Teks :
Aku dan Diet
Gambar :
Carian Google
Assalammualaikum,
semua…….
Lama
sudah rasanya aku tidak meng’update’ blogku. Hihihi. Macam manalah nak jadi
blogger berjaya kalau sekejap ada sekejap tiada. Apapun, aku berharap walaupun
aku jarang ber’blogging’, namun masih ada yang menjenguk-jenguk nukilanku.
InsyaAllah.
Aku
nak bercerita pasal kehidupan aku dua minggu kebelakangan ini. Ya! Semestinya
ada kaitan dengan tajuk kali ini, diet!
Aku
seorang perempuan yang agak gempal. Semenjak aku bersekolah, badanku memang
ala-ala ‘plump’ gitu. Sebenarnya, aku kurus tau, dulu. Tapi, ketika aku darjah
5 (SK Ulu Tiram, JB), aku pernah kemalangan jalan raya ketika pulang dari
sekolah. Huh! Semenjak itu, badan aku seperti di pam, naik selalu.
Sampailah
sekarang ni. Namun, sejak dua minggu lepas, hatiku seakan-akan telah tergerak
untuk diet. Yelah, sudah bertahun-tahun aku nak diet, cakap dengan diri
sendiri, turunkan berat badan untuk kesihatan, tapi, makan tetap makan juga.
Apa yang aku suka, aku bedal.
So,
bila hati ini memang dah tergerak untuk diet dengan semangatnya, aku pun diet
lah sejak dua minggu yang lepas. Aku berkenan dengan cara diet Atkins, tapi
sebelum diet Atkins ni keluar suratkhabar ya! Aku memang telah mengikuti kelab
diet ini di laman FB. Itupun kerana aku melihat kawan sekerjaku yang
mengamalkan diet ini, memang kuruslah.
Selak
punya selak fail-fail di dalam FB kelab ini, aku pun nekad untuk turut serta
dalam rancangan diet Atkins nih! Maksud aku, sendiri monitor lah. Bukan susah
pun, elakkan makan makanan karbohidrat dan gula. Itu sahaja. Tetapkan
pengambilan makanan berkarbohidrat ini 20g sahaja sehari. Gula, memang off
terus.
Tapi,
aku masih lagi aku walaupun aku rasa lebih baik dari dulu. Nasi, roti, bihun,
mee, semua tu memang aku dah tak ambil langsung. Off terus nasi. Alhamdulillah,
mungkin memang sudah tiba masa untuk aku diet, sebab aku memang tidak teringin
pun nak jamah nasi, walaupun aku masakkan untuk suami dan anak-anakku. Tapi,
ada juga la cheat dari segi yang lain. Gula tu, kadang-kadang terambil juga.
Kuih pun, kadang-kadang kalau teringin sangat, aku makan juga. Hihihi.
Setakat
dua minggu ni, berat badan aku telah hilang 2kg. Syukurlah juga, walaupun tidak
sebanyak mana, namun aku berjaya juga turunkan berat badanku. Perlahan-lahan,
asalkan niatku untuk turunkan berat badan demi kesihatan untuk jangka masa
panjang. Insya Allah.
Ok,
itu sahaja buat masa ini. Lain kali, aku cerita lagi lebih panjang pasal diet
Atkins nih!
#Salam
kasih sayang!
No comments:
Post a Comment