.
Jika mereka sepakat 17 hari telah berlalu dan hari keluarnya cahaya
adalah hari ke 18 sepertimana yang saya sampaikan dalam tulisan-tulisan yang
lepas maka mereka dengan mudah boleh mengetahui hari keluarnya cahaya itu hari
apa. Dan dengan itu solat Jumaat tidak perlu ditangguhkan dan boleh terus
dilaksanakan seperti biasa.
Tetapi jika mereka berselisih pendapat, walaupun sehari, maka solat
Jumaat mungkin terpaksa ditangguhkan sehingga kata putus dicapai.
Jika perselisihan berlaku, maka mereka mungkin menggunakan kaedah kedua
iaitu mencerap kedudukan bintang di langit. Kaedah ini pun belum tentu dapat
menyelasaikan perselisihan pendapat 1 hari itu secara yakin.
Maka pada waktu itu mereka akan menggunakan kaedah ketiga iaitu dengan
menyemak sudut terbitnya matahari. Meskipun matahari sentiasa terbit dari arah
timur tetapi ia tidak terbit di sudut yang sama setiap hari. Ahli falak mahir
dalam perkara ini. Tetapi itu juga tidak mudah untuk menyelesaikan masalah
perselisihan pendapat yang berlaku.
Kaedah keempat yang boleh digunakan ialah dengan menunggu tarikh Istiwa
A'dzam. Tahun 2024 adalah tahun lompat, peristiwa Istiwa A'dzam akan berlaku
pada 27 Mei 2024 dan 15 Julai 2024. Pergilah semula ke tiang yang pernah
digunakan untuk melihat arah bayang-bayang kiblat. Lihat semula pada
bayang-bayang tiang tersebut. Apabila bayang-bayang itu selari seperti
sebelumnya, pada waktu matahari tepat di atas Kota Suci Mekah maka di situ
boleh diketahui tarikh sebenar keluarnya cahaya. Kaedah ini Insya ALLAH dapat
menyelesaikan masalah perselisihan pendapat yang berlaku itu.
Jika kaedah keempat itu pun masih tak dapat menyelesaikan perselisihan
pendapat yang berlaku, gunakanlah kaedah ke 5 iaitu dengan menunggu peristiwa
Gerhana Matahari atau Gerhana Bulan. Apabila berlaku gerhana maka tarikhnya
sudah dapat diketahui secara mutlak tanpa sebarang keraguan lagi.
Kesimpulannya peristiwa gerhana adalah pembuktian yang tidak ada syak
sama sekali. Tarikhnya 100% benar, Insya ALLAH ia akan menyelesaikan
perselisihan umat waktu itu kecuali bagi orang-orang yang masih berdegil tidak
mahu menerima pembuktian falak.
Itulah antara hikmat penciptaan bintang-bintang di langit termasuk
Matahari dan Bulan sebagaimana firman ALLAH dalam AL QURAN :-
DIA lah yang menjadikan matahari
bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan DIA lah yang
menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat
peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan
kiraan masa. ALLAH tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah
dan gunanya yang sebenar. ALLAH menjelaskan ayat-ayatNYA (tanda-tanda
kebesaranNYA) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang
dijadikanNYA).
(Surah Yunus ayat 5)
Insya ALLAH ada banyak lagi perkara penting yang akan saya jelaskan
dalam tulisan seterusnya. Teruskan membaca, share dan print untuk rujukan di
masa akan datang. Terima kasih. WALLAHU a'lam, Wassalam.
![]() |
Entri di FB pada 16.11.2023 |
Kredit : Abdul Khalid Abdul Aziz
Sumber : FB Abdul Khalid Abdul Aziz
KAEDAH SAYA DALAM
MENGKAJI TARIKH PERISTIWA YANG MUNGKIN BERLAKU DI MASA HADAPAN.
Insya ALLAH
selepas habis membaca tulisan penting ini para pembaca akan tahu serba sedikit
bagaimana dengan izin ALLAH saya dapat mengetahui tarikh peristiwa tertentu
yang akan berlaku di masa akan datang. Jemputlah baca hingga habis. Saya sangat
sayangkan tulisan ini.
Deklarasi Balfor
telah dibuat pada tahun 1917
50 tahun selepas
itu iaitu pada tahun 1967 Israel melancarkan perang 6 hari menawan Baitulmaqdis
yang diketuai oleh Moshe Dayan, seorang lelaki yahudi yang buta sebelah
matanya. Dia adalah pembawa tanda dajjal kecil. Boleh cari di internet
gambarnya.
50 tahun selepas
1967 iaitu pada Disember 2017, seorang lagi pembawa tanda dajjal kecil iaitu
Donald Trump telah mencemarai Masjidil Aqsa apabila dia mengisytiharkan
Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Tanda dajjal kecil pada dirinya ada pada
tarikh penting dalam hidupnya. Insya ALLAH sampai pada masanya saya akan
jelaskan jika ada keperluan.
70 bulan selepas
Disember 2017 ialah Oktober 2023, pada tarikh itulah peperangan besar Al Aqsa
bermula yang masih berlarutan hingga sekarang.
Peperangan Al
Aqsa Oktober 2023 adalah bersamaan 50 tahun selepas Yom Kippur war yang berlaku
pada Oktober 1973.
Peperangan yang
berlaku pada Oktober 2023 ini adalah berpunca daripada Al Aqsa storm (serangan
Al Aqsa) yang dibuat oleh orang-orang Yahudii dalam perayaan Sukkot pada hujung
bulan September 2023.
Itulah punca
sebenar serangan besar-besaran Hamas dilancarkan pada Oktober 2023. Ia berpunca
daripada serangan ke atas Masjidil Aqsa oleh Yahudi semasa perayaan Sukot yang
disambut pada hujung bulan September 2023.
Hamas dah
nyatakan peperangan ini sebab itu tapi malangnya masih ramai umat Islam yang
tak faham dan masih beranggapan Hamas yang mulakan dulu. Sebenarnya ia bermula
pada 29 malam 30 September 2023 iaitu serangan orang Yahudi ke atas Masjidil
Aqsa untuk meraikan perayaan Sukot selama 7 hari hingga 6 Oktober 2023.
Peristiwa 29
malam 30 September 2023 bersamaan 15 Tishrie kalendar Hebrew itu bersamaan 23
tahun selepas intifada kedua yang berlaku pada 28 September 2000.
Pada 28 September
2000, Ariel Sharon seorang lagi pembawa tanda dajjal kecil telah mencemari
Masjidil Aqsa dengan mencerobohinya. Peristiwa itulah yang telah menjadi punca
kepada kebangkitan Al Aqsa kedua pada 28 September tahun 2000.
Ariel Sharon
adalah antara pemimpin Israel yang banyak tanda dajjal pada dirinya. Insya
ALLAH yang ini juga akan saya jelaskan bila sampai pada masanya jika perlu.
Masih lagi
berkisar tarikh hujung bulan September. British mula mendapat mandat ke atas
Palestin pada hujung bulan September juga iaitu pada 29 September 1923. Hujung
bulan September 2023 genaplah 100 tahun mandat British ke atas Palestin.
Jadi saya percaya
mereka akan melakukan sesuatu yang besar ke atas bumi Palestin memandangkan
begitu banyak peristiwa besar menjurus ke arah tarikh itu.
Peristiwa besar
apa pula akan berlaku pada tarikh itu ? Untuk jawab soalan ini, saya perlu
melihat pula situasi politik di Palestin dan rancangan-rancangan yahudi di
sana.
Setelah mengambil
kira semua itu maka saya berpendapat mungkin mereka akan berusaha untuk
mencetuskan ketegangan semasa perayaan Sukkot pada 29 malam 30 September 2023
di Masjidil Aqsa sekaligus membangkitkan kemarahan Hamas dan menjadikan
serangan Hamas sebagai alasan untuk pertahankan diri lalu mereka akan membuat
serangan penghapusan etnik Palestin di bumi Palestin. Jika ini berlaku maka ia
akan membangkitkan kemarahan besar Lebanon dan Syra dan beberapa lagi negara
serantau yang merupakan rakan baik Palestin. Ini bermakna perang ini akan
merebak. Perang ini akan menjadi perang yang besar.
Setelah
benar-benar yakin dengan tanda-tanda di atas maka saya menulis secara
ringkasnya jangkaan saya itu dalam tulisan bertarikh 17 Julai 2023 di Facebook
saya. Akhirnya kajian yang bertahun-tahun itu benar-benar menjadi kenyataan
dengan izin ALLAH.
Hari ini saya
telah mendedahkan dengan lebih banyak lagi bagaimana saya tahu mengenai perkara
ini. Saya harap umat Islam ambillah pengajaran di sini dan hentikanlah
perkataan yang salah terhadap ALLAH kononnya ALLAH tidak akan membimbing
sesiapapun untuk mengetahui tarikh sesuatu peristiwa yang akan berlaku.
ALLAH telah
membuktikan kepada semua dengan cahaya petunjukNYA, tak mustahil untuk
seseorang mengetahui tarikh sesuatu peristiwa yang akan berlaku untuk persiapan
dan keselamatan umat.
Ya benar ALLAH
merahsiakan tarikh tertentu tetapi bukan semuanya. Yang dirahsiakan adalah
tarikh perkara ghaib besar seperti tarikh kiamat, tarikh kematian dan tarikh
terbitnya matahari dari arah barat dan tarikh yang bersangkutan dengan nasib
seseorang. Setakat itulah penjelasan saya untuk kali ini.
Insya ALLAH kita
akan bersambung dalam tulisan yang lain di masa akan datang. Teruskan membaca.
Tolong share untuk manfaat orang lain juga dan tolong print untuk rujukan di
masa akan datang. Terima kasih. WALLAHU a'lam, Wassalam.
![]() |
Entri FB pada 17.11.2023 |
Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum WBT ..
Korang masih ingat tak Ustazah Basikal?
Kali ni, diorang akan berkayuh sekali lagi ke Mekah untuk misi Haji
2024. Hebat kan diorang ni!
Kayuhan Haji 2024 kali ini bukan hanya mereka suami isteri sahaja,
tetapi ada tambahan dua orang pengayuh yang akan turut serta bersama mereka.
Ha! Mereka berempat ni akan memulakan kayuhan dalam masa 3 hari je lagi!
Dan mereka juga masih menjual buku novel & komik Jiwa Kembara untuk
menampung perbelanjaan sepanjang misi Kayuhan Haji 2024 ni. Korang kalau
berminat nak menyumbang dengan cara membeli, boleh klik link di bawah ni ;
https://ezy.la/bukukembara2023
Apa yang menakjubkan lagi, bagi aku la, ialah salah seorang peserta
kayuhan kali ini berumur 73 tahun! Gempak wehh!
Korang boleh follow FB Ahmad Isa ni untuk mengikuti kembara Kayuhan Haji
2024.
3 more days before the mission started!
Jom kita doakan semoga dilancarkan & dipermudahkan segala urusan
sepanjang kayuhan mereka ni. Nak menyumbang? Beli buku-buku mereka, sebab diorang
ada bagitau, mereka bukan taknak terima sumbangan, tetapi mereka tidak daftar
bawah NGO, jadinya mereka lebih suka sekiranya kita semua support mereka dengan
cara membeli buku Ustazah Basikal. Ada komik jugak tau, Jiwa Kembara! Yang ni
aku baru je oder! Sebab anak aku suka baca yang bergambar!
Till then!
Salam kasih sayang!
Kredit : Abdul Khalid Abdul Aziz
Sumber : FB Abdul Khalid Abdul Aziz
BAGAIMANA HENDAK MENGERJAKAN SOLAT
JIKA JAM ELEKTRONIK/BATERI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN LAGI ?
ALHAMDULILLAH, di Malaysia banyak masjid-masjid yang mempunyai jam pendulum iaitu sejenis jam yang tidak menggunakan elektrik dan tidak juga menggunakan bateri. Jam ini adalah jam mekanikal yang perlu dilaraskan rantai dan pemberatnya dari semasa ke semasa agar pendulumnya terus bergerak. Biasanya siak masjid yang akan melakukan kerja ni. Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut bolehlah belajar dengan siak atau ajk masjid cara pengendalian jam pendulum ni.
Jika dalam tempoh kegelapan 17 hari
itu atau selepas kegelapan itu semua peralatan elektronik terhenti dan
terputusnya bekalaan elektrik, maka jam pendulum masih boleh terus digunakan
untuk mengetahui waktu solat.
Selain daripada jam pendulum, jam
tangan mekanikal juga boleh digunakan kerana jam itu juga tidak menggunakan
bateri atau elektrik. Jam tangan mekanikal ni agak mahal daripada jam biasa,
paling murah yang pernah saya jumpa adalah dalam lingkungan lebih 3 ratus
ringgit. Pembaca boleh check sendiri di kedai jam.
Jam tangan mekanikal ini boleh
digunakan untuk kegunaan peribadi dan kegunaan anggota keluarga kita di rumah.
Jika ditakdirkan kita ditidurkan selama 17 hari semasa tempoh kegelapan itu dan
kita dapati jam terhenti selepas bangun, kita cuma perlu gerak-gerakan semula
jam tangan itu untuk membolehkannya bergerak semula. Selepas itu kita cuma
perlu selaraskan jarum jam agar sama dengan waktu terbit matahari. Caranya tak
susah, kita cuma perlu tunggu waktu terbitnya fajar, apabila kita melihat
matahari sudah mulai terbit maka kita set jam tangan mekanikal agar selari
dengan takwim yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri
masing-masing. Begitu juga dengan jam pendulum di masjid yang telah terhenti
disebabkan tertidur lama. Ini bermakna setiap rumah perlu ada takwim waktu
solat yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
Sebaliknya jika dalam tempoh
kegelapan 17 hari itu kita dalam keadaan jaga, maka kita boleh terus menghitung
waktu menggunakan jam tersebut seperti biasa. Begitulah serba sedikit
perkongsian saya berhubung kaedah menggunakan jam pendulum dan jam tangan mekanikal
dalam menentukan waktu solat. Semoga penjelasan ini memberi manfaat untuk umat
Islam terutamanya jika berlakunya kegelapan atau solar storm satu hari nanti.
Tolong share dan print untuk rujukan di masa akan datang. Terima kasih. WALLAHU
a’lam, Wassalam.
Kredit : Abdul Khalid
Abdul Aziz
Sumber : Facebook Abdul Khalid Abdul Aziz
APAKAH PUNCA KEGELAPAN 17 HARI DAN KESANNYA KEPADA UMAT ISLAM ?
Ia boleh berpunca daripada asap nuklear menutupi lapisan langit, dan
langit kembali cerah selepas 17 hari.
Ia juga boleh berpunca daripada letupan gunung berapi sepertimana
letupan gunung berapi Karakatoa pada tahun 1883 yang menyebabkan dunia bergelap
untuk tempoh yang sangat lama.
Ia boleh juga berlaku secara tiba-tiba bumi menjadi gelap gelita
sehingga manusia tidak dapat membezakan antara siang dan malam. Ini tidak
mustahil bagi ALLAH kerana apabila ALLAH berkehendak untuk melakukan sesuatu
memadilah baginya mengatakan jadi maka akan jadilah perkara itu sepertimana
yang dikehendakiNYA.
Oleh itu saya tidak boleh menyatakan secara pasti apakah sebab
berlakunya kegelapan 17 hari kerana saya tidak mempunyai pengetahuan secara
jelas apakah sebabnya.
Namun begitu saya ingin nyatakan di sini daripada tanda-tanda yang saya
nampak dan saya yakini 100% tanpa sedikit pun keraguaan ialah kegelapan itu
Insya ALLAH akan berakhir selepas 17 hari. Ini bermakna dunia kembali melihat
matahari dan bulan pada hari ke 18.
Sebenarnya sebab apa dunia bergelap tak penting pun tetapi berapa lama
dunia bergelap itulah yang penting kerana itulah persoalan yang akan menjadi
perselisihan umat selepas keluarnya cahaya hingga menyebabkan solat Jumaat
sekali lagi terhenti untuk memberi ruang kepada para ulama bermuzakarah.
Suasananya lebih dasyat daripada apa yang berlaku semasa Covid melanda dunia di
tahun 2020.
Kita tak boleh berbeza pendapat walau 1 hari sekalipun kerana jika
berbeza pendapat 1 hari sekalipun maka umat Islam akan solat Jumaat pada hari
yang berbeza antara satu jemaah dengan jemaah yang lain. Apatah pula kalau ada
yang berbeza pendapat hingga sebulan, ia boleh menyebabkan umat Islam
beranggapan Rejab adalah Syaaban. Maka bila tibanya Syaaban mereka mengatakan
itu adalah Ramadhan maka dengan itu akan rosaklah segala ibadat wajib tersebut
hingga menyebabkan Zulkaedah dianggap Zulhijjah.
Jadi sebab itulah ilmu ini perlu disampaikan sebelum ianya berlaku
kerana selepas berlakunya kegelapan itu, manusia akan datang dengan pelbagai
teori dan andaian. Masing-masing akan cuba menggunakan hadis dan ayat AL QURAN
untuk menyokong teori mereka hingga mengheret manusia dalam perpecahan.
Masing-masing mendakawa tafsiran mereka betul dan pada waktu itu manusia akan
memilih siapakah yang lebih tinggi kedudukan dan pangkat untuk dipercayai.
Insya ALLAH dalam tulisan yang akan datang saya akan menjelaskan lebih
lanjut berkaitan kegelapan 17 hari ini. Teruskan membaca, share dan print untuk
rujukan di masa akan datang. Terima kasih. WALLAHU a'lam, Wassalam.
Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum WBT ..
Hai, korang. Korang dah follow lom, fb Abdul Khalid tu?
Kalau belum, follow la if korang berminat nak tau pasal ilmu Fitan.
Aku nak ulas lanjut pun, memang tak layak. Sebab aku ni bukanlah dari
bidang tu, cuma aku suka untuk mengetahui serba sedikit & suka dengan cara
penyampaian Tn. Abdul Khalid tu. Takut, seram pun ada sebenarnya bila baca perkongsian
beliau. Cumanya, kita patut bersyukur sebab Allah temukan pembacaan kita dengan
hal-hal yang berarah kepada akhir zaman dan seterusnya. Semoga dapat kita serap
dalam diri, ubah diri ke arah lebih baik. InsyaAllah, doakan aku ya.
Tn. Abdul Khalid ni juga ada berpesan, agar sesiapa yang bertanyakan
tentang dakwah beliau ni, agar jangan dijawab melainkan jenguk sendiri
tulisan-tulisan beliau di fb. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Aku sangat
setuju dengan pendirian beliau.
‘Ya Allah, Kau lindungilah aku, suamiku, anak-anakku, seluruh ahli
keluargaku serta para pembaca blog ku ini, agar terhindar dari fitnah Dajjal
al-Masih.. lindungi kami, ya Allah, sesungguhnya hanya pada Engkau sahajalah tempat
kami berlindung dan memohon pertolongan.. aamiin aamin ya rabbal’alamin…’
Till then!
Salam kasih sayang!
Kredit : Abdul Khalid Abdul Aziz
Sumber : Facebook Abdul Khalid Abdul AzizBENARKAH HARAM MERAMAL TARIKH PERISTIWA YANG AKAN BERLAKU ?
Ya haram meramal tarikh perkara ghaib yang menjadi rahsia mutlak ALLAH kerana tiada siapa pun tahu melainkan ALLAH sahaja iaitu tarikh kiamat, tarikh kematian, tarikh terbitnya matahari dari arah barat kerana terbitnya matahari dari arah barat bermaksud tertutupnya pintu taubat.
Adapun meramal tarikh bilakah mungkin terjadi peperangan, bilakah
kemungkinan peperangan berakhir, bilakah banjir besar mungkin melanda, bilakah
kemarau bakal bermula, bilakah kegelapan dunia mungkin berlaku. Hal itu semua
tidaklah termasuk dalam perkara yang diharamkan.
Jika kita seorang tentera kita kena ramal bila tarikh musuh akan membuat
serangan supaya kita dapat membuat persediaan. Kalau haram ramal tarikh jadi
apakah kita kena tunggu sampai musuh buat serangan baru kita nak bertindak ?
Apabila memahami AL QURAN dan Sunnah dengan cara yang salah ia boleh
mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, kepada umat dan mendatangkan
fitnah kepada orang yang berusaha untuk menyampaikan sesuatu ilmu untuk
keselamatan umat.
Saya tak kata tarikh yang saya nyatakan dalam kajian-kajian saya PASTI
berlaku sebaliknya saya sentiasa menjaga adab dengan menggunakan perkataan
Insya ALLAH yang membawa maksud Dengan izin ALLAH dan mengakhirinya dengan
perkataan WALLAHU a'lam yang membawa maksud ALLAH Maha Mengetahui kerana
perkara itu belum lagi berlaku.
Saya dah buktikan beberapa jangkaan saya betul, walaupun tarikh
bermulanya peristiwa itu kadang-kadang tidak tepat 100% tapi peristiwa itu
benar-benar berlaku tak jauh dari tarikh yang saya nyatakan.
Ini bukan kali pertama jangkaan tarikh yang saya buat benar-benar
berlaku. Sebelum ni dalam Fb lama saya pernah jangkakan Israel akan melancarkan
peperangan besar pada bulan Julai 2014 dan ia benar-benar berlaku pada Julai
2014 bersamaan bulan Ramadhan.
Begitu juga dengan darurat 2021, masa Tan Sri Muhyiddin pi istana mohon
darurat diisytiharkan pada hujung bulan Oktober 2020, ramai orang dok
bertengkar pasai darurat, saya tulis di Fb lama saya, pada 1 November 2020.
TERINGIN SANGATKAH NAK DARURAT DIISYTIHARKAN ? TUNGGULAH JANUARI 2021 NANTI.
Akhirnya ditakdirkan ALLAH itu juga berlaku.
Dalam ilmu falak sememangnya biasa meletakan tarikh bila berbicara
mengenai peristiwa alam. Sebagai contohnya ulama falak meletakan tarikh bencana
alam seperti banjir, kemarau, gerhana dan sebagainya. Mereka diberi ilmu
melihat tanda-tanda di langit lalu dengan ilmu tersebut mereka berkongsi
pandangan mereka agar persiapan dibuat oleh umat manusia demi keselamatan. Nabi
Muhammad s.a.w dan para sahabat tak pernah kerja begini. Jadi wajarkan kita
menghukum mereka syirik dengan menuduh mereka percaya kepada bintang-bintang di
langit, tukang ramal dan sebagainya ?
Begitu juga dengan saya, malah saya menggabungkan ilmu falak ini dengan
AL QURAN, Sunnah, Sejarah dan perkembangan semasa hinggalah dapat mencapai
ketepatan yang tinggi dalam menjangkakan sesuatu peristiwa dengan izin ALLAH.
Ini adalah anugerah ALLAH yang sangat besar yang patut disyukuri, dihargai,
dikongsikan dan dimanfaatkan oleh semua pihak terutama orang-orang Islam.
Bukannya dimaki, dihasut untuk dijauhi lalu manusia jatuh dalam fitnah.
Dalam bab kegelapan 17 hari ni, saya mengaku, beberapa kali saya jangka
akan berlaku tetapi berlaku dalam bentuk kegelapan yang tersirat seperti Covid
19 dan darurat. Namun begitu tanda-tanda masih kuat menunjukkan kegelapan 17
hari itu akan berlaku satu hari nanti.
Kegelapan covid 19 adalah tanda yang paling kuat dengan kegelapan yang
saya sampaikan, solat Jumaat dihentikan, masjid di tutup, suasana siang
bagaikan malam kerana jalan sunyi sepi, orang jadi keliru tarikh sebab dah lama
tak keluar rumah. Ramai kawan-kawan saya hubungi saya dan kata kegelapan dah
jadi tapi bukan 17 hari ia berlaku dalam bentuk wabak. Saya jawab itu bukanlah
kegelapan yang saya maksudkan.
Saya kata kepada mereka peristiwa Covid 19 lockdown semua tu hanya tanda
kepada kegelapan 17 hari yang jauh lebih dasyat. Ia belum berlaku dan Insya
ALLAH akan berlaku kerana tanda-tandanya sangat kuat. Kita kena sentiasa dalam
keadaan bersiap sedia bila tiba bulan Jamadilakhir kerana tanda menunjukan
perisitiwa ini akan bermula pada bulan Jamadilakhir. Insya ALLAH saya akan
menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu tajuk khusus berkaitannya.
Semoga ALLAH terus beri kekuatan dan kesabaran kepada saya untuk terus
menyampaikannya. Semoga ALLAH selamatkan saya dan umat ini daripada fitnah
dajjal dan segala macam fitnah akhir zaman. Aamin Ya ROBBAL a'lamin. WALLAHU
a'lam, Wassalam.
Kredit : Abdul Khalid
Abdul Aziz
Sumber : Facebook Abdul Khalid Abdul Aziz
PERSIAPAN YANG PERLU DIBUAT UNTUK BERDEPAN KEMUNGKINAN PERANG DUNIA KE
3/ PERANG NUKLEAR ATAU SOLAR STORM.
Tak perlulah sampai nak berhenti kerja, tutup bisnes, jual harta benda,
berhenti belajar, bagi pendapat saya memadailah tetap tinggal di mana saja kita
berada dan teruskan kehidupan seperti biasa. Saya cuma nasihatkan untuk
sama-sama kita perbaiki iman dan amal dan sediakan stok keperluan harian yang
selalu kita dok makan dan dok guna yang boleh tahan lama sikit seperti beras,
biskut kering, makanan dalam tin, nestum, air mineral, air bersih untuk
bersuci,ubat gigi, deodorant, minyak wangi, lilin, mancis, ubat-ubatan seperti
panadol, ubat sakit gigi, minyak angin, face mask dan lain-lain yang difikirkan
perlu untuk 3 bulan atau setakat yang mampu,
Pandai-pandailah agak berapa banyak. Saya jenis tak makan banyak, jadi
saya tak beli banyak pun. Masa tu kalau bekalan air terputus, mandi 2 atau 3
hari sekali dah cukup. Sekali mandi guna air 1 baldi pun dah ok. Rata-ratakan
air di badan untuk hilangkan panas ja. Guna deodorant untuk elak bau badan,
guna perfume kat baju untuk elak kerap tukar baju. Tadah air hujan untuk flush
tangki tandas untuk bersuci najis dan untuk basuh pakaian. Kurangkan pergerakan
supaya tak mudah lapar dan dahaga. Yang terbaik ialah puasa sunat selang sehari
jika mampu.
Air minuman, sehari sebotol 1.5 liter x 90 hari = 90 botol bersamaan 7
ke 8 carton seorang untuk 3 bulan. Kalau dalam rumah ada 3 orang maknanya 24 kartons.
Jika perang nuklear atau solar storm berlaku saya tak rasa kesannya akan
berlarutan lebih dari 3 bulan di Asia Tenggara sebab negara kita sangat jauh
dari negara-negara yang berperang, dan saya tak rasa solar storm akan menimpa
setiap inci muka bumi ini hingga melumpuhkan seluruh dunia, mungkin ada
bahagian tertentu di muka bumi yang masih ok, barulah keadaan akan dapat
dipulihkan segera. Jadi tak perlu bimbang sangat tentang perkara yang belum
tentu akan berlaku ni. Yang penting kita bersedia sekadar yang kita mampu
seperti yang saya nyatakan di atas.
Jika tak berlaku apa-apa ALHAMDULILLAH kita boleh guna stok yang dah
dibeli sikit-sikit hingga habis. Saya dah buat macam ni sejak 2019. Masa Covid
tahun 2020, saya rileks dalam rumah tak bersusah payah ke pasaraya sebab dah
ready awal. Saya juga tak perlu ambil risiko masa tu untuk keluar rumah. Sama
juga masa Darurat 2021, lockdown dengan macam-macam Pkp saya rileks kat rumah
sebab dah buat preparation awal. Kegelapan waktu tu adalah kegelapan tersirat
tapi kali ni Januari 2024 berkemungkinan besar adalah kegelapan alam yang nyata
iaitu kegelapan dunia selama 17 hari.
Sekali lagi saya pesan tak perlu bimbang, cuma perlu bersedia rohani dan
jasmani. Orang-orang beriman sepatutnya jiwanya tenang kerana dia yakin ALLAH
yang berkuasa atas segala sesuatu. ALLAH selamatkan pemuda Kahfi selama 300
tahun tanpa makan dan minum, jadi apalah sangat kalau setakat 3 atau 4 bulan
dalam kelaparan ? Jangan lupa terus amalkan surah Kahfi pada setiap malam
Jumaat atau sebelum berakhir waktu asar hari Jumaat. Insya ALLAH kita selamat.
Ajarlah ahli keluarga untuk berkongsi makanan dari sekarang dan hidup
berkasih sayang supaya tak berlaku masalah berebut makanan dalam rumah kita.
Insya ALLAH, WALLAHU a'lam, Wassalam.
Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum WBT ..
Gaiss, untuk entri aku selepas yang ni, aku kongsikan dari post di fb ABDUL
KHALID ABDUL AZIZ . Korang boleh follow dia terus di facebook &
tiktok, ok.
Banyak info tentang akhir zaman yang dikongsikan berdasarkan kajian
bertahun-tahun beliau. Banyak juga teori beliau yang benar-benar terjadi dengan
izin Allah.
Beliau juga menyuruh para pembaca, followers untuk kongsikan apa yang
beliau kongsikan. Moga kita semua mendapat manfaat, insyaAllah.
Till then!
Salam kasih sayang!
Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum WBT ..
Perkongsian Surah Al-Mulk.
Baca sebelum tidur tau! Untuk menerangi alam kubur kita nanti,
insyaAllah =)
💖💖💖
Till then!
Salam kasih sayang!
Teks : Azaliza Salmin
Assalammualaikum WBT ..
Hai, korang!
Ok, aku nak kongsi kat sini Surah Al-Kahfi ayat 1-10 dan 101-110 untuk kemudahan
kita semua.
Aku tak nak amik contoh orang lain la, aku sendiri as subject hahaha.
Aku ni masih jahil, masih belajar segala ilmu-ilmu agama, nak kata rajin
tu tak la.. tapi makin kita meniti kedewasaan ni, semakin ada
kesedaran-kesedaran untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba memperbaiki
kekurangan diri, demi untuk kebahagian di alam sana nanti. Alhamdulillah, dan
aku harap semua orang pun macam tu juga. Lagi pulak dah akhir-akhir zaman ni kan.
So aku share kat sini Surah Al-Kahfi ni, untuk kita baca bila kita free,
bila kita tengah pegang fon, bila kita teringat ‘eh! Hari Jumaat ni…’, so kita
bole baca je through this sharing in my blog.
Surah Al-Kahfi ni patutnya kita hafal, digalakkan ayat 01-10, supaya dapat bantu kita saat-saat Dajjal nanti. Aku nak terangkan panjang-panjang pun aku rasa aku tak layak, tapi memang diingatkan untuk kita baca sentiasa sebagai pelindung dari menjadi pengikut Dajjal. Tapi sebaiknya juga kita disarankan untuk baca 10 ayat pertama SERTA 10 ayat terakhir.
Tapi, aku ni tak hafal-hafal lagi. Aku berdoa semoga dapat juga hafal dengan cara kita konsisten membaca surah ini setiap hari Jumaat, ataupun lagi baik setiap hari, insyaAllah aamiin aamiin yra.
Aamiin aamiin ya, Allah. 💗
Till then!
Salam kasih sayang!